Selangor Cadang Bubar DUN Awal Agar PM Umum Tarikh PRU Segera – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 01022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 1 FEBRUARI 2013 :

1. Kerajaan Persekutuan tidak boleh terus berteka-teki mengenai tarikh PRU kerana ia akan menimbulkan spekulasi daripada pelbagai pihak selain akan menyebabkan banyak masa terbuang dan memaksa rakyat menunggu lebih lama.

2. Sesiapa yang menjadi mangsa penganiyaan, ganguan seksual atau gejala sosial yang lain boleh menggunakan aplikasi elektronik E-GEMS untuk mendapatkan bantuan.

3. Konflik Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) yang telah berlarutan hampir lapan tahun akhirnya berjaya diselesaikan hasil persetujuan di antara Kerajaan Selangor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Categories
SELANGOR

E-GEMS Aplikasi Elektronik Bantu Selangor Banteras Gejala Sosial

e gems mb halimah gejala sosial 01

SHAH ALAM, 31 JAN : Sesiapa yang menjadi mangsa penganiyaan, ganguan seksual atau gejala sosial yang lain boleh menggunakan aplikasi elektronik untuk mendapatkan bantuan.

Aplikasi web tersebut yang dinamakan E-Gems, akan membantu mangsa dan pengadu menghubungi agensi kerajaan yang boleh memberi bantuan kepada mereka.

Perkhidmatan yang dilancarkan hari ini oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertujuan memerangi gejala sosial di Selangor.

Abdul Khalid berkata sistem itu akan membangunkan komponen sistem maklumat perkhidmatan sosial komuniti Selangor selain mengumpul maklumat penduduk.

“Sistem ini membolehkan mereka mengetahui aktiviti pencegahan yang dijalankan di samping membantu mereka yang terjebak dalam gejala tidak sihat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pertolongan daripada pakar berkaitan.

“Saya menyokong usaha ini kerana kita akan berada lebih dekat dengan masyarakat dan jelas dalam zaman sekarang sistem komunikasi elektronik lebih luas digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan  Sistem Pengurusan Sosial E-Gems di Auditorium Jubli Perak, SUK hari ini.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

“Semua pihak perlu memainkan peranan sama ada secara formal atau tidak formal bagi memastikan gejala sosial dapat dikawal.

?Kegagalan pihak komponen terutamanya agensi kerajaan negeri memainkan peranan yang berkesan boleh menjejaskan hubungan rakyat dan kerajaan,” katanya lagi.