MB umum peruntukan tambahan HIJRAH RM11 juta


MB umum peruntukan tambahan HIJRAH RM11 juta

Pinjaman HIJRAH RM50 ribu, penerima pertama dari Sabak Bernam

Pinjaman HIJRAH RM50 ribu, penerima pertama dari Sabak Bernam

HIJRAH : Selangor biaya hampir RM116 juta


HIJRAH : Selangor biaya hampir RM116 juta

Rakaman : Majlis Penyerahan Baucer Pembiayaan HIJRAH Selangor


Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan HIJRAH Selangor
Dewan Seri Bernam Sg. Besar
Disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohammed Azmin Ali

Categories
SELANGOR

Usahawan Sabak Bernam buktikan Melayu tak pandai niaga hanyalah mitos

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 12 MEI: Peserta HIJRAH Sabak Bernam berjaya membuktikan dakwaan kononnya masyarakat peniaga Melayu tidak bijak menguruskan perniagaan hanyalah mitos tidak berasas.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata usahawan Melayu di Sabak Bernam juga mempunyai displin kewangan tinggi seperti direkod HIJRAH dalam urusan bayaran balik pinjaman.

MB HIJRAH SG BESAR 2“Ini membuktikan bahawa orang Melayu dan Bumiputra sebenarnya mereka mempunyai disiplin kewangan.

“Kalau mitos sebelum ini seolah-olah Melayu tidak ada upaya, kemampuan, tidak ada potensi tetapi program HIJRAH membuktikan Melayu ada potensi bila diberi peluang mengupayakan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan HIJRAH Selangor di
Dewan Sri Bernam di sini, hari ini.

Jelasnya, keadaan ini menyebabkan Kerajaan Negeri tidak teragak-agak menambah peruntukan pembiayaan Hijrah untuk masyarakat peniaga di sini.

-nR-

Categories
SELANGOR

HIJRAH sedia peruntukan khas RM5 juta untuk OKU, ibu tunggal

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 12 MEI: Peruntukan khas bernilai RM5 juta diwujudkan bagi membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal yang berminat menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata peruntukan ini bukan sesuatu yang baru tetapi sudah diluluskan sebelum ini lagi.

AZMIN HIJRAH“Jadi ibu tunggal dan OKU yang ingin mendapat bantuan HIJRAH, Kerajaan Negeri telah pun menyediakan peruntukan RM5 juta untuk maksud tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan HIJRAH Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, hari ini.

Jelasnya, langkah itu mampu menjadi pemangkin kepada usahawan dalam kalangan ibu tunggal dan OKU untuk meningkatkan perniagaan dan ekonomi masing-masing.

Terdahulu, beberapa pinjaman mikrokredit diwujudkan beberapa agensi termasuk agensi Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan peruntukan khas untuk golongan OKU.

Mengulas syarat dikenakan kepada peserta HIJRAH, Mohamed Azmin berkata, Hijrah ditubuhkan bagi memudahkan peniaga kecil mendapatkan kemudahan pembiayaan berbanding pinjaman bank yang mengenakan pelbagai syarat dan cagaran di luar kemampuan peniaga kecil.

“Lainlah kalau tuan-tuan ahli lembaga pengarah 1MDB, bolehlah dapat pinjaman bank,” katanya lagi.

– nR-

Categories
SELANGOR

MB umum peruntukan tambahan HIJRAH RM11 juta untuk peniaga Sabak Bernam

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 12 MEI: Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Kerajaan Negeri menambah peruntukan tambahan pembiayaan perniagaan HIJRAH sebanyak RM11 juta kepada peniaga di Sabak Bernam.

Peruntukan tambahan itu dibuat apabila Kerajaan Negeri mendapati jumlah usahawan HIJRAH di Sabak Bernam bukan sahaja merupakan peserta tertinggi, malah mempunyai rekod bayaran balik terbaik.

MB HIJRAH SG BESAR 2“Rekod HIJRAH membuktikan orang Sabak Bernam bukan sahaja mendapat pembiayaan tertinggi tetapi mereka juga kumpulan membayar balik pembiayaan terbaik dalam rekod Selangor dan yang terbanyak adalah wanita.

“Oleh kerana kejayaan itu, Saya ingin mengumumkan peruntukan tambahan khusus bagi Daerah Sabak Bernam sebanyak RM11 juta lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan HIJRAH Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, hari ini.

Jelasnya, statistik menunjukkan seramai 2,963 usahawan di Sabak Bernam mendapat pembiayaan Hijrah dengan melibatkan kos sebanyak RM13.9 juta sejak Hijrah dilancarkan.
“Selain merekodkan prestasi bayaran balik yang baik, peserta pertama layak mendapat pembiayaan maksima sebanyak RM50,000 juga merupakan seorang usahawan di Sabak Bernam,” katanya.

Sementara itu pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan Hijrah Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam, Mohamed Azmin menyerahkan replika cek pembiayaan bernilai RM7,005,000 kepada wakil usahawan, Mohd Badri Ismail.

-nR-

Categories
SELANGOR

Program HIJRAH bantu usahawan luaskan perniagaan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 APR: Rata-rata peniaga kecil kini memilih pinjaman melalui permohonan Program HIJRAH yang lebih mudah dan tidak membebankan.

Peniaga, Norsiah Rashid, 50, berkata itu adalah kali pertama beliau memperoleh pinjaman berjumlah RM10,000 bagi perniagaan onlinenya.

HIJRAH SELANGOR“Sebelum ini saya pernah membuat permohonan bank dan prosesnya yang leceh memerlukan pelbagai dokumen dan slip gaji jadi ia menyukarkan kami peniaga kecil.

“Dengan Program HIJRAH, prosesnya amat mudah,” katanya ibu tunggal ini.

Beliau ditemui selepas menerima baucar HIJRAH di Cawangan Hijrah Subang di sini.

Pemilik Syarikat Lori, M. Tarmatiban, 27, berkata HIJRAH memberi peluang kepada beliau untuk mengembangkan syarikat lori dan mempromosikan perniagaan pengurusan acaranya lebih luas.

“Saya membuat pinjaman sebanyak RM5,000 dan saya akan memanfaatkan untuk membaik pulih van yang ada supaya boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang

“Lebih penting HIJRAH tidak membebankan saya dengan faedah yang tinggi dan saya hanya perlu bayar sebanyak RM70 seminggu untuk tempoh 50 minggu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Zuriana Md Surim, 34, yang baru mula berjinak dalam bidang perniagaan tudung dan pakaian setahun lalu merasakan HIJRAH memberinya peluang mengembangkan lagi perniagaan.

“Sebelum ini saya hanya menggunakan duit modal yang ada kerana untuk membuat membuat pinjaman bank agak sukar diluluskan bagi peniaga baru seperti saya.

“Proses HIJRAH amat mudah cepat dan tidak membebankan saya mencari penjamin untuk permohonan saya diluluskan.

“Inisiatif Kerajaan Negeri ini amat membantu peniaga kecil seperti kami dan diharap tahun hadapan Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan lebih besar kerana masih ramai peniaga memerlukan bantuan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

81 peniaga terima pembiayaan HIJRAH kembang bisnes

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 APR: Seramai 81 warga Subang menerima baucer pinjaman Program HIJRAH untuk dimanfaatkan dalam mengembangkan lagi perniagaan.

Pengurus HIJRAH Cawangan Subang, Abd Aziz Dahlan, setakat ini lebih 1,703 peminjam dengan jumlah pinjaman keseluruhan sebanyak RM10,011.

HIJRAH SELANGOR“Sejak ia diperkenalkan Mac 2015, sepanjang tempoh itu lebih 95 peratus pembayaran balik berjalan dengan baik oleh peminjam.

“Kita hanya tinggal 300 kapasiti lagi untuk orang ramai yang ingin memohon hijrah, namun atas permohonan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, ADN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, Kerajaan Negeri menambah 1,000 lagi kapasiti yang boleh memohon,” katanya sewaktu penyampaian boucher pinjaman Hijrah di Cawangan Subang, di sini, semalam.

Majlis penyampaian baucher disampaikan oleh Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Sivarasa berkata, pinjaman itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri membantu peniaga kecil mengembangkan lagi perniagaan mereka untuk meningkatkan pendapatan.

“Sebab kebiasaannya peniaga kecil ini sukar mendapat pinjaman bank kerana prosedur dan syaratnya terlalu ketat sehingga membebankan peniaga, disamping mengelakkan mereka meminjam daripada agensi tidak berdaftar.

“Disarankan kepada peniaga yang mendapat baucer HIJRAH, untuk disiplinkan diri membayar balik seperti dipersetujui kerana tujuan kita untuk membantu mereka semula jika ingin membuat pinjaman lebih besar di masa hadapan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

HIJRAH: Perluas kursus tarik lebih ramai peserta

OLEH: HAFIZAN TAIB

SEKINCHAN, 3 APRIL: Komited meningkat pencapaian ekonomi dan taraf kehidupan usahawan, HIJRAH Selangor  merancang meluaskan penganjuran kursus bimbingan keusahawan mengikut zon.

Ketua Pengurus Operasi HIJRAH Selangor, Roslim Md Akhir, berkata usaha itu diyakini mampu menjejaki lebih ramai usahawan untuk dibimbing sekaligus membantu mereka berjaya dalam perniagaan.

pc hijrah 1-web“Kini kita merancang meluaskan lagi kursus seperti ini dengan menganjurkannya di setiap zon (cawangan) di seluruh Selangor.

“Menerusinya, matlamat program akan lebih tersebar luas dengan pembabitan lebih ramai peserta,” katanya kepada SelangorKini di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas berakhir Kursus Usahawan HIJRAH Selangor disertai 30 peserta dari Sungai Besar, Tanjong Karang dan sekitarnya.

Roslim berkata, kursus dijalankan HIJRAH Selangor tidak setakat membabitkan peserta, malah anak-anak  peserta juga turut dilibatkan bertujuan melahirkan keluarga bahagia di negeri itu.

HIJRAH Sungai Besar“Kalau melahirkan keluarga bahagia bukan setakat ibu bapa tetapi keseluruhan ahli di dalam keluarga itu,” katanya.

Setakat ini, tiga kursus dianjurkan HIJRAH Selangor menerusi program INSAN di bawah Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan dengan penekanan mengubah sikap dan pemikiran rakyat untuk meningkatkan taraf hidup dan berusaha gigih secara jujur dan amanah.

Antara objektif HIJRAH Selangor ialah memberi bantuan pinjaman mikrokredit kebajikan serta berkongsi kekayaan Kerajaan Negeri kepada masyarakat miskin bandar yang memerlukan.

-nR-

Categories
SELANGOR

HIJRAH disaran wujud mekanisma bantu OKU berniaga

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 27 MAC: Program HIJRAH dicadangkan mewujudkan mekanisma khas membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata
mekanisma khas itu perlu diwujudkan bagi membantu golongan itu berdikari menyara kehidupan dan keluarga.

HIJRAH SELANGOR“Saya ada berjumpa ramai orang dan ramai berminat termasuk golongan OKU menyertai HIJRAH. HIJRAH ini membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Saya kira, kita perlu bantu golongan OKU dengan bagi mereka peluang lebih luas.

“Mungkin konsultan boleh bagi idea bagaimana kita boleh bantu kerana ramai antara mereka hendak berniaga tetapi tidak ada jalan atau tidak tahu bagaimana disebabkan keadaan mereka.

“Mungkin kita boleh berkerjasama dengan persatuan OKU. Saya percaya konsultan ada idea untuk laksanakan idea ini,” kata Mohd Khairuddin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Komunikasi Efektif Usahawan HIJRAH di Akademi Hevea, di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, idea itu lebih mudah direalisasikan sekiranya HIJRAH menjalin kerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) berkaitan golongan OKU bagi mewujudkan ‘fast track’ khas untuk mereka.

“HIJRAH boleh tandatangan memorandum persefahaman (MoU) dengan NGO OKU di Selangor dan NGO terbabit juga boleh merancang jenis perniagaan untuk tambah pendapatan keluarga OKU ini.

“NGO ini juga boleh membantu dengan memastikan ahli mereka bayar pinjaman ikut jadual yang ditetapkan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa ini, walaupun Kerajaan Negeri menawarkan Skim Pinjaman HIJRAH kepada semua golongan tetapi tidak terdapat skim khas untuk golongan OKU untuk membuat pinjaman.

EZY

Categories
SELANGOR

Exco: “Jangan cari along, HIJRAH kan ada”

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 27 MAC: Usahawan diingatkan agar tidak mengambil jalan mudah meminjam daripada peminjam wang haram atau dikenali ‘along’ untuk menyelesaikan masalah kewangan perniagaan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata sebaliknya Kerajaan Negeri bersedia membantu golongan terbabit mengembangkan perniagaan melalui skim pinjaman HIJRAH.

HIJRAH SELANGOR“Mungkin ada peniaga memerlukan suntikan kewangan perniagaan mereka tetapi hadapi pelbagai masalah tak boleh pinjam bank, tidak ada penyata gaji, tak ada modal, kewangan yang lemah tetapi Kerajaan Negeri sediakan bantuan untuk golongan ini.

“Pinjaman ini membolehkan peniaga tidak perlu mencari jalan mudah dengan meminjam daripada along. Saya sebagai Exco Kebajikan, ramai yang datang kepada saya minta bantuan menyelesaikan masalah pinjaman along tetapi saya tidak dapat tolong.

“Jangan sesekali terperangkap dengan along kerana along memang tidak mengenal kasihan. Siapa terjebak, habislah masa depan,” kata Dr Daroyah pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Komunikasi Efektif Usahawan HIJRAH di Akademi Hevea, di sini, hari ini.

Katanya, terdapat mangsa along yang terpaksa menanggung hutang sehingga mencecah hampir RM30,000 walaupun pada asalnya hanya meminjam RM3,000 sahaja.

Sementara itu, Kursus Komunikasi Efektif Usahawan HIJRAH yang diadakan selama dua hari satu malam itu disertai lebih 40 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang perniagaan.

Kursus itu diadakan bagi melengkapkan peserta dengan skil komunikasi berkesan sekaligus membantu meluaskan pasaran perniagaan mereka.

EZY