Categories
SELANGOR

673 penduduk Kuala Selangor terima manfaat IPR

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KUALA SELANGOR, 13 MAC: Seramai 673 penduduk sekitar Kuala Selangor menerima bantuan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) melibatkan peruntukan keseluruhan bernilai RM1.6 juta sempena Karnival Inisiatif Peduli Rakyat, di sini.

Perangsang Selangor dalam kenyataan berkata, ia merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor), Yayasan Hijrah Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM).

Katanya, Kerajaan Negeri menerusi #SmartSelangor memperkenalkan program itu bagi memenuhi agenda ‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’ bertujuan memastikan kejayaan negeri turut dikongsi bersama rakyat.

“Sejumlah RM1.9 bilion hasil kekayaan negeri diagihkan kepada 5.9 juta rakyat Selangor menerusi kejayaan IPR, yang mana kira-kira 1.3 juta purata pengguna menerima manfaat air percuma setiap tahun.

“Di samping itu, bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas bernilai RM200 setiap bulan diberi kepada kaum ibu berpendapatan rendah yang dikenali Kasih Ibu Smart Selangor (KISS),” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, karnival berkenaan merupakan siri keempat jelajah Selangor selepas ia dilancarkan di daerah Petaling pada Mei 2017, siri kedua di Gombak pada Ogos 2017 dan siri ketiga di Hulu selangor pada November lalu.

Karnival berkenaan menyaksikan kebanjiran lebih 2,000 pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk kenduri rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter dan pameran bantuan IPR serta sukan rakyat.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor Smart City International Conference 2016 realisasi gagasan Smart State

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 DIS : Selangor Smart City International Conference 2016 memberi pendedahan kepada umum terhadap usaha Kerajaan Negeri membangunkan Selangor sebagai Smart City.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman berkata, persidangan tersebut dilaksanakan selaras komitmen Kerajaan Negeri merealisasikan gagasan Smart State.

“Untuk menjadi ‘smart’ ia memerlukan sebuah pengembaraan yang perlu diselongkar dan difahami semua pihak agar idea dan input pembangunan Smart State dapat diterjemahkan kepada umum.

“Usaha ini memerlukan pemahaman membabitkan perancangan bersistematik daripada Kerajaan Negeri dan pemahaman berkualiti kepada masyarakat Selangor.

“Keperluan inilah menjadi komitmen dan hasrat Kerajaan Negeri untuk terus giat melaksanakan agenda Smart State,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan pembukaan persidangan di Hotel Saujana Kuala Lumpur, di sini pagi ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah.

Disertai lebih 500 penjawat awam, wakil swasta, penggiat industri dalam dan luar negara, persidangan bermula hari ini hingga 7 Disember esok merupakan lanjutan kepada penganjuran Lab Smart Selangor, Jun lalu.

Persidangan turut memberi tumpuan kepada perkongsian ilmu menerusi empat sesi iaitu Smart City Knowledge Exchange, Smart Solutions for Smarter Cities, Leveraging IOT: Smart Mobility & Education dan Smart Entrepreneurs: Fireside Chat.

Turut dibincangkan sesi penerangan bagi pembangunan Smart Startup & Solution Provider Showcase termasuk Smart Mobility & Travel dan Smart Retail & Services.

Terdahulu, Kerajaan Negeri komited melaksanakan pelan jangka panjang dan inisiatif mengukuhkan agenda Smart Selangor yang mula diperkenalkan sejak 2014.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Selangor Smart City International Conference tampil panel antarabangsa

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 NOV: Agenda Smart Selangor terus diperhebat dengan  penganjuran Selangor Smart City International Conference 2016 yang bakal berlangsung pada 6 dan 7 Disember ini.

Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah berkata, konferens yang pertama seumpamanya itu antara lain menyediakan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman Smart City terkemuka dunia.

“Kita terbangkan khas panel jemputan daripada benua Eropah; Barcelona dan United Kingdom, juga panel daripada Taipei dan Cyberjaya.

“Hari kedua konferens pula kita fokus kepada smart startup dengan perkongsian pengalaman dan tips daripada startup yang berjaya,” katanya.

Bertempat di Hotel Saujana, konferens dua hari itu juga bakal disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

smart1Pada hari pertama, terdapat empat sesi bakal berlangsung iaitu Smart City Knowledge Exchange, Smart Solutions for Smarter Cities, Leveraging IOT: Smart Mobility & Education dan Smart Entrepreneurs: Fireside Chat.

Hari kedua pula dimulakan dengan sesi kelima bertajuk Smart Startup & Solution Provider Showcase termasuk Smart Mobility & Travel dan Smart Retail & Services.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, orang ramai boleh layari selangorsmartcity2016.com.

=EZY=

Categories
SELANGOR

MPSJ komited jayakan #SmartSelangor

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 22 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) komited menjayakan agenda #SmartSelangor digariskan Kerajaan Negeri dengan pelaksanaan beberapa program demi mencapai sasaran ditetapkan.

Yang Dipertuanya, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, sebagai salah satu pihak berkuasa tempatan (PBT) tersenarai dalam misi itu, MPSJ berusaha gigih meningkatkan kualiti perkhidmatannya demi manfaat orang ramai.

“Bagi memenuhi agenda terbabit, kita turut menjalankan tinjauan dalam kalangan orang ramai terhadap segala keperluannya.

“Antara program dijalankan MPSJ ialah bandar raya rendah karbon, pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan bas #SmartSelangor,” katanya kepada SelangorKini.

MPSJ01Beliau berkata, MPSJ menerima maklum balas positif daripada pihak awam mengenai program dilaksanakannya dan ia bakal berterusan hingga mencapai tahap seperti mana ditetapkan dalam misi berkenaan.

“Sebagaimana program bandar raya rendah karbon, kita bukan sekadar menjalankannya tetapi ia memberi impak diperlukan kepada kelestarian bandar mampan di Subang Jaya.

“Memang ada antara program digerakkan ini kita masih belum berpuas hati tetapi semuanya berjalan seperti dirancang dan akan kita teruskan hingga berjaya,” katanya.

-nR-

Rakaman : Majlis Penyerahan Baucer Pembiayaan HIJRAH Selangor


Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan HIJRAH Selangor
Dewan Seri Bernam Sg. Besar
Disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohammed Azmin Ali

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Selangor 20 Feb ini

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 20 Februari ini. Orang ramai dijemput hadir. Perkhidmatan Bas percuma #SmartSelangor disediakan.