Categories
SELANGOR

HIJRAH: 1,471 warga Sungai Besar terima manfaat

OLEH: LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 25 MAC: Seramai 1,471 warga Sungai Besar menerima baucar pinjaman Program HIJRAH sejak mula diperkenalkan pada Mac 2015.

Pengurus Cawangan HIJRAH, Mohd Ridhwan Asmara, berkata sejumlah RM2.7 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri sepanjang tempoh itu dengan peratusan bayaran balik melebihi 96 peratus.

HIJRAH SUNGAI BESAR 1“Skim pinjaman tanpa faedah ini bagaimanapun menerima perspektif salah apabila ada pihak memberi maklumat kononnya ia tidak perlu dibayar balik.

“Ia perlu dibayar semula secara konsisten bagi menjamin lanjutan pinjaman seterusnya.

“Kegagalan membuat bayaran tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan undang-undang selepas jalan perbincangan dan amaran tidak diendahkan peminjam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Baucar HIJRAH yang turut dihadiri Penasihat DUN Sungai Panjang, Mohd Fadzin Taslimin.

HIJRAH SUNGAI BESARBertempat di Dewan Comel, Kampung Pekan Selasa, seramai 98 orang menerima baucar pinjaman dengan jumlah keseluruhan RM504,649.

Ridhwan berkata, sehingga kini hampir 19,000 rakyat Selangor menerima manfaat program HIJRAH dengan peruntukan melebihi RM91 juta.

“Bagi peringkat negeri, kita menerima 98 peratus bayaran balik dan hasil selidikan kita dapati baki tidak membayar semula itu disebabkan beberapa perkara.

“Antaranya projek peminjam gagal, sakit kronik yang menyebabkannya tidak mampu bekerja dan paling teruk peminjam yang saja-saja tidak mahu bayar. Ini yang kita tidak mahu,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Susah pinjam bank, peniaga mohon bantuan HIJRAH

OLEH : AFIX REDZUAN

TAMAN MEDAN, 29 FEB: Konsep pinjaman tanpa faedah dengan kadar pembayaran ansuran mudah menarik minat peniaga untuk memohon bantuan perniagaan menerusi skim mikrokredit HIJRAH Selangor.

Rohaya Zainudin, 46, berkata kesukaran membuat pinjaman di bank tempatan mengakibatkan beliau nekad membuat permohonan pinjaman daripada HIJRAH Selangor bagi memastikan jualan produk kesihatannya kukuh.

IMG_0444Beliau berkata sebagai peminjam, peniaga perlu menjaga rekod bayaran dan mengamalkan disiplin tinggi supaya boleh membuat pinjaman baru di masa hadapan.

“Saya seorang ibu tunggal dan pernah cuba memohon pinjaman bank namun gagal. Ini merupakan tahun kedua berniaga dan bantuan pinjaman RM4,000 banyak membantu peniaga kecil seperti saya. Yang penting jaga rekod bayaran dan isiplin kena kuat,” katanya.

Salina Mohd Halidan, 37, berkata bantuan modal RM30,000 daripada HIJRAH membuka ruang buatnya mengembangkan perniagaan kedai makan yang mula diusahakan sejak empat tahun lalu.

“Saya sekarang mengusahakan kedai makan. Dengan bantuan diterima saya boleh cuba mengembangkan perniagaan sedia ada seperti membuka perkhidmatan katering,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagi Nor Azlan Ahmad Kamal, 30, bantuan kewangan diterima membolehkan beliau ke China mengambil bekalan pakaian untuk berniaga pada bulan Ramadan nanti.

IMG_0438“Alhamdulillah, konsep pinjaman ini sangat membantu dan saya berpuas hati dengan pelan simpanan disediakan supaya peminjam dapat mengawal perbelanjaan.

“Saya mengusahakan perniagaan pakaian sejak enam tahun lalu di Downtown Cheras. Dengan bantuan RM15,000 diterima, saya boleh mengambil bekalan ke China dalam masa terdekat selain mengembangkan perniagaan sedia ada,” katanya.

EZY

Tambahan RM31 juta untuk Hijrah, peratusan bayar balik tinggi

Prestasi peratusan pinjaman Hijrah cemerlang. Kerajaan Negeri tambah peruntukan RM31 juta.

Segi Fresh tawar 30 tapak niaga percuma untuk peserta HIJRAH

Pasaraya Segi Fresh tawar 30 tapak niaga percuma untuk peserta HIJRAH untuk kembangkan perniagaan.

Categories
SELANGOR

Man Kidal jalin kerjasama HIJRAH galak masyarakat niaga

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 8 FEB: Skim HIJRAH ditawarkan Kerajaan Selangor bagi membantu rakyat menjana pendapatan sebagai usahawan menarik perhatian gitaris lagenda negara, Man Kidal atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood.

Gitaris utama kumpulan Lefthanded itu berkata, hal ini berikutan skim pinjaman itu membantu masyarakat di negeri itu keluar daripada kemelut kesukaran berhadapan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.

man kidal a“Kami sedia jalin kerjasama dengan HIJRAH untuk adakan program bagi menarik minat orang ramai menceburi bidang perniagaan.

“Kami akan berbincang dengan HIJRAH selepas ini untuk adakan program bersama,” kata Man Kidal ketika ditemui SelangorKini pada Majlis Malam gemilang Usahawan Hijrah Selangor Cawangan Subang di Kelab Golf Bukit Rahman Putra di sini, baru-baru ini.

Beliau yang merupakan peneraju syarikat MKLabel Sdn Bhd itu bagaimanapun berkata, bentuk kerjasama kedua-dua pihak hanya diumumkan selepas perbincangan dijalankan.

Mengulas perkembangan syarikatnya itu, Man Kidal memberitahu sebelum ini MKLabel menandatangani kerjasama dengan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bagi meluaskan perniagaannya ke peringkat antarabangsa.

Sementara itu pada November 2015 lalu, MKLabel turut menjadi penaja utama Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia 2015 (MACCOPS) bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dengan barisan artisnya, Man Kidal, Datuk Ramli Sarip, Datuk Hattan, Dayang Nurfaizah, Ifa Raziah dan Raihan.

Selain mengembangkan perniagaannya MKLabel turut membuka peluang kepada orang ramai yang berminat menjadi rakan niaga melalui skim perkongsian yang ditawarkan.

“Bila kita tahu peminat sokong kita, jadi saya terfikir apa yang saya boleh sumbangkan semula kepada peminat saya sebab kita tak boleh mahu mengambil sahaja tetapi kita juga kena memberi dan sehingga hari ini saya tak sangka perniagaan saya berkembang,” kata Man Kidal.

Katanya lagi, sehingga kini MKLabel sudah mempunyai kira-kira 3,000 peserta di seluruh negara termasuk daripada peserta HIJRAH sendiri.

EZY

Categories
SELANGOR

Segi Fresh pasarkan produk, beri 30 tapak niaga percuma peserta HIJRAH

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 7 FEB: Peserta HIJRAH kini boleh mengembangkan pasaran perniagaan di empat Pasaraya Segi Fresh apabila memorandum persefahaman ditandatangani dengan HIJRAH Selangor baru-baru ini.

Pengurus Besar Kanan Segi Fresh , Fong Leong, berkata selain memasarkan produk peserta HIJRAH di pasaraya itu, mereka turut ditawarkan peluang berniaga di tapak niaga disediakan secara percuma.

Makan Malam Meraikan Usahawan HIJRAH (ASRI) (2)“Syaratnya mereka harus menjadi ahli HIJRAH Selangor. Kami menawarkan tapak di beberapa Pasaraya Segi Fresh di Subang, Balakong, Teluk Panglima Garang dan akan datang di Pandamaran Klang.

“Dianggarkan 30 tapak kesemuanya apabila setiap pasaraya ada lapan hingga 10 tapak. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar sama ada melalui pejabat HIJRAH atau secara terus di Pasaraya Segi Fresh,” katanya.

Beliau berkata bagi memasarkan produk di Segi Fresh aspek pembungkusan perlu diberi perhatian dengan sistem bar kod dan tanda halal.

“Bungkusannya juga haruslah dipastikan ada tanda halal kerana majoriti pelanggan kami adalah orang Melayu,” kata Leong kepada SelangorKini pada majlis Malam gemilang Usahawan Hijrah Selangor Cawangan Subang di Kelab Golf Bukit Rahman Putra di sini, malam tadi.

Katanya, peserta HIJRAH yang berminat untuk berniaga di tapak niaga di Segi Fresh boleh mendaftar sama ada di pejabat HIJRAH atau mendaftar secara terus di Pasaraya Segi Fresh yang dikehendaki.

Kata Leong, selain membantu memasarkan barangan, Segi Fresh turut memberi bimbingan kepada usahawan yang berminat menceburkan diri dalam bidang perniagaan peruncitan pasaraya.

“Segi Fresh membekalkan ilmu supaya mereka lebih memahami selok belok perniagaan peruncitan lebih mendalam,” kata Leong lagi.

Kata Leong lagi, Segi Fresh turut memberikan Kad Segi HIJRAH kepada peserta denhan mereka dapat membeli barangan di Segi Fresh pada tawaran harga rendah.

EZY

Categories
SELANGOR

Peruntukan 2016 HIJRAH RM31 juta kerana bayar balik tinggi

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 7 FEB: Kerajaan Negeri menambah lagi peruntukan bagi program pinjaman usahawan di negeri itu sebanyak RM31 juta tahun ini ekoran sambutan sangat menggalakkan usahawan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata jumlah itu diputuskan selepas mengambil kira prestasi bayaran balik peminjam HIJRAH yang tinggi sehingga mencecah 98 peratus pada tahun lalu.

“Kerajaan Negeri tidak perlu lagi menambah RM100 juta lagi sama seperti tahun lalu kerana disiplin bayaran balik usahawan kita yang meminjam sangat baik hingga mencecah 98 peratus bayaran balik.

Makan Malam Meraikan Usahawan HIJRAH (ASRI) (2)“Kerajaan Negeri bukan mengecilkan peruntukan untuk HIJRAH tetapi kewangan yang ada mencukupi untuk HIJRAH terus beri bantuan kepada usahawan,” kata Dr Daroyah ketika merasmikan Malam gemilang Usahawan Hijrah Selangor Cawangan Subang di Kelab Golf Bukit Rahman Putra di sini, malam tadi.

Jelasnya, prestasi bayaran balik yang tinggi itu membolehkan kedudukan kewangan tabungan pinjaman tanpa faedah itu sentiasa berada dalam keadaan kukuh dan sekaligus boleh dimanfaatkan kepada peminjam baru.

Dr Daroyah turut melahirkan keyakinan sasaran seramai 1,000 peserta bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berjaya dicapai.

Katanya lagi, kira-kira 18,000  usahawan seluruh Selangor sudah menerima bantuan pinjaman daripada skim HIJRAH.

Sementara itu, majlis Malam Gemilang Usahawan Hijrah Selangor Cawangan Subang malam tadi yang dihadiri kira-kira 500 peserta berlangsung meriah dengan pelbagai persembahan menarik.

Antara yang mengadakan persembahan malam tadi, Nash Lefthanded yang menyampaikan beberapa buah lagu terkenal ‘Pada Syurga Di Wajahmu’.

Selain Nash, gitaris lagenda negara yang juga pemain gitar utama kumpulan Lefhhanded, Man Kidal turut mempersembahkan petikan gitar solo lagu Hindi yang popular menerusi filem Dilwale iaitu Janam Janam.

EZY

Categories
SELANGOR

HIJRAH sumbang RM1,000 bantu pelajar putus kaki

KLANG, 5 FEB: Adik Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang kehilangan kedua-dua kaki selepas digilis lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang pada 18 Januari lalu menerima sumbangan RM1,000 daripada Yayasan HIJRAH Selangor (HIJRAH).

Sumbangan disampaikan Pengerusi Eksekutif Yayasan HIJRAH , Datuk Mansor Othman ketika berkunjung melihat perkembangan kesihatan Nuraisyah yang masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

HIJRAH BANTUKunjungan turut dihadiri 18 kakitangan HIJRAH Selangor yang diketuai Pengurus HIJRAH Cawangan Kota Raja, Syukri Ismail dan Ketua Pengurus Operasi HIJRAH Selangor, Roslim Md Akhir.

Bapa tiri pelajar berkenaan, Roslan Sardi yang juga merupakan Usahawan HIJRAH Selangor dari Selat Klang turut melahirkan rasa terharu di atas keprihatinan HIJRAH membantu keluarganya.

Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sabak Bernam itu putus kedua-dua kaki selepas digilis lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang ketika membonceng motosikal yang ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan,14, sebelum dipercayai dilanggar kereta dari belakang.

-nR-

Categories
SELANGOR

Program HIJRAH bantu peniaga kembang perniagaan

OLEH : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 2 FEB: Program HIJRAH membantu golongan peniaga mengembangkan keusahawanan bermula dari tepi jalan sehingga ke restoren.

Peserta HIJRAH, Salina Mohd Halidan, 37, berkata beliau menyertai program pinjaman daripada Kerajaan Negeri itu sejak tujuh tahun lalu menerusi program MIMBAR.

hijrah 2Katanya, dengan bermodalkan RM3,000, beliau kini berpuas hati dengan bantuan daripada Kerajaan Selangor itu.

“Dengan MIMBAR, saya sudah meminjam tiga kali pusingan dan HIJRAH satu kali dengan pinjaman sebanyak RM10,000.

“Jika dulu saya meminjam RM3,000 untuk membeli payung, kaki meja, sekarang saya mampu mempunyai restoren sendiri,” katanya.

“Kini saya sedang memohon untuk membuat pinjaman RM30,000,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata pinjaman berkonsepkan asas simpanan itu merupakan program yang bagus kepada semua peniaga.

“Memang berbaloi. Saya akan setia membuat pinjaman dengan HIJRAH. Ia sangat membantu peniaga kecil seperti saya,” katanya.

Sementara itu, Mior Azim, 31, berkata dengan pinjaman sebanyak RM5,000 dengan HIJRAH merupakan titik permulaan untuk beliau mengembangkan perniagaannya.

hijrah 3Katanya, beliau kini sudah mempunyai empat cawangan di Matahari Mall, Bandar Kinrara, Klang dan Star Avenue.

“Saya mendapat tahu program ini daripada kawan. Jadi, tahun lepas saya cuba mohon dan berjaya.

“Walaupun pinjaman dengan modal yang kecil namun ia serba sedikit membantu menambah baik perniagaan sedia ada,” katanya.

Pemilik makanan barat, MIOS itu berkata program HIJRAH itu merupakan program yang telus, mudah dan menepati sasaran peniaga.

“Kepada peniaga di luar sana, program HIJRAH sesuai untuk anda. Saya  kini menantikan pinjaman pusingan kedua daripada program ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

HIJRAH dan UNISEL bekerjasama laksana kajian keberkesanan

OLEH : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 2 FEB: Program pinjaman berasaskan simpanan ‘Hijrah’ bakal bekerjasama dengan Universiti Selangor (UNISEL) untuk membuat kajian keberkesanan program terbabit.

Pengurus Zon 3 HIJRAH, Mohamed Asri Abdul Hamid, berkata hal itu bagi orang ramai mengetahui impak positif dari analisis program HIJRAH.

hijrah 1“Bulan Mac ini, cukup setahun program HIJRAH dilaksanakan.

“Kita tahu program ini sangat memberi kesan penambahan ekonomi kepada peserta,” katanya kepada SelangorKini selepas melawat peserta HIJRAH di Matahari Mall, Taman Dato’ Harun, di sini.

Hadir sama Adun Taman Medan, Haniza Talha.

Asri berkata akhir Januari lalu, peserta Hijrah sudah mencecah seramai 17,500 orang.

Sementara itu, Haniza berkata beliau mahu penduduk di kawasannya menjana pendapatan lebih baik terutamanya ketika krisis ekonomi ketika ini.

“Dengan kos perbelanjaan meningkat, ramai yang tidak mampu menampung perbelanjaan. Jadi, saya berpendapat mereka harus menjana pendapatan dengan berniaga.

“Oleh kerana itu, saya turun padang melawat dan mendengar sendiri dari peserta kerana kita tahu HIJRAH membantu peniaga kecil yang ingin memulakan perniagaan mahupun menambah produk mereka,” katanya.

Setakat ini, seramai 416 peserta menyertai HIJRAH di Parlimen Petaling Jaya Selatan.

EZY

HIJRAH meterai MoU dengan UNISEL, Segi Fresh


Yayasan Hijrah meterai MoU bersama UNISEL dan Pasar Raya Segi Fresh sebagai jaminan untuk peserta Hijrah menerima latihan tambahan memajukan perniagaan.

Pinjaman perniagaan, HIJRAH lebih mudah berbanding bank

Kesukaran rakyat khususnya peniaga kecil mendapatkan pinjaman bank mendorong Kerajaan Negeri mewujudkan program mikrokredit bersepadu, HIJRAH. Pinjaman perniagaan tanpa faedah.