Categories
GLOBAL

Pegawai silap beri amaran serangan ICBM dipecat

GLOBAL 31 JAN: Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii (HEMA) meletak jawatan dan seorang pegawai yang mempunyai rekod ‘prestasi buruk’ dipecat selepas mencetuskan panik dengan memberi amaran palsu peluru berpandu menuju ke kepulauan Pasifik itu.

Hawaii, yang berwaspada berhubung ancaman Korea Utara, dikejutkan dengan amaran itu, yang dihantar menerusi telefon bimbit kepada penduduk dan pelancong dan tidak dibetulkan sehingga hampir 40 minit, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Seorang lagi kakitangan agensi negeri, yang bertanggungjawab memaklumkan kepada umum mengenai ancaman kepada keselamatan mereka, digantung, Ketua Adjutan negeri itu, Mejar Jeneral Joe Logan.

Pentadbir HEMA, Vern Miyagi, meletak jawatan semalam sebagai mengambil tanggungjawab di atas kejadian pada 13 Januari lalu, kata Logan, dan pegawai amaran kecemasan yang tersilap memberikan amaran serangan peluru berpandu balistik dipecat Jumaat lalu.

Laporan siasatan yang disiarkan semalam menyatakan, pekerja yang dipecat itu menjadi ‘sumber kebimbangan’ selama 10 tahun kerana pencapaian buruknya.

“Beliau tidak memahami keadaan dan keliru antara kejadian sebenar dan latihan sekurang-kurangnya dua kali,” menurut laporan.

Dalam laporan berasingan, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) menyatakan, pegawai berkenaan mendakwa beliau percaya ancaman itu benar dan tidak mendengar ayat menyatakan ia cuma latihan.

SUMBER: AFP

Categories
GLOBAL

Sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB bincang tindakan Pyongyang

GLOBAL 29 NOV: Ujian Peluru Berpandu Balistik Antara Benua (ICBM) oleh Korea Utara memaksa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaksa pertubuhan itu mengadakan sidang tergempar.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan mengambil langkah segera dengan memohon untuk mengadakan mesyuarat itu awal pagi ini.

Anggota majlis bakal mengadakan pertemuan dalam sesi terbuka bermula jam 4.30 petang waktu tempatan.

Korea Utara melancarkan Peluru Berpandu Balistik Rentas Benua (ICBM) yang dipercayai mendarat di zon eksklusif Jepun (EEZ), kata Kementerian Pertahanan Jepun.

Ketua Kakitangan Bersama tentera Korea Selatan (JCS), berkata peluru berpandu dilancarkan dari wilayah selatan Pyongan dan pihak berkuasa Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) sedang menilainya.

Pentagon melaporkan peluru berpandu itu merentasi kawasan sejauh 1,000 kilometer sebelum mendarat di Laut Jepun.

Terdahulu badan dunia itu sudah dijadualkan untuk membincangkan kemajuan pelaksanaan tiga pusingan baharu sekatan yang bertujuan untuk mengekang program ketenteraan Pyongyang.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Malaysia kutuk ujian ICBM Korea Utara cabul resolusi PBB

KUALA LUMPUR 16 SEPT: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara sambil menyifatkan tindakan itu sebagai satu lagi pencabulan jelas terhadap pelbagai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Selain itu, ia turut menjejaskan rejim sejagat mengenai pelucutan dan ketakcambahan senjata nuklear.

Wisma Putra, dalam kenyataan malam tadi berkata, Malaysia menyuarakan kebimbingan yang serius berikutan peluru balistik sekali lagi telah merentasi wilayah berdaulat Jepun, sekali gus memberi ancaman secara langsung terhadap keselamatan negara tersebut.

“Tindakan provokasi sedemikian terus memudaratkan ketegangan yang sedia wujud di Semenanjung Korea dan rantau ini.

SLBM Korea Utara“Ia adalah adalah satu lagi tindakan yang menjejas usaha masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian muktamad dan keamanan berkekalan di rantau tersebut,” menurut kenyataan itu.

Agensi berita China, Xinhua, melaporkan tentera Amerika Syarikat dalam kenyataan menyebut bahawa ia telah mengesan pelancaran peluru berpandu balistik perantaraan jarak dekat berhampiran Sunan di Pyongyang, pada jam 11.57 pagi waktu Hawaii (2157 GMT).

Agensi berita itu memetik Pemerintah Tentera Amerika Syarikat di Pasifik sebagai berkata bahawa peluru berpandu itu melintasi bahagian utara Jepun sebelum mendarat di Lautan Pasifik di bahagian timur Jepun.

Justeru itu, Wisma Putra berkata Malaysia menyeru semua pihak, khususnya rejim Pyongyang mengambil suatu pendekatan yang lebih berwaspada dan juga menekankan kepentingan mewujudkan suasana kondusif bagi menyambung semula proses dialog dengan segera antara pihak berkaitan.

“Malaysia kecewa dengan tindakan Korea Utara menentang gesaan masyarakat antarabangsa supaya rejim Pyongyang meneroka penyelesaian secara aman dalam menangani situasi di Semenanjung Korea,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, Malaysia dengan tegas menggesa Korea Utara supaya menghentikan sebarang pelancaran peluru balistik, menamatkan program nuklear dan peluru balistik serta mematuhi sepenuhnya obligasi negara tersebut seperti termaktub dalam resolusi UNSC demi memelihara keamaan dan keselamatan antarabangsa.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Korea Utara mahu bangun senjata nuklear dan ICBM lebih canggih

SEOUL 10 SEPT: Agensi media Korea Utara menyambut ulang tahun ke-69 penubuhan negara itu semalam dengan menggesa pembangunan program senjata nuklear yang lebih berkuasa sebagai bantahan terhadap sekatan antarabangsa, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Tentera Korea Selatan berkata, pihaknya sedang menjalankan pemantauan ke atas Pyongyang memandangkan terdapat spekulasi yang mengatakan ia bakal melancarkan satu peluru berpandu atau satu ujian nuklear lain bagi menandakan penubuhan Republik Rakyat Demokratik Korea Utara pada tahun 1948.

Negara berkenaan telah melancarkan ujian nuklear yang kelima pada 9 September tahun lalu dan melancarkan satu lagi ujian serupa minggu lalu.

Korea Utara mengatakan ia adalah bom hidrogen yang boleh dipasang pada peluru berpandu sekali gus menyebabkan seluruh dunia mengutuk tindakan dan menggesa supaya mengenakan sekatan selanjutnya.

SLBM Korea Utara“Sektor pertahanan selaras dengan dasar parti Byungjin yang (membangunkan ekonomi dan senjata nuklear pada masa yang sama) perlu mencipta senjata Juche yang lebih canggih,” kata akhbar rasmi Korea Utara, Rodong Sinmun yang merujuk kepada falsafah negara iaitu Juche atau kepercayaan diri.

Akhbar sebaran rasmi parti pemerintah Korea Utara itu turut menggesa supaya lebih ‘banyak majlis ajaib’ diadakan seperti ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) bagi menghalang cubaan Amerika Syarikat (AS) untuk melemahkan pemimpinnya, Kim Jong-un.

“Tidak kira bagaimana AS dan boneka-bonekanya menimbulkan kekacauan ke atas republik kami yang hakikatnya memiliki pasukan tentera hebat dan senjata nuklear antara paling kuat.

Korea Utara“Wilayahnya telah bertukar menjadi benteng, semua rakyatnya dilengkapi senjata sekali gus akan terus kekal sebagai kubu besi,” katanya.

Dalam satu ulasan lain, Sinmun berkata, AS akan terus menerima ‘pakej hadiah’ dalam pelbagai bentuk dan saiz selagi ia berpegang kepada dasar permusuhan ke atas Korea Utara.

Sementara itu, jurucakap kementerian pertahanan Korea Selatan berkata, tiada sebarang tanda-tanda bahawa Korea Utara bersiap sedia melancarkan ujian nuklear atau peluru berpandu semalam.

“Pasukan tentera telah mempertahankan kedudukannya paling tinggi selain terus memantau Korea Utara dengan lebih dekat namun tiada sebarang aktiviti luar biasa,” katanya.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Malaysia kutuk pelancaran ICBM Korea Utara

KUALA LUMPUR 30 OGOS: Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara pada Selasa.

Kementerian Luar dalam kenyataan di sini berkata, tindakan provokatif itu merupakan pencabulan jelas terhadap terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut kementerian, tindakan Korea Utara itu juga sebagai tindak balas kepada latihan pertahanan bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang diadakan secara tahunan.

“Tindakan Korea Utara ini hanya akan mengeruhkan ketegangan yang semakin meningkat di Semenanjung Korea dan melengahkan usaha masyarakat antarabangsa mengurangkan ketegangan dan mencari keamanan di rantau itu,” kenyataan itu.

DIWWi7SVoAA06m9Sehubungan itu, Malaysia menyeru semua pihak supaya mengawal tindakan masing-masing serta menekankan kepentingan untuk mewujudkan keadaan yang kondusif bagi dialog.

Kementerian Luar menyatakan Malaysia juga menggesa Korea Utara supaya menghentikan sebarang pelancaran peluru berpandu, menghentikan program nuklear dan peluru berpandu balistik serta mematuhi sepenuhnya obligasi di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan demi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Media melaporkan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dipetik sebagai berkata bahawa Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik pada Selasa dan ia memasuki daerah Tohuku di utara Jepun.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL

AS berjaya uji peluru berpandu pintas ICBM

WASHINGTON 31 MEI: Tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya dalam ujian memintas peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) tiruan dalam ujian pertama seumpamanya di tengah kebimbangan program senjata Korea Utara.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Tentera AS dalam satu kenyataan berkata, pemintas darat dilancarkan dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di California ‘berjaya memintas sasaran peluru berpandu balistik antara benua’ dilepaskan dari Tapak Ujian Reagan di Marshall Islands.

Ujian itu menyaksikan sebuah roket dari sistem Pertahanan Pertengahan Darat (GMD) dilancarkan ke udara dan kemudian menggunakan ‘kenderaan pembunuh di luar atmosfera’ yang menghentam ke arah ICBM tiruan, memusnahkannya dalam pelanggaran langsung.

“Sistem ini amat penting kepada pertahanan tanah air dan ujian menunjukkan kita memiliki kemampuan, penghalang dipercayai terhadap ancaman sebenar,” kata Timbalan Laksamana Jim Syring, Pengarah Agensi Pertahanan Peluru Berpandu AS dipetik sebagai berkata.

Latihan itu menandakan langkah penting untuk sistem GMD, yang mengalami pelbagai perubahan sejak ujian terdahulu. Walaupun berjaya dalam ujian terakhir pada 2014, ia gagal ketika tiga cubaan menyasar peluru berpandu bukan ICBM lebih perlahan.

ICMB

=EZY=