Categories
GLOBAL

Korea Utara siap sedia uji peluru berpandu lagi

SEOUL 30 SEPT: Beberapa peluru berpandu Korea Utara dipindahkan dari bangunan roket dekat ibu negara Pyongyang, ketika negara itu dikatakan bersiap sedia melakukan tindakan provokatif baharu, lapor Korean Broadcasting System (KBS).

KBS memetik sumber perisik yang enggan didedahkan identiti berkata, pegawai perisikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengesan aktiviti pemindahan peluru berpandu dari bangunan Penyelidikan dan Pembangunan Peluru Berpandu Korea Utara di Sanum-dong dekat utara Pyongyang.

Laporan itu tidak mendedahkan bila atau ke mana ia dipindahkan, lapor Agensi Berita Antarangsa REUTERS.

Menurut laporan itu, peluru berpandu itu dijangka jenis Hwasong-12, jarak sederhana atau peluru berpandu rentas benua Hwasong-14.

Sumber kementerian pertahanan Korea Selatan berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan butiran laporan sama ada berlaku aktiviti seperti yang didakwa di kawasan terbabit.

Korea UtaraPada masa sama pegawai Korea Selatan menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman Korea Utara menjelang ulang tahun penubuhan Parti Komunis negara itu pada 10 Oktober depan atau ketika China mengadakan Kongres Parti Komunis pada 18 Oktober.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Malaysia kutuk ujian ICBM Korea Utara cabul resolusi PBB

KUALA LUMPUR 16 SEPT: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara sambil menyifatkan tindakan itu sebagai satu lagi pencabulan jelas terhadap pelbagai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Selain itu, ia turut menjejaskan rejim sejagat mengenai pelucutan dan ketakcambahan senjata nuklear.

Wisma Putra, dalam kenyataan malam tadi berkata, Malaysia menyuarakan kebimbingan yang serius berikutan peluru balistik sekali lagi telah merentasi wilayah berdaulat Jepun, sekali gus memberi ancaman secara langsung terhadap keselamatan negara tersebut.

“Tindakan provokasi sedemikian terus memudaratkan ketegangan yang sedia wujud di Semenanjung Korea dan rantau ini.

SLBM Korea Utara“Ia adalah adalah satu lagi tindakan yang menjejas usaha masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian muktamad dan keamanan berkekalan di rantau tersebut,” menurut kenyataan itu.

Agensi berita China, Xinhua, melaporkan tentera Amerika Syarikat dalam kenyataan menyebut bahawa ia telah mengesan pelancaran peluru berpandu balistik perantaraan jarak dekat berhampiran Sunan di Pyongyang, pada jam 11.57 pagi waktu Hawaii (2157 GMT).

Agensi berita itu memetik Pemerintah Tentera Amerika Syarikat di Pasifik sebagai berkata bahawa peluru berpandu itu melintasi bahagian utara Jepun sebelum mendarat di Lautan Pasifik di bahagian timur Jepun.

Justeru itu, Wisma Putra berkata Malaysia menyeru semua pihak, khususnya rejim Pyongyang mengambil suatu pendekatan yang lebih berwaspada dan juga menekankan kepentingan mewujudkan suasana kondusif bagi menyambung semula proses dialog dengan segera antara pihak berkaitan.

“Malaysia kecewa dengan tindakan Korea Utara menentang gesaan masyarakat antarabangsa supaya rejim Pyongyang meneroka penyelesaian secara aman dalam menangani situasi di Semenanjung Korea,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, Malaysia dengan tegas menggesa Korea Utara supaya menghentikan sebarang pelancaran peluru balistik, menamatkan program nuklear dan peluru balistik serta mematuhi sepenuhnya obligasi negara tersebut seperti termaktub dalam resolusi UNSC demi memelihara keamaan dan keselamatan antarabangsa.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Tentera AS dan Korea Selatan guna simulasi komputer latihan perang

GLOBAL 22 OGOS: Tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengadakan latihan peperangan mengunakan simulasi komputer bagi persiapan sekiranya perang meletus dengan Korea Utara.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan latihan perang bersama itu akan berterusan hingga 31 Ogos ini.

Latihan perang itu juga diadakan selepas Pyongyang dilaporkan menjana pendapatan sekurang-kurangnya AS$270 juta (RM1.07 bilion) sejak Februari lalu walaupun dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, latihan bersama itu yang dinamakan Kawalan Kebebasan Ulchi adalah untuk pertahanan dan bukan bertujuan meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea.

Korea Utara“Tiada niat untuk meningkatkan ketegangan tentera di Semenanjung Korea kerana latihan ini diadakan pada setiap tahun dan bertujuan untuk pertahanan semata-mata.

“Korea Utara juga tidak sepatutnya menjadikan latihan tentera ini sebagai provokasi untuk memburukkan lagi keadaan,” kata Jae-in.

Seorang jurucakap tentera AS, Michelle Thomas berkata, latihan tentera itu sebagai persiapan sekiranya sesuatu yang besar berlaku dan perlu melindungi Korea Selatan.

Pyongyang menganggap latihan tentera tahunan sebagai persiapan untuk menyerang Korea Utara. Negara komunis itu melancarkan peluru berpandu dan melakukan tindakan lain setiap kali latihan perang itu diadakan pada masa lalu.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Kedutaan Malaysia di Indonesia solat hajat untuk negara

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 MAC: Kira-kira 100 petugas dan ahli keluarga Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menunaikan solat hajat, semalam bagi memohon kesejahteraan negara dalam menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Bernama melaporkan, ia turut disertai Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim serta timbalannya, Zamshari Shaharan.

Selain solat berjemaah, mereka turut mengadakan bacaan tahlil dan Yaasin yang diadakan di Masjid As-Salam di kompleks kedutaan itu.

Diimamkan oleh Atase Agama di kedutaan berkenaan, Abang Zainal Abidin Abang Ariffin, majlis diakhiri dengan bacaan doa khas.

Doa berkenaan khusus memohon keselamatan sembilan rakyat Malaysia terdiri daripada tiga pegawai kedutaaan dan ahli keluarga yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara.

Hubungan diplomatik Malaysia dengan Korea Utara kini tegang berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2, pada 13 Februari lalu.

-nR-