Categories
GLOBAL

Ujian nuklear Korea Utara 16 kali ganda ledakan Hiroshima

SEOUL 13 SEPT: Ujian nuklear terbaru Korea Utara kemungkinan menghasilkan letupan 250 kilotan, lebih tinggi berbanding anggaran rasmi, kata kumpulan pemerhati Amerika Syarikat (AS).

Laman web AS, 38 North, yang dikaitkan dengan Universiti Johns Hopkins, berkata ia menaikkan anggaran hasil letupan itu kepada 250 kilotan, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Ia adalah 16 kali lebih besar berbanding saiz bom 15 kilotan yang memusnahkan Hiroshima pada 1945.

Anggaran kerajaan bagi hasil letupan itu berbeza daripada Korea Selatan iaitu 50 kilotan dan Jepun dengan 160 kilotan.

Kesan North1Pyongyang yang mengadakan ujian nuklear keenam dan terbesar minggu lalu, berkata ia adalah bom hidrogen yang boleh dimuatkan ke dalam peluru berpandu, mencetuskan kecaman antarabangsa dan meningkatkan ketegangan berhubung cita-cita nuklearnya.

Perkhidmatan Geologi AS (USGS) meletakkan ukuran yang menyebabkan gempa bumi itu pada 6.3 dan Pertubuhan Perjanjian larangan Ujian Menyeluruh Nuklear (CTBTO) dan agensi Norway, NORSAR, meletakkan ukuran awal pada 6.1.

Pegawai AS berkata, mereka masih menilai sama ada ia adalah bom-H, juga dikenali sebagai senjata termonuklear, tetapi setakat ini tiada yang tidak konsisten dengan dakwaan Korea Utara ia adalah bom hidrogen.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Bom hidrogen Pyongyang 8 kali ganda lebih kuat

TOKYO 6 SEPT: Ujian nuklear terbaru Korea Utara lebih berkuasa berbanding anggapan awal dengan kekuatan lapan kali ganda saiz bom diletupkan di Hiroshima.

Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera berkata, Ahad lalu, Korea Utara mencetuskan kebimbangan global apabila ia menguji apa yang digambarkan sebagai bom hidrogen untuk peluru berpandu jarak jauh, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Terdahulu Kementerian Pertahanan Jepun berkata, bom itu memiliki kekuatan 70 kiloton, berdasarkan magnitud anggaran suruhanjaya persediaan Pertubuhan Perjanjian Komprehensif Larangan Ujian Nuklear (CTBTO).

Namun Onodera memberitahu media hari ini, kementeriannya menaik taraf anggaran itu kepada sekitar 120 kiloton berdasarkan semakan oleh CTBTO.

NT“Kita dapat tentukan bahawa ujian nuklear yang dijalankan mempunyai keupayaan agak tinggi,” kata Onodera.

Pada 120 kiloton, letupan itu adalah lapan kali ganda lebih berkuasa berbanding kekuatan 15 kiloton bom digugurkan Amerika Syarikat (AS) yang memusnahkan Hiroshima pada 1945.

Anggaran itu juga melebihi kekuatan antara 50 dan 100 kiloton dibuat ketua hal ehwal politik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Jeffrey Feltman dalam Majlis Keselamatan PBB.

Terdahulu, Perdana Menteri Shinzo Abe menggesa masyarakat antarabangsa membentuk pakatan menentang provokasi Pyongyang.

“Sama ada kita dapat mengekang tindakan melampau Korea Utara atau bergantung kepada penyatuan di kalangan anggota masyarakat antarabangsa,” kata Abe ketika bertemu Menteri Pertahanan India Arun Jaitley di ibu kota ini.

Duta AS ke PBB Nikki Haley memaklumkan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB, Washington akan membentangkan resolusi sekatan baharu untuk dirunding beberapa hari lagi, dengan matlamat membuang undi Isnin depan.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Malaysia kutuk pelancaran ICBM Korea Utara

KUALA LUMPUR 30 OGOS: Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara pada Selasa.

Kementerian Luar dalam kenyataan di sini berkata, tindakan provokatif itu merupakan pencabulan jelas terhadap terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut kementerian, tindakan Korea Utara itu juga sebagai tindak balas kepada latihan pertahanan bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang diadakan secara tahunan.

“Tindakan Korea Utara ini hanya akan mengeruhkan ketegangan yang semakin meningkat di Semenanjung Korea dan melengahkan usaha masyarakat antarabangsa mengurangkan ketegangan dan mencari keamanan di rantau itu,” kenyataan itu.

DIWWi7SVoAA06m9Sehubungan itu, Malaysia menyeru semua pihak supaya mengawal tindakan masing-masing serta menekankan kepentingan untuk mewujudkan keadaan yang kondusif bagi dialog.

Kementerian Luar menyatakan Malaysia juga menggesa Korea Utara supaya menghentikan sebarang pelancaran peluru berpandu, menghentikan program nuklear dan peluru berpandu balistik serta mematuhi sepenuhnya obligasi di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan demi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Media melaporkan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dipetik sebagai berkata bahawa Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik pada Selasa dan ia memasuki daerah Tohuku di utara Jepun.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Peluru berpandu Korea Utara terbang 2,700 km lepasi Jepun

SEOUL 29 OGOS: Peluru berpandu antara benua (ICBM) dilancarkan Korea Utara melepasi Jepun dalam ujian terbaru negara itu dalam peningkatan besar Pyongyang di tengah ketegangan berhubung program senjatanya.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan peluru berpandu ICBM itu jatuh
ke dalam Lautan Pasifik di pesisir Hokkaido, kata Tokyo.

Ia terbang kira-kira 2,700 kilometer pada ketinggian maksimum 550 kilometer, katanya, menambah Korea Selatan dan AS menganalisis rapi bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tiada peluru berpandu Korea Utara terbang melepasi Jepun selama beberapa tahun dan pelancaran dilakukan selepas tempoh tegang di rantau itu.

DIWWi7SVoAA06m9Korea Utara mengancam menembak peluru berpandu ke arah wilayah AS di Guam, manakala Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran keras Pyongyang berdepan api kemarahan dan menegaskan senjata Washington sudah bersedia.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) melaksanakan sekatan ketujuh ke atas Korea Utara, mengetatkan halangan ke atas eksport dan pelaburan di negara itu.

Ketegangan semakin mengendur baru-baru ini tetapi Ketua Turus Staf Korea Selatan dalam kenyataan berkata, pelancaran peluru berpandu hari ini pada jam 5.50 pagi waktu tempatan dari Sunan berhampiran Pyongyang, dan terbang ke timur dan melepasi Jepun.

=EZY=