Categories
NASIONAL

Ketua Pengarah Imigresen digesa laksana pembaharuan agensi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 JAN: Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Mustafa Ali digesa untuk tidak membenarkan berlakunya sebarang bentuk tekanan politik dan melaksanakan tanggungjawab bandan itu secara telus.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, Mustafa disaran melaksanakan pembaharuan pentadbiran yang lebih telus ke arah memastikan tidak wujudnya sebarang kegiatan salah laku penjawat awam.

“Beliau perlu melaksanakan pembaharuan kritikal iaitu mengkaji semula semua kontrak syarikat swasta dengan Jabatan Imigresen sejak Januari 2015. Tender terbuka perlu dilaksanakan untuk semua kontrak selepas ini.

“Selain itu Imigresen disaran menubuhkan pasukan siasatan peringkat tinggi pelbagai jabatan yang diketuai Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) bersama-sama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

“Cadangan ini supaya kita dapat memastikan Imigresen komited untuk benar-benar menghapuskan sindiket orang dalaman yang menjalankan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan orang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, Mustafa disaran umembentuk Suruhanjaya Diraja Pembaharuan Imigresen bagi membersihkan sepenuhnya seluruh jabatan yang terpalit dengan salah laku anggotanya tahun lalu.

“Tahun baru ini, adakah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen akan melawan tekanan politik dan menyertai kami untuk mendedahkan kepincangan dan memberhentikan aktiviti kartel?” soalnya.

Mustafa sebelum ini pernah bekhidmat selama 32 tahun bersama SPRM dan sebelum dipindahakan ke Jabatan Imigresen 1 Ogos lalu.

Beliau mengambil alih jawatan Ketua Pengarah terdahulu, daripada Datuk Seri Sakib Kusmi.

=EZY=

MB Azmin dihalang masuk Sarawak

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dihalang memasuki Sarawak sehingga tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11.

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 10.10 pagi tadi ditahan di kaunter Pemeriksaan Imigresen dan diarahkan pulang serta merta ditemani pengawal keselamatannya dengan penerbangan ke KLIA jam 10.50 pagi.

‘Imigresen arah saya keluar dari Sarawak 2 Mei’- Azmin

‘Walaupun tempoh saya di Sarawak dipendekkan imigresen, saya akan menggunakan sepenuhnya masa berharga ini untuk memahami suara hati pengundi dan berkongsi visi kami untuk perubahan’ – Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Categories
SELANGOR

Imigresen perlu serius tangani lambakan warga asing

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 MEI: Jabatan Imigresen perlu menangani lambakan warga asing yang semakin serius bukan sahaja di Selangor tetapi seluruh negara kerana ada antara mereka mampu menjadi pemilik perniagaan.

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, undang-undang khas perlu dikuatkuasakan sama ada di peringkat persekutuan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya rakyat tempatan yang memajak lesen perniagaan kepada warga asing diambil tindakan.

Beliau berkata, keselamatan rakyat tempatan perlu diambil kira kerana hal itu masih dianggap remeh walaupun sering dibangkitkan dan situasi itu semakin berleluasa.

warga asing -sosial“Saya rasa isu ini sering dibangkitkan dalam perjumpaan bersama polis dan di Dewan Negeri Selangor.

“Kita tidak halang kemasukan warg asing tetapi bimbang kebanjiran ini boleh mendatangkan masalah lain antaranya kebersihan, keselamatan dan mengambil alih peranan warga tempatan contohnya dalam sektor industri.

“Kekosongan sektor ini sepatutnya diisi golongan berpendapatan rendah,” katanya kepada Selangor Kini.

Sejak beberapa tahun lalu, warga asing dilihat mampu menguruskan perniagaan secara serius melalui pajakan atau sewaan lesen daripada warga tempatan.

rodziah pc green 20 jul 01Keadaan itu banyak menimbulkan rasa kurang senang peniaga tempatan dan orang awam.

Sebelum ini, beberapa pengunjung pasar basah dan pasar terbuka di Taman Seri Muda, di sini, melahirkan rasa apabila 99 peratus peniaga dan pengunjung lokasi itu adalah warga asing.

Memetik Sinar Harian, kebanyakan warga asing terutama Bangladesh membuka perniagaan menjual ayam, sayur dan turut mengusahakan premis gerai makanan serta pakaian.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Malaysia Airports pilih bulu, utama VIP daripada rakyat marhain

SHAH ALAM, 5 MEI: Kira-kira 1,000 orang penumpang terkandas di Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang, hari ini dalam suasana kelam kabut kerana hanya beberapa kaunter imigresen dibuka.

Memetik laporan Malaysia Kini, penumpang yang dihubungi portal berkenaan juga berkata, tiada anggota ditugaskan untuk mengawal barisan penumpang.

“Saya beratur selama 45 minit dan ada 1,000 orang di hadapan saya. Tiada penyaman udara dan ada yang pengsan.

lcct-slide-006“Saya tidak tahu jika bantuan perubatan diberikan kerana saya tersepit di tengah-tengah orang ramai ini,” katanya yang enggan dikenali.

Seorang lagi penumpang yang juga enggan namanya, berkata dia terperangkap kira-kira sejam dan hanya melepasi kaunter imigresen selepas lebih banyak kaunter dibuka.

“Hanya ada satu atau dua kaunter dibuka untuk warga Malaysia tetapi lebih dari 1,000 orang sudah sampai. Tiada barisan atau polis bantuan yang membantu.

lcct“Seorang VIP dibenarkan untuk melepasi sekatan dengan keluarganya menyebabkan orang ramai berteriak. Mereka menjerit, ‘Kami juga bayar cukai’.

“Ini salah Malaysia Airports. Kami bayar cukai lapangan terbang supaya mereka boleh sediakan perkhidmatan,” katanya.

Katanya, tiada papan tanda disediakan menyebabkan orang ramai menuju ke kaunter yang salah selepas beratur panjang.