Categories
AGENDA NASIONAL

Lapan stesen catat bacaan IPU tidak sihat

PUTRAJAYA, 8 SEPT: Sebanyak lapan stesen mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat pada 12 tengah hari tadi, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Lapan stesen itu membabitkan tujuh di Sarawak iaitu Samarahan (IPU 200), Sibu (185), Mukah (177), Miri (155), ILP Miri (142), Kuala Baram (116) dan Bintulu (110), manakala satu stesen di Selangor iaitu Johan Setia dengan bacaan 124.

Sementara itu, dua stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat di Sarawak iaitu Sri Aman (238) dan Kuching (223), menurut JAS dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan tiada stesen mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik manakala 58 stesen pada status kualiti udara tahap sederhana.

Kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia, masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan bahagian barat Sarawak.

“Kebakaran belukar bagi tujuan pertanian yang berlaku di Jalan 9, Johan Setia, Klang memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di stesen Johan Setia, Klang dan jerebu setempat di Bandar Putera 2, Klang,” menurut kenyataan itu.

JAS berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan api tersebut dan pihak JAS Selangor dalam usaha mencari pemilik tanah untuk tindakan penguatkuasaan.

Tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian, katanya, turut dipertingkatkan ke kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari masa ke masa.

Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura semalam, imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, 116 titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia, 646 titik panas dikesan di Kalimantan, Indonesia, satu titik panas dikesan di Brunei dan 52 titik panas dikesan di dalam negara iaitu di Sarawak (40) dan enam titik panas masing-masing di Sabah dan Johor.

“Terdapat titik panas yang tidak dapat dicerap oleh imej satelit disebabkan oleh litupan awan yang tebal dan laluan satelit tidak dicerap sepenuhnya,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENSI SELANGOR

Kualiti udara di Selangor hampir cecah paras tidak sihat

SHAH ALAM, 4 SEPT: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor hampir mencecah paras tidak sihat, menurut laporan Jabatan Alam Sekitar, hari ini.

IPU di Johan Setia Klang menunjukkan bacaan pada skala 97, sehingga 12 tengahari tadi sementara paras kualiti udara tidak sihat ialah pada skala 101.

Beberapa lokasi lain di negeri ini pula menunjukkan bacaan kualiti udara pada tahap sederhana antaranya Banting (85), Klang (80), Petaling Jaya (80) dan Shah Alam (78).

Sementara itu, bacaan IPU tidak sihat dicatatkan di Miri, Sarawak iaitu 155.

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU terkini di seluruh negara, orang ramai boleh layari apims.doe.gov.my

Categories
AGENDA NASIONAL

Johan Setia, Seri Manjung catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM, 3 SEPT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Johan Setia, Klang mencatatkan kualiti udara tidak sihat setakat 9 pagi tadi.

Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawangnya melaporkan, bacaan IPU di kawasan itu berada pada tahap 153, manakala Seri Manjung Perak mencatatkan IPU 113.

Sebanyak 59 stesen di seluruh Malaysia mencatatkan bacaan sederhana antara IPU 51 hingga 100 dan tujuh stesen lagi mencatatkan bacaan baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 101 dan 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http:/apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Categories
AGENSI SELANGOR

Kualiti udara di Selangor hampir tidak sihat

SHAH ALAM, 20 OGOS: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor hampir mencecah paras tidak sihat berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), hari ini.

Menurut portal itu, IPU di Johan Setia Klang menunjukkan bacaan 99, sementara paras kualiti udara tidak sihat ialah pada skala 101 sehingga 9 pagi tadi.

Beberapa lokasi lain di negeri ini pula menunjukkan bacaan kualiti udara pada tahap sederahana termasuk di Petaling Jaya (81), Shah Alam (80), Klang (76) dan Banting (75).

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU terkini di seluruh negara, orang ramai boleh layari laman sesawang apims.doe.gov.my

Categories
AGENDA NASIONAL

Jerebu: IPU di Sarawak pada tahap sederhana

KUCHING, 16 OGOS: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak secara keseluruhannya berada dalam kategori sederhana, setakat 11 pagi ini.

Stesen Pengawasan Udara Automatik yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatat penurunan bacaan IPU, iaitu dari IPU 92 pada 9 pagi kepada IPU 91 ketika ini yang diklasifikasikan pada tahap sederhana.

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di SK Kuala Baram 2 menunjukkan sedikit peningkatan dan turut berada dalam kategori sederhana iaitu daripada bacaan 63 pada 9 pagi kepada bacaan 64 pada 11 pagi.

Seterusnya, keadaan jerebu di Sri Aman juga berada dalam keadaan sederhana dengan bacaan IPU 60. Bacaan IPU di Sibu, Miri dan Kuching pula kekal pada kategori sederhana dengan masing-masing pada bacaan IPU 59, 59 dan 76.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

IPU di Miri masih pada tahap bahaya

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Miri, Sarawak, masih pada tahap bahaya dengan bacaan 395 setakat pukul 7 petang tadi. 

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Miri kembali menunjukkan trend peningkatan dengan bacaan lebih 300 sejak pukul 5 pagi tadi.

Sementara itu, di Selangor, Johan Setia Klang masih mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 126 pada 7 petang.  

Majoriti semua kawasan yang lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana sejak pagi tadi. 

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

IPU: Johan Setia tidak sihat, Miri berbahaya

SHAH ALAM, 10 OGOS: Kawasan Johan Setia, di sini terus mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) 115.

Ia dilihat berdasarkan peta taburan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 10 pagi.

Manakala empat lagi kawasan di negeri ini mencatat bacaan IPU sederhana iaitu Klang (86), Banting (83) dan Shah Alam serta Petaling Jaya (77).

Sementara itu, Stesen Pengawasan Udara Automatik di Institut Latihan Perindustrian Miri turut mencatat kualiti udara merbahaya.

IPU dicatatkan di stesen berkenaan adalah 390.

Satu lagi stesen berdekatan di Miri iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2 turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 130.

Selain itu, sebanyak 65 stesen di seluruh negara mencatatkan kualiti udara sederhana.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk mengetahui bacaan IPU, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my.

Bacaan IPU turut dipaparkan dalam tempoh setiap jam.

Media sebelum ini melaporkan negara dijangka dilanda jerebu bermula hari awal bulan lalu ekoran kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Categories
AGENSI SELANGOR

Johan Setia catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM, 1 OGOS: Kualiti udara di Johan Setia di Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat, iaitu pada bacaan 106 setakat 10.30 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMs), sehingga waktu itu dipaparkan, sebanyak 64 stesen mencatatkan bacaan sederhana antara 51 hingga 100, manakala tiga stesyen lagi mencatatkan bacaan baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan negara bakal berdepan pencemaran udara atau jerebu, bermula hari ini.

Ia berkemungkinan berlaku ekoran kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

Tiupan angin itu juga dipengaruhi faktor tekanan angin rendah di Laut China Selatan.

IPU yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawang APIMs akan mengambil kira kepekatan partikel halus (Particle Matter) yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5), mulai semalam.

Penggunaan PM2.5 dalam pengiraan IPU adalah sejajar dengan kebanyakan negara maju dan ia akan mempertingkatkan lagi usaha kerajaan ke arah melestarikan alam sekitar.

Orang ramai boleh merujuk portal http:/apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Categories
AGENSI SELANGOR

Kualiti udara di Selangor pada tahap sederhana

SHAH ALAM, 31 JULAI: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di negeri berada pada tahap sederhana sehingga jam 5 petang tadi.

Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU paling tinggi dicatatkan di kawasan Johan Setia Klang dengan bacaan 79.

Sementara itu, di Klang mencatatkan bacaan pada tahap 78 manakala Shah Alam dan Petaling Jaya mencatatkan bacaan sama, iaitu 76.

Bacaan di Banting pula berada pada tahap 75 dan Kuala Selangor 64.

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU terkini di seluruh negara, orang ramai boleh layari apims.doe.gov.my

Categories
SELANGOR

Kualiti udara di Johan Setia tidak sihat

OLEH UMIRAH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 30 MAC: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Johan Setia menunjukkan tidak sihat mulai awal pagi tadi.

Setakat ini, hanya kawasan di daerah Klang itu merekodkan bacaan tidak sihat dengan indeks 136.

Menurut data di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 54 kawasan menunjukan bacaaan sederhana dan 11 lagi baik, di seluruh Malaysia.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

IPU di Selangor pada tahap sederhana

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 26 SEPT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), di Selangor berada pada tahap sederhana seperti direkodkan melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, hari ini.

Bacaan IPU paling tinggi dicatatkan di kawasan Johan Setia Klang dengan bacaan 81, sehingga jam 11 pagi tadi.

Sementara di Banting dan Shah Alam, masing-masing mencatatkan bacaan sama iaitu pada tahap 77, meningkat berbanding 76, pada jam 10 pagi.

Bacaan di Klang pula berada pada tahap 74, Cheras dan Wilayah Persekutuan pula mencatatkan bacaan 72 dan Petaling Jaya 71.

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut berkenaan bacaan IPU terkini di seluruh negara, orang ramai boleh layari apims.doe.gov.my

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Selangor catatkan bacaan IPU sederhana

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 OGOS: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor hari ini berada pada tahap sederhana, sehingga jam 1 tengahari.

Namun, melalui laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi, 81, berbanding empat lokasi lain, di Selangor.

Kawasan Kuala Selangor merekodkan bacaan IPU, 72, sementara Petaling Jaya (70).

Shah Alam dan Pelabuhan Klang masing masing mencatatkan bacaan 67 juga 68, sementara Putrajaya 64.

Berdasarkan 66 lokasi keseluruhan di Malaysia, 63 daripadanya mencatatkan bacaan IPU sederhana, dua baik dan satu tidak dicatatkan iaitu Banda Raya Melaka.

Mengikut laman sesawang sama, bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU terkini seluruh negara, orang ramai boleh layari laman sesawang apims.doe.gov.my.