Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Jerebu – Bacaan IPU makin stabil di Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 20 OGOS: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini didapati semakin bertambah baik berbanding Jumaat lalu.

Pada 17 Ogos lalu, bacaan IPU tertinggi dicatatkan bagi kawasan Johan Setia, Klang iaitu mencecah 101, berada pada paras kualiti udara tidak sihat.

Namun melalui laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Johan Setia sehingga jam 1 petang tadi ialah pada 66, sebelum itu pada jam 10 pagi, bacaan adalah pada 67, ia sekaligus menunjukkan tahap kualiti udara di situ semakin baik.

Keadaan sama turut sama berlaku di lokasi lain termasuk Shah Alam, Petaling Jaya dan juga Putrajaya.

Bagaimanapun bacaan IPU tertinggi dicatatkan pada kadar 68 di Petaling Jaya, sementara Cheras, 66, Shah Alam, 65, Pelabuhan Klang, 64, Putrajaya, 62.

Mengikut laman web yang sama, bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU terkini seluruh negara, orang ramai boleh layari laman web apims.doe.gov.my.

 

Categories
NASIONAL

IPU: Enam kawasan catat udara sederhana

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 OGOS: Enam kawasan di seluruh Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 11 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan itu termasuk Banting (51), Pasir Gudang (55), Sungai Petani (53), Nilai (65), Kemaman (56) dan Putrajaya (54).

Minggu lalu, jerebu yang kerap melanda negara pada pertengahan tahun dilaporkan kembali berulang dengan jarak penglihatan di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam juga kelihatan agak kabur serta berasap.

IPUBerdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada 18 Ogos lalu, bilangan titik panas (hotspot) di Kalimantan, Indonesia terus meningkat kepada 183 berbanding 146 (17 Ogos) dan enam titik panas di kesan di Sumatera.

Dalam negara pula, 15 titik panas dikesan iaitu di Sarawak membabitkan beberapa kawasan di Limbang, Miri, Bintulu, Kapit, Sibu, Sarikei dan Sri Aman.

Keadaan itu dipengaruhi jerebu merentas sempadan berikutan kebakaran tanah dan hutan di Sumatera Tengah, Indonesia yang dibawa angin Monsun Barat Daya.

JAS masih memantau rapi status kualiti udara di seluruh negara berikutan kejadian jerebu masih tidak menentu.

Titik panas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang masih aktif boleh menyebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan berterusan ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan ke negeri Sarawak.

Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jerebu: Lima kawasan di Selangor catat IPU tak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 OKT: Sebanyak 27 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat termasuk lima kawasan di Selangor setakat jam 9.00 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar ( JAS), Pelabuhan Klang mencatatkan IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan 140, diikuti Shah Alam (137), Kuala Selangor (127), Banting (125) dan Petaling (123).

JEREBUDi kawasan lain, Pasir Gudang Johor antara tertinggi mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu 154, Kota Tinggi Johor (147), Larkin Lama (137) dan Muar, Johor (111).

18 kawasan lain yang mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (125), Bukit Rambai (124), Seremban (122), Nilai (117), Port Dickson (116), Alor Setar, Kedah (105), Bakar Arang, Sg. Petani (111), Langkawi (110) dan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan (108).

Turut mencatatat kan IPU tidak sihat Wilayah Persekutuan, di Putrajaya dengan bacaan 126 diikuti Batu Muda,Kuala Lumpur (120) dan Cheras,Kuala Lumpur (117).

Manakala di 23 kawasan lain mencatatat kan IPU sederhana dan dua selebihnya dikategori sebagai baik

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.

EZY

Categories
NASIONAL

Jerebu: 17 kawasan catat IPU tak sihat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 OKT: Sebanyak 17 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat jam 1 petang tadi.

Laporan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan empat kawasan di Selangor masih kekal berada di zon kuning iaitu Banting dengan bacaan 164, Pelabuhan Klang (144), Petaling Jaya (136) dan Shah Alam (140).

Bacaan tertinggi dicatatkan di Negeri Sembilan iaitu Seremban dengan 198 selain Nilai (160) dan Port Dickson (154).

jerebuMasih kekal tidak sihat juga Bandaraya Melaka dengan bacaan 156 dan Bukit Rambai (158) selain Batu Muda, Kuala Lumpur (164), Cheras (131) dan Putrajaya (152).

Selain itu, beberapa kawasan di Johor juga kembali mengalami udara tidak sihat iaitu di Larkin Lama dengan bacaan 103, Muar (135) dan Pasir Gudang (102).

Kawasan lain termasuk Tanjung Malim, Perak (106), Tawau, Sabah (159) dan Kemaman, Terengganu (103).

Jerebukini1Sementara itu, 27 kawasan lain berada dalam kategori sederhana manakala baki tujuh lagi masih berada dalam zon sihat.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk menyemak bacaan IPU semasa.

EZY

Categories
NASIONAL

IPU: Selangor kekal tahap sederhana

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 15 OKT: Selangor kekal mencatatkan Indek Pencemaran Udara (IPU) sederhana dengan bacaan antara 51 dan 100 sehingga jam 10.00 pagi tadi.

Menurut laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), 36 kawasan mencatatkan IPU sederhana manakala 14 kawasan lain mencatatkan bacaan baik.

IPU JEREBUBandaraya Melaka dan Bukit Rambai juga dilihat semakin pulih apabila mencatatkan bacaan sederhana iaitu 75 dan 77 berbanding sebelumnya iaitu tidak sihat dengan catatan 122 dan 106 sehingga jam 6 petang, pada 13 Oktober lalu.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Jerebu: Kawasan IPU tidak sihat menurun

SHAH ALAM, 9 OKT: Keadaan jerebu di seluruh negara setakat 9 pagi ini semakin reda apabila tiada kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 38 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana 51 hingga 100, manakala 13 kawasan selebihnya mencatatkan bacaan sihat antara 0 dan 50.

Sebelum itu, difahamkan Indonesia meminta bantuan empat negara termasuk Malaysia untuk memadam kebakaran hutan dan ladang di republik itu yang mengakibatkan berlaku jerebu sehingga menjejaskan beberapa negara jirannya sejak dua bulan lepas.

JOKOWI JEREBUPortal media tempatan memetik Presiden Joko Widodo sebagai berkata, Indonesia menghubungi Kerajaan Malaysia, Singapura, Rusia dan Jepun untuk mendapatkan bantuan memadamkan api terutamanya di kawasan tanah gambut.

Presiden Indonesia yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu berkata, bantuan aset dari negara lain itu ialah pesawat pengangkut air yang mampu membawa 12 hingga 15 tan air.

“Ada tiga pesawat dari Singapura dan Rusia. Apa yang kita perlukan saat ini ialah pesawat pengangkut air 12 atau 15 tan. Tidak seperti yang ada sekarang hanya 2-3 tan sahaja,” katanya dipetik Bernama.

Tahun lepas kebakaran itu hanya berlaku selama tiga bulan di Riau dan bagi tahun ini pula tempat kejadian telah bertambah.

Kebakaran hutan dan ladang tahun ini berlaku di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, dan Kalimantan Selatan.

EZY

Categories
SELANGOR

Bacaan IPU 308, Shah Alam zon berbahaya

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 OKT: Shah Alam kini berada dalam zon berbahaya sementara lima kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 iaitu kategori sangat tidak sihat setakat jam 9 pagi tadi.

Semakan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan IPU Shah Alam kini memasuki zon merah dengan bacaan 308 iaitu paling tinggi ketika ini.

Jerebu-Shah-AlamTurut mencatat zon sangat tidak sihat ialah Petaling Jaya (256), Pelabuhan Klang (243) dan Banting (249) yang menjadikan empat kawasan di Selangor dihantui IPU sangat tidak sihat dan berbahaya.

Kawasan lain dalam zon sangat tidak sihat termasuk Batu Muda, Kuala Lumpur (271) dan Putrajaya 235).

Sementara itu, 24 kawasan lain kembali mencatat bacaan tidak sihat termasuk Kuala Selangor dengan bacaan 171.

Berbanding semalam, Johor kembali dihantui IPU tidak sihat hari ini di dengan Larkin Lama mencatat bacaan 101 dan Muar (147).

Jerebu-di-Jambatan-MuarKeadaan tidak sihat turut menjangkiti negeri lain iaitu Perak di Ipoh; Jalan Tasek (156), S K Jalan Pegoh (175), Seri Manjung (121) dan Taiping (143) serta Balok Baru (134), Indera Mahkota (114) dan Jerantut ( 143) di Pahang.

Begitu juga keadaan di Pulau Pinang seperti di Perai (140), Seberang Jaya 2 (166) dan USM (162), manakala di Terengganu; Kemaman (145), Kuala Terengganu (115) dan Paka (130) juga di Cheras, Kuala Lumpur (184).

Masih lagi kekal tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (173) dan Bukit Rambai (176) serta Nilai (198) dan Port Dickson (190) di Negeri Sembilan:

Setakat ini, 14 kawasan lain dikategorikan sebagai sederhana manakala bakinya masih berada dalam zon sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

-NFN-

Categories
NASIONAL

Empat kawasan di Selangor kembali catat IPU tidak sihat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 OKT: Empat kawasan di Selangor kembali mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berwarna kuning iaitu tidak sihat, hari ini.

Laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat jam 9 pagi tadi melaporkan Pelabuhan Klang, Shah Alam, Banting dan Petaling Jaya mencatatkan bacaan melebihi 100.

jerebu di lembah klangKecuali Kuala Selangor yang kekal dengan catatan 83, Pelabuhan Klang pula mencatatkan bacaan 128, Shah Alam (120) sementara Petaling Jaya dan Banting masing-masing 108.

Beberapa kawasan lain turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Batu Muda, Kuala Lumpur dengan 117 dan Putrajaya (113).

Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka terus kekal dengan bacaan tidak sihat iaitu 122 dan 119 sementara beberapa kawasan di Negeri Sembilan juga dikategorikan tidak sihat iaitu Nilai (134), Seremban (130) dan Port Dickson (106).

Bagaimanapun, keadaan jerebu di Johor kelihatan pulih apabila hanya Pasir Gudang berada di zon tidak sihat iaitu dengan tahap bacaan 107.

Secara kesuluruhannya, majoriti kawasan mencatatkan bacaan sederhana sementara baki yang lain dikategorikan sebagai sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

-NFN-

Categories
NASIONAL

IPU: Pelabuhan Klang catat bacaan tertinggi tidak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 1 OKT: Pelabuhan Klang mencatat bacaan tertinggi Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 140 setakat jam 10 pagi, hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), terdapat 18 kawasan lain mengalami bacaan tidak sihat.

JEREBUDi Selangor, bacaan IPU menunjukkan ke empat kawasan juga mencatatkan bacaan tidak sihat adalah Banting (123), Kuala Selangor (109), Petaling Jaya (108) dan Shah Alam (124).

Kawasan lain yang turut mengalami IPU tidak sihat adalah Kemaman, Terengganu (103), Paka, Terengganu (102), Batu Muda, Kuala Lumpur (112), Putrajaya (108), Kota Tinggi, Johor (123), Larkin Lama, Johor (105) dan Pasir Gudang, Johor (127).

Sementara itu, di Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan 116, Bukit Rambai (118), Nilai, Negeri Sembilan (119), Port Dickson (126), Seremban (106) dan Balok Baru, Kuantan (102).

Manakala, 29 kawasan lain mencatatkan IPU sederhana dan empat kawasan lain mencatatkan udara sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jerebu: Tiga kawasan Selangor catat IPU tidak sihat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 SEP: Tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berwarna kuning iaitu kategori tidak sihat hari ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 12 tengah hari tadi, Banting mencatatkan bacaan 130, Pelabuhan Klang (106) dan Shah Alam (110).

IPU SelangorDua kawasan lain, Kuala Selangor dan Petaling Jaya mencatatkan bacaan sederhana iaitu masing-masing 78 dan 100.

Sementara itu, bacaan IPU tertinggi dikesan di Bukit Rambai Melaka dengan 148 diikuti Bandaraya Melaka (137).

Turut terjejas dua kawasan di Negeri Sembilan, Port Dickson (144) dan Seremban (117) selain Pahang di Balok Baru (133) dan Indera Mahkota (103).

Pada masa sama, empat kawasan di Johor terus mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Kota Tinggi (101), Larkin Lama (114), Muar (118) dan Pasir Gudang (125).

Keadaan itu menyebabkan kesemua sekolah di negeri Darul Takzim itu ditutup pada hari ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Lapan kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 SEP: Lapan kawasan mencatatkan Indek Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 10, pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat adalah Larkin Lama di Johor dengan bacaan tertinggi iaitu 127, diikuti Balok Baru, Kuantan (124).

Selain itu, Bandaraya Melaka mencatat bacaan 116, Muar, Johor (115), Bukit Rambai (112), diikuti Pasir Gudang di Johor dan Indera Mahkota, Kuantan masing-masing mencatatkan 110 dan 108. Bacaan IPU di kawasan Samarahan, Sarawak pula 104.

Jerebu SatelitSebanyak 29 kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana dengan Kemaman, Terengganu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 99, diikuit sarikei, sarawak dan Paka, Terengganu mencatatkan bacaan yang sama iaitu 85.

Sementara itu, 14 kawasan mencatatkan bacaan IPU baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

EZY

Categories
NASIONAL

IPU Shah Alam dan Pelabuhan Klang sangat tidak sihat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 27 SEP: Shah Alam mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat ekoran mencecah 243 setakat jam 8.00 pagi.

Ia diikuti dengan Pelabuhan Klang (229) dan Batu Muda, Kuala Lumpur 224.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, Banting mencatatkan IPU tidak sihat iaitu 178, Kuala Selangor (164) dan Petaling Jaya (199).

jerebu di lembah klangBacaan itu menunjukkan peningkatan berbanding jam 6.00 pagi.

Manakala, 12 kawasan lain turut mencatatkan IPU tidak sihat termasuk Putrajaya, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

Selain itu, 24 kawasan lain mencatatkan IPU sederhana.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Halimah Hassan, berkata bacaan IPU tidak ada hubungan secara terus dengan ketampakan kerana ia dikira berdasarkan purata kepekatan PM-10 zarah terampai.

“Particulate Matter (zarah terampai) bersaiz kurang daripada 10 mikron dalam tempoh 24 jam. Purata 24 jam mengambil kira standard protokol antarabangsa bagi pendedahan kepada kesihatan awam,” katanya kepada Bernama.

Justeru, ukuran ketampakan di kawasan yang mempunyai penglihatan kabur tidak boleh diukur setara dengan bacaan IPU, kata Halimah.

-NFN-