Categories
NASIONAL

5 kawasan di Selangor catat IPU sederhana

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 OGOS: Indeks Pencemaran Udara ( IPU) di beberapa kawasan seluruh negara termasuk Selangor mencatatkan bacaan sederhana setakat jam 9 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar ( JAS), 24 kawasan mengalami bacaan sederhana.

jerebu di lembah klangDi Selangor, lima kawasan dengan bacaan sederhana adalah Banting (60), Kuala Selangor (60), Pelabuhan Klang (63), Petaling Jaya (55) dan Shah Alam (55).

Turut mencatat IPU sederhana Wilayah Persekutuan membabitkan kawasan Batu Muda (65), Cheras (57) dan Putrajaya (53).

Selain itu, negeri lain antaranya Sungai Petani (60), Nilai (58), Balok Baru (54), Ipoh (61), Taiping (74) dan Perai (54) serta Kemaman (51).

Bagi Sabah dan Sarawak pula, kawasan Keningau (52), Miri (55), Kuching (66), Samarahan (69), Sibu (59) dan Sri Aman (84).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

-NFN-

Categories
NASIONAL

13 kawasan catat IPU sederhana

SHAH ALAM, 9 JUL: Kualiti udara di seluruh negara secara puratanya dilaporkan baik, kecuali 13 kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sehingga jam 9 pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana adalah Bakar Arang, Sungai Petani (53), Nilai (59), Port Dickson (60), Seremban (56), Balok Baru, Kuantan (54), Kemaman (51), Cheras (56) dan Putrajaya (63).

jerebu di lembah klangManakala, di Selangor pula, semua kawasan turut mencatatkan IPU sederhana iaitu Banting (70), Kuala Selangor (69), Pelabuhan Klang (78), Petaling Jaya (63) dan Shah Alam (71).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing.

Categories
SELANGOR

Jerebu di Selangor makin pulih, 4 daerah catat IPU baik

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JUN: Keadaan jerebu yang melanda Selangor semakin pulih berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan tahap baik di empat daerah negeri itu setakat jam 6 hingga 10 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat daerah iaitu Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing berada di keadaan baik.

Manakala, hanya satu daerah mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu Banting dengan bacaan 55 ke 52.

Jerebu-Shah-AlamBacaan IPU baik menunjukkan Pelabuhan Klang (33), Kuala Selangor (23), Petaling Jaya (35) dan Shah Alam (32).

Manakala, negeri lain yang turut mengalami jerebu baru-baru ini juga pulih termasuk Wilayah Persekutuan, Terengganu, Melaka, Johor, Kedah, Pahang, Perak dan Sarawak.

Bagaimanapun Melaka dan Negeri Sembilan masih mencatatkan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

Pencemaran jerebu yang merentas sempadan negara berikutan musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September.

Lingkaran asap jerebu sederhana daripada kawasan Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa asap jerebu ke kawasan tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

-NFN-

Categories
NASIONAL

IPU beberapa kawasan mencatat penurunan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 JUN: Empat kawasan di Selangor mencatatkan kualiti udara sederhana setakat jam 6 hingga 10 pagi, hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) antara lokasi dengan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana adalah Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam.

jerebu di lembah klangBacaan IPU itu menunjukkan Pelabuhan Klang mencatat penurunan sekitar 84 dan 80, Kuala Selangor kekal 51 dan Petaling Jaya turun dari 76 ke 71, manakala Shah Alam mencatatkan IPU sekitar 76 ke 74.

Kawasan lain turut mengalami jerebu dalam keadaan sederhana adalah Wilayah Persekutuan iaitu Batu Muda (68), Cheras (63) dan Putrajaya (67).

Manakala negeri lain adalah di sesetengah kawasan Terengganu, Melaka, Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Sarawak.

Pencemaran jerebu yang merentas sempadan negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September.

jerebu-masjidLingkaran asap jerebu sederhana daripada kawasan Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa asap jerebu ke kawasan tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pelabuhan Klang, Petaling Jaya catat bacaan IPU sederhana

SHAH ALAM, 28 JUN: Pelabuhan Klang dan Petaling Jaya kekal mencatat nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana iaitu dengan bacaan 79 sehingga jam 9.00 pagi tadi.

Dua lokai itu antara 23 kawasan mencatat IPU sederhana di Semenanjung termasuk Banting, Seberang jaya 2, Pulau Pinang dan Bakar Arang, Sungai Patani dengan bacaan 75.

Sementara itu, Shah Alam mencatatkan IPU 74; Batu Muda, Kuala Lumpur (73), Kuala Selangor (70), Perai (67) dan Cheras (64).

jerebu di lembah klangTiga lokasi mencatat IPU 63 iaitu Seremban, Universiti Sains Malaysia, Bukit Rambai (Melaka) dan Putrajaya, manakala Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh (Ipoh) (62); dan Alor Setar (61).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

Categories
SELANGOR

4 daerah di Selangor catat IPU tidak sihat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 JUN: Lima daerah di Selangor terus mencatatkan kualiti udara sederhana dan tidak sihat ekoran jerebu yang melanda di beberapa negeri ketika ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Banting mula mencatatkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat bermula awal pagi tadi dengan bacaan 112, berbanding semalam 120.

jerebu di lembah klangSementara itu, Pelabuhan Klang pula mencatatkan peningkatan sejak awal pagi ini dengan bacaan 112, Shah Alam (106), Petaling Jaya (104) dan Kuala Selangor (97).

Ketika ini, negeri yang turut mengalami jerebu adalah Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Bagi Wilayah Persekutuan, beberapa daerah turut mengalami kualiti udara tidak sihat iaitu Batu Muda (101), Cheras (107) dan Putrajaya (113).

Pencemaran jerebu yang merentas sempadan negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya di jangka berterusan sehingga September.

Lingkaran asap jerebu sederhana daripada kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa asap jerebu ke kawasan tengah pantai barat Semenanjung Malaysia.

Bacaan IPU pada tahap 5-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.

-NFN-

Categories
SELANGOR

IPU beberapa lokasi di Selangor catat paras sederhana

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 MAC: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan negeri Selangor mula menurun kepada paras sederhana berbanding, setakat lapan pagi tadi.

Bagaimanapun, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), daerah Banting masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 135.

Daerah lain seperti Kuala selangor pula adalah 67, Pelabuhan klang (89), Petaling jaya (73), Shah Alam (80) dan Putrajaya (79) mencatatkan IPU kualiti sederhana.

Jerebu-Shah-AlamIPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Sebelum ini, Jabatan Pendidikan Selangor mengarahkan semua 71 sekolah di Kuala Langat dan 131 di daerah Klang ditutup ekoran jerebu teruk.

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.

-NFN-

Categories
SELANGOR

IPU sangat tidak sihat, sekolah di Kuala Langat pula diarah tutup

SHAH ALAM, 14 MAC : Ekoran indeks pencemaran udara (IPU) yang mencatatkan bacaan sangat tidak sihat di Banting, Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) hari ini mengarahkan semua 71 sekolah di daerah Kuala Langat ditutup serta-merta berikutan jerebu.

Tindakan itu adalah susulan daripada penutupan semua 131 buah sekolah di daerah Klang semalam yang dimaklumkan Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim.

Memetik BERNAMA, Mahmud berkata, sekolah boleh ditutup jika bacaan IPU melebihi 200 iaitu bacaan sangat tidak sihat.

jerebu di lembah klang“Arahan penutupan sekolah di Kuala Langat dilakukan hari ini kerana pengetua mendapati pelajar di sesetengah sekolah di Tanjung Sepat, Banting mula mengalami masalah mata merah dan berair.

“Kita benarkan pengetua menggunakan budi bicara masing-masing untuk menutup sekolah,” katanya.

Laman seswang Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan, bacaan IPU di Pelabuhan Klang sehingga pukul empat petang ialah 304 (berbahaya), manakala Banting mencatat IPU 294 (sangat tidak sihat).

Beberapa kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Shah Alam (160), Petaling Jaya (182), Kuala Selangor (134), Putrajaya (167), Batu Muda (177) dan Cheras (143).

Selain itu, negeri Melaka dan Negeri Sembilan turut mencatat IPU tidak sihat antaranya di kawasan Bandaraya Melaka (120), Bukit Rambai (133), Nilai (159), Port Dickson (165) dan Seremban (145), manakala di Johor Bahru iaitu Muar mencatat bacaan IPU 109.

Categories
SELANGOR

Pelabuhan Klang, Banting terus catat IPU berbahaya

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 14 MAC: Pelabuhan Klang dan Banting mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 8 pagi tadi.

Laporan laman sesawang berkenaan (JAS) mendapati dua kawasan itu mencatatkan IPU melebihi 300 dengan Pelabuhan Klang (358) dan Banting (311)

Jerebu-Shah-AlamSementara itu, 13 kawasan seluruh negara mencatat bacaan IPU tidak sihat antaranya Petaling Jaya (185), Shah Alam (164), Putrajaya (175), Kuala Selangor (149), Batu Muda (176), Cheras (147), Nilai (168), Port Dickson (169), Muar (107) dan Seremban (154)

JAS mengkategorikan IPU pada tahap 0-50 sebagai baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Jabatan Pelajaran Selangor juga mengarahkan 131 sekolah di Daerah Klang ditutup hari ini ekoran catatan IPU tidak sihat dan berbahaya itu.

Menurut laman web itu, kebiasannya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan menjelang lewat tengahari atau awal petang.

Untuk mengetahui perkembangan semasa bacaan IPU di kawasan masing-masing, orang ramai boleh mengunjungi portal JAS di alamat http://apims.doe.gov.my

Categories
SELANGOR

Selangor akan tutup sekolah jika jerebu terus meningkat

SHAH ALAM, 13 MAC: Selangor memandang berat berkenaan kualiti udara di negeri itu yang agak meruncing terutama jerebu teruk yang boleh menganggu sistem pernafasan dan menjejas kesihatan penduduk terutama anak kecil, warga emas serta berpenyakit kronik.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, berkata beliau bimbang jika rakyat khususnya 933,699 pelajar daripada sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Selangor terkesan dengan situasi berkenaan.

Dr Halimah“Kemungkinan jika dikira sekali jumlah pelajar termasuk tadika dan sekolah swasta yang tidak masuk dalam data Jabatan Pendidikan Selangor, ia boleh mencecah sejuta orang,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Mengikut statistik Jabatan Alam Sekitar bacaan IPU di Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan 164 iaitu kategori tidak sihat sehingga jam 11 pagi tadi.

Sehubungan itu, Dr Halimah berkata, beliau menyeru Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor mengambil langkah proaktif bersinergi dengan Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan menutup sekolah apabila IPU sudah melampaui had yang selamat dengan mengambil kira keadaan sebenar rakyat.

15 mins reading break halimah 01Jabatan perlu peka dengan mengambil kira keadaan kepada lonjakan mendadak kes penyakit yang dikaitkan dengan punca pencemaran udara khususnya jerebu ini.

“Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga diseru mengambil tindakan menutup sekolah jika keadaan memaksa, demi menjaga kebajikan pelajar,” katanya.

Categories
NASIONAL

Lapan kawasan Lembah Klang catat IPU tidak sihat

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 13 MAC: Kuala Selangor, Shah Alam, Banting, Pelabuhan Klang, Petaling Jaya, Putrajaya, Batu Muda dan Cheras mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi ini.

Laporan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati kawasan itu mencatatkan IPU melebihi 100 dengan Pelabuhan Klang (164), Kuala Selangor (161), Banting (143), Petalinag Jaya (116), Shah Alam (114), Putrajaya (131), Batu Muda (120) dan Cheras (108).

flotingSementara itu, Sri Aman, Sarawak mencatatkan bacaan IPU, 98, manakala Muar, Johor (88) dan Seri Manjung, Perak (82).

JAS mengkategorikan IPU pada tahap 0-50 sebagai baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Menurut laman web itu, kebiasannya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan menjelang lewat tengahari atau awal petang.

Untuk mengetahui perkembangan semasa bacaan IPU di kawasan masing-masing, orang ramai boleh mengunjungi portal JAS di alamat http://apims.doe.gov.my

Categories
NASIONAL

Jerebu : Sembilan kawasan catat IPU tidak sihat

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 MAC: Sembilan kawasan dilaporkan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatat IPU melebihi 100 ialah Nilai (105), Seri Manjung (103), Banting (135), Kuala Selangor (159), Pelabuhan Kelang (167), Petaling jaya (123), Shah Alam (126), Batu Muda (107) dan Putrajaya (117).

Jerebu-Muar-3JAS melaporkan lewat tengah hari atau petang, bacaan IPU dijangka meningkat ekoran kepekatan ozon tinggi yang berpunca daripada pengaruh cuaca panas.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.

-NFN-