Categories
BERITA UTAMA

Agong berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Keberangkatan tiba Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Negara di sini disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Seri Paduka kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dibarisi empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejar Mohd Shaiful Amir Omar.

Bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong kali ini, seramai 795 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019.

Daripada jumlah itu, seramai 42 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing hari ini.

Istiadat penganugerahan itu adalah yang pertama selepas Al-Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh gilang-gemilang di Istana Negara pada 30 Julai lepas.

-BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA

Istana Negara siap sedia tabal Agong baharu

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 sedia untuk dilangsungkan dalam adat istiadat kesultanan Melayu penuh tradisi di Istana Negara hari ini, suatu peristiwa bersejarah di bawah sistem beraja yang unik di negara ini.

Berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, istiadat pertabalan itu menandakan bermulanya secara rasmi pemerintahan lima tahun Sultan Abdullah sebagai ketua negara Malaysia.

Istiadat pertabalan itu juga semestinya mempunyai nilai sentimental dan kepentingan sejarah kepada Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah apabila ia berlangsung pada hari ulang tahun ke-60 keputeraan Sultan Abdullah.

Dengan persediaan untuk melangsungkan istiadat itu yang tiba ke kemuncaknya hari ini, Istana Negara dihias dengan begitu indah dan teliti untuk menambah kegemilangan kepada upacara ini, menyerlahkan kedudukannya sebagai mercu tanda institusi raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia.

Seperti yang dinyatakan oleh Datuk Paduka Maharajalela Istana Negara Azuan Effendy Zairakithnaini: “Masanya telah tiba untuk Yang di-Pertuan Agong ke-16 ditabalkan, dengan legasi untuk mendukung institusi Raja Berperlembagaan.”

Istiadat pertabalan itu sendiri merupakan bukti kepada kesinambungan pemerintahan Raja Melayu dalam tempoh 62 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan yang menyaksikan pertabalan 15 pemerintah dijalankan dalam upacara yang penuh adat istiadat dan gilang-gemilang.

Ini kali kedua sultan dari Pahang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas ayahanda Sultan Abdullah, Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan memerintah dari April 1979 sehingga April 1984.

Sultan Abdullah, yang diisytiharkan sebagai Sultan Pahang keenam, menggantikan almarhum ayahanda baginda pada 15 Januari dan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 oleh Majlis Raja-Raja pada 24 Januari dan mengangkat sumpah pada 31 Januari.

“Persiapan di Istana Negara dibuat dengan penuh teliti bagi memenuhi harapan Seri Padua berdua, dan sudah tentulah ia perlu dilakukan tanpa sebagai cacat cela dan ketidaksempurnaan. Hasil bantuan beribu-ribu petugas yang terlibat (dalam persiapan itu), kami berdoa mudah-mudahan semua kerja keras ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,” kata Azuan Effendy.

Kira-kira 700 tetamu terdiri daripada Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, menteri kabinet dan kenamaan dijangka menghadiri istiadat itu.

Turut diundang ialah kenamaan diraja dari luar negara termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan.

Istiadat itu akan bermula pada 9 pagi dan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia serta stesen televisyen lain.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Dua acara rasmi sempena ulang tahun Agong dibatalkan – Istana Negara

KUALA LUMPUR 30 OGOS: Dua acara bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V iaitu Istiadat Hari Keputeraan Rasmi dan Jamuan Teh Diraja yang dijadual pada 9 September depan di Istana Negara telah dibatalkan.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan malam ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Sultan Muhammad V telah menitahkan agar peruntukkan perbelanjaan bagi kedua-dua acara rasmi berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

“Manakala acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda yang lain tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2018,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Istana Negara lancar kutipan Tabung Harapan bantu negara

KUALA LUMPUR 28 JUL: Istana Negara semalam melancarkan kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) sebagai usaha membantu kerajaan mengurangkan hutang negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata pelancaran THM peringkat Istana Negara itu juga merupakan manifestasi solidariti dan kebersamaan 650 warga istana terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk menyumbang 10 peratus gaji dan emolumen baginda setiap bulan bagi membantu mengurangkan hutang negara.

“Tiada sebarang sasaran yang ditetapkan bagi kutipan tabung ini kerana yang penting adalah semangat warga Istana Negara untuk membantu negara yang tercinta ini. Kutipan tabung akan berlangsung selama 2 minggu bermula hari ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran THM Peringkat Istana Negara, semalam.

Selain itu, katanya, inisiatif pelancaran tabung itu turut dilaksanakan atas semangat patriotisme warga Istana Negara sempena bulan kemerdekaan Ogos depan.

 

Terdahulu, Ahmad Dahlan mendahului 150 warga Istana Negara yang hadir pada majlis menyumbang kepada THM.

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan tabung bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang ke arah mengurangkan hutang negara.

Pada 11 Jun lalu, Sultan Muhammad V memberi perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan sehingga 2021.

Perkenan itu adalah kerana baginda amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara.

Setakat jam 3 petang semalam, kutipan THM mencecah RM165,791,540.91.

Categories
NASIONAL

Angkat sumpah baki barisan Kabinet 2 Julai

KUALA LUMPUR 26 JUN: Istana Negara memaklumkan istiadat mengangkat sumpah baki barisan Kabinet akan berlangsung di Istana Negara, pada 2 Julai ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun lalu.

“Senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun lalu.

“Pihak istana ingin memaklumkan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet akan diadakan pada 2 Julai di Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan media, tengah malam tadi.

Beliau berkata kenyataan itu dikeluarkan bagi merujuk kepada laporan berita yang disiarkan Malay Mail Online bertajuk ‘Cabinet List Delay? Dr. M says ball in Agong’s court’.

“Pihak Istana Negara memohon agar semua pihak tidak melaporkan perkara yang bersifat negatif dan tidak tepat terhadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata baki senarai menteri telah dimuktamadkan dan akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah.

Categories
NASIONAL

Agong perkenan gaji, emolumen dikurangkan 10% sehingga 2021

KUALA LUMPUR 12 JUN: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memberi perkenan agar peruntukan gaji dan emolumennya sebagai Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata, Seri Paduka amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama-sama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara.

“Baginda Tuanku amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang telah diwujudkan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia juga ingin bersama rakyat menunaikan tanggungjawab dengan bertitah per­kenan agar peruntukan gaji dan emolumen Seri Paduka dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang pemerintahannya sehingga tahun 2021,” kata Wan Ahmad dalam satu kenyataan di sini semalam.

Categories
NASIONAL

Agong perkenan pengampunan penuh Anwar Ibrahim

OLEH SHEEDA FATHIL
SHAH ALAM, 16 MEI : Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz mengesahkan rayuan pengampunan penuh terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dibentangkan dan dipertimbangkan.
Beliau berkata, rayuan pengampunan itu sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51, hari ini.
“Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
“Baginda menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta kepada beliau berkuatkuasa mulai dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
=EZY=
Categories
NASIONAL

Sultan Johor harap PM dilantik hari ini

SHAH ALAM, 10 MEI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap Istana Negara dapat memastikan Perdana Menteri baru dilantik ke jawatan itu hari ini juga.

Pesanan khas baginda itu dimuat naik dalam rakaman video yang disiarkan di Facebook baginda.

“Dengan ini saya minta kerajaan dilantik serta-merta dan jangan berbuang masa lagi.

“Dan saya harap Istana Negara ini hari juga melantik Perdana Menteri yang baru kerana ini adalah kepentingan rakyat bukan kepentingan saya ataupun individu,” titah baginda.

Baginda adalah anggota Majlis Raja-raja Melayu.

Pada masa sama, Sultan Johor menitahkan supaya semua pihak menghormati suara rakyat.

“Saya minta semua pihak menghormati suara rakyat yang mana rakyat hendakkan kerajaan yang baru,” titah baginda.

=EZY=

 

Makcik 61 Tahun Naik Motorsikal Dari Larut Ke Himpunan Oren

KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.

Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.

“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.

Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:

“Makcik dah biasa dah.?

Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.

Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.

Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.

Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.

?Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar.?