Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Peserta tuisyen percuma ditingkatkan ke 10,000

OLEH NAZLI IBRAHIM

BANTING, 12 APR: Perubahan angin politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 jelas memberi pelbagai manfaat kepada rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, antaranya membabitkan usaha dalam sektor pendidikan apabila terjalinnya kerjasama dan persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

“Ekoran perubahan politik pada 9 Mei lalu, kita mula berupaya bekerja rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan dapat melaksanakan program tuisyen, di sekolah terpilih.

“Kita berjaya mengangkat dan menambah jumlah jumlah peserta yang layak daripada 6,000 orang kepada 10,000 pada tahun 2019,” katanya.

Amirudin berkata demikian pada Perhimpunan Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Penjawat Awam Daerah Kuala Langat, di Dewan Sri Jugra, Telok Datok, di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri juga meningkatkan usaha pengupayaan rakyat negeri termaju itu untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.

Sebelum ini, program Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang dijalankan Kerajaan Negeri menghadapi beberapa kekangan daripada peringkat persekutuan ekoran perbezaan fahaman politik.

 

Categories
SELANGOR

Jelajah Maju Bersama diteruskan ke Gombak, Sabak Bernam

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 OKT : Program Jelajah Maju Bersama yang dilancarkan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari akan diteruskan ke Gombak dan Sabak Bernam tidak lama lagi.

Amirudin berkata, namun ia akan ditangguhkan sementara waktu selepas tamat Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan sekembalinya beliau dari Timur Tengah.

“Saya akan meneruskan jelajah ini selepas selesai lawatan di Timur Tengah yang akan bermula Isnin hadapan,” katanya kepada media selepas Majlis Hi-Tea di Hotel Concorde, semalam.

Jelajah Maju Bersama merupakan pendekatan Amirudin yang menjadi mata dan telinga, sekali gus mencari penyelesaian tuntas terhadap permasalahan rakyat di Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri akan memastikan setiap daerah tidak tercicir dalam enam kluster pintar sedia ada yang membabitkan pendidikan, pekerjaan, perumahan, kekeluargaan, kesihatan dan kebajikan.

Sebelum ini Amirudin sudahpun menggerakkan siri jelajahnya ke dua daerah iaitu Hulu Selangor dan Sepang.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Azmin santuni rakyat di Warung Wak Minan

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 18 NOV: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali membuka tirai lawatannya di Kuala Selangor dengan menikmati sarapan pagi di Warung Wak Minan, di sini.

Seawal jam 8.30 pagi, beliau dan rombongannya mula tiba di warung yang terletak di simpang empat Kampung Assam Jawa itu.

Berkemeja putih, Mohamed Azmin disambut Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan pimpinan.

img_20161118_093721_357Sambil berbual santai, beliau dilihat asyik menikmati sarapan nasi lemak, kuih-muih dan air Milo panas.

Seperti biasa, Mohamed Azmin sempat memenuhi permintaan bergambar daripada pengunjung warung berkenaan.

Turut serta, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad; Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Selepas hampir sejam, Mohamed Azmin mula bergerak ke lokasi seterusnya di Jeti Kampung Baru Pasir Penambang bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada 33 penerima.

Warung Wak Minan antara lokasi sarapan pagi popular di daerah itu dengan menyediakan hidangan seperti roti canai, nasi lemak, pelbagai mi dan kuih-muih.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Misi Jelajah Ramadan Rakyat Dipeduli Utara berjaya

Oleh: NORHAYATI UMOR

KANGAR, 5 JUL: Misi Jelajah Ramadan, Rakyat Dipeduli bahagian Utara disifatkan berjaya dilaksanakan.

Ketua Delegasi, K Gunasekaran berkata ia berikutan komitmen dan kerjasama daripada sukarelawan dan pimpinan tempatan.

11060011_119698868367001_8092157408809215946_nKatanya, barangan keperluan diserahkan kepada penerima tanpa mengira fahaman politik.

“Kita harap dengan bantuan ini ia dapat membantu penerima menyambut Ramadan dan membuat persediaan Aidilfitri.

“Selepas ini kami akan ke Selatan dan saya menyifatkan delegasi ini berjaya mencapai objektif,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau menyampaikan sebanyak 75 kotak hamper kepada Adun Indera, Chan Ming Kai.

Sementara itu, Ming Kai memuji usaha murni Kerajaan Negeri dalam menyediakan keperluan rakyat di Perlis.

Di Alor Star, sebanyak 175 kotak hamper disumbang manakala Langkawi sebanyak 24 kotak hamper.

Delegasi Program Jelajah Ramadan, Rakyat Dipeduli diteruskan lagi ke bahagian Selatan (hari ini) yang membabitkan enam lokasi.

Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar menjelajah ke 31 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia bermula 2 Julai sehingga 10 Julai.

EZY