Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jemaah Haji perlu bersedia hadapi ujian dan dugaan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 JULAI: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan jemaah haji supaya berhati-hati dan berwaspada ketika berada di tanah suci.

Baginda bertitah bakal haji yang berhadapan dengan sebarang masalah atau kemusykilan segera rujuk kepada petugas yang disediakan oleh pihak Tabung Haji.

“Beta mahu bakal haji sentiasa bersedia menghadapi dugaan dan cabaran yang mungkin dihadapi semasa musim haji.

Makkah in Saudi Arabia“Beta berkenan menasihatkan agar semua bakal haji juga dapat memberikan fokus sepenuhnya dalam menunaikan ibadah haji disamping menjaga tingkah laju dan akhlak,” titah baginda ketika merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1437/2016M, di Masjid Negeri, di sini.

Baginda bertitah bakal haji juga sentiasa menumpukan sepenuh perhatian kepada amal ibadah masing-masing dan sentiasa berjimat cermat.

“Bakal haji juga dinasihatkan untuk tidak membeli belah dengan berlebihan dan tidak boros apabila berbelanja di sana.

“Tunaikanlah ibadah haji dengan tertib, sabar serta mengikut peraturan yang dikeluarkan dari masa ke semasa,” titah baginda.

Pada masa yang sama, baginda mahu bakal haji membuat persiapan sebaik-baiknya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Titah baginda hal itu kerana ibadah haji memerlukan kesihatan fizikal yang baik dan kekuatan mental.

“Tahniah kepada bakal haji yang terpilih. Sesungguhnya ramai lagi umat Islam yang berhasrat untuk menunaikan haji tetapi tidak berpeluang kerana kuota yang terhad.

“Pada bakal haji, jika terdapat jemaah yang mengalami sakit atau demam, segeralah berjumpa dengan doktor yang disediakan oleh Tabung Haji,” titah baginda.

EZY

Categories
NASIONAL

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di KLIA

SEPANG 30 SEP: Kumpulan pertama 407 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, malam tadi dengan menaiki pesawat SV5701 Saudi Airlines.

HajiAbdul Aziz, Jeddah di Arab Saudi itu disambut ahli keluarga dan saudara-mara yang menunggu sejak 7 malam.

Sebanyak 68 penerbangan membawa pulang jemaah haji Malaysia bermula semalam sehingga 28 Oktober depan, dengan 43 daripadanya menggunakan pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) manakala selebihnya melalui Saudi Airlines.

EZY

Categories
NASIONAL

22,000 jemaaah Malaysia wukuf hari ini

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 SEP: Lebih 22,000 jemaah haji Malaysia tiba di Arafah jam 12 tengah malam tadi bagi menyempurnakan wukuf bermula hari ini, 9 Zulhijjah.

Semua jemaah itu ditempatkan di dalam 2,000 khemah di tapak perkhemahan jemaah haji Malaysia selepas enam trip selesai membawa mereka.

wukufMereka akan berwukuf di Arafah dan ia adalah kemuncak haji serta teras utama bagi seluruh amalan.

Menurut laman sesawang rasmi Tahung Haji (TH), seramai 489 jemaah selamat berlepas ke Tanah Suci, pada 20 September lalu.

Ia adalah penerbangan kumpulan terakhir Jemaah Haji Malaysia KT69 yang akan menunaikan haji tahun ini.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kren tumbang: 5 jemaah haji Malaysia disahkan terkorban

SHAH ALAM 14 SEP: Seorang lagi jemaah haji Malaysia menjadi korban tragedi kren tumbang, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban seramai lima orang.

Menerusi kenyataan media hari ini, Tabung Haji (TH) mengesahkan seorang lagi mangsa yang terlibat disahkan selamat.

“Jenazah terbaharu dikenalpasti oleh waris beliau di Tanah Suci. Beliau adalah Zainun Taha yang berumur 69 tahun dan berasal dari Ampang,” katanya.

Kren Makkah“Dalam pada itu TH turut melahirkan simpati ke atas keluarga mangsa terlibat dalam tragedi itu.

“Kami semua berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami juga mengambil kesempatan ini menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan mereka ditempatkan di kalangan yang beriman dan beramal soleh,” katanya lagi.

(combine 14Sept15 1225pm)senarai jemaah haji hilang-down

Insiden itu yang berlaku sekitar jam 4.30 petang (waktu tempatan) mengorbankan sekurang-kurangnya 107 yang lain dan turut mencederakan ratusan yang lain.

Dalam masa sama Kerajaan Arab Saudi mengumumkan 1 Zulhijjah bagi negaranya pada Selasa 15 September 2015, maka wuquf (9 Zulhijjah) adalah Rabu, 23 September.

EZY

Categories
SELANGOR

Keluarga berharap jemaah haji hilang ditemui

Oleh: AFIX REDZUAN

BUKIT ANTARABANGSA, 13 SEP: Keluarga Zainun Taha, 69, salah seorang jemaah haji Malaysia yang masih hilang berharap beliau ditemui dalam keadaan selamat meskipun sudah masuk hari kedua pencarian.

Anak beliau, Kamarul Idzuan Abu Bakar, 46, mengakui bimbang mengenang nasib ibu tersayang yang baru sahaja tiba di Makkah, Khamis lalu bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Menurut beliau, Zainun berada dalam keadaan sihat ketika berangkat dari Malaysia selepas lama menunggu giliran ke Tanah Suci.

Jemaah Haji“Emak saya memang dah lama menyimpan impian untuk mengerjakan haji.

“Pada 2012 dia harap dapat giliran ke sana tapi belum masanya. Beliau sekadar mengerjakan Umrah ketika bulan Ramadan.

“Alhamdulillah tahun ini beliau terpilih dan kami sekeluarga menghantarnya tempoh hari,” katanya ketika menceritakan detik-detik sebelum ibunya berangkat di Tanah Suci.

Menurutnya, Zainun ke Tanah Suci bersama adik ipar, Faridah Mansor, 63 yang turut cedera dan mengalami patah pergelangan kaki ketika insiden runtuhan Masjidil Haram.

Beliau cuba menghubungi telefon bimbit ibunya sejurus mendapat perkhabaran insiden yang mengorbankan lebih 100 orang jemaah serta dimaklumkan Tabung Haji namun panggilan tidak dijawab.

Beliau yang juga anak sulung daripada empat orang adik beradik percaya gambaran sebenar mengenai ibunya semasa kejadian dapat diperolehi menerusi Faridah yang sentiasa bersama sepanjang berada di sana.

Mereka turut menerima kunjungan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terharu dengan sokongan dan bantuan diberikan Kerajaan Negeri ketika berhadapan saat sukar sebegini.

“Kami sekeluarga berterima kasih di atas keperihatinan MB yang bersedia menaja pemergian waris ke Tanah Suci jika mendapat kebenaran kerajaan Arab Saudi.

“Kami berharap segala urusan dimudahkan Allah dan semua yang terlibat selamat,” katanya lagi.

EZY