Categories
AGENSI BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

Laluan alternatif Putrajaya-Salak Tinggi dibuka hujung bulan ini

SEPANG, 4 MAC: Penduduk di sekitar Dengkil bakal menikmati kemudahan infrastruktur lebih baik apabila laluan alternatif sepanjang 1.7 kilometer dari Putrajaya ke Salak Tinggi dibuka hujung bulan ini, kata pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor.

Shahabuddin Mohd Muhaiyidin berkata pembinaan turut membabitkan jejambat sepanjang 120 meter merentasi persimpangan Dengkil-Kajang, menaik taraf lampu isyarat dan lampu jalan dengan kos keseluruhan RM70.471 juta.

“Projek ini dimulakan pada 23 Oktober 2017 dan berjaya disiapkan lebih awal daripada jangkaan.

“Pelaksanaan projek akan meningkatkan aspek keselamatan jalan raya dan mengurangkan kesesakan lalu lintas selain memberi impak besar kepada sektor ekonomi dan sosial di kawasan sekitar,” katanya pada Program Lawatan Kerja Menaik Taraf Persimpangan FT29/FT31 di sini, semalam.

Laluan alternatif itu menghubungkan bandar Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Salak Tinggi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan Selatan Sepang.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau perkembangan projek tersebut.

Categories
SELANGOR

Mesyuarat jurutera awam medium kongsi idea

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 25 JUN: Seramai 237 jurutera awam Jabatan Kerja Raya (JKR) dari seluruh negara menyertai Mesyuarat Jurutera Awam JKR Malaysia 2019, di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, di Kompleks Tabung Haji, Sepang semalam.

Pengarah JKR Selangor, Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz berkata, mesyuarat bertemakan Jurutera Awam: Pemacu Infrastruktur Negara itu bagi menjana idea bersama dalam usaha melahirkan jurutera awam sebagai generasi pelapis yang bakal memimpin jabatan, pada masa hadapan.

“Ia adalah satu program mesyuarat tahunan yang mengumpulkan jurutera awam dari seluruh JKR malaysia bagi tujuan memperkasa jurutera awam.

“Selain itu, ia sangat bertepatan dengan peranan JKR sebagai pemaju dan pemangkin dalam pembangunan infrastruktur di Malaysia,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan.

Turut hadir, EXCO Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hisham; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Pengurusan), Dato’ Ong Gua Pak; Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato’ Ir Dr Meor Abdul Aziz Osman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz

Mesyuarat jurutera awam berkenaan dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 24 Jun hingga 26 Jun ini meliputi pembentangan kertas kerja, sesi mesyuarat dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Antara aktiviti dijalankan ialah ceramah laluan kerjaya bagi pelajar sekolah menengah dan pendidikan tinggi, pameran teknikal, ceramah professional, ceramah industri dan sesi ‘townhall’.

Pada masa sama, Ruslan berkata, program itu seiring visi jabatan sebagai pusat kecemerlangan kejuruteraan dalam bidang pengurusan projek, pengurusan aset dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara.

Beliau turut berharap, warga JKR sentiasa bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan positif demi membina Malaysia yang inkusif dan gemilang di persada dunia.

“Saya menaruh harapan supaya program ini akan berjaya mencapai objektif dengan kerjasama daripada semua pihak terbabit,” katanya.

 

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Audit ‘pihak berkecuali’ pantau gerak kerja kontraktor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 SEPT: Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor menggunakan khidmat pihak berkecuali menjalankan kerja pengauditan dan pemantauan pembinaan jalan di negeri itu.

Pengarahnya, Mas Abdul Rahman Mas Mohamed berkata, inisiatif itu diwujudkan ke arah keberkesanan dan kualiti spesifikasi kerja ditetapkan pihaknya.

“Selain kami sendiri turun padang menjalankan rondaan setiap minggu, JKR Selangor juga menggunakan khidmat audit daripada pihak berkecuali.

“Pelantikan berkecuali ini diwujudkan secara berterusan bagi memantau kerja pembinaan jalan dibuat pihak kontraktor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pendengaran Tertutup Jawatankuasa Kira-kita Wang Awam berhubung Laporan Audit Negara Tahun 2015 Siri 1 di Bangunan Annex, SUK di sini, hari ini.

DSC_8820Konsisten ke arah gerak kerja positif demi kesejahteraan rakyat, JKR juga merancang untuk mewujudkan pasukan khas bagi menjalankan kerja pemantauan berterusan di lapangan.

Abdul Rahman berkata, fokusnya memastikan bahan pembinaan jalan dan penyelenggaran mencapai spesifikasi kerja di bawah ketetapan JKR Selangor.

Pada masa sama, JKR Selangor bertangungjawab melaksana kerja pembinaan dan penyelenggaraan jajaran jalan di sepanjang 4,041,165 KM jalan seluruh negeri.

-AA-

Categories
SELANGOR

JKR Selangor pantau kerja penyelenggaraan jalan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 SEPT: Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor mula melaksanakan inisiatif rondaan menyeluruh jalan raya di sekitar perbandaran Klang ke arah persekitaran bersih dan selamat.

Pengarahnya, Mas Abdul Rahman Mas Mohamed berkata, JKR Klang bertangunggjawab mengendalikan isu penyelenggaraan dan pembersihan jalan di kawasan perbandaran itu secara konsisten.

“JKR Selangor melaksanakan inisiatif rondaan setiap minggu bagi audit kerja penyelenggaraan jalan merangkumi jalan JKR di daerah negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pendengaran Tertutup Jawatankuasa Kira-kita Wang Awam berhubung Laporan Audit Negara di Bangunan Annex SUK, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, NCR (Non Conformer Report) yang merujuk kepada laporan gerak kerja prestasi kontraktor mengurus projek pembinaan dan penyelenggaran jalan akan dibentangkan kepada pihak berkaitan.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat terhadap kontraktor yang gagal mematuhi spesifikasi dan piawaian kerja ditetapkan JKR.

“Setiap NCR dikeluarkan akan dikenakan denda sebanyak RM2000 setiap satu,” katanya.

DSC_8820PAC dalam laporannya mendedahkan wujudnya kegagalan JKR negeri menguruskan kerja penyelenggaraan dan pembersihan longkang di sekitar kawasan perbandaran Klang.

PAC turut mengenal pasti wujudnya pengurusan aduan secara kurang efektif berkenaan permasalahan dibangkitkan penduduk setempat.

Mengulas lanjut, Mas Abdul Rahman berkata, JKR negeri giat menyelesaikan aduan pengguna jalan raya berpandukan kepada piagam pelanggan ditetapkan JKR.

“JKR Klang melakukan pembaikan porfolio dengan mengambil respon dalam tempoh 24 jam, setelah aduan diterima.

“Bagi keadaan masalah lalu lintas seperti pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil kurang daripada 24 jam,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Menteri Kerjaraya Baru Diminta Perjelaskan Projek Hospital Shah Alam

hospital shah alam sketch

SHAH ALAM 4 JUN : Menteri Kerja Raya yang baru, Datuk Fadilah Yusof, diminta memberikan kerjasama dalam isu projek pembinaan Hospital Shah Alam yang sudah tertangguh lebih daripada tiga tahun demi kebaikan penduduk di bandaraya ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, sebagai wakil rakyat di bandaraya ini, sewajarnya beliau diberi hak untuk melihat dan mendapat laporan mengenai perkembangan projek berkenaan.

Menurut Khalid, diharapkan Fadilah bersikap lebih terbuka berbanding menteri yang lepas dan membenarkan pihaknya melawat tapak pembinaan untuk melihat perkembangan projek itu.

“Pada 5 Februari lalu saya hantar surat pada syarikat kontraktor pembinaan dan jawapannya kelulusan perlu diminta daripada JKR Selangor, bila surat dihantar kepada JKR Selangor, dikatakan jawapan daripada JKR Pusat.

“Bila surat dihantar kepada JKR Pusat, tiada jawapan. Ini bukan nak bina pusat tentera atau pusat nuklear. Ini hospital, kenapa susah sangat untuk saya turun melihat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Khalid mengharapkan Fadilah mempunyai satu dasar lebih terbuka mengenai perkara itu.

Tegasnya, pembinaan hospital itu adalah daripada wang rakyat dan bukannya wang Umno-BN.

“Hospital ini untuk rakyat dan sebagai wakil rakyat Shah Alam, saya minta supaya bagi kerjasama untuk pihak kontraktor bagi laporan mengenai perkembangan pembinaannya.?

Khalid mendakwa beliau difahamkan bahawa projek tersebut sekali lagi terlewat daripada tarikh siapnya pada Oktober tahun ini.