Categories
BERITA UTAMA PENDAPAT RENCANA

Minggu suram buat Malaysia, kes empat angka meledak di enam negeri

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman terkini mingguan Bernama mengenai Covid-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 24 Julai hingga pukul 8.30 malam 30 Julai 2021.

Kes kumulatif Covid-19 di Malaysia melepasi sejuta kes. Di peringkat global, lebih 197 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4 juta. Lebih 178 juta pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh. Pandemik Covid-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

__________________________________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Minggu yang suram bagi Malaysia! Bukan sahaja kes harian baharu Covid-19 terus meledak sehingga melonjakkan kes kumulatif melepasi angka sejuta tetapi kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut meningkat empat angka.

Sekiranya pada minggu lalu, negeri yang menjadi tumpuan ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Negeri Sembilan, untuk Rangkuman Mingguan Bernama (24 Julai – 30 Julai 2021), tiga lagi negeri meledak kes empat angka, iaitu Johor, Kedah dan Sabah.

Ledakan kes harian baharu sepanjang tempoh rangkuman ini menjadikan Malaysia masih bergelut dengan angka kes harian baharu lima angka sehingga mencatat angka tertinggi pada Rabu 28 Julai iaitu 17,405 kes! Kes kumulatif Covid-19 mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes.

Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

Kes kematian sepanjang tempoh Rangkuman ini juga turut mencatat jumlah yang tinggi sehingga 207 kes pada dua hari berturut-turut iaitu 26 Julai dan 27 Julai 2021.

Setakat pukul 12 tengah hari Jumaat 30 Julai 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 16,840 lagi kes harian baharu Covid-19. Malaysia kini menanggung sebanyak 183,706 kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan, sementara kes kumulatif meningkat kepada 1,095,486 kes.

Sepanjang rangkuman mingguan Bernama ini, kes harian baharu yang dilaporkan seperti berikut:

  • 24 Julai (15,902 kes)
  • 25 Julai ( 17,045 kes)
  • 26 Julai (14,516 kes)
  • 27 Julai (16,117 kes)
  • 28 Julai ( 17,405 kes )
  • 29 Julai (17,170 kes)
  • 30 Julai (16,840 kes)

Enam negeri iaitu Selangor, WPKL, Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah menyumbang kes harian baharu terbanyak Covid-19 sepanjang rangkuman ini.

Imbasan mikroskop elektron menunjukkan SARS-CoV-2 (objek biru bulat) muncul dari permukaan sel yang dikultur di makmal, yang menyebabkan Covid-19. Virus itu diasingkan dari seorang pesakit di Amerika Syarikat pada 27 Februari 2020. Foto AFP

Untuk rekod, daripada 16,840 kes harian baharu semalam, Selangor (6,092 kes), WP Kuala Lumpur (2,114 kes), Kedah (1,281 kes), Johor (1,104 kes), Negeri Sembilan (1,079 kes) dan Sabah (1,066 kes), menyumbang sebanyak 12,736 kes atau 75.62 peratus.

Kelmarin (29 Julai), daripada 17,170 kes harian baharu, empat negeri iaitu Selangor (7,163 kes), WP Kuala Lumpur (2,138 kes), Kedah (1,212) dan Johor (1,054 kes), menyumbang sebanyak 11,567 atau 67.4 peratus.

Sehingga hari ini, Malaysia turut berhadapan dengan sebanyak 1,092 kluster aktif. Secara keseluruhannya, jumlah kluster yang direkod adalah sebanyak 3,651 dan 2,559 daripadanya, ditamatkan.

Sementara itu, sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini, sebanyak 260 kluster baharu direkod dan daripada jumlah itu, sebanyak 143 atau 55 peratus adalah kluster tempat kerja.

Sebanyak 1,055 kes dirujuk kepada ICU setakat hari ini dan sebanyak 532 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 134 lagi kes kematian dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif kematian meningkat kepada 8,859 kes (0.81 peratus).

Dengan 1,0095,486 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 29 (di tangga 31 rangkuman mingguan lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Sweden (1,099,414 kes) dan Belgium (1,122,951 kes).

Perkembangan lain dalam negara

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook beliau pada Rabu 28 Julai 2021, memaklumkan, bahawa kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenalpasti sebanyak 10 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang mana kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2);

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 439 kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA

Daripada jumlah yang dikesan, sebanyak 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Berikut senarai negeri dengan kes harian baharu Covid-19 berdasarkan perincian KKM untuk 16,840 kes pada Jumaat 30 Julai 2021:-

  • Kes harian baharu empat angka – Selangor 6,092 kes, WP Kuala Lumpur 2,114 kes, Kedah 1,281 kes, Johor 1,104 kes, Negeri Sembilan 1,079 kes, dan Sabah 1,066 kes.
  • K​​​​es harian baharu tiga angka – Perak 810 kes, Pulau Pinang 689 kes, Kelantan 656 kes, Melaka 581 kes, Pahang 540 kes, Sarawak 450 kes, Terengganu 258 kes dan WP Putrajaya 100 kes.
  • Kes harian baharu dua angka – Perlis 13 kes.
  • Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 7 kes.

Berdasarkan catatan Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook peribadinya, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau ro/rt untuk sepanjang rangkuman mingguan ini seperti berikut:

  • 24 Julai (1.11)
  • 25 Julai ( 1.15 )
  • 26 Julai (1.14)
  • 27 Julai (1.14)
  • 28 Julai ( 1.16)
  • 29 Julai (1.15)
  • 30 Julai (1.12)

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi pada 29 Julai adalah Terengganu 1.29, Kelantan 1.29 dan Sabah 1.25.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia (24-30 Julai 2021)

Rekod kes sembuh:

  • 24 Julai (9,471 kes)
  • 25 Julai (9,683 kes)
  • 26 Julai (9,372 kes)
  • 27 Julai (11,526 kes)
  • 28 Julai (12,373 kes)
  • 29 Julai (12,930 kes)
  • 30 Julai (12,179 kes)

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:

  • 24 Julai – Kes baharu: 15,902 kes (996,393 kes kumulatif);Kes tempatan : 15,876 kes; [12,842 warganegara (80.9%); 3,034 bukan warganegara (19.1%)]; Kes import : 26 kes; (7 warganegara, 19 bukan warganegara)
  • 25 Julai – Kes baharu: 17,045 kes (1,013,438 kes kumulatif);Kes tempatan : 17,039 kes; [13,169 warganegara (77.3%); 3,870 bukan warganegara (22.7%)]; Kes import : 6 kes; (4 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • 26 Julai – Kes baharu: 14,516 kes (1,027,954 kes kumulatif); Kes tempatan : 14,513 kes [11,480 warganegara (79.1%); 3,033 bukan warganegara (20.9%)]; Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • 27 Julai – Kes baharu: 16,117 kes (1,044,071 kes kumulatif);Kes tempatan : 16,091 kes [12,984 warganegara (80.7%); 3,107 bukan warganegara (19.3%)]; Kes import : 26 kes (12 warganegara, 14 bukan warganegara)
  • 28 Julai – Kes baharu: 17,405 kes (1,061,476 kes kumulatif); Kes tempatan : 17,399 kes [14,341 warganegara (82.4%); 3,058 bukan warganegara (17.6%)]; Kes import : 6 kes (3 warganegara, 3 bukan warganegara)
  • 29 Julai – Kes baharu: 17,170 kes (1,078,646 kes kumulatif); Kes tempatan : 17,138 kes [14,807 warganegara (86.4%); 2,331 bukan warganegara (13.6%)]; Kes import : 32 kes (14 warganegara, 18 bukan warganegara)
  • 30 Julai – Kes baharu: 16,840 kes (1,095,486 kes kumulatif); Kes tempatan : 16,823 kes [14,014 warganegara (83.3%); 2,809 bukan warganegara (16.7%)]; Kes import : 17 kes (6 warganegara, 11 bukan warganegara)
    Petugas kesihatan mengusung jenazah mangsa Covid-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan di Presint 20, Putrajaya pada 25 Jun 2021. Foto BERNAMA

    Rekod kes kematian:

  • 24 Julai – Kes kematian: 184 kes (7,902 kes kumulatif, 0.79%, 157 warganegara, 27 bukan warganegara) BID 32
  • 25 Julai – Kes kematian: 92 kes (7,994 kes kumulatif, 0.79%, 90 warganegara, 2 bukan warganegara) BID 8
  • 26 Julai – Kes kematian: 207 kes (8,201 kes kumulatif, 0.80%; 184 warganegara, 23 bukan warganegara) BID14
  • 27 Julai – Kes kematian: 207 kes (8,408 kes kumulatif, 0.81%; 181 warganegara, 26 bukan warganegara) BID 31
  • 28 Julai – Kes kematian: 143 kes (8,551 kes kumulatif, 0.80%; 123 warganegara, 20 bukan warganegara) BID 14
  • 29 Julai – Kes kematian: 174 kes (8,725 kes kumulatif, 0.81%; 157 warganegara, 17 bukan warganegara) BID 28
  • 30 Julai – Kes kematian: 134 kes (8,859 kes kumulatif, 0.81%; 128 warganegara, 6 bukan warganegara);BID 9

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:

* kluster yang mencatat kes positif Covid-19 yang banyak ketika diumumkan

  • 24 Julai – Kluster baharu 27 (kluster tempat kerja 15, kluster komuniti 7, kluster pusat tahanan 2, kluster pendidikan 1, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster import 1)
  • 25 Julai – Kluster baharu 34 (kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 15 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1)

* kluster tempat kerja, Padang Kubu (Kemaman) – 103 kes.

* kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan Meranti (Bentong) – 121 kes.

* kluster komuniti, Taman Hock Ann (Lembah Pantai) – 185 kes.

* kluster komuniti, Dah Bukit (Langkawi) – 139 kes.

  • 26 Julai – Kluster baharu 33 (kluster tempat kerja 21, kluster komuniti 10 dan kluster pendidikan 2)

* kluster tempat kerja, Industri Jalan Perdana (Pontian) – 215 kes.

*kluster tempat kerja, Tanah Mas Bidor (Batang Padang) – 103 kes.

  • 27 Julai – Kluster baharu 42 (kluster tempat kerja 25, kluster komuniti 12, kluster kumpulan berisiko tinggi 2, kluster pusat tahanan 2 dan kluster pendidikan 1)

*kluster tempat kerja, Dah 14 Industri Kulim (Kulim) – 187 kes.

  • 28 Julai – Kluster baharu 41 (kluster tempat kerja 22, kluster komuniti 16, kluster pusat tahanan 2 dan kluster pendidikan 1)

*kluster tempat kerja, Industri Selesa 2 (Hulu Langat, Selangor) – 118 kes.

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Depot Laluan Klang (Klang, Selangor) – 145 kes.

*kluster tempat kerja, Industri Jalan Salleh (Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor) – 123 kes.

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan BBN (Seremban) – 161 kes.

  • 29 Julai – Kluster baharu 36 (kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 14, kluster kumpulan berisiko tinggi 3 dan kluster pusat tahanan 1)

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Ipoh Permai (Kinta, Perak) – 112 kes.

  • 30 Julai – Kluster baharu 47 (kluster tempat kerja 24, kluster komuniti 17, kluster kumpulan berisiko tinggi 3, kluster pendidikan 2 dan kluster keagamaan 1)

*kluster tempat kerja, Industri Jalan Sepintas (Klang, Kuala Langat dan Petaling, Selangor) – 250 kes.

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Persiaran Rombayu (Kuala Langat, Selangor) – 224 kes.

*kluster tempat kerja, Industri Ringan Mantin (Seremban, Negeri Sembilan)- 121 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah 197,527,098 kes (Rangkuman Minggu lalu 193,558,569 kes) dengan 4,218,245 kematian (minggu lalu 4,154,549 kematian). Kes pesakit sembuh 178,649,771 (minggu lalu 175,838,271).

Seorang wanita mengenakan pelitup muka bagi mencegah penularan Covid-19 ketika berjalan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat pada 6 Ogos 2020. Foto REUTERS

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, Perancis, United Kingdom, Turki, Argentina, Colombia dan Sepanyol.

Pecahan kes Covid-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

  • Amerika Syarikat 35,584,272 kes (628,492 kematian)
  • India 31,572,344 kes (423,244 kematian)
  • Brazil 19,839,369 kes (554,626 kematian)
  • Rusia 6,242,066 kes (157,771 kematian)
  • Perancis 6,079,239 kes (111,764 kematian)
  • United Kingdom 5,801,561 kes (129,515 kematian)
  • Turki 5,682,630 kes (51,184 kematian)
  • Argentina 4,905,925 kes (105,113 kematian)
  • Colombia 4,766,829 kes (120,126 kematian)
  • Sepanyol 4,422,291 kes (81,442 kematian)

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 107 dengan 92,875 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 105 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

  • Indonesia di tangga 14 – 3,372,374 kes (92,311 kematian)
  • Filipina di tangga 24 – 1,580,824 kes (27,722 kematian)
  • Thailand di tangga 44 – 578,375 kes (4,679 kematian)
  • Myanmar di tangga 72 – 289,333 kes (8,552 kematian)
  • Vietnam di tangga 94 – 133,405 kes (1,020 kematian)
  • Kampuchea di tangga 111 – 76,585 kes (1,375 kematian)
  • Singapura di tangga 114 – 64,861 kes (37 kematian)
  • Laos di tangga 172 – 5,675 kes ( 6 kematian)
  • Brunei di tangga 204 – 333 kes (3 kematian)
Categories
BERITA UTAMA PENDAPAT RENCANA

Rebakan virus makin parah, kluster aktif ancam komuniti

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Penularan koronavirus maut Covid-19 yang semakin mengancam komuniti dengan ledakan kes harian baharu mutakhir ini sehingga melebihi 4,000 kes, meletakkan Malaysia kembali dalam keadaan ‘genting’.

Dengan kes harian baharu sebanyak 4,498 yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 12 tengah hari (Jumaat 7 Mei), jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 melonjak kepada 34,789 kes.

Jumlah kes kumulatif pula sudah melepas paras 430,000 iaitu 432,425 kes.

Selangor berterusan sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (1 hingga 7 Mei 2021) menyumbang jumlah kes harian terbanyak. Semalam, Selangor mencatat 1,424 kes, diikuti Sarawak 750 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 436 kes.

Kes harian baharu melebihi tiga ribu dicatat pada 6 Mei (3,551), 5 Mei (3,744 kes), 4 Mei (3,120 kes) dan 2 Mei (3,418 kes).

Laporan harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) di Malaysia, turut menunjukkan semakin banyak kluster baharu dikesan.

Semalam, sebanyak 19 buah kluster baharu dilaporkan dengan kluster tempat kerja 10 kes, kluster komuniti empat (4) kes, kluster keagamaan tiga (3) kes dan dua kluster pendidikan.

Pada Rabu 5 Mei 2021 sahaja, sebanyak 20 kluster baharu dilaporkan dengan lapan (8) kluster tempat kerja, enam (6) kluster komuniti, empat (4) kluster pendidikan dan dua (2) kluster keagamaan.

Setakat 7 Mei 2021, terdapat 425 kluster yang masih aktif dan 102 kluster menambah kes baharu.

Jumlah kes pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi turut kritikal dan setakat hari ini 7 Mei, Dr Noor Hisham dalam paparan Facebook peribadi beliau menyatakan, negara merekodkan kemasukan sebanyak 506 kes ke ICU, iaitu jumlah yang tertinggi semenjak pandemik ini bermula. Sebanyak 295 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Menurut beliau, kemasukan kes kritikal ke ICU meningkat sebanyak 44 peratus berbanding tempoh dua minggu yang lepas di seluruh negara dan beberapa negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak menunjukkan kadar peningkatan yang lebih tinggi.

Seorang pekerja kesihatan yang memakai pakaian pelindung menyusun katil hospital bagi merawat pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Foto REUTERS

Sebanyak 22 hospital mencatatkan kadar penggunaan katil ICU Covid-19 melebihi 70 peratus dan ada yang mencecah lebih 90 peratus. Beberapa hospital bukan Covid-19 juga terpaksa merawat pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan kerana pesakit ini tidak dapat dipindahkan ke hospital Covid-19 akibat kesesakan ICU. Ada juga pesakit yang terpaksa diberi bantuan alat pernafasan di wad-wad biasa.

Ledakan kes harian baharu yang bagaimanapun tidak dikaitkan sebagai ‘Gelombang Keempat’, membuatkan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri/daerah.

Pada 4 Mei, PKP diisytiharkan untuk enam (6) daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Klang, Petaling, Kuala Langat, Gombak dan Sepang, berkuatkuasa dari 6 hingga 17 Mei 2021.

PKP turut diisytiharkan untuk tempoh 7 hingga 20 Mei 2021, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi, Johor; Mukim Taiping, Daerah Larut Matang dan Selama, Perak; di 14 mukim dalam daerah Besut (kecuali Mukim Hulu Besut), Terengganu.

Malaysia turut menyekat kemasukan pengembara dari Nepal, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan ia sebagai susulan tambahan sekatan penerbangan dari dan ke India, berikutan kebimbangan penularan Covid-19.

Malaysia mencatat kes pertama kemasukan varian Covid-19 dari India dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1. Mengumumkan perkara ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata di samping itu, negara juga mengesan sebanyak 48 kes varian Afrika Selatan, B.1.351, UK B.1.1.7 (8 kes), dan varian Nigeria B. 1.525 (2 kes).

Malaysia pernah mencatat kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 melepasi angka 50,000 pada Gelombang Ketiga Covid-19 iaitu sebanyak 50,894 kes pada 6 Februari 2021.

Setakat ini, di bawah Gelombang Ketiga Malaysia hanya sekali mencatat kes harian baharu tiga angka iaitu pada 29 Mac 2021, sebanyak 941 kes.

Warganegara kes terbanyak

Menurut Dr Noor Hisham hari ini (7 Mei 2021), daripada 4,498 kes harian baharu, sebanyak 4,493 adalah penularan tempatan sementara kes import sebanyak 5 kes iaitu 1 warganegara (WN) dan empat (4) bukan warganegara (WN).

Secara puratanya, WN menyumbang sekitar 90 peratus kepada kes penularan tempatan berbanding BWN.

Berikut adalah data yang menunjukkan situasi berkenaan, termasuk kes harian baharu dan kes kumulatif, berdasarkan makluman KKM, bagi tempoh rangkuman mingguan Bernama (1 hingga 6 Mei 2021).

1 Mei – kes baharu : 2,881 kes (411,594 kes kumulatif,); kes tempatan : 2,865 kes [ 2,609 WN (91.1%)]; 256 BWN (8.9%); kes import : 16 kes (5 WN dan 11 BWN);

2 Mei – kes baharu : 3,418 kes (415,012 kes kumulatif); kes tempatan : 3,408 kes [ 3,134 WN (92.0%); 274 BWN (8.0%)]; kes import : 10 kes (1 WN dan 9 BWN);

Jururawat memakai sut perlindungan diri memeriksa pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur pada 21 April 2020. Foto REUTERS

3 Mei – kes baharu : 2,500 kes (417,512 kes kumulatif); kes tempatan : 2,496 kes [ 2,301 WN (92.2%)]; 195 BWN (7.8%) ; kes import : 4 kes (2 WN dan 2 BWN);

4 Mei – kes baharu : 3,120 kes (420,632 kes kumulatif); kes tempatan : 3,114 kes [ 2,918 WN (93.7%); 196 BWN (6.3%)]; kes import : 6 kes (1 WN dan 5 BWN);

5 Mei – kes baharu : 3,744 kes (424,376 kes kumulatif); kes tempatan : 3,737 kes [ 3,514 WN (94.0%); 223 BWN (6.0%)] ; kes import : 7 kes (1 WN dan 6 BWN);

6 Mei – kes baharu :3,551 kes (427,927 kes kumulatif); kes tempatan : 3,535 kes [3,242 WN (91.7%); 293 BWN (8.3%)]; Kes import : 16 kes (10 WN dan 6 BWN);

7 Mei – kes baharu :4,498 kes (432,425 kes kumulatif); kes tempatan : 4,493 kes [4,179 warganegara (93.0%); 314 bukan warganegara (7.0%)]; kes import : 5 kes (1 warganegara dan 4 bukan warganegara);

Dengan 432,425 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 42 (berbanding 43 minggu lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Malaysia kini mengatasi Arab Saudi (424,445 kes) dan di hadapan Malaysia adalah Maghribi (513,016 kes).

Setakat 7 Mei 2021, sebanyak 3,449 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada Covid-19 kini 396,004 kes (91.6 peratus).

Sementara rekod kes sembuh harian sepanjang tempoh rangkuman ini:-

1 Mei ( 2,462 kes), 2 Mei ( 2,698 kes), 3 Mei ( 2,068 kes), 4 Mei (2,334 kes), 5 Mei (2,304 kes), 6 Mei (2,709 kes) dan 7 Mei (3,449 kes).

Ledakan kluster baharu

Sehingga Jumaat 7 Mei 2021, Malaysia mencatat sebanyak 1,759 kluster dan 1,334 daripadanya diisytihar tamat. Sebanyak 425 masih aktif dan 102 daripadanya menambah kes baharu.

Tiga kluster yang mencatat pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Kempas Pagoh (70 kes), Kluster Jalan Besar Sungai Jawi (47 kes), dan Kluster Beladin (45 kes).

Sebanyak 19 klluster baharu diumumkan hari ini (7 Mei 2021), dan maklumat seperti tertera di bawah:-

Sabtu 1 Mei – 14 kluster baharu, melibatkan masing-masing empat (4) kluster komuniti, kluster tempat kerja, dan kluster sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM, serta dua (2) kluster keagamaan.

Ahad 2 Mei – 11 kluster baharu, melibatkan lima (5) kluster komuniti, empat (4) kluster sektor pendidikan termasuk dua (2) kluster institusi pendidikan KPM, serta dua (2) kluster tempat kerja.

Isnin 3 Mei – 9 kluster baharu, melibatkan masing-masing tiga (3) kluster komuniti dan kluster tempat kerja, dua (2) kluster sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM, serta satu (1) kluster pusat tahanan.

Selasa 4 Mei – 17 kluster baharu, melibatkan tujuh (7) kluster komuniti, lima (5) kluster tempat kerja, empat (4) sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM, dan satu (1) kluster keagamaan.

Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar melakukan proses sanitasi di Masjid Ar-Rahman, dekat Alor Merah yang diarah tutup sepenuhnya pada 9 September 2020. Foto BERNAMA

Rabu 5 Mei – 20 kluster baharu, melibatkan lapan (8) kluster tempat kerja, enam (6) kluster komuniti, empat (4) sektor pendidikan termasuk tiga (3) kluster institusi pendidikan KPM, dan dua (2) kluster keagamaan.

Khamis 6 Mei – 14 kluster baharu, melibatkan lapan (8) kluster tempat kerja, masing-masing dua (2) kluster komuniti dan kluster sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM, serta masing-masing satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi dan kluster keagamaan.

Jumaat 7 Mei -melibatkan 10 kluster tempat kerja, empat (4) kluster komuniti, tiga (3) kluster keagamaan, dan dua (2) kluster sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM.

Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Facebook peribadinya pada Jumaat 7 Mei 2021 mengumumkan, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 7 Mei 2021 untuk seluruh negara kekal 1.10. Negeri mencatat Ro tertinggi ialah Terengganu 1.35, Kedah 1.28 dan Perak 1.25.

R-Naught (Ro/Rt) iaitu kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan sepanjang tempoh rangkuman Bernama (1 Mei hingga 7 Mei 2021) secara konsistennya berada pada kadar lebih 1.0. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Perincian kes

Berdasarkan perincian KKM mengenai 4,498 kes Covid-19 yang dilaporkan KKM pada Jumaat 7 Mei 2021, Selangor menumbang kes harian baharu terbanyak iaitu 1,424 kes. Daripda jumlah itu, sebanyak 1,074 kes adalah daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; 259 kes daripada lain saringan Covid-19, sementara 91 kes daripada kluster termasuk kluster baharu.

Untuk rekod, Selangor juga menyumbang kes harian baharu terbesar sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (1 Mei hingga 7 Mei 2021) iaitu pada 1 Mei (759 kes), 2 Mei (1,200 kes), 3 Mei (637 kes), 4 Mei (675 kes), 5 Mei (1,548 kes) dan 6 Mei (1,137 kes).

Kes harian baharu tiga angka melibatkan sembilan negeri iaitu Sarawak 750 kes (*2), WP Kuala Lumpur 436 kes (*3), Johor 327 kes, Pulau Pinang 313 kes, Kelantan 297 kes, Kedah 209 kes, Negeri Sembilan 188 kes, Sabah 153 kes dan Perak 148 kes.

Sebanyak tiga negeri mencatat kes harian baharu dua angka iaitu Terengganu 87 kes, Pahang 78 kes dan Melaka 74 kes.

WP Putrajaya, Perlis dan WP Labuan mencatat kes harian baharu satu angka, iaitu masing-masing lapan kes, empat kes dan dua kes.

(*kes import)

Sementara itu, sebanyak 22 kes kematian dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 1,632 kes, melibatkan 20 warganegara dan dua bukan warganegara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Selangor catat 11,420 kes aktif dalam tempoh 14 hari

SHAH ALAM, 5 MEI: Selangor mencatatkan kes aktif Covid-19 tertinggi membabitkan 11,420 jangkitan dalam tempoh 14 hari mulai 21 April hingga semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daerah Petaling mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 4,463 kes, Hulu Langat (2,596), Klang (1,521) dan Gombak (1,091).

Data pergerakan taburan kes Covid-19 itu juga menunjukkan sebanyak 93 daerah di seluruh negara berstatus zon merah, dengan 61 daripadanya di Semenanjung.

“Hanya lima daerah di Semenanjung masih kekal zon hijau, tujuh di Sabah manakala tiada zon hijau di Sarawak,” tulis KKM di Facebook.

Data juga menunjukkan semua daerah di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya bertukar kepada zon merah sepenuhnya.

Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 17 Mei.

Sebelum ini, PKP turut dilaksana di seluruh Kelantan mulai 22 April hingga 17 Mei. Arahan sama turut dikenakan lima daerah di Kedah mulai 1 hingga 14 Mei.

Sumber grafik Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: 276 kluster dikesan, lebih separuh masih aktif

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Sebanyak 276 kluster dikesan di negara ini sejak pandemik Covid-19 melanda negara akhir tahun lepas dengan 151 daripadanya masih aktif, manakala 125 telah tamat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba berkata daripada 151 jumlah kluster, Kluster Kediaman merekodkan jumlah terbanyak dengan 64 kluster.

“…diikuti dengan Kluster Tempat Kerja iaitu 63 kluster; Kluster Pusat Tahanan (sembilan); Kluster Kumpulan Berisiko (anggota kesihatan dan warga emas – sembilan kluster); Kluster Keagamaan (selain kluster Tabligh Seri Petaling – tiga kluster) dan Kluster Import (tiga kluster),” katanya dalam satu jawapan bertulis pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang meminta menteri kesihatan menyatakan bilangan kluster yang menyebarkan pandemik Covid-19 di negara ini dan bilangan yang telah dikawal sepenuhnya serta bilangan yang masih aktif terkini.

Dr Adham berkata kluster terbesar yang pernah dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah Kluster Tabligh Sri Petaling.

Kluster itu katanya melibatkan 3,375 kes dan seramai 42,023 orang telah disaring.

“Kes pertama bagi kluster itu adalah pada 11 Mac dan kluster diisytihar tamat pada 8 Julai. Kes-kes indeks merupakan individu-individu yang menghadiri perhimpunan keagamaan di Masjid Sri Petaling dan punca jangkitan adalah dipercayai dari jangkitan import dari Indonesia,” katanya.

Sehingga semalam, 972 kes baharu lagi direkodkan menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini mencatat 11,308 kes.

-BERNAMA

Categories
AGENSI SELANGOR

Covid-19: Petaling, Klang rekod kes aktif tinggi

SHAH ALAM, 16 OKT: Petaling dan Klang merekodkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan tinggi di Selangor setakat ini.

Menurut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Petaling mengumpul 245 kes yang boleh menjangkiti individu lain manakala Klang 108 kes.

“Kedua-dua daerah ini masih lagi mencatatkan peningkatan ketara manakala Sabak Bernam kekal sebagai daerah zon hijau. Amalkan norma baharu dengan berdisiplin,” kata agensi di Twitter.

Sementara itu, Hulu Langat mencatat 67 kes aktif diikuti Gombak (62), Kuala Langat (39), Sepang (17), Hulu Selangor (sembilan), Kuala Selangor (satu).

Hari ini, sebanyak 50 kes baharu Covid-19 direkodkan di Selangor berbanding 150 semalam dengan lapan daripadanya membabitkan kluster baharu dinamakan kluster Merbok. Secara keseluruhan, negeri ini mengumpul 3,014 kes.