Pembinaan ‘billboard’ bernafas baru, tingkat penerangan MES

Kerajaan Negeri menyediakan 44 papan iklan besar (billboard) seluruh negeri untuk menerangkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sehingga kini terdapat 13 papan iklan berkenaan yang rosak dan menjadi mangsa vandalisme dan perlu dibaiki serta diganti.

MB : PBT perlu proaktif laksana penambahbaikan berterusan

12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor dirai bagi menzahirkan penghargaan Kerajaan Negeri ekoran mencapai kecemerlangan dalam Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Categories
SELANGOR

Pembinaan ‘billboard’ bernafas baru, tingkat penerangan MES

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 JUN: Kerajaan Negeri menyediakan 44 papan iklan besar (billboard) seluruh negeri untuk menerangkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sehingga kini terdapat 13 papan iklan berkenaan yang rosak dan menjadi mangsa vandalisme dan perlu dibaiki serta diganti.

Katanya, antara lokasi yang dikenal pasti adalah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Sungai Panjang, Hulu Klang, Bukit Antarabangsa, Damansara Utama dan Sri Muda.

m_04billboard“Kita sediakan peruntukan kos RM130,000 bagi mendirikan semula papan iklan besar yang rosak iaitu RM13,000 setiap satu.

“Sementara itu, RM1,600 pula diperuntukkan bagi setiap papan iklan untuk menggantikan visual yang berukuran 10′ x 40′,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berhubung papan iklan besar yang diperuntukkan bagi setiap DUN untuk MES.

mb dewanPada masa sama, Abdul Khalid (PKR Pelabuhan Klang) juga memaklumkan beberapa pembaharuan turut akan dilakukan pada papan iklan besar yang akan didirikan nanti.

“Terdapat juga masalah cara pembinaan yang tidak betul dan mesti diperbaiki supaya papan iklan itu tidak tumbang, yang mana kita akan selesaikan itu.

“Ada juga yang komen gambar yang terletak di papan iklan itu sudah enam tahun tidak berubah, jadi kita akan lakukan perubahan,” katanya.

-NFN-

MB: Seminar JKKK dan Ketua Kampung Hulu Langat – Part1

http://tv.selangorku.com

MB: Tarik balik usul Hudud bukti Umno bermain tarik tali

http://tv.selangorku.com

MB: Tiada kenaikan tarif air dalam tempoh 5 tahun

Kerajaan Selangor hari ini mengulangi pendiriannya untuk tidak menaikkan tarif air sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun lagi meskipun Selangor dikatakan menghadapi masalah bekalan air sejak sekian lama.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sasaran Kerajaan Negeri kini adalah menjurus kepada penamatan perjanjian konsesi air sedia ada yang ditandatangani Selangor bersama syarikat konsesi sebelum tahun 2008.

MB: Malam Federation of Malaysia Manufactures FMM Selangor

http://tv.selangorku.com

Selangor kemuka pelan cadangan penstrukturan semula industri air kepada pusat

http://tv.selangorku.com

MB rasmi program rancangan struktur Selangor 2035- part2

http://tv.selangorku.com

Selangor siap sedia hadapi El Nino Jun ini

http://tv.selangorku.com

Draf rancangan struktur Negeri Selangor akan dibentang kepada umum

http://tv.selangorku.com

Majlis penyerahan Masjid Ijok

http://tv.selangorku.com