MB peruntukkan RM10 juta, pam 900 juta liter air sehari ke Sg Selangor

http://tv.selangorku.com

MB: Jadikan perpustakaan rumah kedua

http://tv.selangorku.com

MB: Gaji saya dalam GLC dikembalikan kepada Kerajaan Negeri

http://tv.selangorku.com

Matta Fair Selangor ketengahkan pelancongan Islam

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

MB : Putrajaya ambil alih aset, Selangor tetap urus air

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 MAC : Pengambilalihan operasi empat firma utiliti air di Selangor oleh Putrajaya dalam tempoh dua minggu adalah selaras dengan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wasia), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan penstrukturan air di negeri itu dipercepatkan dengan Kerajaan Pusat mengambil alih aset air dan menyerahkan kuasa pengurusan serta operasinya kepada Kerajaan Selangor.

Katanya, rakyat tidak perlu khuatir kerana kepentingan Selangor tetap terpelihara apabila operasi air diserahkan sepenuhnya untuk kendalian Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid“Walaupun Kerajaan Pusat kata tiga tahun (pengambilalihan) tetapi mereka boleh serahkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengendalikannya.

“Di bawah Seksyen 114, kuasa untuk mengambil alih adalah di tangan Kerajaan Pusat, tetapi selepas ambil alih dia boleh berikan kuasa itu kepada Kerajaan Negeri untuk menguruskan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Matta Fair Selangor kali kesembilan di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu kenyataan kepada akhbar The Star, berkata Putrajaya akan mengambil alih operasi empat firma air di Selangor dalam tempoh dua minggu.

Beliau berkata, pengambilalihan selama tiga tahun itu adalah secara sementara sehingga Loji Rawatan Air Langat 2 mula beroperasi.

MB air MOUKerajaan Persekutuan kini mempunyai kuasa untuk menggunakan Seksyen 114 Akta Wasia yang membolehkan Putrajaya untuk campur tangan dan mengambil alih operasi aset air kerana tiada penyelesaian dicapai antara syarikat konsesi berkenaan bersama Kerajaan Negeri.

Syarikat konsesi air di Selangor adalah Puncak Niaga Holdings Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd.

Putrajaya dan Kerajaan Selangor menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menyelesaikan isu air di negeri itu, pada Februari lalu.

-NFN-

Kajian UNISEL 63% responden mahu Khalid Ibrahim kekal MB Selangor

http://tv.selangorku.com

MB – Umat Islam disaran hayati al-quran pelihara akhlak

)

http://tv.selangorku.com

Categories
BERITA UTAMA

Antara kelapa salai, ‘Dawn Raid’ dan MoU air

Oleh Nazli Ibrahim
LEWAT tengah hari, tanggal 7 September 1981 di Hotel Cambridge, Kota London.

Apabila mendengar berita mengejutkan di corong radio, Mark Gent tergamam. Sukar mempercayainya. Kepala mula berdenyut, pandangannya pula berpinar-pinar.

Sekelip mata syarikat yang diterajuinya itu terlepas dari gengaman. Lelaki Inggeris itu sedar, semuanya sudah terlambat.

Lebih 160 tahun menguasai Malaysianized Guthrie, kini tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghalang syarikat peladangan terbesar British itu kembali ke pangkuan rakyat Malaysia.

Tokoh korporat British terkemuka yang menguasai Guthrie itu ditewaskan dalam masa empat jam sahaja melalui satu serangan terancang sekumpulan anak tempatan Malaysia.

Ia diketuai seorang anak muda yang dahulunya hanya mengusahakan perusahaan kelapa salai milik neneknya pada usia remaja.

Serangan itu kemudiannya dititipkan dalam sejarah korporat antarabangsa sebagai ‘Dawn Raid’ atau Serangan Waktu Subuh.

Sejak itu, anak muda berkenan – Abdul Khalid Ibrahim yang berusia 35 tahun ketika operasi Dawn Raid ke atas Bursa Saham London dilancarkan, mula menjadi sebutan dunia.

caturKetika Inggeris menganggap kejayaan operasi berkenaan sebagai perbuatan ‘nasionalis pintu belakang’ (lantaran dimalukan anak tempatan bekas tanah jajahannya), rakyat Malaysia mengangkat peristiwa itu sebagai kejayaan mengembalikan hak yang hilang.

Ia juga dianggap sebagai satu titik kejayaan bersejarah buat negara.

Hari ini, selepas 33 tahun operasi Dawn Raid makin dilupai ramai, anak muda sama yang kini menduduki jawatan Menteri Besar Selangor dan bergelar tan sri menjalankan satu lagi operasi berbeza tetapi masih dengan matlamat serupa – operasi ‘Selangor water rescue’ atau penyelamatan air Selangor.

Kalau Dawn Raid bagi mengembalikan hak rakyat ke atas peladangan terbesar, operasi kali ini jauh lebih penting – demi mengembalikan hak rakyat Selangor ke atas sumber terpenting kehidupan – air.

SyabIroninya, jika Dawn Raid bertujuan mengembalikan semula hak rakyat Malaysia dari tangan Inggeris tapi operasi menyelamatkan industri air Selangor dibuat bagi membebaskan belenggu ‘penjajahan korporat tempatan’.

Operasi kali ini bukan lagi serangan mengejut pada awal pagi seperti Dawn Raid tetapi pada siang hari dengan dilimpahi flash kamera media.

Ia suatu operasi panjang dan memenatkan. Tambah pula terpaksa berhadapan dengan serangan demi serangan dari ‘tokoh’ tertentu.

Meskipun dijalankan melalui rundingan dengan anak tempatan tetapi ketamakan menyukarkan operasi.

Rundingan demi rundingan antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan pemegang konsesi industri air Selangor berlarutan lebih lima tahun tetapi menemui jalan buntu.

Ternyata, ia memerlukan satu strategi licik dengan pengetahuan dan pengalaman dunia korporat mendalam serta kemahiran rundingan yang tinggi.

Kebijaksaan Abdul Khalid memberi kelebihan apabila dengan bijak menjadikan Projek Langat 2 sebagai ‘senjata’ dalam rundingan itu.

Bagaimanapun selepas bergelut dengan pelbagai rintangan,

mbsoAkhirnya, pada 26 Febuari lalu operasi menyelamatkan industri air Selangor memasuki fasa baru dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

Walaupun ia tidak memuktamad operasi itu tetapi cukup melegakan banyak pihak. Mereka menganggap fasa baru ini umpama ‘cahaya di hujung terowong’

Sebenarnya, ketokohan Abdul Khalid bukan semata-mata kejayaan Dawn Raid dan projek penyelamatan industri air Selangor sahaja.

mbsiJangan lupa, beliau jugalah yang bertanggungjawab di belakang kejayaan Kerajaan Selangor mengutip hutang Talam Corporation dan menamatkan apa yang disebutkan sebagai kecelakaan atas isu penamatan kontrak kutipan sampah Alam Flora di Selangor.

Semua operasi-operasi rumit korporat yang dijalankannya tidak lain dan tidak bukan demi mengembalikan hak rakyat.

Ia bukan sekadar kejayaan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar semata-mata, malah wajar dikongsikan bersama seluruh rakyat khususnya rakyat Selangor.

– FZL

Categories
SELANGOR

MB: ‘Mala fide’ BN terhadap Anwar leburkan semangat muafakat

SHAH ALAM, 7 Mac: Usaha permuafakatan antara gagasan politik yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan hukuman penjara lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan rakyat sebagai mangsa kepada sikap politik keanak-anakan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas ketidakadilan terhadap Anwar sebagai hipokrasi Barisan Nasional.

“Sebaik hukuman ini dibacakan, semangat Rekonsiliasi Nasional yang dicanang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak langsung lebur dan tenggelam bersama arus hipokrasi.

“Ternyata semangat palsu ini gagal diterjemahkan dengan jujur sungguhpun Ketua Pembangkang menyahutnya dengan agenda Konsensus Nasional,” katanya pada kenyataan, malam ini.

Beliau menyifatkan niat jahat pemerintah itu hanya memburukkan lagi situasi politik negara dan detik hitam itu menunjukkan politik sempit yang menjurus kepada pembunuhan peribadi.

“Detik hitam ini tanpa kita disedari mencambah rasa prejudis pendokong dan penyokong KEADILAN khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, terhadap kerajaan Barisan Nasional.

“Walau kita akui kepentingan rakyat harus di kedepankan, namun penindasan dan pendakwaan bersifat ‘mala fide’ terus menyukarkan keadaan dan mengusutkan lagi ruang kematangan berpolitik,” katanya.

Abdul Khalid menggesa Anwar dibebaskan daripada pendakwaan peribadi dan menyeru BN supaya bersaing melalui politik berteras idea dan agenda pembangunan negara.

“Malaysia sewajarnya sudah melepasi tahap kematangan berpolitik dan mampu fokus kepada agenda pembangunan negara, bukan lagi serangan politik kotor yang mensasarkan batang tubuh pemimpin,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid menggesa semua pihak untuk tidak didorong emosi dan bersama menangani konspirasi terhadap Anwar itu secara bijaksana.

“Rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat diminta bertenang dan tidak terburu-buru dalam mengambil tindakan. Konspirasi terancang ini harus diteliti dan ditangani secara bijak dan praktikal,” katanya.

– FZL

JURNAL BERITA : Sekalipun tandatangani MoU, MB jamin tarif air tidak naik

1. Sekalipun tandatangani MoU, MB jamin tarif air tidak naik

2. MB: Dokumen MoU air akan didedah kepada umum dalam seminggu

3. MoU air: MB ambil risiko politik, ketepi ego demi kepentingan rakyat

4. MoU Kerajaan Selangor, Kelantan permulaan penting usahasama ekonomi – Hadi

5. Terangkan isu air kepada rakyat, tidak salah guna media arus perdana – penganalisis politik,media

6. Halimah: MB beri taklimat kepada Exco Selangor sebelum tandatangani MoU air

7. PKNS teruskan siasatan dalaman, dokumen Azmin diperlukan

8. Selangor sumbang RM20,000 kepada anggota polis maut diserang hendap

9. ‘Pergeseran’ pemimpin politik sama parti tak jejas PRK Kajang

10. Menangkan Anwar sampai calon BN hilang deposit

11. Selangor tuan rumah Majlis Hafazan al-Quran ke-35

12. AKTIVITI YB: Ziarah rakyat, salur bantuan naik motosikal

Anwar – Khalid setuju taklimat MOU penstrukturan air diadakan

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Sekalipun tandatangani MoU, MB jamin tarif air tidak naik

Oleh Afeera Afeeqa

SHAH ALAM 5 MAC: Kerajaan Selangormemberi jaminan tidak menaikkan tarif air sebaliknya rakyat negeri ini terus menikmati pemberian air percuma 20 meter padu, sepanjang tiga tahun akan datang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata rakyat tidak perlu khuatir meskipun ada dakwaan memorandum persefahaman (MoU) penstrukturan air yang dimeterai bersama Kerajaan Pusat kononnya menyebabkan pengguna menanggung kos lebih tinggi.

“Tidak. Tarif air tidak akan naik dalam tempoh tiga tahun,” katanya ringkas ketika mengulas hal itu pada sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

air-syabas_MBaBeliau berkata, Perjanjian Awal yang akan ditandatangani juga turut menyatakan tiada kenaikan tarif air berlaku.

Katanya, Kerajaan Selangor juga akan memastikan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) tidak menaikkan harga air selepas menyerahkan aset air.

“Bila dalam perjanjian baru, PAAB juga terlibat. Ia sudah dipersetuji dan ini semua bukan berlaku di Selangor sahaja tetapi turut berlaku di Johor dan Melaka,” katanya.

Minggu lalu, MoU penstrukturan air dimeterai antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat, membolehkan pengambilalihan ekuiti empat syarikat konsesi air yang menerima pampasan RM9.65 bilion.

Ia penting bagi mengelakkan tarif air meningkat hingga sehingga 70 peratus seperti yang didesak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebelum ini.

– FZL