Categories
SELANGOR

Projek lebuh raya KIDEX perlu kajian lebih mendalam untuk manfaat penduduk

PETALING JAYA, 5 APRIL: Pembinaan Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) tidak wajar dilakukan secara tergesa-gesa dan perlukan kajian lebih mendalam, kata empat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN).

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San, berkata kerajaan perlu membuat kajian perbandingan terlebih dahulu bagi mengenal pasti jenis capaian pengangkutan yang diperlukan penduduk setempat.

“Kajian mendalam perlu dilakukan. Apakah pembinaan lebuh raya itu akan beri manfaat kepada penduduk atau mereka lebih memerlukan sistem perhubungan awam yang lebih efisyen,” katanya ketika membaca kenyataan media berhampiran stesyen Aliran Transit Ringan (LRT) di Asia Jaya, di sini, hari ini.

Lau weng sanTurut hadir dalam sidang media itu adalah ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin; ADUN Kinrara, Ng Sze Han dan ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran.

Sambil mengalu-alukan pembinaan lebuh raya bagi mengatasi masalah aliran trafik di kawasan Petaling Jaya dan Lembah Kelang, mereka mahu satu laporan kesan trafik yang lebih meyakinkan dikeluarkan terlebih dahulu bagi menyokong pembinaan lebuh raya berkenaan.

Memetik Keadilan Daily, mereka menegaskan, jajaran di mana lebuh raya itu akan dibina perlu mempunyai hubungan lebih baik dengan jaringan pengangkutan awam sedia ada.

kidex2Hal itu kerana ia memberi manfaat lebih besar berbanding pembinaan lebuh raya itu yang akhirnya bakal menafikan pautan pengangkutan awam kepada penduduk setempat.

KIDEX adalah projek lebuh raya bertingkat yang bakal merentasi kawasan perumahan berpenduduk padat dalam kawasan Petaling Jaya dan Puchong yang memerlukan pengambilalihan 300 plot tanah.

Pada September lalu, penduduk Sekyen 19 Petaling Jaya mengadakan protes kecil menuntut Putrajaya memberikan maklumat lengkap berhubung pembinaan lebuh raya sepanjang 14.9 kilometer dan menelan belanja RM2.2 billion itu.

JURNAL BERITA- MB: MH370 hilang, jangan buat spekulasi

1. MB: Jangan buat spekulasi anak kapal, penumpang MH370

2. MB jumpa menteri untuk bincang penguatkuasaan WSIA

3. MB : Stadium Shah Alam bakal setaraf standard antarabangsa

4. Isteri polis mati ditembak warga asing sebak terima sumbangan Kerajaan Selangor RM20,000

5. PRK Kajang: 4 bekas tokoh Umno kongsi pentas tolak BN

6. PR: Kerajaan Pusat khianati MOU air, desak guna WSIA

7. Wan Azizah : “Saya bukan boneka ganti Anwar”

8. Anwar: Belajar hidup susah sebelum perlekeh Wan Azizah

9. Adun: Konsesi Lebuh Raya Kidex patut beri maklumat terperinci

10. Guan Eng : Rakyat Kajang perlu bangkit tolak politik perkauman

11. Ibu bapa di Selangor perlu main peranan galak anak sertai PTRS

12. PKNS anjur seminar pengurusan nilai dan kejuruteraan 17 Mac ini