Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19 catat 2,231 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

SHAH ALAM, 11 JAN: Sebanyak 2,231 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 138,224 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 557 kes dengan 404 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Johor pada kedudukan kedua mencatatkan 396 kes sementara Sabah sebanyak 374 kes

“Sebanyak 194 kes pula berkaitan kluster lokap, depot tahanan imigresen dan penjara melibatkan Kluster Tembok Choh (157 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (20), Kluster Tembok Gajah
(12) dan Kluster Pagar Siput (lima),” katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 1,006 pesakit berjaya sembuh menjadikan bilangan kes pulih setakat ini sebanyak 109,115 kes.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 187 kes Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 87 memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian hari ini menjadikan jumlah yang maut sebanyak 555 kes,” katanya lagi.

Categories
AGENDA NASIONAL

KKM kesan lima kluster baharu Covid-19, dua di Selangor

SHAH ALAM, 10 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu Covid-19, dua daripadanya di Selangor.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Tapak Bina Cyber tercetus di Sepang, Petaling, Klang dan Hulu Langat manakala kluster Texmile di Gombak.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes kluster Tapak Bina Cyber dikesan positif pada 31 Disember hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

“Sehingga hari ini, seramai 140 individu disaring dengan 67 positif,” katanya melalui kenyataan.

Beliau berkata kes kluster Texmile diuji positif semalam hasil saringan bersasar melibatkan 351 individu di sebuah kilang. Seramai 19 orang dijangkiti wabak setakat ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 586 kluster dilaporkan setakat ini dengan 332 kluster tamat manakala 254 lagi adalah kluster aktif yang dipantau.

Berikut perincian kluster baharu yang direkodkan hari ini:

1. Kluster Jalan Sibuga – Kluster di Sandakan, Sabah hasil saringan individu bergejala

2. Kluster Alor Durian – Kluster melibatkan Tumpat dan Kota Bharu di Kelantan hasil saringan rentas negeri

3. Kluster Wakaf Lanas – Kluster melibatkan Pasir Puteh di Kelantan hasil saringan rentas negeri

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19 catat 2,433 kes baharu, sembilan lagi kematian

SHAH ALAM, 10 JAN: Sebanyak 2,433 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 135,992 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 730 kes dengan 510 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sabah pada kedudukan kedua mencatatkan 403 kes sementara Johor sebanyak 321 kes.

“Sebanyak 86 kes pula berkaitan kluster lokap, depot tahanan imigresen dan penjara membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (79 kes), Kluster Pagar Siput (tiga), Kluster Penjara Seberang Perai (tiga), dan Kluster Tembok Choh (satu),” katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 1,277 pesakit berjaya sembuh menjadikan bilangan kes pulih setakat ini sebanyak 108,109 kes.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 171 kes Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 76 memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan kes kematian hari ini menjadikan jumlah yang maut sebanyak 551 kes,” katanya lagi.

Categories
AGENDA NASIONAL

Lima lagi kluster baharu Covid-19 dikesan

SHAH ALAM, 9 JAN: Lima lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dalam negara hari ini membabitkan Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Melaka dan Terengganu.

Ketua pengarah kesihatan berkata perkembangan itu menjadikan bilangan keseluruhan kluster mencecah 581 manakala kluster aktif yang dipantau 256.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 58 kluster mencatat pertambahan kes hari ini.

“Kluster yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah kluster Penjara Jalan Harapan (281 kes), kluster Beringin (226 kes) dan kluster Jalan Perindustrian (115 kes),” katanya dalam kenyataan.

Berikut perincian kluster baharu:

1. Kluster Mikro – Kluster tempat kerja melibatkan Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Kota Tinggi di Johor

2. Kluster Symphony Magazine – Kluster melibatkan Timur Laut dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang

3. Kluster Pasai – Kluster melibatkan Sibu dan Mukah di Sarawak

4. Kluster Teknologi Kesidang – Kluster tempat kerja melibatkan Melaka Tengah di Melaka

5. Kluster Palut – Kluster melibatkan Dungun di Terengganu

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Kes baharu masih empat digit, lima kematian

SHAH ALAM, 9 JAN: Sebanyak 2,451 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 133,559 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 564 kes dengan 342 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Sabah pada kedudukan kedua mencatatkan 409 kes sementara Negeri Sembilan sebanyak 351 kes.

“Sebanyak 327 kes pula berkaitan kluster lokap, depot tahanan imigresen dan penjara membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (291 kes) dan Kluster Telok Mas (17).

“Kluster Tembok Gajah melaporkan sembilan kes, Kluster Damai Pelangi (lapan) dan masing-masing satu kes bagi Kluster Pagar Siput serta Kluster Tembok Choh,” katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 1,401 pesakit berjaya sembuh menjadikan bilangan kes pulih setakat ini sebanyak 106,832 kes.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 177 kes Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 82 memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lima kes kematian hari ini menjadikan jumlah yang maut sebanyak 542 kes,” katanya lagi.

Categories
AGENDA NASIONAL

KP kesihatan: Vaksin Pfizer lulus untuk kegunaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Pendaftaran secara bersyarat bagi vaksin Covid-19 keluaran syarikat Pfizer, “Comirnaty Concentrate for Dispersion”, telah diluluskan untuk kegunaan di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran di Twitter dan Facebook rasminya berkata pendaftaran vaksin itu diluluskan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-352 yang bersidang hari ini.

“Pun begitu syarikat masih perlu mengemukakan beberapa data penting dalam tempoh masa yang ditetapkan sebelum ianya dibenarkan untuk digunakan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menerusi Twitter rasmi beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) atas keputusan bagi pendaftaran bersyarat untuk vaksin Covid-19 keluaran Pfizer itu.

“Saya baru dimaklumkan oleh @DGHisham bahawa NPRA telah meluluskan pendaftaran bersyarat untuk vaksin Pfizer. Kami masih menunggu untuk beberapa maklumat tambahan daripada Pfizer.

“Tahniah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di atas pendaftaran yang cepat,” katanya.

Sehingga ini, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Pfizer dan BioNTech untuk memperoleh 12.8 juta dos vaksin. Negara juga bakal menerima 6.4 juta lagi dos vaksin daripada AstraZeneca selain daripada beberapa lagi pembekal.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

KP kesihatan: PKPB berjaya kekang penularan Covid-19

PUTRAJAYA, 28 DIS: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengekang penularan Covid-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata tanpa pelaksanaan PKPB, dijangkakan kira-kira empat juta rakyat Malaysia dijangkiti virus itu.

“Hari ini kita lihat lebih kurang 106,000 kes sahaja dilaporkan,” katanya pada sidang media perkembangan harian Covid-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan pengalaman negara, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih berjaya dari segi kesihatan namun memberikan impak yang sangat tinggi terhadap ekonomi.

“Ketika gelombang ketiga ini, Kementerian Kesihatan hendak laksanakan PKP namun disebabkan impak ekonomi yang tinggi, kita laksanakan PKPB,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi ingatannya kepada rakyat agar terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) bagi memastikan jangkitan Covid-19 terkawal dan seterusnya memutuskan sepenuhnya rantaian penularan.

Katanya beliau yakin jika rakyat kekal patuh SOP, jumlah kes positif harian di negara ini dapat diturunkan dalam tempoh tiga minggu akan datang.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: Empat kluster baharu, dua babit tapak bina KL

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Empat lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan dua daripadanya membabitkan tapak bina di ibu negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kluster tapak bina berkenaan ialah Kluster Tapak Bina Kiara dan Kluster Tapak Bina Perkasa yang dikenal pasti melalui saringan bersasar di tapak bina berkenaan.

“Kluster Tapak Bina Kiara melibatkan daerah Kepong iaitu kes positif bermula 21 Disember melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan dengan sejumlah 372 individu disaring dan 13 kes dikesan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Beliau berkata Kluster Tapak Bina Perkasa pula di daerah Cheras dengan kes positif bermula 22 Disember melalui saringan bersasar melibatkan 451 individu dan 11 kes dikesan positif.

Dr Noor Hisham berkata dua kluster lain ialah Kluster Cassia Diamond di Selangor dan Pulau Pinang serta Kluster Pompod di Sabah.

Kluster Cassia Diamond melibatkan daerah Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak di Selangor serta daerah Barat Daya di Pulau Pinang.

“Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif pada 24 Disember melalui saringan individu bergejala dengan sejumlah 76 individu disaring dan 25 kes dikesan positif,” katanya.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 9 Disember 2020. Foto BERNAMA

Kluster Pompod di daerah Kota Belud dan Kudat di Sabah pula dengan kes indeksnya dilaporkan positif pada 13 Disember melalui saringan individu bergejala dengan 216 individu disaring dan 19 kes dikesan positif, katanya.

Dr Noor Hisham berkata enam kluster tamat hari ini iaitu Kluster Tanamera, Kluster Jalan Kalabakan, Kluster Seri Terapi, Kluster Seri Pasir, Kluster Astaka dan Kluster Tembaga.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan tinjauan amalan normal baharu secara dalam talian mulai 25 hingga 30 November melibatkan 36,841 responden, bertujuan mengenal pasti amalan normal baharu dalam kalangan komuniti di negara ini.

“Hasil tinjauan mendapati majoriti responden sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi pencegahan Covid-19, iaitu memakai pelitup muka sebanyak 93.3 peratus, menjaga jarak fizikal (89.6 peratus), dan mencuci tangan dengan air serta sabun atau pembasmi kuman (89.7 peratus).

“Hasil tinjauan juga mendapati 93.8 peratus responden berani menegur ahli keluarga untuk memakai pelitup muka, berani menegur ahli keluarga untuk menjaga jarak fizikal (90.1 peratus) dan berani menegur ahli keluarga untuk mencuci tangan dengan air dan sabun atau pembasmi kuman (90.8 peratus),” katanya.

Beliau berkata berkaitan dengan teguran kepada rakan-rakan pula, didapati 82.2 peratus responden menyatakan mereka berani menegur rakan mereka untuk memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal (79.4 peratus) serta mencuci tangan dengan air dan sabun atau pembasmi kuman (79.2 peratus).

Dr Noor Hisham berkata bagaimanapun, jika teguran itu melibatkan orang lain, hanya 57.3 peratus responden berani menegur untuk memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal (59.6 peratus) serta untuk mencuci tangan dengan air dan sabun atau pembasmi kuman (56.7 peratus).

“Hasil tinjauan ini merupakan satu dapatan yang amat positif dan memberangsangkan sekali gus menunjukkan masyarakat di negara ini mempunyai kawalan kendiri yang tinggi.

“Segala perubahan bermula dengan diri sendiri dan ia merupakan langkah pertama dalam segala kejayaan termasuk kejayaan dalam memerangi pandemik Covid-19. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam membendung penularan wabak ini,” katanya.

-BERNAMA

 

Categories
AGENSI SELANGOR

Kes Covid-19 Selangor turun tiga hari berturut-turut

SHAH ALAM, 25 DIS: Kes baharu Covid-19 di Selangor merekodkan penurunan dalam tempoh tiga hari berturut-turut bermula Rabu, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 461 kes dilaporkan negeri itu hari ini berbanding 491 kes semalam dan 535 kes kelmarin.

Bagaimanapun, jelasnya Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 37 peratus daripada keseluruhan kes Covid-19 dalam negara.

“Daripada jumlah kes di Selangor, sebanyak 309 kes (67 peratus) melibatkan kluster dan saringan kontrak rapat yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata Kluster Cassia Diamond turut dikesan di Selangor melibatkan Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak serta Barat Daya di Pulau Pinang.

Menurutnya, kes indeks bagi kluster tersebut dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember melalui saringan individu bergejala.

“Sehingga hari ini, sejumlah 76 individu disaring dengan 25 daripadanya positif,” katanya lagi.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Lebih 1,400 pesakit Covid-19 sembuh, atasi kes baharu

SHAH ALAM, 25 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan seramai 1,441 pesakit Covid-19 sembuh, mengatasi bilangan kes baharu iaitu 1,247.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 82,540 kes atau 81.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada wabak itu setakat ini.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan jumlah kes pula sebanyak 101,565 kes dengan 18,576 daripadanya kes aktif.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala selebihnya penularan tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 461 kes atau 37.0 peratus dengan 309 daripadanya melalui kluster dan saringan kontrak rapat.

Dr Noor Hisham berkata Sabah merekodkan sebanyak 225 kes atau 18.0 peratus sementara Johor pada kedudukan ketiga sebanyak 205 kes (16.4 peratus).

“Sebanyak 211 kes (16.9 peratus) pula berkaitan kluster lokap, depot tahanan imigresen dan penjara membabitkan Kluster Tembok Gajah (113 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (86), Kluster Tembok (lapan) dan Kluster Pompod (empat),” katanya.

Beliau berkata sebanyak 108 kes dirawat di unit rawatan rapi dan 47 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Tiga kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah yang maut sebanyak 449 kes.

 

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor kekal catat kes Covid-19 tertinggi, tiga kluster baharu

SHAH ALAM, 24 DIS: Kes baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada 491 kes hari ini berbanding 535 yang dilaporkan semalam, namun masih tertinggi dalam negara.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 375 kes (31.1 peratus) melibatkan kluster dan saringan kontak rapat di lapangan.

“Mengikut perincian, sebanyak 169 kes daripada kluster sedia ada, termasuk 101 kes daripada kluster baharu,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

“Sementara 206 kes lagi daripada saringan kontak rapat, 115 kes melibatkan lain-lain saringan dan hanya satu kes import.”

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 2 Disember 2020. Foto BERNAMA

Sebanyak 1,581 kes Covid-19 dicatatkan hari ini, dengan jumlah terkumpul 100,318 kes sejak pertama kali dilaporkan di negara ini pada 25 Januari.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata tiga kluster baharu dilaporkan di Selangor iaitu Kluster Kebun Baru, Kluster Sungai Burong dan Kluster Jalan Pandan.

Menurutnya, Kluster Kebun Baru dikesan di Kuala Langat melalui saringan bersasar di sebuah kilang dengan 580 individu disaring dan 95 daripadanya dijangkiti Covid-19.

Beliau berkata Kluster Sungai Burong di Kuala Selangor pula melibatkan saringan 167 individu dengan 28 daripadanya positif.

“Bagi Kluster Jalan Pandan, ia melibatkan Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa di Kuala Lumpur serta Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat di Selangor.

“Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif pada 14 Disember melalui saringan individu bergejala. Seramai 165 individu disaring dan 30 kes dikesan setakat ini,” kata Dr Noor Hisham.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: Jumlah kes lebih 100,000 sejak virus tular

SHAH ALAM, 24 DIS: Sebanyak 1,581 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, dengan jumlah terkumpul 100,318 kes sejak pertama kali dilaporkan di negara ini pada 25 Januari.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah kes baharu itu, Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 491 kes atau 31.1 peratus.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 375 kes (76.4 peratus) di negeri itu daripada kluster dan saringan kontrak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 379 kes (24.0 peratus), Sabah 249 kes (15.7 peratus) sementara 270 kes (17.1 peratus) berkaitan kluster lokap dan penjara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memaklumkan seramai 1,085 pesakit berjaya sembuh menjadikan bilangan yang pulih daripada Covid-19 ialah 81,099 kes atau 80.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini terdapat 102 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 45 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 446 kes atau 0.45 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya lagi.