JURNAL BERITA – Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang

1. Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang

2. Tewas PRK, BN lupa janji ganti Hospital Kajang berusia 125 tahun

3. Muhasabah diri, rakyat Selangor jangan putus asa hadapi krisis air

4. Setinggan Seri Temenggung setuju tandatangan akujanji pindah kediaman

5. Hospital Shah Alam hampir siap baru bagi peluang lawat tapak

6. Kepakaran KSSB bantu tingkat kapasiti air

7. Tidak timbul soal taraf hidup, catuan air babit semua golongan

8. Keluarga Allahyarham Penolong Pengarah Kastam Selangor saman kerajaan, SPRM RM8 juta

9. Projek lebuh raya KIDEX perlu kajian lebih mendalam untuk manfaat penduduk

10. Pejabat ADUN Paya Jaras terima reaksi positif program terbaru TAWAS

11. Pencapaian 1,115 pelajar cemerlang UPSR SJKT diraikan Selangor

12. MPK roboh tapak bazar haram sekitar Lorong Kepayang

MPK Banteras Papan Iklan Premis Warga Asing Langgar Peraturan

KLANG 11 SEPT : Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan operasi menanggal dan menurunkan papan iklan di premis perniagaan yang dikhususkan untuk warga asing yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Dalam operasi bermula awal pagi itu, sebanyak 26 premis perniagaan dikesan melakukan kesalahan berkaitan papan iklan dengan lebih mengutamakan bahasa ibunda mereka seperti Bahasa Myanmar, Nepal, Vietnam, Bangladesh dan sebagainya.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan menjalankan pemantauan dan operasi secara berterusan supaya masalah seperti itu dapat dikawal daripada berleluasa.

Menurutnya, kebanyakan premis perniagaan ini dimiliki pemastautin tetap negara ini dan memiliki lesen perniagaan yang sah.

Beliau berkata, kewujudan premis perniagaan untuk warga asing memang banyak di Klang kerana kebanjiran golongan tersebut yang ramai berikutan peluang pekerjaan yang besar.

“Berdasarkan peraturan, pengusaha premis perniagaan perlu membuat papan iklan dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan bahan dan saiznya yang lebih besar iaitu melebih 30 peratus berbanding bahasa lain.

“Malangnya perkara ini tidak berlaku dan kebanyakan premis perniagaan ini lebih mementingkan bahasa ibunda mereka manakala kita menghadapi masalah kerana tidak memahaminya. Ada antara premis ini yang beroperasi tidak mengikut lesen perniagaan seperti pasar mini bertukar menjadi kedai serbaneka,” katanya kepada media di sini hari ini.

Operasi hari ini ditumpukan di sekitar Jalan Raja Hasan, Jalan Pos Baru dan Lorong Kepayang

Operasi ini melibatkan lebih 50 anggota dari Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Perlesenan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK.

Selain pasar mini, premis perniagaan lain dikesan terlibat dengan kesalahan adalah restoran, kedai pakaian, kedai cakera padat digital, kedai barangan keperluan harian dan yang lain.

Malah ada premis yang tidak menggunakan papan iklan sebaliknya sekadar memaparkan nama syarikat dengan cat di dinding bangunan.

Ehsan berkata, semua pemilik premis perniagaan tersebut akan dipanggil MPK untuk tujuan peringatan selain pembatalan berhubung kesalahan yang berlaku hari ini.

“Kita juga akan merujuk perkara ini kepada Dewan Bahasa dan Pustaka supaya masalah penggunaan bahasa asing ini dapat diatasi,” katanya.