Categories
SELANGOR

LUAS laksana pembenihan awan awal persediaan hadapi musim kering

SHAH ALAM 22 FEB: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memulakan proses pembenihan awan di sekitar Empangan Sungai Selangor bertujuan menambah kapasiti takungan air dalam empangan tersebut yang kini pada paras 78.93 peratus.

Pengarah LUAS, Md. Khairi Selamat berkata, pihaknya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan krisis air di Lembah Klang ekoran fenomena Ekuinoks yang membawa cuaca panas bermula minggu depan sehingga awal April ini.

ne_01.1Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus air terawat ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Selain Empangan Sungai Selangor, negeri itu memiliki tujuh empangan iaitu Empangan Batu, Langat, Semenyih, Klang Gates, Sungai Tinggi, Tasik Subang dan sebuah kolam takungan air di Sungai Labu, Sepang.

Pada Februari tahun lalu, seramai 6.7 juta penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terpaksa berdepan catuan bekalan air bermula 27 Februari hingga 30 April secara berperingkat-peringkat.

Ia ekoran beberapa empangan utama di negeri itu mengalami penyusutan paras takungan.

Gambar: Kosmo Online

EZY

Categories
SELANGOR

LUAS giat kesan punca tumpahan hidrokarbon Sungai Selangor

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 OKT: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang giat melakukan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar insiden tumpahan hidrokarbon di muka sauk Sungai Selangor, baru-baru ini.

Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat berkata, siasatan Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air (JKPSA) yang dijalankan sehingga awal pagi ini belum menemui punca pencemaran.

“Sampel sudah diambil SPLASH (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd) untuk dianalisa bagi mengenalpasti kandungan kesan minyak itu.

empangan  air lembah kelang“Ujian bau dan analisa minyak secara insitu juga turut dijalankan di setiap jam sehingga kini. Punca kejadian dikenalpasti dan tindakan sewajarnya diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.

Pada 11 Oktober lalu, loji pembersihan air (LPA) Sungai Selangor Fasa I, II, dan III terjejas dan LPA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas selepas menyedari terdapat tumpahan hidrokarbon.

Akibat pencemaran air yang berlaku, 60 peratus pengguna di kawasan Lembah Klang terjejas.

Mengulas lanjut, Md Khairi berkata, operasi kesemua LPA terbabit mengambil sedikit masa untuk pulih sebelum ia kembali beroperasi seperti biasa.

“Perkara ini akan dimaklumkan Syarikat Bekalan Air Negeri Selangor (SYABAS) dari semasa ke semasa.

“Diharapkan orang ramai dan semua pihak untuk memastikan setiap aktiviti yang dijalankan tidak mencemarkan sumber air bagi mengelakkan sebarang gangguan bekalan air kepada pengguna,” jelasnya.

PC isu air dicemari diesel-MB (3)Sebelum ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali juga menolak untuk membuat sebarang spekulasi bahawa insiden pencemaran itu mempunyai kaitan dengan unsur sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab sehingga siasatan LUAS selesai sepenuhnya.

Namun, katanya, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit seperti yang dilakukan ketika kejadian pencemaran di Sungai Gong, pada tahun lalu.

“Sesiapa yang bertanggungjawab tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang dan tindakan Kerajaan Negeri termasuk merampas tanah mereka yang kita lakukan sebelum ini,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

LUAS: Siasatan diteruskan cari punca pencemaran Sg Selangor

Oleh: MD KHAIRI BIN SELAMAT

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menerima maklumat berkenaan kehadiran kesan minyak di muka sauk Sungai Selangor pada malam semalam (11 Oktober 2014) yang telah menyebabkan henti tugas loji pembersihan air (LPA) SSP3 pada jam 8.00 malam dan diikuti
dengan LPA SSP1 dan SSP2 pada jam 8.30 malam dan seterusnya LPA Rantau Panjang pada jam 10.25 malam.

Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor (JKPSA) yang diurusetiakan oleh LUAS telah bergegas ke muka sauk berkenaan dan sampel telah diambil oleh pihak Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) untuk dianalisa bagi mengenalpasti kandungan kesan minyak tersebut.

Ujian bau dan analisa minyak secara insitu juga telah dijalankan di setiap jam sehingga kini.

syabasci__0022_Layer 7Siasatan pasukan kecemasan yang dijalankan sehingga awal pagi ini di Sungai Batang Kali, Sungai Rawang, Sungai Garing, Sungai Gong dan Sungai Sembah tidak dapat menemui punca pencemaran.

Siasatan lanjut akan diteruskan lagi pada hari ini untuk memastikan punca tersebut.

Hasil penurunan kadar kesan minyak yang dianalisa di muka sauk, LPA SSP3 telah beroperasi semula pada jam 5 pagi, diikuti dengan SSP1, SSP2 dan Rantau Panjang pada jam 5.15 pagi.

Walau bagaimanapun, akan berlaku gangguan pembekalan air terawat kepada pengguna kerana operasi LPA mengambil masa untuk pulih dan kembali seperti biasa semula.

Perkara ini akan dimaklumkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Negeri Selangor (SYABAS) dari semasa ke semasa.

Pihak LUAS dan pihak-pihak lain yang terlibat iaitu SPLASH, Puncak Niaga Sdn. Bhd (PNSB) dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS) sedang bertungkus lumus menangani perkara ini dan memastikan punca kejadian dikenalpasti dan tindakan sewajarnya diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Diharapkan kepada orang ramai dan semua pihak untuk memastikan setiap aktiviti yang dijalankan tidak mencemarkan sumber air bagi mengelakkan sebarang gangguan bekalan air kepada semua pengguna.

* MD KHAIRI BIN SELAMAT adalah Pengarah,Lembaga Urus Air Selangor.

Categories
KENYATAAN MEDIA

LUAS: Bekalan air mentah masih di tahap terkawal

Oleh: MD KHAIRI BIN SELAMAT

Lembaga Urus Air Negeri Selangor (LUAS) ingin merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago yang mendakwa keadaan air mentah telah mencapai tahap “kecemasan” dan mahu kerajaan negeri mengenakan catuan air.

Walaupun pengguna air sedia maklum bahawa terdapat kekurangan taburan hujan akibat fenomena El-Nino, LUAS ingin menjelaskan bahawa keadaan bekalan air mentah masih di tahap terkawal yang mana catuan air belum perlu dilakukan.

Pendekatan yang diambil untuk tidak mengenakan catuan bekalan air di Negeri Selangor berdasarkan jumlah pelepasan air secara optima dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi.

Buat masa ini kadar pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi masing-masing berjumlah 700 dan 500 Juta Liter Sehari (JLH) manakala kadar pengeluaran kolam alternatif sebanyak 500 JLH.

Selebihnya, sumber air adalah dari aliran air sungai termasuk aliran permukaan hasil aktiviti pembenihan awan secara berterusan yang dijalankan oleh LUAS bersama Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan syarikat AF Jet Sdn. Bhd yang meliputi seluruh Negeri Selangor.

LUAS menjangkakan pengeluaran sumber air alternatif dari kolam akan dipertingkatkan kepada 800 JLH pada minggu hadapan. Ini akan dapat mengurangkan pelepasan air dari kedua-dua empangan di atas.

Kita juga ingin menekankan bahawa berdasarkan maklumat yang dimaklumkan oleh pihak Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH), tahap takungan empangan kritikal 30% adalah tidak termasuk “dead water storage”.

Kuantiti air kolam alternatif yang telah dikenalpasti mampu membekalkan untuk tempoh lima (5) bulan sehingga bulan Oktober dimana perubahan Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan berlaku.

Gabungan aktiviti di atas yang dijalankan secara berterusan akan dapat memastikan kebolehdapatan sumber air mencukupi untuk bekalan kepada lima (5) loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor untuk mengelakan gangguan bekalan air atau catuan.

Bagi tujuan memastikan kualiti air adalah mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia, samada air mentah atau air terawat, ujian persampelan air dibuat secara berterusan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

LUAS juga telah mendapat perkhidmatan RELA sebagai usaha tambahan menjagak keselamatan di tapak operasi kolam-kolam alternatif di samping kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

LUAS dan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia sedang berusaha keras agar rancangan dan pelan tindakan bagi memastikan bekalan air mentah mencukupi tanpa mengenakan catuan.

Kami berharap semua pihak dapat member kerjasama dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan keresahan para pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

* MD KHAIRI BIN SELAMAT adalah Pengarah Lembaga Urus Air Selangor

Categories
SELANGOR

Cuaca kering bukan faktor air empangan Selangor susut

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 JULAI: Cuaca kering dan kadar kekerapan hujan yang kurang ketika ini bukan faktor yang mempengaruhi penyusutan empangan di Selangor.

Laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaparkan kadar takungan air di setiap empangan mencatatkan takungan konsisten sejak cuaca kering melanda hujung Jun lalu.

Bagaimanapun, terdapat penyusutan di beberapa empangan, namun kadar penyusutan hanya setakat satu hingga dua peratus sahaja jika dibandingkan dengan paras takungan bermula Mei lalu.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Paras di empangan Batu mencatat kadar takungan 89.32 peratus dengan kadar 28.55 juta meter padu dan taburan hujan pada kadar 0.00mm.

Bagi Klang Gates pula mencatatkan paras empangan pada kadar 76.81 peratus iaitu 19.46 juta meter padu dengan taburan hujan 8.00mm, Kolam Takungan Sungai Labu 67.58 peratus pada kadar 5.86 juta meter padu dengan taburan hujan 1.50mm dan empangan Langat pula 66.65 peratus iaitu 22.72 juta meter padu dengan taburan hujan 6.00mm.

Selain itu, empangan Semenyih 50.43 juta meter padu ( 85.37peratus) dengan taburan hujan 0.00mm, empangan Sungai Tinggi pula 70.99 juta meter padu (62.00 peratus) dengan taburan hujan 0.00mm dan empangan Tasik Subang pula 3.22 juta meter padu (76.59 peratus) dengan taburan hujan 0.00mm.

Manakala, bagi empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus bekalan air kepada penduduk Lembah Klang dan Putrajaya pula mencatatkan 41.68 peratus iaitu 95.86 juta meter padu dengan taburan hujan 15.25mm.

Sebelum ini, LUAS akan memastikan catuan air di negeri itu termasuk Lembah Klang dan Putrajaya tidak akan berulang walaupun fenomena El-Nino (musim kering) dijangka melanda bermula penghujung Jun.

LUAS mempunyai pelan alternatif untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi bagi kegunaan rakyat Selangor.

Selain empangan, Selangor turut bergantung kepada kolam takungan air yang mampu membekalkan kapasiti air dengan lebih tinggi dan pembenihan awan akan diteruskan walaupun dalam keadaan cuaca kering dengan menggunakan kaedah terbaik.

Sementara itu, dalam ramalan kaji cuaca di negeri itu menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia pula menjangkakan Rabu (hari ini) dan Khamis (3 Julai) hujan dikebanyakan kawasan.

Manakala, cuaca dalam keadaan baik namun tiada hujan sepanjang minggu bermula 4 hingga 8 Julai ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

19 kolam sumber alternatif diwarta sebagai zon perlindungan

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM, 18 JUN: 19 kolam sumber air alternatif seluruh negeri dikenalpasti untuk diwartakan sebagai zon perlindungan.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat, berkata kriteria pemilihan kolam itu berdasarkan saiznya yang melebihi 10 ekar, lokasi berhampiran dengan sungai, mempunyai akses mudah masuk dan kedudukan berhampiran muka sauk.

EmpanganKatanya, berdasarkan keputusan analisis pensampelan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) pada 2011 hingga 2013, kualiti air kolam itu mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kolam ini digunakan untuk meningkatkan paras air di Sungai Selangor bagi membekalkan air kepada loji pembersihan air (LPS) ketika berlakunya kekurangan sumber air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Seminar Makluman Status Semasa Sumber Air Alternatif yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata penggunaaan kolam sumber air alternatif bukan pelan diwujudkan saat akhir ketika berlakunya kekurangan air tetapi melalui LUAS ia mengenalpasti perkara terbabit, sejak 2005.

IMG_4088a“Analisa pensampelan terkini dilakukan KKM menunjukkan kualiti kolam air mematuhi piawaian. Malah, sampel air yang diambil di dasar lombong adalah lebih bersih berbanding sampel air di permukaan,” katanya.

Seminar penerangan itu turut menampilkan pembentangan kertas kerja daripada LUAS, Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Kimia Malaysia dan Univerisiti Putra Malaysia (UPM).

-NFN-

Categories
SELANGOR

LUAS: Usaha dipergiat elak catuan air berulang

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 10 JUN : Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan memastikan catuan air di negeri itu termasuk Lembah Klang dan Putrajaya tidak akan berulang meskipun fenomena El-Nino (musim kering) dijangka melanda penghujung Jun ini.

Pengarah Luas, Md Khairi Selamat, berkata pihaknya sudah mempunyai pelan alternatif untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi bagi kegunaan rakyat Selangor.

air pahangBeliau berkata selain empangan, Selangor turut bergantung kepada kolam takungan air yang mampu membekalkan kapasiti air dengan lebih tinggi.

“Ikut perbincangan di peringkat negeri kita akan elakkan supaya tidak berlaku lagi (catuan) dengan menggunakan air dari yang diambil di kolam takungan.

“Malah ujian makmal di Jabatan Kimia telah membuktikan bahan-bahan di dalam kolam itu memang memenuhi standard yang ditetapkan,” katanya selepas membentangkan kertas kerja pada Majlis Dialog Belanjawan 2015 di Pusat Kovensyen Shah Alam (SACC).

Dalam pada itu, Md Khairi turut memaklumkan paras air di Empangan Selangor mencatat peningkatan sehingga 43.52 peratus meskipun hujan tidak turun dalam tempoh beberapa hari ini.

Beliau turut memaklumkan pembenihan awan akan diteruskan walaupun dalam keadaan cuaca kering dengan menggunakan kaedah terbaik.

“Meskipun dua tiga hari tidak hujan, tetapi paras empangan meningkat sebab air datang daripada kawasan tadahan dan masuk ke empangan.

“Mengenai pembenihan awan, kita akan teruskan menggunakan kaedah yang lebih baik, malah perbincangan awal sedang dilakukan sebab ia melibatkan beberapa agensi dan memerlukan bantuan daripada pihak yang ada kelengkapan,” katanya lagi.

EZY

Yunus: Selangor kecam dakwaan NST, laporan LUAS berbeza

http://tv.selangorku.com

LUAS: Kajian Jabatan Kimia air lombong selamat

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Empangan Sungai Selangor terus catat peningkatan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 MEI: Empangan Sungai Selangor terus mencatatkan peningkatan ke paras 41.06 peratus dengan 94.45 juta meter padu berbanding sebelum ini hanya 89.46 juta meter padu (38.90 peratus), pada pertengahan bulan April.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), empangan Klang Gates juga terus mencatatkan peningkatan ke paras takungan 15.69 juta meter padu bersamaan 61.92 peratus, setakat jam lapan pagi tadi.

Manakala, paras takungan air di empangan batu pula adalah 81.13 peratus, Kolam Takungan Sungai Labu (74.82%), empangan Langat (55.45%) dan Semenyih (77.98%).

EmpanganSelain itu, bagi empangan Sungai Tinggi pula kadar takungan air 66.35 peratus dan Tasik Subang kekal (85.38%).

Pada 30 April lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pengagihan air berjadual atau catuan air yang dilaksanakan sejak Februari lalu akan dihentikan serentak di semua kawasan terbabit, mulai 1 Mei lalu.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pelan catuan bekalan air Selangor yang disertai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), LUAS, Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) dan syarikat konsesi.

Katanya, Kerajaan negeri berpendapat tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha keras yang dilaksanakan seperti mengepam air kolam dan hujan berterusan di kawasan tadahan air akan meningkatkan lagi paras empangan.

Pada masa sama, katanya, Kerajaan Negeri akan mempertingkatkan usaha menambah bekalan air sebagai persediaan menghadapi musim kering yang berpanjangan yang dijangka bermula akhir Mei hingga September ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pihak salah lapor kualiti air bakal kena tindakan undang-undang

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 7 MEI: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati memberi gambaran salah berhubung kualiti air mentah dan terawat yang disalurkan kepada penduduk di Lembah Klang.

Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat, berkata kajian yang dijalankan perunding yang dilantik sejak tahun 2011 mendapati parameter logam berat di dalam kolam alternatif berkenaan adalah selamat dan mematuhi had piawaian yang ditetapkan.

Katanya, laporan kualiti air mentah yang direkodkan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) turut mendapati tiada sebarang perlanggaran direkodkan bagi parameter logam berat, pada Mac lalu.

c2“LUAS juga sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan kualiti air mentah adalah mematuhi had piawaian yang ditetapkan untuk dirawat oleh loji pembersihan air (LPA) dan selamat digunakan orang ramai.

“Justeru, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang secara sengaja atau tidak memberi gambaran yang salah terhadap kualiti air mentah dan terawat,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Md Khairi berkata, kolam sumber air alternatif itu sudah dikenalpasti sejak tahun 2009 lagi dan beberapa siri pensampelan air kolam bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mula dijalankan sejak 2011.

Beliau berkata, 27 parameter sudah diuji yang merangkumi kategori fizikal, logam dan logam berat dengan hasil analisa menunjukkan parameter logam berat di dalam kolam tersebut tidak melebihi had yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

data“Pensampelan dijalankan di lima buah kolam iaitu Kolam Kambing Susu, Kolam KL-Larut, Kolam Hang Tuah 1, Kolam Hang Tuah 2, Kolam Rasa dan satu sampel di Sungai Selangor, pada 2 Mei lalu.

“Sampel ini sudah dihantar ke Jabatan Kimia dan makmal pihak ketiga yang mendapat akreditasi iaitu ALS Technicam (M) Sdn Bhd.

“Walaupun terdapat beberapa parameter di dalam kumpulan logam yang melebihi piawaian, namun dengan kualiti yang sedikit dan boleh dirawat oleh LPA,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Paras air empangan di Selangor catat peningkatan

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 20 APRIL : Empangan Klang Gates setakat pagi ini, mencatatkan peningkatan paras air sebanyak 53.96 peratus dengan taburan hujan 2.50 mm berbanding minggu lalu.

Menerusi laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati setakat pagi ini, Kolam Takungan Sungai Labu mencatatkan sebanyak 76.73 peratus ; Sungai Semenyih sebanyak 73.54 peratus dan Sungai Tinggi sebanyak 61.62 peratus.

air pahangManakala, setakat semalam, empangan Batu mencatatkan paras air sebanyak 78.51 peratus.

Empangan Langat pula sebanyak 51.42 peratus dengan taburan hujan 1.00 mm.

Empangan Sungai Selangor sebanyak 38.53 peratus dengan taburan hujan 17.62 mm dan empangan Tasik Subang sebanyak 84.69 peratus.

Pihak Luas dan Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) memberitahu dalam tempoh tiga minggu lagi, pihak mereka akan terus menjalankan operasi pembenihan awan kering bagi meningkatkan paras air empangan bergantung pada keadaan cuaca dan keadaan pesawat.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan JMM, Azhar Ishak berkata pembenihan di kawasan empangan Sungai Selangor akan diteruskan sehingga 21 April ini dan jika terdapat permintaan, proses itu akan diteruskan sehingga hujung bulan ini.

“Peningkatan paras air empangan sebanyak satu peratus memerlukan jumlah hujan sebanyak 20mm dan untuk mencapai perkadaran 55 peratus jumlah hujan diperlukan adalah lebih 360mm dengan penurunan hampir konsisten setiap hari,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Exco Belia, Sukan dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi memberitahu Kerajaan Negeri meneruskan tindakan penjadualan air di beberapa kawasan ekoran empangan Sungai Selangor masih mencatatkan bacaan di paras sasaran.

Keadaan penjadualan air itu dijangka sehingga penghujung April ini jika hujan berterusan seperti sedia kala.

EZY