Categories
SELANGOR

Luas: Kadar empangan boleh mencapai 55 peratus

Oleh: NORFARAHIDAYU BAHARUDIN

SHAH ALAM 10 APRIL : Empangan takungan air di Selangor boleh mencapai sasaran 55 peratus sekiranya langkah mitigasi dijalankan Kerajaan Negeri diuruskan dengan baik, kata Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Md Khairi Selamat.

Beliau berkata, antara langkah mitigasi itu adalah pengurangan kepada 800 juta liter sehari (JLH) kadar pelepasan air dari empangan Sungai Selangor daripada jumlah pelepasan biasa sebanyak 1,800 JLH kepada 1,000 JLH manakala abstraksi air oleh loji pembersihan air (LPA) Bukit Nenas daripada empangan Klang Gates pula dihadkan kepada 100 JLH sehari.

air pahang“Untuk membantu pengurangan kadar pelepasan air empangan ini, pengepaman air kolam berdekatan dengan Sungai Selangor iaitu kolam di Kampung Hang Tuah dilakukan untuk meningkatkan kadar aliran air di sungai berkenaan.

“Mengikut pengiraan jumlah pelepasan air daripada kedua-dua empangan ini, jangka hayat takungan empangan Sungai Selangor dianggar mampu bertahan selama 71 hari manakala Klang Gates 88 hari.

“Selain itu dari 1 hingga 4 April lalu operasi pembenihan awan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dan syarikat swasta dilantik turut dijalankan untuk meningkatkan kadar hujan di kawasan tadahan empangan,” katanya dalam sidang media di sini.

Md Khairi berkata, walaupun sasaran 55 peratus itu agak tinggi tetapi dengan langkah diambil diyakini ia boleh dicapai.

Katanya, biarpun menerima kadar hujan tinggi melebihi 20 milimeter (mm) pada 3 April lalu namun kebanyakan kawasan terbabit adalah kawasan hilir dan bukan kawasan tadahan air yang mmenyebabkan peningkatan kecil sahaja kepada kapasiti empangan.

Kerajaan Negeri mengumumkan catuan air akan dihentikan apabila kapasiti empangan Sungai Selangor mencecah tahap 55 peratus iaitu bersamaan dengan 126.5 juta meter padu (Mm3).

Kadar hujan diperlukan untuk mencapai kapasiti itu berdasarkan takungan sekarang adalah lebih kurang 40.7 Mm3 dan jangka masa diambil adalah bergantung kepada kadar hujan diterima setiap hari.

“Sekiranya kita bergantung pada keadaan sekarang, untuk mendapatkan 55 peratus kita perlu menyamai hujan pada hujung tahun dalam lingkungan 200 hingga 250 mm sebulan. Kadar hujan diterima pada Januari adalah 100 mm, Februari dua mm manakala Mac kurang dari 50 mm.

“Inisiatif operasi pembenihan awan akan diteruskan dengan lebih intensif tertumpu kepada kawasan tadahan empangan Sungai Selangor dan Klang Gates serta empangan lain sehingga 31 Mei depan tertakluk kepada kesesuaian cuaca oleh JMM,” katanya.

Sehingga semalam, kapasiti empat dari tujuh takungan air di Selangor berada di bawah paras 70 peratus iaitu empangan Klang Gates sebanyak 53.89 peratus, Langat (49.47 peratus), Sungai Selangor (37.31 peratus) dan Sungai Tinggi (61.29 peratus).

Baru-baru ini Kerajaan Negeri mengumumkan projek Hybrid Off River Augmentation System (HORAS), rancangan jangka masa panjang untuk mengatasi kekurangan sumber air dan dijangka siap pada Julai tahun depan.

Projek itu sedang dibangunkan di kawasan kolam bekas lombong seluas 235 hektar di Bestari Jaya dan mampu membekalkan sehingga 600 JLH air selain melaksanakan pembangunan kolam takungan sumber air hiliran yang berkeupayaan untuk membekal sehingga 3,000 JLH air mentah.

Orang ramai dinasihatkan untuk menjimatkan penggunaan air selain menggunakannya secara berhemah.

JURNAL BERITA – 75.9% yakin Wan Azizah menang PRK Kajang

1. Kajian UNISEL : Abdul Khalid di tangga teratas tahap kepimpinan baik

2. MB : Jawatankuasa Khas Pengangkutan Awam Selangor kaji kesesakan lalu lintas

3. Kapasiti empangan bertambah, catuan diteruskan hingga paras memuaskan

4. Exco: BN dicabar serah maklumat rumah urut kepada PBT

5. Empangan kritikal dijangka pulih selepas peralihan monsun

6. LUAS : Kapasiti air empangan Selangor kurang peningkatan

7. Selangor tawar premium RM1,000 perbaharui pajakan tanah kediaman

8. Kajian UNISEL : 75.9% yakin Wan Azizah menang PRK Kajang

9. FMFA: Mei Fun patut sekolah semula belajar Geografi

10. Naik taraf Stadium Shah Alam, langkah terbaik untuk prestasi antarabangsa

11. Exco: Orang ramai jangan terpengaruh hebahan fitnah terhadap Kerajaan Selangor

12. Anwar : Zaharie cintakan reformasi demokrasi

13. SMITF 2014 dijangka tarik 30,000 pengunjung

Categories
SELANGOR

LUAS : Kapasiti air empangan Selangor kurang peningkatan

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 19 AMC : Kadar hujan yang kurang di kawasan tadahan selain faktor pengewapan tinggi ekoran cuaca panas sejak kebelakangan ini adalah penyebab tidak berlakunya peningkatan kapasiti air di empangan.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat, berkata sehingga kini kapasiti takungan kesemua empangan di Selangor masih berada di atas paras kritikal.

“Berdasarkan pemantauan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sehingga 18 Mac lalu, kapasiti empat daripada tujuh empangan di negeri ini berada di bawah paras 70 peratus.

empangan  air lembah kelang“Manakala, enam lagi empangan lain tiada peningkatan kapasiti air berikutan kadar hujan yang kurang dan tidak memberikan kesan signifikan kepada kapasiti empangan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Empangan Klang Gates mencatatkan kapasiti 51.30 peratus, Empangan Langat (58.05%), Empangan Sungai Selangor (38.97%) dan Empangan Sungai Tinggi pada kapasiti 68.26 %, pada 18 Mac lalu.

Hanya kapasiti Empangan Klang Gates sahaja menunjukkan sedikit peningkatan daripada 51.16 peratus pada 15 Mac kepada 51.30 peratus pada 16 Mac dan kekal pada paras sama sehingga hari ini.

Sementara itu, kapasiti bagi tiga empangan lain iaitu Empangan Batu, Empangan Semenyih dan Empangan Tasik Subang masing-masing berada pada tahap melebihi 70 peratus pada tarikh sama.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Pada 15 dan 16 Mac lalu, LUAS dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berjaya melakukan pembenihan awan dengan kadar hujan yang direkodkan antara 3mm hingga ke 22.5mm.

LUAS dengan kerjasama MetMalaysia dan pihak swasta terbabit akan melakukan pembenihan awan yang lebih intensif bagi meningkatkan kadar hujan di kawasan tadahan empangan.

“LUAS sudah mengarahkan operator untuk mengurangkan pelepasan air daripada Empangan Sungai Selangor secara berperingkat daripada 100 juta liter sehari (JLH) kepada 500 JLH.

“Ini pula diikuti dengan meningkatkan pelepasan daripada Empangan Sungai Tinggi antara 100 JLH hingga ke 200 JLH daripada jumlah pelepasan maksimum 1200 JLH untuk menyeimbangkan pelepasan air empangan bagi keperluan dan memanjangkan hayat simpanan takungan Empangan Sungai Selangor,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

LUAS: Status terkini 7 empangan di Selangor – 19 Feb

Oleh: MD KHAIRI BIN SELAMAT

Berdasarkan pemantauan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sehingga 19 Februari 2014, kapasiti tiga (3) daripada tujuh (7) empangan di Negeri Selangor berada di bawah paras 80%.

Empangan tersebut adalah Empangan Klang Gates pada kapasiti 56.12% bersamaan 14.22 juta liter padu, Empangan Sungai Selangor pada kapasiti 52.65% bersamaan 121.11 juta liter padu, dan Empangan Langat pada kapasiti 78.02% bersamaan dengan 26.60 juta liter padu.

Penurunan paras empangan yang terlibat adalah di luar kebiasaan corak taburan hujan tahunan yang kebiasaannya hanya berlaku di antara bulan Mei hingga September ketika angin Monsun Barat Daya.

Paras air empangan terutamanya Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60% air terawat ke Lembah Klang dilihat mula menurun pada 20 Januari 2014 pada tahap 68.42%.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh cuaca semasa yang panas dan kering serta kurangnya jumlah hujan di kawasan tadahan.

Air empangan dilepaskan untuk meningkatkan paras air sungai bagi membolehkan air diabstrak oleh muka sauk untuk dirawat di loji rawatan air dan dibekalkan kepada pengguna.

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Negeri Selangor, malah dialami juga oleh beberapa negeri lain di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Bagi mengelakkan kapasiti air empangan menyusut dengan lebih lagi, pihak LUAS akan melaksanakan dalam tempoh terdekat pengaliran air dari kolam bekas lombong ke sungai untuk mengurangkan kadar pelepasan air daripada empangan.

Di dalam masa yang sama juga,LUAS dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) sedang bersedia untuk melakukan pembenihan awan secara menyeluruh di Negeri Selangor terutamanya di kawasan tadahan Empangan Sungai Selangor dan juga kawasan tadahan Empangan Klang Gates bagi meningkatkan kadar hujan dan meningkatkan kuantiti takungan.

Pihak JMM telah mengeluarkan notis makluman pembenihan tersebut kepada pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk dilaksanakan pada skala yang besar.

Pembenihan awan ini disasarkan untuk dilaksanakan di dalam masa beberapa hari lagi berdasarkan kestabilan cuaca dan keadaan awan.

Manakala kapasiti bagi empat (4) empangan lain iaitu Empangan Batu, Empangan Semenyih, Empangan Sungai Tinggi dan Empangan Tasik Subang masing-masing berada pada tahap melebihi 80% pada tarikh yang sama.

Melalui rekod pemantuan tahunan, kesemua empangan di Negeri Selangor dapat membekalkan sumber air dan belum pernah mencecah tahap kritikal yang ditetapkan di dalam lengkuk operasi empangan.

Namun begitu, pihak LUAS akan mengemukakan pelan persediaan dan tindakan mitigasi untuk menghadapi sebarang kemungkinan kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan dan pelaksanaaan.

Di samping itu, orang ramai juga adalah disarankan untuk menjimatkan air dan menggunakannya dengan berhemah.

* MD KHAIRI SELAMAT adalah Pengarah,Lembaga Urus Air Selangor. – 19 FEB 2014

Categories
KENYATAAN MEDIA

LUAS: Maklumat terkini pencemaran Sungai Langat akibat paras Ammonia

Oleh: MD KHAIRI BIN SELAMAT

Ekoran daripada peningkatan paras ammonia di Sungai Langat yang tinggi melebihi bacaan minima 1.5 mg/l seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai piawaian air minum, LPA Batu 11 Cheras telah menghentikan operasi pada 28 Januari 2014 diikuti LPA Bukit Tampoi pada 29 Januari 2014.

gangguan-bekalan-airLembaga Urus Air Selangor (LUAS) selaku urusetia Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor bersama agensi-agensi berkaitan, iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah menjalankan siasatan bersepadu dan mengambil tindakan yang berkenaan sejak 28 Januari yang lepas bagi menangani masalah ini.

Peningkatan mendadak tahap ammonia di kedua-dua LPA tersebut adalah disebabkan oleh kegagalan loji rawatan kumbahan Kompleks Federal Reserve Unit (FRU) di samping punca daripada kawasan-kawasan lain.

Keadaan ini ditambah dengan faktor penurunan aliran air sungai yang disebabkan oleh ketiadaan hujan di sekitar kawasan tadahan Sungai Langat beberapa minggu yang lepas.

Ini sekaligus menyebabkan kadar pencairan (dilution) berkurangan di dalam sungai dan telah meningkatkan kadar kepekatan ammonia di hulu sungai sehingga mencecah 12.5 mg/l.

Pihak IWK telah mengambilalih operasi loji rawatan kumbahan berkenaan dan tindakan pembersihan serta pengoperasian loji telah dijalankan, manakala limpahan air kumbahan telah dapat dikawal.

LPA Batu 11 Cheras telah beroperasi semula pada 2 Februari 2014 hasil pelepasan air dari Empangan Langat yang membantu meningkatkan kadar pencairan. Namun dihenti tugas semula pada 4 Februari 2014 oleh kerana kadar ammonia meningkat.

Kadar tersebut kemudiannya menurun kembali pada 7 Februari 2014 disebabkan terdapatnya hujan di kawasan tadahan pada malam sebelumnya.

Walaubagaimanapun, bacaan ammonia yang tidak konsisten tersebut menyebabkan kedua-dua LPA masih belum boleh beroperasi untuk merawat air.

LUAS telah memohon pihak SPAN dan IWK untuk meningkatkan lagi kualiti pelepasan efluen loji rawatan kumbahan walaupun ianya telah mematuhi piawaian yang ditetapkan untuk membantu mengurangkan paras ammonia di dalam sungai.

Dalam masa yang sama, pemantauan kadar tersebut dilakukan dengan berterusan melalui pensampelan di titik pemantauan.
Pelepasan air dari empangan juga dilakukan untuk meningkatkan kadar pencairan di dalam sungai bagi membantu menurunkan paras ammonia.

Dalam masa yang sama, penggunaan kolam-kolam berhampiran dengan LPA Bukit Tampoi telah dilakukan untuk meningkatkan kadar aliran air sungai.

Rawatan ammonia di 3 loji rawatan kumbahan berkapasiti besar yang terpilih di bawah seliaan pihak IWK juga telah dilaksanakan dengan meningkatkan kadar pengudaraan dan menggunakan bahan kimia untuk menurunkan kadar ammonia di dalam pelepasan efluen.

Penggunaan media Sodium Aluminosilicate juga digunakan di kedua-dua LPA yang terlibat untuk merawat air.

Terdapat penurunan kadar ammonia di kedua-dua LPA tersebut namun ianya masih belum menepati had yang ditetapkan untuk LPA beroperasi.

Hasil perbincangan LUAS dengan pihak SPAN mencadangkan pihak KKM untuk menetapkan had piawaian kualiti air minum ke tahap yang sesuai pada waktu-waktu seperti situasi semasa yang dihadapi.

Pihak KKM sedang melakukan semakan dan akan memberikan ulasan berkenaan pelaksanaan perkara tersebut dalam masa yang terdekat.

Selain itu, perbincangan bersama pihak SPAN juga telah mempersetujui untuk LPA beroperasi apabila tahap ammonia di dalam air sungai menurun kepada 3 mg/l. Pihak SPAN juga akan melakukan semakan ke semua loji rawatan kumbahan supaya berfungsi dengan baik.

Hebahan dan kempen pengosongan loji-loji persendirian dan awam juga akan dilakukan untuk membantu mengurangkan kadar ammonia hasil pelepasan daripada kawasan-kawasan perumahan dan perniagaan.

Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan oleh kerana projek pembinaan loji rawatan kumbahan berpusat yang akan dilaksanakan oleh IWK bagi kawasan tadahan Sungai Langat hanya akan siap pada tahun 2017.

LUAS dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) sedang bersedia untuk melakukan pembenihan awan bagi meningkatkan kadar hujan secara menyeluruh di Negeri Selangor termasuk kawasan tadahan Sungai Langat untuk meningkatkan kadar aliran air sungai dan sekaligus meningkatkan kadar pencairan.

Pihak JMM telah mengeluarkan notis makluman pembenihan tersebut kepada pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk dilaksanakan pada skala yang besar.

Pembenihan awan ini disasarkan untuk dilaksanakan di dalam masa beberapa hari lagi berdasarkan kestabilan cuaca dan keadaan awan.

LUAS juga telah menggariskan cadangan-cadangan jangka masa panjang untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang dan ianya sedang dilaksanakan.

Ini termasuk cadangan menaiktaraf LPA dan loji rawatan kumbahan supaya dilengkapi dengan kemudahan sistem pengeyah ammonia.

Semakan semula had pelepasan efluen daripada loji rawatan kumbahan berdasarkan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 di bawah AKAS 1974 juga dicadangkan untuk dilakukan bagi meningkatkan kadar keupayaan pencairan di dalam sungai.

Pihak LUAS kesal dengan situasi yang berlaku dan bersimpati di atas kesulitan yang dialami penduduk oleh kerana kualiti air sungai yang telah menyebabkan gangguan bekalan air.

LUAS sedang mengambil tindakan sedaya-upaya bersama pihak-pihak terlibat yang lain untuk menangani situasi ini dengan kadar segera. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan untuk memainkan peranan dan tugas masing-masing.

* MD KHAIRI BIN SELAMAT adalah Pengarah, Lembaga Urus Air Selangor.

JURNAL BERITA – MB:Tender Jambatan ke-3 Klang akhir Feb ini

1. MB: Tender jambatan ketiga Klang akhir Februari

2. MB kecam perbuatan hina institusi diraja, seru pertahankan

3. TOD bakal minimumkan jumlah kenderaan di jalan raya — MB

4. Jais perlu terus anjur perpaduan dengan bukan Islam — Anwar

5. ‘Nanti keluar cerita Anwar terlibat perang dunia ke-2 pula’

6. Anwar ‘pekena’ bihun sup dengan anak muda sebelum pidato

7. LUAS: Pembenihan awan selepas ‘lampu hijau’ dari JMM

8. Dakwaan sedia surat peletakan jawatan MB, The Star berbohong

9. MRT Corp digesa pastikan projek tidak ganggu penduduk dan pengguna jalan raya

10. Kampung Sungai Ramal Dalam dijadikan Rancangan Kawasan Khas (RKK) MPKj

11.Selangor bantu sediakan guru tuisyen untuk anak yatim

12. RM100,000 SMUE diagih kepada pewaris DUN Teratai

13. MPK pergiat operasi pantau kebakaran hutan Johan Setia

14. Denggi: MPAJ catat penurunan kes, Hulu Langat tidak akan kompromi

15.Cukai taksiran: MBPJ gesa pemunya harta waspada

Categories
SELANGOR

LUAS: Kapasiti air 7 empangan Selangor baik, memuaskan

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 17 FEB : Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesahkan kapasiti air bagi ketujuh-tujuh empangan di Negeri Selangor berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Dalam lawatan bersama Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi ke Empangan Sungai Selangor, baru-baru ini mendapati kesemua empangan itu masih berada di tahap melebihi paras kawalan yang ditetapkan.

Lawatan itu untuk melihat keadaan empangan bagi menyalurkan bekalan air kepada penduduk di sekitar Lembah Klang memandangkan keadaan cuaca yang kering kebelakangan ini.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_1Yunus berkata tiga empangan berada di tahap melebihi 90 peratus .

Antaranya, empangan Tasik Subang berada pada tahap 97.6 peratus, Semenyih 93.85 peratus dan Batu sebanyak 92.03 peratus.

Manakala empangan Langat berada di tahap 83.63 peratus, Sungai Tinggi sebanyak 83.56 peratus, Klang Gate 58 peratus dan Sungai Selangor 57.63 peratus.

“Selangor juga mempunyai sebuah kolam takungan air untuk kegunaan kawasan di sekitar Kuala Lumpur International Airport (KLIA) iaitu Kolam Takungan Sungai Labu,” katanya yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk melakukan pemantauan ke tujuh empangan itu.

Hadir sama Pengarah Luas, Md Khairi Selamat, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, wakil Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) dan kakitangan Luas.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_2Yunus berkata, empangan Sungai Selangor bersama-sama dengan empangan Sungai Tinggi sahaja menyalurkan lebih kurang 3300 mld bekalan air kepada lima loji rawatan air iaitu Rasa, Rantau Panjang, SSP1, 2 dan 3 yang membekalkan 60 peratus peggunaan air untuk penduduk di sekitar Lembah Kelang.

Katanya, dengan keaadan yang kering dan kemarau ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang berbincang dengan pihak Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) untuk melakukan proses pembenihan awan (cloud seeding) dengan kadar skala yang agak besar mengikut kesesuaian masa dalam masa terdekat ini.

“Untuk menangani masalah keperluan air di kawasan Dengkil, Sepang dan Kuala Langat, mesyuarat Exco bersetuju menambah tangki air di kawasan terbabit melalui Unit Perancangan Ekonomi negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk membantu membekalkan air di kawasan terbabit.

“Selain itu, pihak Syabas menghantar lori-lori tangki air ke kawasan tersebut secara berterusan selama 24 jam,” katanya.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Yunus turut menasihatkan supaya orang ramai tidak melakukan pembaziran dalam penggunaan air walaupun kerajaan negeri Selangor memberikan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan.

“Rakyat Selangor perlu sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dan berhemah di dalam penggunaan air supaya sumber air Selangor tidak terjejas di masa hadapan,” katanya.

EZY

 

Categories
SELANGOR

LUAS: Pembenihan awan selepas ‘lampu hijau’ dari JMM

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 14 FEB : Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan bekerjasama dengan Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) akan melakukan pembenihan awan bagi meningkatkan kuantiti takungan Empangan Sungai Selangor.

Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat berkata pelaksanaan itu akan dilakukan selepas mendapat pengesahan JMM berdasarkan ulasan yang diterima setiap hari.

empangan  air lembah kelangKatanya, ketika ini pelaksanaan pembenihan awam tidak sesuai untuk dilakukan kerana keadaan terlalu panas dan kering.

“Sebagai langkah persediaan dan bagi mengelakkan kapasiti air empangan menyusut dengan lebih lagi, kita akan lakukan pembenihan awan bila-bila masa.

“Bagaimanapun ketika ini, cuaca panas dan kering, jika dilakukan ia tidak akan berkesan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Md Khairi berkata LUAS juga sedang mempertimbangkan inisiatif lain antaranya untuk mengalirkan air dari kolam bekas lombong ke sungai untuk mengurangkan kadar pelepasan air daripada empangan.

Berdasarkan rekod, Empangan Sungai Selangor mampu menampung kapasiti air sebanyak 235 juta meter padu.

Sehingga hari ini, kapasiti empangan itu adalah pada tahap 56.28 peratus iaitu sebanyak 129.45 juta meter padu.

Paras air empangan mula menurun pada 20 Januari lalu pada tahap 68.42 peratus menyebabkan keadaan itu adalah diluar kebiasaan tren taburan hujan tahunan.

Keadaan itu disebabkan oleh situasi semasa yang panas dan kering serta kurangnya jumlah hujan di kawasan tadahan Sungai Selangor.

Pelepasan air empangan adalah untuk meningkatkan paras air sungai bagi membolehkan air diabstrak melalui mula sauk untuk dirawat oleh loji rawatan air dan dibekalkan kepada pengguna.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pencemar sungai Selangor hadapi 30 kesalahan

Pencemar Sungau

SHAH ALAM 17 SEPT : Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam, bagi menghadapi lima pertuduhan kerana pencemaran minyak di Sungai Selangor, yang dilakukan tertuduh pada 30 Ogos lalu.

Tertuduh, Eng Kim Bok, 55, didakwa melakukan 30 kesalahan manakala isterinya, H’ng Soo Chiew, 56, didakwa melakukan 20 kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Eng merupakan pemilik tunggal bagi Ng Kim Bok Realty Sdn Bhd. dan pengarah bersama isterinya bagi Bengkel Muhibbah Mok dan Muhibbah Mok Sdn Bhd.

Bengkel Muhibbah Mok terletak di tempat di mana tumpahan berlaku manakala Muhibbah Mok Sdn Bhd merupakan syarikat induk bengkel dan Ng Kim Bok Realty syarikat yang memiliki tanah yang diduduki bengkel terbabit.

Setiap kesalahan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Ashrof Adrin di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Lima pertuduhan itu melibatkan Seksyen 24 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 iaitu mencemarkan tanah tani dengan buangan terjadual dan Seksyen 25(1) akta yang sama iaitu meletakkan buangan terjadual SW311 (buangan minyak) tanpa lesen ke dalam mana-mana perairan daratan yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kedua-dua tertuduh turut didakwa dibawah Seksyen 34(b) akta yang sama kerana melupuskan buangan secara haram. Jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun penjara dan denda tidak melebihi RM 500,000.

Pencemar Sungai

Selain itu, Kim Book dan Soo Chiew turut didakwa dibawah Seksyen 79(1)(d) Enakmen LUAS kerana melepaskan bahan buangan yang mengandungi minyak ke dalam sumber air tanpa lesen daripada Pengarah LUAS. Jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh juga dikenakan Seksyen 41 Enakmen LUAS iaitu melepaskan bahan buangan melebihi had piawaian yang ditetapkan mengganggu aliran semulajadi air, jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM5,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu sekitar jam 9.50 hingga 11.40 pagi.

Keseluruhan jumlah denda dianggarkan lebih RM3 juta.

Hakim Mokhzani menetapkan semula kes pada 10 Oktober depan dan tertuduh diikat jamin RM150,000 bagi Kim Bok dan RM100,000 bagi Soo Chiew.

Dalam kejadian itu, hampir sejuta pengguna air di tujuh wilayah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bakal terjejas apabila empat loji dihentikan tugas selepas mengesan pencemaran air akibat tumpahan diesel di hulu Sungai Selangor kira-kira jam 8 pagi, 30 ogos lalu.

Categories
SELANGOR

Air Di Empangan Selangor Penuh, Melimpah

empangan edit

SHAH ALAM 24 DIS : Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berhubung dakwaan penyusutan bekalan dan ketiadaan sumber baru air mentah di Selangor.

Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat berkata kenyataan itu adalah tidak tepat kerana hampir semua empangan di Selangor mencatat tahap air yang penuh.

Md Khairi berkata sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu adalah penuh pada tahap 100 peratus.

Beliau berkata limpahan air juga berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Langat serta Empangan Semenyih.

“Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh yang sama adalah pada tahap 93.33 peratus.

Lagi Empangan Sungai Selangor pula, sehingga 20 Disember 2012, kapasiti airnya telah meningkat ke tahap 90.17 peratus iaitu 207.40 juta meter padu pada ketinggian 216.65 meter.

“Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti air empangan tersebut pada 11 Oktober 2012 iaitu sebanyak 52.02 peratus dengan jumlah 119.65 juta meter padu pada ketinggian 199.3 meter,” katanya.

Jelasnya lagi, jumlah aliran air sungai mampu untuk membekalkan keperluan air mentah bagi lima loji pembersihan air (LPA) di Rasa, Rantau Panjang dan Bestari Jaya.

Bacaan harian baki aliran ini adalah tinggi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran sebanyak 300 JLH.

“Manakala pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor telah dikurangkan sehingga 91.34 JLH pada 20 Disember 2012.

“Mengurangan pelepasan air ini adalah berbanding 521.3 JLH pada 11 Oktober 2012. Corak dan purata paras air Empangan Sungai Selangor dari bulan Januari sehingga November 2012 ditunjukkan di Graf 1,” tambahnya.

Kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi itu dijangkakan terus meningkat ekoran kadar hujan yang banyak ketika Monson Timur Laut dari bulan November sehingga Mac.

“Berdasarkan kadar peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013,” tambahnya.

Categories
SELANGOR

LUAS Sahkan Kapasiti Air Di Tujuh Empangan Memuaskan

 

SHAH ALAM, 9 DIS : Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesahkan kapasiti air bagi ketujuh-tujuh empangan di Negeri Selangor berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Pengarahnya, Md Khairi Selamat berkata, kapasiti bagi lima empangan iaitu Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu berada pada tahap 100 peratus sehingga semalam.

Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh sama berada pada tahap 90.03 peratus, sementara Empangan Sungai Selangor meningkat kepada 83.44 peratus, iaitu sebanyak 191.91 juta meter padu pada ketinggian 214.00 meter.

“Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti air empangan tersebut pada 11 Oktober 2012 iaitu sebanyak 52.02% dengan jumlah 119.65 juta meter padu pada ketinggian 199.3 meter.

“Limpahan air juga dilaporkan berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat dan Empangan Klang Gates,” katanya dalam satu kenyataan media.

Selain itu, menurutnya, baki aliran (residual flow) di Baraj Bestari Jaya pada 8 Disember adalah sebanyak 14,737 juta liter sehari (JLH) dengan peningkatan sebanyak 5416 JLH berbanding bacaan sebelum ini.

Beliau berkata, jumlah aliran air sungai juga mampu membekalkan keperluan air mentah bagi lima loji pembersihan air (LPA) di Rasa, Rantau Panjang dan Bestari Jaya.

Katanya lagi, bacaan harian baki aliran ini adalah tinggi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran sebanyak 300 JLH.

Beliau turut menjangkakan kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monsun Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac.

“Berdasarkan kadar peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013,” katanya lagi.

MB : Adun BN Jangan Jadi Wakil SYABAS, Jadilah Wakil Rakyat – Detik Semasa


Sinopsis

DETIK SEMASA Untuk 27112012

Saksikan DETIK SEMASA sepanjang Sidang Dewan Undangan Negeri (DNS) Selangor. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda. Paparan menarik untuk 27 NOVEMBER 2012 :

1. MB Nafi Arahan Kepada SYABAS Beku Modal Capex

2. LUAS Berjaya Pantau Bekalan Air Dengan Baik

Layari http://www.selangorkini.net