Categories
SELANGOR

MATTA Fair Selangor sasar 30,000 pengunjung

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 MAC : Pameran Persatuan Agensi-agensi Pengembaraan dan Pelancongan Malaysia (MATTA) cawangan Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam selama tiga hari sehingga 23 Mac ini dijangka meraih jualan RM10 juta dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata program MATTA Fair yang dulunya dikenali sebagai Selangor Islamic Travel Fair adalah bertujuan untuk mengetengahkan destinasi pelancongan Islam ke peringkat lebih tinggi.

IMG_1669Katanya, program kali ini turut mendapat kerjasama erat daripada kerajaan Iran yang memberi tumpuan khusus kepada bandaraya Isfahan yang terkenal dengan seni bina dan kraftangan.

“Pelawat ke MATTA Fair bukan sahaja dapat melihat gambar kecantikan negara Iran, tetapi dapat lihat sendiri barangan yang dikeluarkan oleh mereka.

“Ini satu penambahan dan ia akan diteruskan supaya menarik minat rakyat Malaysia terutama di Lembah Klang untuk memilih destinasi pelancongan idaman mereka,” katanya pada Majlis Perasmian MATTA Fair Selangor kali kesembilan di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

IMG_1855Hadir sama, Exco Pelancongan, Elizabeth Wong; Pengerusi Matta Selangor, Datuk Helmi Daud; Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Dani serta beberapa wakil dari negara luar.

Program kali ini menyaksikan ;100 gerai dibuka dengan pembabitan 49 pameran terdiri daripada pelbagai pengusaha pelancongan dan usahawan dalam dan luar negara antaranya Iran, Kuwait, Egypt, Pahang, Selangor dan Sarawak.

Pengunjung yang hadir turut berpeluang mendapatkan pakej Umrah 2014 daripada pengusaha yang bertauliah dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.

-NFN-

Categories
SELANGOR

SMITF 2014 dijangka tarik 30,000 pengunjung

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM, 20 MAC: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Selangor menjemput orang ramai untuk mendapatkan info dan tawaran terkini pelancongan Islam melalui Matta Fair Selangor (SMITF-9).

Pameran itu akan berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC), di sini yang bermula 9.00 hingga 9 malam, pada 21 hingga 23 Mac ini.

Tujuan pameran itu diadakan adalah untuk mewujudkan satu landasab ideal bagi penguasaha khususnya pelancongan Islam untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Matta TourismSebelum ini, pameran itu menarik sejumlah 20,000 pengunjung dan dijangka terus meningkat pada tahun ini dengan dijangkakan 30,000 pengunjung akan hadir dengan jumlah anggaran jualan melebihi RM30juta dalam tempoh tiga hari pameran itu.

Pameran itu adalah satu usaha MATTA Selangor untuk menggalakkan dan memajukan sektor pelancongan Islam di negara ini.

SMITF 2014 berusaha untuk membantu pemain industri pelancongan dalam menyediakan pendedahan penting kepada syarikat terbabit dan produk pelancongan yang ditawarkan.

Pada masa sama, acara itu menyediakan pengguna kemudahan untuk memilih pakej sama ada untuk riadah dan umrah atau haji bersesuaian dengan keperluan masing-masing di bawah satu bumbung.

-NFN-

JURNAL BERITA : Syabas digesa hantar lebih banyak tangki ke kawasan kritikal

1. Syabas digesa hantar lebih banyak tangki statik ke kawasan kritikal gangguan bekalan air

2. Kajian UMCEDEL: BR1M tidak bantu tingkat sokongan BN

3. Kajian UMCEDEL: 59% pengundi Kajang mahu Anwar bertanding PRK

4. Semakin ramai penyokong Umno yakini kepimpinan Anwar

5. Selangor peruntuk RM5 juta projek atasi banjir Rawang

6. SELCAT akan siapkan laporan kepada Kerajaan Negeri perbaiki JPS

7. SELCAT: Tiada sokongan Pusat ganggu Selangor tangani banjir

8. Misi jadikan MPK 10 PBT terbaik di Malaysia

9. MATTA Fair Selangor 2014 rancak industri pelancongan

10. Harga getah jatuh, 2,000 penoreh lancar demonstrasi