Categories
NASIONAL

Pemuda PAS tekad perkukuh kerjasama PKR & DAP

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 5 JUN: Dewan Pemuda PAS tekad merapatkan hubungan dengan sayap pemuda PKR dan DAP menerusi pendekatan politik budiman.

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata hasrat itu bersandarkan permintaan tinggi golongan muda melihat perubahan dalam politik tanah air diterajui Pakatan Rakyat.

nik abduh“Kerjasama politik dalam Pakatyan Rakyat ini disukai rakyat. Untuk cetuskan suasana politik baru di negara ini, kekuatan Pakatan Rakyat perlu digembelengkan.

“Shuhaizan mulakan politik yang baik, dan usaha itu wajar disambung. Saya teruskan usaha itu dengan bertemu dengan DAPSY dan AMK,” katanya dalam sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini hari ini.

Gagasan politik budiman adalah cetusan Mantan Ketua Pemuda PAS, Shuaizan Kaiat mereformasi budaya politik sedia ada kepada budaya politik matang dan membina.

Konsep ini merangkumi asas komponen idea, akhlak, jujur dan berintegriti dalam usaha menarik anak muda yang dahagakan perubahan corak berpolitik selain membuka ruang untuk mereka menyumbang tenaga dan idea.

EZY

Categories
NASIONAL

Hadi: Pemilihan PAS turut dimenangi golongan profesional

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA SELANGOR, 5 JUN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak dakwaan senarai kemenangan pemilihan kali ini hanya berpihak kepada golongan ulama sahaja.

Sebaliknya beliau berkata ia turut memihak kepada golongan profesional antaranya bekas pensyarah di universiti.

hadi awang 1“Kalau dilihat senarai itu bukan hanya golongan ulama, tetapi banyak golongan profesional seperti Dr Abdul Hasan dan Rahman Zakaria (bekas Timbalan Pengarah Imigresen Malaysia).

“Ada ruang dalam perlembagaan PAS itu dilantik Setiausaha Agung, TimbalanSetiausaha, Ketua Penerangan dan sebagainya yang dilantik jawatankuasa PAS Pusat,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

Abdul Hadi berkata masih terlalu awal untuk membuat andaian bahawa orang bukan Islam akan menolak PAS ekoran kemenangan majoriti golongan ulama dalam pemilihan parti itu.

Katanya beliau mendapat respon positif dari semua kalangan termasuk orang bukan Islam setakat ini.

“Kita belum tahu pilihan mereka kerana masa masih panjang, saya dapat respon dari semua kalangan termasuk dari bukan Islam yang menunjukkan perkara positif, bukan sahaja negatif.

“Tidak perlu dibuat markah (penilaian) lagi kerana terlalu awal,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Mat Sabu tetap komited berjuang bersama PAS

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 5 JUN: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menzahirkan taat setia kepada perjuangan Islam bersama PAS biarpun kalah dalam pemilihan dengan keputusan yang dianggapnya sebagai ‘pelik’.

Mohamad Sabu berkata walaupun menerima undi terlalu sedikit untuknya, namun beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

mat sabu 1“Kalah dalam pemilihan itu perkara biasa undi sikit sangat, itu yang saya terasa,” katanya dengan gelak kecil.

“Selepas (muktamar) ini, saya akan cuti sementara untuk pulang ke kampung bertemu isteri.

“Saya setia bersama PAS kerana perjuangan Islam mesti diteruskan,” katanya dalam sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-61, di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Abdul Hadi dalam reaksinya berhubung perkara itu memuji kesediaan Mohamad Sabu untuk terus menghadiri muktamar biarpun tewas semalam.

“Dalam PAS ini ada bermacam-macam, sejarah terdahulu menyaksikan ada yang kalah terus pulang, tidak masuk dewan.

“Sekurang-kurangnya Abang Mat kita (Mohamed Sabu) masih ada di sebelah saya hari ini dan masuk dewan untuk sesi Muktamar hari kedua ini,” katanya.

Tuan Ibrahim Tuan Man diisytiharkan sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru selepas menewaskan penyandangnya Mohamad Sabu dengan majoriti 602 undi.

Tuan Ibrahim memperolehi 881 undi berbanding Mohamad yang memperolehi 279 undi.

EZY

Categories
NASIONAL

Masa depan PAS cerah dapat sokongan pelapis muda

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR 5 JUN: PAS yakin masa depan parti itu cerah berikutan sokongan kuat pelapis muda.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap penyudahan terbaik buat parti Islam itu dalam mencorak perubahan dalam politik tanah air.

“Kita akan dapat masa depan yang baik berdasarkan majoriti pewakilan yang hadir ke muktamar kali ini.

“Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik, selebihnya ia ada dalam ilmu Allah,” katanya dalam sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Abdul Hadi menolak andaian kononnya bakal wujud parti baru susulan kemenangan majoriti golongan ulama dalam pemilihan kali ini.

“Kalau dilihat pada senarai mereka yang menang itu bukan sahaja dari kalangan golongan ulama termasuk juga kalangan profesional

“Contohnya Dr Abdul Hasan, bekas pensyarah di universiti dari Sabah dan Rahman Zakaria bekas Timbalan Pengarah Imigresen Malaysia,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Contohi kesepakatan Pakatan Rakyat Selangor bangunkan negeri

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR 5 JUN: Kesepakatan Kerajaan Selangor membangunkan negeri termaju wajar dicontohi rakan komponen PAS, PKR dan DAP di peringkat nasional.

Pembahas Selangor, Shafie Ngah berkata kejayaan itu membolehkan kerjasama baik antara PAS, PKR dan DAP menentang Barisan Nasional (BN) selain terus memperkasa usaha menyalurkan nikmat kebajikan kepada rakyat.

“Selangor di bawah Pakatan Rakyat sudah dua penggal memerintah negeri terkaya dengan komposisi kerusi seimbang 15 DAP, 15 PAS 14 PKR.

muktamar pas“Kerjasama antara kita berjaya menghidupkan ilmu Allah di masjid dan surau-surau serata Selangor, malah penceramah dari Kelantan, kedah turut hadir ke Selangor,” katanya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden, di Muktamar Tahunan PAS ke-61, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam semakin imarah dengan pelbagai majlis keilmuan sejak Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Kerajaan Selangor pada 2008.

Senario ini berbeza diera pentadbiran Barisan Nasional (BN) apabila masjid di Selangor ditadbir mengikut kepentingan politik Umno.

Shafie berkata kerjasama terjalin dalam Kerajaan Pakatan Selangor itu selaras dengan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

“Ucapan dasar Presiden semalam, menggamit kita ke memori silam jatuh bangunnya kita, usia 61 bukannya muda, sepatutnya kita maju dipersada politik, tidak takut pada siapa. Jangan kita bimbang dengan pancaroba ini.

“Kita mampu buat lebih dari itu jika kita menjaga hubungan sesama kita, berdakwah dengan cara berhemah, antara rakan, jangan bergaduh dengan rakan,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Gabungan 5 muka lama, 13 baru warnai barisan AJK Kerja PAS Pusat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 5 JUN: Seramai 13 muka baru berjaya memenangi pertandingan bagi merebut kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berbanding lima lagi sahaja penyandang yang berjaya mempertahankan kerusi masing-masing.

Lima AJK Kerja PAS Pusat berjaya mempertahankan kerusi masing-masing adalah Nasruddin Hassan Tantawi, Dr Ridhuan Mohd Noor, Nik Zawawi Salleh, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dan Mazlan Aliman.

muktamar pasAntara muka baru mendapat tempat di hati perwakilan muktamar kali ini, Datuk Nasruddin Daud, Solehin Muhyi, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Zaharuddin Mohamad dan Mokhtar Senik.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan PAS bagi jawatan AJK Kerja PAS Pusat bagi penggal 2015-2017.

1. Nasruddin Hassan Tantawi – 782 undi (K)
2. Dr Ridhuan Mohd Noor – 782 (K)
3. Datuk Nasruddin Daud – 777 (B)
4. Solehin Muhyi – 763 (B)
5. Nik Zawawi Salleh – 749 (K)
6. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali – 736 (K)
7. Datuk Dr Fadhli Hasan – 722 (B)
8. Datuk Abdullah Hussin – 679 (B)
9. Razman Zakaria – 674 (B)
10. Dr Mohd Zuhdi Marzuki – 670 (B)
11. Zaharuddin Mohamad – 661 (B)
12. Mokhtar Senik – 656 (B)
13. Dr Ali Akbar Gulasan – 596 (B)
14. Mazlan Aliman – 593 (K)
15. Dr Rosni Adam – 590 (B)
16. Mohd Noor Mohamad – 556 (B)
17. Muhamad Sanusi Md Nor – 556 (B)
18. Nor Azli Musa – 544 (B)

* K – Kekalkan jawatan (5)
B – Baru (13)

Sementara itu antara yang gagal mengekalkan kerusi masing-masing pada pemilihan kali ini, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Khalid Abdul Samad dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Turut tewas dalam pertandingan melibatkan 55 pesaing ini, Dr Hatta Ramli, Dr Azman Ibrahim dan Abd Ghani Samsudin.

Pengumuman keputusan dibuat pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira jam 12.15 malam tadi di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

EZY

Categories
NASIONAL

Idris, Iskandar, Mohd Amar menang Naib Presiden PAS

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 5 JUN: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menang dalam perebutan tiga kerusi Naib Presiden selepas mengutip 672 undi.

Selain Iskandar, Idris Ahmad yang memperolehi undi tertinggi, 896 undi dan Datuk Mohd Amar Abdullah dengan 710 undi turut memenangi jawatan sama.

Keputusan diumumkan pada jam 12.15 malam tadi di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Iskandar SamadBerikut adalah keputusan penuh bagi jawatan Naib Presiden:

Keputusan penuh seperti berikut:

Idris Ahmad – 896 undi (menang)

Nik Amar Abdullah – 710 undi (menang)

Iskandar Ab Samad – 672 undi (menang)

Salahuddin Ayub – 435 undi

Husam Musa – 317 undi

Mahfuz Omar – 378 undi

Manakala 18 ahli jawatankuasa PAS yang dipilih ialah:

Nasrudin Hasan 782

Ridhuan Mohd Noor 782

Datuk Nasrudin Daud 777

Solehin Mukhyi 763

Datuk NIk Zawawi Salleh 749

Datuk Khairuddin Aman Razali 736

Datuk Fadhli Hasan 722

Datuk Abdullah Husin 679

Razman Zakaria 674

Mohd Zuhdi Marzuki 670

Mokhtar Senik 656

Zaharuddin Mohamad 611

Ali Akbar Gulasan596

Mazlan Aliman 593

Dr Rosni Adam 590

Mohd Noor Mohamad 566

Muhamad Sanusi Md Nor 556

Nor Azli Musa 544

Categories
NASIONAL

Hadi: Apa kurang EPU hingga BN sanggup bayar mewah penasihat luar?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 4 JUN: PAS sedia mengakui sebahagian dasar dan program dirangka Kerajaan Persekutuan baik berikutan idea birokrat negara yang sememangnya hebat sejak dahulu dan kompeten kerana mereka terdiri dari pemikir anak watan terpelajar dan terlatih.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun golongan dianggap sebagai ‘think-tank’ itu dipinggirkan selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai Perdana Menteri.

MB Muktamar PAS“Kita ingin mengingatkan kepimpinan negara supaya tidak hanya bermegah membentang dasar demi dasar, program demi program.

“Unit Perancangan Ekonomi (EPU)menghasilkan kajian dan penyelesaian pelbagai kemelut dan gejala ekonomi yang serba bersimpang-siur dan pelbagai tuntutan yang saling bersilang dalam sebuah masyarakat majmuk berbagai kelas ekonomi.

“Hari ini mereka sedikit diketepikan kerana kecenderungan kerajaan memberikan kepada ‘konsultan atau perunding luar’ yang dibayar secara mewah sekaligus meminggirkan pakar tempatan dalam persiapan pelbagai kajian sosial, pendidikan, kesihatan dan pembangunan ekonomi. Ini malang dan amalan ini harus dihentikan,” kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi berkata demikian dalam ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang bertemakan ‘Beristiqamah Hingga Kemenangan’ di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Tambah Abdul Hadi, perancangan Kerajaan Persekutuan sia-sia dan membazir sekiranya kepimpinan negara tidak komited menghayati tuntutan Allah dan syariat sebenar khususnya dalam pembangunan ekonomi dan pengurusan kewangan.

“Kegagalan perunding luar ini juga dapat dilihat dalam isu 1MDB dan pelbagai isu lain yang merugikan dana kerajaan,” katanya.

EZY

Sidang Media – ‘Kami ngam’ Hadi, Mat Sabu ketawa

Sidang Media Muktamar PAS ke-60

Categories
NASIONAL

Pendapatan rakyat RM5,900 hanya ‘propaganda angka’ -Hadi

Oleh: AFIX REDZUAN

BATU PAHAT, 18 SEPT: PAS mendesak Putrajaya membatal pelaksanaan GST kerana ekosistem ekonomi Malaysia masih belum bersedia.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sebaliknya mendukung matlamat membangunkan sebuah ‘Negara Berkebajikan’ yang memberi kemakmuran kepada rakyat.

muktamar PAS“PAS mahukan sistem cukai pendapatan dikaji semula kerana wujud ketidakadilan dari segi cukai yang dikenakan kepada golongan berpendapatan sederhana (middle-income) berbanding yang sangat kaya.

“Ini termasuk menghentikan pemberian AP kepada kroni, kerana ia pastinya mampu menjana hasil untuk negara daripada GST yang membebankan rakyat,” kata Presiden PAS dalam ucapan dasar.

Katanya, PAS berusaha membenteras kewujudan jurang kaya-miskin yang semakin melebar serta pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia yang tersangat-kaya akibat dari amalan memanipulasi pasaran.

Katanya jurang kemiskinan yang besar menyebabkan persaingan sihat tidak berlaku, selain kewujudan amalan kronisme dan nepotisme.

Selain itu katanya, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang pertumbuhan KDNK 6.4 peratus dalam suku kedua 2014 serta pengisytiharan kononnya pendapatan purata rakyat Malaysia mencecah RM5,900 sebulan hanya ‘propaganda angka’.

Saksikan siaran langsung Muktamar PAS ke-60 melalui tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Hadi tegur ahli, pemimpin guna media sosial serang parti

Oleh: AFIX REDZUAN

BATU PAHAT, 18 SEPT: Ahli dan pemimpin PAS diingatkan supaya tidak menjadikan laman sosial sebagai medan serangan sesama sendiri.

Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perbuatan bertambah teruk apabila parti menjadi mangsa sasaran serangan bertubi-tubi pihak lain.

“Serangan di kalangan ahli PAS sendiri lebih teruk lagi menggunakan media sosial terutama FB, Twitter dan sebagainya sekarang ini sendiri seolah-olah mereka yang terlibat dalam perang siber ini sudah hilang punca,” katanya.

Katanya, media baru sepatutnya dimanfaat untuk tujuan dakwah dan tarbiyah bagi mengembalikan manusia ke jalan yang benar.

Beliau berkata demikian pada ucapan dasar dalam Muktamar PAS ke-60 bertema Terus Istiqamah di sini, hari ini.

Categories
NASIONAL

‘PAS sertai Umno’ api fitnah jejaskan perjuangan Islam – Hadi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BATU PAHAT,18 SEPT: PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tertentu yang tergamak mentohmah kononnya parti itu berhasrat bergabung dengan Umno berikutan kemelut politik kebelakangan ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan, api fitnah itu sengaja dicetuskan bagi merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah parti.

“Tohmahan kononnya PAS mahu menyertai atau bergabung dengan Umno adalah api fitnah yang dicetuskan keutuhan jamaah kita.

“Namun sebagai sebuah jemaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita berpegang kepada prinsip Islam,” katanya pada ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan ke-60 hari ini.

Muktamar tahunan bertema Terus Beristiqamah itu berlangsung tiga hari di Dataran Parit Salleh Ros di sini.

Hadi berkata, PAS tidak akan goyang jika ada yang termakan dengan fitnah sebaliknya terus beristiqamah dalam perjuangan, malah PAS sudah matang dan sudah melalui pelbagai fitnah sejak ditubuh.

LIVE: Untuk saksikan siaran langsung Muktamar PAS ke-60, klik http://tv.selangorku.com/