JURNAL BERITA: Kajian Jabatan Kimia air lombong selamat, laporan NST tak berasas

1. Air lombong belum digunakan, ada lebihan air cukup untuk pengguna

2. Kajian Jabatan Kimia air lombong selamat, laporan NST tak berasas

3. KJ buat lawak, anggap Kerajaan Pusat suci dalam krisis air Selangor

4. Nik Nazmi dilepas mahkamah atas tuduhan semula APA

5. Kerajaan patut ikut ‘Sistem Jokowi’, jimat perbelanjaan

6. Status tanah Bagan Sekinchan selesai selepas kajian menyeluruh

7. Ustaz Azhar Idrus jadi ‘penjaga gol’ padang futsal

8. Pengerusi MyWatch: Ancaman bunuh, polis belum jalankan siasatan

9.Episod penculikan di Sabah, keberkesanan Esscom kian dipertikai

10.Teresa: Penahanan di bawah Akta Hasutan bermotif politik

11.Kontraktor bina jambatan ke-3 Klang diumum selepas 21 Mei

Categories
SELANGOR

MyWATCH : Kadar Jenayah Semakin Meningkat, Kerajaan Perlu Bertindak

PETALING JAYA, 28 NOV : NGO Malaysian Crime Watch Task Force (MyWATCH) mendakwa statistik Kerajaan Pusat tidak melambangkan realiti sebenar di mana kes-kes jenayah semakin menular sehingga anggota polis menjadi mangsa.

Pengerusinya, R Sri Sanjaven berkata masyarakat kini dibelenggu rasa ketakutan kerana jenayah boleh berlaku tidak mengira waktu dan tempat.

“Kita sekarang dalam keadaan tidak selamat lagi, kejadian kecurian dan pembunuhan semakin meningkat itupun kerajaan mendakwa bahawa negara masih lagi selamat,” katanya di dalam satu sidang media di sini semalam.

Hadir bersama Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang juga penaung MyWatch.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka yang menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu, manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Akan tetapi statistik tersebut dipertikaikan Sanjaven yang merujuk kepada kes berprofil tinggi seperti kecurian kereta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang ketika itu menjawat Ketua Polis Selangor.

Malah juga terdapat cubaan untuk merompak rumah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye turut Oktober lepas.

Ujar beliau, kerajaan perlu memberi penjelasan dan telus dalam mengumumkan indeks statistik jenayah.

Dalam pada itu, Musa berkata pihak polis dan kerajaan sewajarnya melantik pihak ketiga yang bebas seperti universiti untuk memberikan data statistik jenayah.

Katanya semasa beliau menjadi Ketua Polis Negara, pakar-pakar bebas yang mempunyai pengalaman luas dipanggil bersama untuk membuat kajian berkenaan indeks statistik jenayah.

“Semasa menjadi KPN, kita mendapatkan geran daripada kerajaan untuk Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membuat penyelidikan terhadap statistik kadar jenayah dari pihak polis.

“Kajian itu telah dijalankan oleh Professor Sundramorthy, dan program itu sepatutnya terus berjalan sehingga kini,” katanya.