Categories
AGENDA GLOBAL

Dua angkasawan wanita NASA catat rekod baharu

WASHINGTON, 19 OKT: Dua angkawasan Amerika Syarikat (AS) yang keluar daripada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) kira-kira tujuh jam pada Jumaat, dianggap mencatatkan satu rekod baharu apabila misi itu dijayakan oleh wanita, lapor agensi berita Xinhua.

Angkasawan NASA, Christina Koch dan Jessica Meir menggunakan baju angkawasan yang dikuasakan bateri kira-kira 7.38 pagi sebelum keluar ke angkasa lepas.

Mereka ditugaskan untuk menggantikan peranti kawalan kuasa pada penggalak, yang rosak pada 11 Oktober lalu.

Alat pengatur caj bateri berkenaan berfungsi sebagai mengumpul dan mengagihkan kuasa solar kepada makmal angkasa lepas berkenaan, kata NASA.

Pada 2.55 petang, Koch dan Meir menyempurnakan misi mereka selama tujuh jam dan 17 minit selepas menggantikan alat berkenaan.

Selain, menggantikan alat berkenaan, mereka turut melakukan tugasan lain termasuk memasang peralatan bagi menyokong sebuah platfofm luar bagi modul Columbus yang dijadual dilancarkan ke stesen berkenaan pada tahun depan.

Presiden Donald Trump turut berkesempatan berbual dengan dua angkasawan itu ketika mereka melaksanakan misi.

Trump menyifatkan kedua-dua wanita itu sebagai ‘manusia berani’ dan menganggap misi berkenaan sebagai ‘bersejarah’.

Menerusi telekomunikasi angkasa ke bumi, Meir turut menghargai angkasawan wanita yang pernah meneroka di ruang vakum angkasa lepas sebelum ini.

Beliau adalah wanita ke-15 berpeluang terapung dan meneroka di luar kapal angkasa dan wanita ke-14 AS.

Misi keluar dari kapal angkasa itu adalah yang ke-221 dalam usaha memasang stesen angkasa lepas berkenaan, membaik pulih serta melakukan kerja-kerja menaik taraf dan yang kelapan membabitkan di luar stesen berkenan pada tahun ini.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

Gambar bulan mengambang Marikh berjaya dirakam kali pertama

WASHINGTON, 13 MEI: Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) buat kali pertama berjaya merakam bulan Phobos, satu daripada dua bulan di planet Marikh yang sedang mengambang, lapor agensi berita Xinhua.

Gambar itu yang dikeluarkan NASA baru-baru ini memaparkan tiga titik berwarna pelangi yang seakan gula-gula.

Pencerapan berkenaan dijalankan sejak September 2017 dan boleh membantu ahli sains memahami apakah bahan yang menjadikan Phobos, bulan paling besar di Marikh.

Warna berkenaan yang dicerap menggunakan kamera infra merah obiter, mengambarkan perubahan haba akibat jarak rakaman.

Pesawat Obiter berkenaan dikenali sebagai Odyssey adalah misi jangka panjang NASA ke Marikh, dilengkapi kamera pengesahan haba yang mampu mengesan suhu dipermukaan ketika Phobos mengelilingi Marikh setiap tujuh jam, lapor NASA.

“Imej baharu ini kelihatan seperti titik suhu dengan paling panas di tengah dan semakin sejuk ke arah luar,” kata ahli sains Odyssey di NASA Jeffrey Plaut.

Pada 24 April tahun ini, kamera itu mencerap Phobos dengan matahari berada di belakang pesawat obiter itu. Imej bulan penuh amat baik untuk mengkaji kompositi yang membentuk bulan berkenaan.

Data mengenai bagaimana besi dan nikel bercampur dengan mineral lain boleh membantu ahli sains menentukan sama ada Phobos terbentuk daripada tahi bintang yang terperangkap di situ atau longgokan serpihan Marikh yang terpelanting ke angkasa lepas akibat letusan berkurun dahulu, kata pasukan penyelidik.

Komuniti angkasa lepas kini berbincang untuk menghantar manusia ke Phobos untuk meneroka bulan berkenaan tidak lama lagi.

Mengenal pasti bahaya ketika pendaratan dan persekitaran angkasa lepas mungkin dapat membantu misi akan datang bagi membolehkan angkasawan mendarat di situ.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

NASA tamatkan misi robotnya di Marikh

 

LOS ANGELES, 14 FEB: Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika (NASA) mengumumkan penamatan misi perayau robot Opportunity di planet Marikh, semalam.

Langkah itu diambil setelah 15 tahun robot itu mendarat di planet itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar agensi berkenaan di Makmal Pendorongan Jet di Pasadena, California susulan percubaan terakhir NASA untuk berkomunikasi dengan perayau robot itu pada kelmarin tidak mendapat respons.

Perayau robot itu tidak dapat dihubungi selama lapan bulan sejak ribut debu membadai planet merah tersebut, pada Jun tahun lepas.

Anggota pasukan misi cuba memulihkan perayau robot itu namun gagal mewujudkan komunikasi lagi.

“Mengucapkan selamat tinggal adalah sesuatu yang sukar, namun masanya telah tiba untuk berbuat demikian,” kata John Callas, pengurus projek bagi Opportunity.

Perayau robot bersaiz kereta golf itu jauh melangkaui misi perjalanan selama 90 hari seperti yang dirancang.

Ia telah melakukan perjalanan lebih 45 kilometer di Marikh dan bekerja selama hampir 15 tahun.

Opportunity telah mendarat di Marikh pada 24 Januari 2004.

Paling utama antara matlamat saintifik misi itu ialah mencari dan mencirikan pelbagai jenis batuan serta tanah untuk petunjuk kepada aktiviti air pada masa lampau di Marikh.

– BERNAMA

Categories
GLOBAL SAINS & INOVASI

Kapal angkasa NASA pecah rekod hampiri matahari

TAMPA 30 OKT: Kapal angkasa Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), Parker Solar Probe,yang dilancarkan baru-baru ini, berjaya mencatatkan rekod terbaru, apabila menjadi objek pertama buatan manusia tiba di matahari.

“Kapal angkasa ini berjaya melepasi rekod semasa, iaitu 42.73 juta kilometer dari permukaan matahari pada 29 Oktober 2018, kira-kira jam 1.04 malam (waktu tempatan).

“Rekod terdahulu pernah dicatatkan oleh kapal angkasa milik Jerman-Amerika Syarikat Helios 2 pada April 1976,” kata NASA dalam satu kenyataan.

Sementara itu, kapal angkasa tanpa pemandu itu dilancarkan pada 12 Ogos lalu, dengan misi strategik untuk meneroka rahsia ribut solar yang berbahaya.

Parker Solar Probe dijadualkan bertembung dengan matahari buat kali pertama pada 31 Oktober ini.

 

SUMBER: AFP

Categories
GLOBAL

NASA tolak perbuatan khianat, misteri lubang kapal angkasa belum terjawab

WASHINGTON 4 OKT: Pentabiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) semalam menolak spekulasi, faktor sabotaj menyebabkan lubang kecil ditemui bulan lalu pada bahagian tepi kapal angkasa Russia yang berlabuh di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), namun misteri itu belum diselesaikan.

Dalam satu kenyataan ringkas, NASA menegaskan, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Lepas Russia Roscosmos, Dimitri Rogozin, membuat ulasan terbuka minggu ini menolak kecacatan pengeluaran sebagai punca lubang terbentuk.

Bagaimanapun NASA menambah, “Rumusan itu tidak bermaksud lubang itu terbentuk dengan sengaja atau berniat jahat,” seperti mana media mengulas kenyataan Rogozin.

Berbanding percaya terhadap teori perbuatan khianat, menolak kecacatan pengeluaran sebagai punca lubang ‘menunjukkan ia satu isu terpencil yang tidak menjejaskan pengeluaran akan datang,’ kata NASA.

Roscosmos dan NASA masing-masing membuka siasatan sendiri selepas lubang sebesar dua milimeter dikesan lewat Ogos lalu pada dinding luar kapsul Soyuz Russia yang berlabuh di ISS selepas pengendali darat melaporkan penurunan sedikit paras tekanan.

Lubang itu sudah ditutup dengan pita dan perekat, menghentikan kebocoran oksigen dengan pihak berkuasa berkata, kru terkini terdiri daripada tiga angkasawan AS, dua Russia dan seorang Jerman, tidak berada dalam bahaya.

Rogozin sebelum ini menimbulkan kemungkinan tindakan sengaja dalam ulasan dilaporkan agensi berita Russia, RIA Novosti, yang memetiknya awal bulan ini sebagai berkata, jelasnya gerudi digunakan oleh ‘tangan menggigil,’ menyebabkan keluli di sekitar lubang dikikis. NASA enggan mengulas ketika itu.

SUMBER: REUTERS

Categories
GLOBAL SAINS & INOVASI

Asteroid besar saiz pesawat Boeing 747 bakal lintasi Bumi 29 Ogos

GLOBAL 25 OGOS: Sebuah asteroid besar dianggarkan berukuran dua kali ganda daripada saiz pesawat Boeing 747 bakal melintas dan menghampiri Bumi, minggu depan.

MAIL ONLINE melaporkan, asteroid dinamakan 2016 NF23 dijangka melintasi Bumi pada 29 Ogos sekitar jarak lebih 4.8 juta kilometer atau 13 kali ganda jarak antara Bumi dan Bulan.

Batuan angkasa besar itu bergerak pada kelajuan lebih 32,400 kilometer sejam dan dianggap sebagai objek berbahaya memandangkan jarak asteroid berkenaan namun laluan asteroid itu akan membolehkannya meluncur pada jarak selamat pada awal September.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), asteroid 2016 NF23 dianggarkan mempunyai lebar 70 hingga 160 meter yang bersamaan panjang sebuah Boeing 747.

Pada ukuran 160 meter, asteroid itu lebih tinggi daripada Piramid Agung Giza di Mesir yang hanya berukuran 138 meter.

Batuan angkasa dikategorikan dalam kumpulan ‘Athens’ yang dinamakan sempena asteroid 1862 Athens.

Gambar rajah daripada Makmal Pendorongan Jet NASA menunjukkan orbit batuan itu bersilang dengan Bumi dan asteroid semakin dekat dengan planet manusia itu dalam beberapa hari menjelang 29 Ogos, pada hari asteroid mencapai titik paling dekat.

Ketika ini, asteroid itu berada kira-kira .03 unit astronomi (au) atau kira-kira 4.8 juta kilometer dari Bumi.

 

Categories
GLOBAL

NASA: Asteroid gergasi diramal terhempas ke bumi pada 2135

OLEH SABIRAH AZIZ

GLOBAL, 17 MAC: Para saintis National Aeronautics and Space Administration (NASA) memberikan amaran bahawa sebuah asteroid gergasi dijangka akan terhempas ke bumi pada tahun 2135.

Asteroid gergasi diberi nama Bennu itu mempunyai saiz lima buah padang bola dengan anggaran berat 79 bilion kilogram dan dikatakan 1,664 kali lebih berat daripada Titanic.

Mereka (saintis) meramalkan asteroid itu akan memberi 80,000 kali lebih impak berbanding bom Hiroshima, lapor Agensi.

NASA mempunyai kapal angkasa yang diberi nama Hypervelocity Asteroid Mitigation Mission for Emergency Response (HAMMER) direka khas untuk mengubah arah atau menghancurkan asteroid supaya tidak terhempas ke bumi.

Kapal Angkasa HAMMER ini juga mampu menghancurkan asteroid menggunakan bom nuclear, tetapi tidak disarankan kerana berkemungkinan memberi kesan buruk pada bumi.

Bagaimanapun, saintis memutuskan bahawa sebuah HAMMER tidak mencukupi dan tidak mampu mengubah arah Bennu.

Seorang ahli fizik di Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore, Kirsten Howley berkata, menggunakan kapal angkasa HAMMER yang kecil boleh memberi ‘akibat buruk’ pada bumi.

HAMMER hanya berukuran sembilan meter tinggi dengan berat hampir sembilan tan.

SUMBER: AGENSI

 

Categories
GLOBAL

Kapal selam Argentina hilang, NASA bantu cari

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 18 NOV: Tentera Laut Argentina mempergiatkan usaha mencari dan menyelamat selepas sebuah kapal selam Argentina dilaporkan hilang di laut.

Agensi Berita Antarabangsa CNN melaporkan kapal selam jenis ARA San Juan membawa 44 anak kapal dilaporkan dikesan kali terakhir pada Rabu di Teluk San Jorge kira-kira 432 kilometer dari negara itu.

Jurucakap Tentera Laut, Enrique Balbi, berkata, operasi besar-besaran dilancarkan untuk mengesan kapal berkenaan yang dikhuatiri mengalami masalah komunikasi.

“Kami sedang menyiasat punca berlakunya masalah komunikasi itu.

“Jika ada masalah komunikasi, kapal itu perlu timbul di permukaan,” kata Balbi kepada wartawan, di sini lapor REUTERS.

Balbi berkata, kapal selam itu meninggalkan selatan bandar Ushuaia untuk ke Mar del Plata untuk mendapatkan bekalan makanan dan mungkin meneruskan perjalanannya, walaupun berhadapan dengan masalah komunikasi.

Sementara itu, NASA akan membantu dalam pencarian dengan pesawat P-3 Orion, jurucakap agensi Katherine Brown memberitahu CNN.

Beliau berkata pesawat AS “sudah di Argentina dalam misi saintifik.” P-3 adalah pesawat turboprop yang mampu penerbangan lama, menurut NASA.

Kapal selam itu telah pergi dari kepulauan Tierra del Fuego di selatan Argentina ke pangkalannya di Mar del Plata, sebuah bandar beratus batu ke timur laut.


=EZY=

Categories
SAINS & INOVASI

Asteroid 2012 TC4 lintasi Bumi pada jarak 42,000 km

PARIS 13 OKT: Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) mengesahkan sebuah asteroid dengan saiz sebesar sebuah rumah melintas menghampiri Bumi lewat petang semalam.

Asteroid tersebut dilaporkan menghampiri bumi pada jarak kira-kira 42,000 kilometer sebelum bergerak ke dalam orbit Bulan dan berada di atas altitud satelit komunikasi, lapor AGENSI.

Saintis berkata, tidak ada risiko kesan dan lintasan tersebut memberikan mereka peluang untuk menguji sistem amaran asteroid yang dikendalikan NASA.

Pengurus Pusat Kajian Objek Berhampiran Bumi (CNEOS), Paul Chodas berkata, asteroid yang dipanggil 2012 TC4, pertama kali dilihat lima tahun lalu dan rangkaian teleskop global akan memantau dengan teliti objek tersebut.

Menurut Chodas, asteroid yang dianggarkan berukuran antara 15 hingga 30 meter m (50-100ft) disifatkan sebagai agak kecil namun batuan ruang pada skala tersebut berbahaya jika menghentam bumi.

Paul Cox who works at slooh telescope, was using the telescope to observe the asteroid. I captured a image during this time.

=EZY=

 

Categories
NASIONAL

NASA beri amaran jerebu 2015 bencana terburuk alam sekitar

SHAH ALAM 5 OKT: Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) memberikan amaran kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu di Malaysia, Singapura dan Indonesia bakal menjadi bencana alam sekitar terburuk dalam sejarah.

Agensi itu meramalkan jika cuaca kering berpanjangan, 2015 bakal meletakkan keadaan jerebu terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang menjejaskan beberapa negara Asean.

12105849_10153047238411512_7604901953089060812_nSaintis di Universiti Columbia yang berpangkalan di NASA’s Goddard Institute for Space Studies, Robert Field, berkata keadaan jerebu di Singapura dan Selatan-Timur Sumatera menyamai keadaan teruk jerebu yang berlaku pada 1997.

“Jika ramalan cuaca panas dan kering berterusan, 2015 dijangka menjadi tahun terburuk dalam rekod sejarah,” katanya dipetik dari laman sesawang NASA.

Sementara itu, saintis meramalkan bencana alam sekitar akibat jerebu itu bakal menyebabkan kerugian kira-kira USD 9 bilion.

Kesan jerebu itu mengganggu persekolahan di Singapura, Malaysia dan Indonesia apabila beribu-ribu sekolah terpaksa ditutup dikhuatiri menjejaskan kesihatan pelajar.

Ia turut memberikan kesan kepada industri penerbangan apabila di beberapa lapangan terbang di negara terlibat terganggu menyebabkan pembatalan dan penjadualan semula penerbangan.

Malahan jarak penglihatan di Selat Melaka turun mendadak sehingga mengganggu aktiviti perkapalan dan perikanan.

BERNAMA melaporkan jerebu yang semakin tebal melanda perairan Perlis menyukarkan hampir 1,500 orang nelayan negeri Perlis keluar mencari rezeki.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 800 nelayan Kuala Perlis dan hampir 700 nelayan Kuala Sungai Baru dan Kuala Sanglang terpaksa mencari alternatif lain jika jerebu tidak beransur pulih.

EZY