Categories
GLOBAL

ANGKASA nafi asteroid hentam bumi

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 3 JAN: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menegaskan berita berkaitan asteroid bakal menghentam bumi, pada 1 Februari adalah tidak benar.

ANGKASA dalam kenyataan berkata, asteroid yang dimaksudkan itu diberi gelaran ‘2002NT7’ dijumpai Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), pada 2002.

“NASA sudah membuat pengiraan berdasarkan teori astronomi bahawa asteroid terbabit akan menghentam bumi pada 1 Februari ini dengan kebarangkalian kurang daripada satu peratus (%).

“Bagaimanapun, dengan pemantauan dan pengiraan semula, kebarangkalian asteroid itu menghentam bumi adalah amat kecil dan hampir mustahil berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu gusar atau bimbang berkaitan perkara ini dan diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan berita yang tular serta lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat.

Terdahulu, timbul pertanyaan dan reaksi orang ramai terhadap dakwaan NASA bahawa batuan angkasa itu dijangka menghentam bumi, pada 2019 dengan kelajuan 60,000 kilometer sejam.

Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu kemudian ditarik serta-merta oleh pihak NASA dan mereka akan membuat perkiraan semula serta mengesahkan bahawa ia bukan suatu ancaman kepada bumi.

NASA berkata, 2002 NT7 bakal melintasi bumi tanpa terjadi sebarang pelanggaran, iaitu dijangka pada 13 Januari ini.

Categories
GLOBAL SAINS & INOVASI

Asteroid besar saiz pesawat Boeing 747 bakal lintasi Bumi 29 Ogos

GLOBAL 25 OGOS: Sebuah asteroid besar dianggarkan berukuran dua kali ganda daripada saiz pesawat Boeing 747 bakal melintas dan menghampiri Bumi, minggu depan.

MAIL ONLINE melaporkan, asteroid dinamakan 2016 NF23 dijangka melintasi Bumi pada 29 Ogos sekitar jarak lebih 4.8 juta kilometer atau 13 kali ganda jarak antara Bumi dan Bulan.

Batuan angkasa besar itu bergerak pada kelajuan lebih 32,400 kilometer sejam dan dianggap sebagai objek berbahaya memandangkan jarak asteroid berkenaan namun laluan asteroid itu akan membolehkannya meluncur pada jarak selamat pada awal September.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), asteroid 2016 NF23 dianggarkan mempunyai lebar 70 hingga 160 meter yang bersamaan panjang sebuah Boeing 747.

Pada ukuran 160 meter, asteroid itu lebih tinggi daripada Piramid Agung Giza di Mesir yang hanya berukuran 138 meter.

Batuan angkasa dikategorikan dalam kumpulan ‘Athens’ yang dinamakan sempena asteroid 1862 Athens.

Gambar rajah daripada Makmal Pendorongan Jet NASA menunjukkan orbit batuan itu bersilang dengan Bumi dan asteroid semakin dekat dengan planet manusia itu dalam beberapa hari menjelang 29 Ogos, pada hari asteroid mencapai titik paling dekat.

Ketika ini, asteroid itu berada kira-kira .03 unit astronomi (au) atau kira-kira 4.8 juta kilometer dari Bumi.

 

Categories
GLOBAL

NASA: Asteroid gergasi diramal terhempas ke bumi pada 2135

OLEH SABIRAH AZIZ

GLOBAL, 17 MAC: Para saintis National Aeronautics and Space Administration (NASA) memberikan amaran bahawa sebuah asteroid gergasi dijangka akan terhempas ke bumi pada tahun 2135.

Asteroid gergasi diberi nama Bennu itu mempunyai saiz lima buah padang bola dengan anggaran berat 79 bilion kilogram dan dikatakan 1,664 kali lebih berat daripada Titanic.

Mereka (saintis) meramalkan asteroid itu akan memberi 80,000 kali lebih impak berbanding bom Hiroshima, lapor Agensi.

NASA mempunyai kapal angkasa yang diberi nama Hypervelocity Asteroid Mitigation Mission for Emergency Response (HAMMER) direka khas untuk mengubah arah atau menghancurkan asteroid supaya tidak terhempas ke bumi.

Kapal Angkasa HAMMER ini juga mampu menghancurkan asteroid menggunakan bom nuclear, tetapi tidak disarankan kerana berkemungkinan memberi kesan buruk pada bumi.

Bagaimanapun, saintis memutuskan bahawa sebuah HAMMER tidak mencukupi dan tidak mampu mengubah arah Bennu.

Seorang ahli fizik di Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore, Kirsten Howley berkata, menggunakan kapal angkasa HAMMER yang kecil boleh memberi ‘akibat buruk’ pada bumi.

HAMMER hanya berukuran sembilan meter tinggi dengan berat hampir sembilan tan.

SUMBER: AGENSI

 

Categories
SAINS & INOVASI

Asteroid sebesar Menara Shanghai lintasi Bumi 19 April

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM 12 APRIL: Sebuah asteroid diberi nama 2014 JO25 dilaporkan bakal melintasi ‘hampir’ dengan Bumi pada 19 April 2017 (Rabu) nanti.

Portal FALAK ONLINE melaporkan asteroid itu dipercayai mempunyai diameter sepanjang 650 meter, bakal melintasi Bumi pada jarak selamat, iaitu sejauh 1.8 juta kilometer, atau lebih kurang 4.6 kali ganda lebih jauh dari Bulan.

Pada saiz tersebut, asteroid 2014 JO25 ini hampir sama tinggi dengan Menara Shanghai di China.

FALAK ONLINE melaporkan banyak laman web yang menularkan cerita dan mengatakan asteroid ini bakal terhempas ke Bumi dan menyebabkan mega tsunami.

“Itu semua tidak benar kerana jarak lintasannya amat jauh. Malah, Bumi kita ini pun sentiasa dilintasi asteroid-asteroid yang bersimpang-siur, malah ada yang bergerak di antara Bumi dan Bulan pun.

“Cuba istimewanya kali ini ialah saiz asteroid tersebut agak besar. Kali terakhir sebuah asteroid yang besar melintasi hampir dengan Bumi ialah pada tahun September 2004, oleh asteroid Toutatis (yang bersaiz 5 km!),” tulis FALAK ONLINE.

ASteroid1Penemuan asteroid 2014 JO25 ini dibuat menerusi pencerapan Catalina Sky Survey hampir tiga tahun dulu. Projek ini merupakan satu usaha untuk memantau pergerakan asteroid-asteroid yang boleh mengancam Bumi pada masa hadapan.

Buat masa ini, ahli astronomi masih tidak tahu komposisi asteroid ini, sama ada ia berais atau berbatu.

Namun begitu, menerusi misi angkasa NEOWISE (Near-Earth Object Wide-field Infrared Survey Explorer), pemerhatian awal menunjukkan asteroid ini mempunyai tahap pembalikan cahaya dua kali lebih banyak berbanding Bulan.

“Ini bermakna, walaupun ia melintasi jauh (atau dekat, bergantung kepada perspektif masing-masing) daripada Bumi, ia boleh dapat dilihat menerusi teleskop kecil daripada Bumi.

Menurut space.com , ia akan muncul satu ke dua malam sekitar tarikh terdekat ia melintasi Bumi, iaitu 19 April ini.

 
WAKTU SESUAI MENCERAP

FALAK ONLINE melaporkan waktu ketika ia paling cerah, bersinar pada magnitud 10.7 ialah beberapa jam selepas ia melintas paling hampir iaitu 8:24 malam waktu Malaysia.

ASTER“Namun ketika itu, ia belum terbit lagi. Asteroid ini akan hanya kelihatan selepas jam 9 malam, tetapi itu pun rendah di ufuk timur,” tulis FALAK ONLINE.

Peta kedudukan asteroid ini mendapati menjelang sekitar jam 1.30 pagi masuk tarikh 20 April, asteroid 2014 JO25 ini berada pada poin paling tinggi iaitu sekitar 43 darjah, berhampiran dengan buruj Biduk atau Ursa Major.

Kedudukan tertinggi asteroid 2014 JO25 pada jam 1.30 pagi (12.30 tengah malam di Sabah) pada 20 April 2017.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Asteroid 2004 BL86 hampiri Bumi pada 27 Jan – Angkasa

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Asteroid 2004 BL86 bersaiz kira-kira 500 meter diameter (0.5km), yang menghampiri bumi setiap 200 tahun sekali, akan muncul semula pada 27 Jan ini, jam 0020 pagi (pukul 12.20 tengah malam).

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan hari ini berkata pada Selasa depan, Asteroid itu akan berada paling hampir dengan bumi pada jarak kira-kira 1.2 juta kilometer atau lebih kurang tiga kali jarak bumi ke bulan.

Asteroids-passing-Earth-ESA-P.-Carril-TR“Kecerahan Asteroid 2004 BL86 dianggarkan pada magnitud kesembilan dan bergerak pada orbitnya mengelilingi matahari dengan kelajuan 56,420km sejam pada 26 dan 27 Jan.

“Pada kedudukan ini, ia kelihatan bergerak di hadapan bintang-bintang dan dapat dilihat hanya menerusi teleskop atau binokular berkuasa tinggi,” menurut kenyataan itu.

Asteroid 2004 BL86 ini telah ditemukan oleh teleskop Lincoln Near-Earth Asteroid Research (LINEAR) di White Sands, New Mexico pada 30 Jan 2004.

“Para penyelidik di seluruh dunia menjangkakan, selepas kemunculan Asteroid 2004 BL86 pada tahun ini, tiada asteroid lain yang diketahui akan berada paling hampir dengan bumi sehingga tahun 2027.

Asteroid2004BL86-20150119“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya kepada bumi,” menurut kenyataan itu.

Untuk mencerap, orang ramai boleh merujuk kepada buruj Cancer dan lokasi pencerapan mestilah jauh daripada pencemaran cahaya di kawasan yang lapang dengan keadaan cuaca yang mengizinkan.

“Observatori Negara Langkawi (ONL) dengan kerjasama Angkasa juga akan menjalankan pencerapan Asteroid 2004 BL86 pada 27 Jan”.

Angkasa mengalakkan orang ramai yang memiliki teleskop sendiri, untuk berkongsi gambar di laman sosial Angkasa iaitu Facebook: Agensi Angkasa Negara dan Twitter: angkasamalaysia.

Imej yang dimuat naik juga boleh diletakkan hashtag: #ASTEROID2004BL86Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi ONL di talian 04-966 8870 atau Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 dan e-mel di [email protected]/ [email protected].

BERNAMA