Categories
SELANGOR

Lebih Ramai Pesawah Guna “Natural Farming”, Tambah Pendapatan Lebih Dari “BR1M”

Yaakob MB petani buah 01

SHAH ALAM, 16 DIS : Kaedah ?natural farming? akan diperluaskan di Selangor dengan  penglibatan petani dari 700 blok sawah tahun depan yang akan menggunakan teknik yang dapat menambahkan pendapatan sebanyak RM 2,000 setahun.

Teknik itu yang bermaksud ?pertanian semulajadi?, dapat mengurangkan kos penanaman dengan menukarkan baja dan racun kimia dengan bahan-bahan yang diperbuat daripada sumber semulajadi.

Pada pengalaman seorang pesawah di Simpang Lima Sungai Besar,  Fadzlin Taslimin, kaedah itu juga dapat meningkatkan hasil tanaman.

“Saya mengusahakan sebanyak lima lot sawah. Perbelanjaan untuk racun adalah sekitar RM5,000 ke RM6,000 sebelum ini.

“Pada musim terbaru ini sudah berlaku penjimatan sebanyak sekitar RM3,000 untuk lima lot sawah tersebut,” katanya yang mula menggunakan teknik itu tiga tahun lalu.

Ujar beliau lagi, kaedah yang sihat itu lebih memberikan jaminan kesihatan kerana kurang daripada penggunaan racun kimia yang mengancam kesihatan.

“Juga untuk musim yang terbaru ini hasil akan meningkat sebanyak satu tan. Tiga ekar mungkin akan menghasilkan sehingga sembilan tan padi,” katanya.

Exco Permodenan Pyaakob interview yellow stripe 01ertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata pelan tahun depan adalah kesinambungan daripada projek perintis di Simpang Lima Sungai Besar.

Dalam projek itu, petani perintis daripada lapan blok sawah yang menggunakan teknik itu dapat mengurangkan kos operasi mereka daripada RM 5,000 kepada kurang dari RM 1,000 sebulan.

“Sekurang-kurangnya sebanyak RM 18 juta setahun boleh dijimatkan bagi 1,000 hektar,” katanya.

Yaakob berkata baja dan racun semulajadi tersebut juga boleh dijual oleh para petani untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Katanya, kesihatan para petani juga akan lebih terjamin kerana tidak terdedah dengan racun kimia yang mengancam kesihatan.

“Kaedah ini tanpa racun di sawah akan menyebabkan ekosistem kembali stabil dengan ikan-ikan akan hidup di sawah-sawah,” ujarnya apabila ditemui baru-baru ini.

Tambah Yaakob, para petani yang mengamalkan konsep ?Natural Farming? membolehkan mereka memperolehi Sijil Amalan Ladang Baik Malaysia (SLAM).

“Kita mahu menghasilkan beras Selangor yang bersifat organik dengan harganya lebih mahal daripada beras biasa. Kosnya semakin rendah tetapi hasilnya lebih tinggi,” katanya.

“Kita memberikan petani teknologi dan bukannya subsidi kerana jika subsidi kerajaan perlu membelanjakan jumlah itu pada tahun berikutnya.

?Dengan teknologi, kita dapat menjimatkan kos pengeluaran petani dalam RM1,000 semusim maka ia lebih baik daripada BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) yang di mana ia berterusan dari tahun ke tahun,? kata Yaakob.

Kerajaan Pusat Digesa Bersikap Adil Kepada Semua Negeri – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 09102012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 9 OKTOBER 2012 :

Kerajaan Pusat Harus Adil Dan Saksama Kepada Semua Negeri,
MB : Muhyiddin Tidak Pandai Baca Angka,
MB : Jangan Percaya Mahathir Yang Cakap Bodoh,
Selangor Perluaskan ‘Natural Farming’, Jana Lebih Keuntungan Untuk Petani.

 

Categories
SELANGOR

Selangor Perluaskan ‘Natural Farming’, Jana Lebih Keuntungan Untuk Petani

BESTARI JAYA, 8 OKT : Kaedah pertanian ‘natural farming’ atau pertanian semula jadi yang diperkenalkan Jabatan Pertanian Selangor akan diperluaskan bagi meningkatkan pendapatan golongan petani di Selangor.

Pada masa ini, Selangor satu-satunya negeri yang melaksanakan kaedah pertanian ini yang dimulakan di Korea Selatan.

Kaedah itu mampu mengurangkan kos pertanian sehingga sehingga 70 peratus.

Selain itu ia juga dikatakan baik untuk kesihatan disebabkan menggunakan teknik semulajadi untuk menghalang serangan serangga dan memastikan penggunaan bahan kimia pada tahap minima berbanding pertanian konvensional.

Demikian menurut Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari dalam ucapannya ketika melawat ladang penanaman tembikai batu di Taman Agroteknologi Bestari Jaya hari ini.

Menurut Dr Yaakob, kaedah tersebut selain sesuai untuk penanaman tembikai batu, ianya turut sesuai untuk jenis pertanian lain.

“Kita telah berjaya di sawah. Sebahagian dari sayuran kita dan di sawah secara kecil-kecilan tidak menggunakan racun lagi,” kata Dr Yaakob.

Dr Yaakob juga menyatakan, kerajaan negeri mensasarkan kaedah ‘natural farming’ ini akan diaplikasikan oleh seluruh petani di negeri ini dalam jangkamasa tiga tahun lagi.

Menurut Dr Yaakob, kaedah pertanian semulajadi itu juga memberikan penjimatan kos yang tinggi bagi setiap musim dan lebih bernilai berbanding pemberian ‘one-off’ sperti BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia).

Menurut seorang pengusaha tanaman tembikai batu Norhisham Ramlan, beliau hanya mengeluarkan kos RM 300 sahaja setiap musim untuk ladangnya.

Berbanding dahulu, di mana beliau terpaksa membelanjakan
RM 1,500 untuk racun dan baja kimia bagi satu musim yang mengandungi 1,200 pokok.

Terdahulu, dalam majlis yang dihadiri oleh kira-kira 50 orang itu, Dr Yaakob turut sempat melawat ladang penanaman tembikai batu yang diusahakan Norhisham.

Dalam sama dalam lawatan setengah hari itu, beliau turut diiringi Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang, Yahya Sahri.