Categories
NASIONAL

Onn Abu Bakar – Fokus Calon PRU 13


 

Sinopsis:

Onn Abu Bakar – calon PKR Semberong, Johor

Semberong merupakan salah satu dari kubu kuat Umno/BN yang diwakili Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Namun kebangkitan rakyat dalam PRU-13 menjadikan Johor bukan lagi kawasan Selamat kepada BN.

“Semberong terlalu banyak masalah yang tidak diselesaikan disebabkan wakilnya tidak mempunyai masa untuk bertemu rakyat.

“PR menawarkan pelbagai agenda merakyatkan ekonomi termasuk hapuskan PTPTN, penurunan tol, turun harga minyak dan pelbagai lagi yang akan meringankan bebanan rakyat.-Onn Abu Bakar.

Categories
NASIONAL

Lambakan Bendera Umno-BN Di Putrajaya, PKR Buat Aduan

PUTRAJAYA, 5 JUL : PKR akan mengemukakan aduan rasmi kepada pihak pengurusan Perbadanan Putrajaya berhubung lambakan bendera Umno-BN di beberapa kawasan kediaman pusat pentadbiran itu.

Menurut Ketua Cabang PKR Putrajaya, Onn Abu Bakar, pemasangan bendera secara haram itu dikenalpasti di beberapa lokasi berbeza antaranya Presint 9, 11 dan 16 serta beberapa kawasan lain.

Beliau berkata, keadaan itu dilaporkan berlaku sejak sebulan yang lalu dengan membabitkan kawasan perumahan terutama pangsapuri dan kondominium walaupun tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) masih belum diumumkan.

“Kita minta pihak yang bertanggungjawab untuk tampil memberi penjelasan berhubung pemasangan bendera oleh Umno-BN. Saya anggap perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia menyalahi peraturan.

“Tambahan pula sekarang ini bukannya waktu berkempen, justeru bendera mana-mana parti politik tidak sepatutnya digantungkan di mana-mana tempat,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak Perbadanan Putrajaya untuk memberi penjelasan berhubung status pemasangan bendera tersebut dengan kadar segera.

Beliau turut memaklumkan akan menghantar aduan rasmi kepada Perbadanan Putrajaya dalam waktu terdekat bagi menyelesaikan perkara tersebut.

“Pihak perbadanan tidak boleh berdiam diri terhadap perkara ini. Mereka mempunyai dua pilihan iaitu sama ada mengarahkan Umno-BN untuk segera menurunkan bendera mereka atau turut sama memberi kebenaran kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menggantung bendera,” katanya.

Categories
SELANGOR

Masalah Parkir Semakin Kronik Terhad

PUTRAJAYA, 15 MAC : Berlanjutan agak lama, sehingga kini masalah kekurangan parkir kereta di pangsapuri Presint 9 dan 11 di sini semakin kronik dan seakan tidak ada jalan penyelesaian.

Kawasan ini merupakan penempatan terpadat yang didiami kakitangan awam di pusat pentadbiran negara yang serba canggih itu.

Pembangunan pesat dan pembinaan pangsapuri yang semakin bertambah menyebabkan penambahan kenderaan yang menyumbang kepada kekurangan kawasan parkir.

Kawasan perumahan yang mempunyai ruang parkir kereta yang terhad menyebabkan pemilik kenderaan meletakkan kereta di bahu jalan, walaupun sedar tindakan itu salah dan boleh menyebabkan masalah trafik.

Menurut Ketua Cabang PKR Putrajaya, Onn Abu Bakar, masalah yang semakin kritikal ini terpaksa dihadapi penghuni yang rata-rata setiap isi rumahnya mempunyai lebih daripada sebuah kereta.

“Penduduk di kawasan ini tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan kerana itu sahaja alternatif yang ada setakat ini. Saya benar-benar berharap supaya pihak pengurusan pangsapuri dapat mencari jalan untuk mengatasi masalah tempat letak kereta bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Onn berkata, walaupun saman dikeluarkan setiap hari, namun keadaan sama tetap berlaku.

Jelasnya, penduduk akan tetap meletakkan kenderaan di bahu jalan memandangkan tidak mempunyai pilihan lain.

Sementara itu, Siti Munirah, 26, yang menetap di kawasan itu berkata, beliau benar-benar berharap supaya pihak pemaju boleh menyediakan kemudahan tempat letak kereta bagi mengelakkan mereka dari terus disaman.

“Pihak pemaju mungkin boleh membina tempat letak kereta bertingkat bagi memastikan kenderaan dapat diletakkan di tempat yang selamat. Ini bagi mengelakkan penduduk daripada terus-terusan terpaksa membayar saman daripada Perbandaran Putrajaya,” jelasnya.

 

 

 

“Bandaraya Contoh” Yang Banyak Kemalangan.

PUTRAJAYA 03 MAC 2012 : Walaupun diwar-warkan sebagai ?bandaraya pintar? (intelligent city) dan ?ibukota contoh?, sistem aliran trafik di pusat pentadbiran negara ini masih mempunyai kekurangan sehingga menjadi punca kemalangan.

Ketua Cabang PKR Putrajaya, Onn Abu Bakar berkata jumlah kemalangan di sini meningkat dari tahun lalu, sementara angka kematian juga melonjak dari lima pada tahun 2010 ke 11, pada tahun lepas.

“Pihak berwajib seharusnya mengambil serius perkara ini, jangan hanya rakus membangunkan kawasan tetapi tidak meningkatkan sistem aliran trafik.?

Onn berkata punca utama kemalangan adalah sistem trafik dan lampu isyarat yang menggelirukan,” katanya apabila ditemui SelongorKini.

Onn berkata pihak berwajib dilihat tidak menitik beratkan soal dan menganggap orang ramai akan selamat kerana kawasan Putrajaya selesa dan mempunyai jalan raya yang luas.

“Mana perginya kempen yang dilakukan, kononnya mahu menjadikan Putrajaya sebagai bandar contoh dan selamat serta mencapai wawasan sifar kemalangan maut?

“Tetapi kemalangan maut terus meningkat, sedangkan terdapat pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kebanyakkan persimpangan lampu isyarat yang dikatakan sudah dipertingkatkan,” katanya.

Beliau walaupun kesibukan Putrajaya, jarang menyebabkan kesesakan yang teruk, namun apa yang mengerikan ialah keadaan jalannya mengundang maut.

“Di sesetengah kawasan banyak juga lampu isyarat yang sudah lama tidak berfungsi di kawasan ini, faktor ini juga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya jika tidak diambil tindakan segera,” katanya.

Onn berkata banyak aduan yang diterima tentang pihak berkuasa yang seolah-olah tutup mata kepda sikap pemandu yang membawa kenderaan dengan laju.

“Jangan harapkan CCTV sahaja, turun padang kawal sendiri lihat keadaan yang berlaku jangan hanya galak membina jalan yang menarik sehingga mengabaikan keselamtan pengguna,” katanya.

ends

Segerakan Laluan Basikal Bagi Mengelak Kemalangan

PUTRAJAYA 03 MAC: Laluan berbasikal perlu disediakan secepat mungkin berikutan peningkatan minat aktiviti berbasikal di kalangan warga kota pentadbiran ini.

Sehingga kini, penyertaan terhadap sukan berbasikal sudah mencecah ribuan orang dan ini akan menyukarkan mereka jika laluan berbasikal tidak disediakan oleh pihak berkuasa.

Lebih lagi, laluan basikal sangat diperlukan bagi mengelakkan kemalangan seperti yang terjadi kepada skuad pelumba basikal kebangsaan dalam ujian pemilihan ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 baru baru ini.

Ketua Cabang PKR Putrajaya, Onn Abu Bakar, laluan perliu disediakan di seluruh Putrajaya dan bukan hanya memberi tumpuan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan seperti yang diwar-warkan baru-baru ii.

“Kita lihat banyak jalinan jalan raya yang amat baik, sekali gus memberi kelebihan kepada peminat sukan berbasikal melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan,” katanya ditemui Selangorkini.

Beliau berkata pihak berkuasa patut menyediakan laluan basikal dengan segera bagi mengelak kejadian yang menimpa skuad pelumba basikal.

“Kita tidak mahu perkara sebegini di pandang remeh dan berulang lagi, persatuan berbasikal Putrajaya juga turut menyuarakan pendapat yang sama supaya disegerakan demi keselamatan penunggang.” katanya.

Di dalam kejadian itu, empat pelumba dirempuh sebuah kereta berhampiran simpang empat di Kementerian Belia dan Sukan ketika mereka sedang bertanding.

Pelumba wanita elit kebangsaan, Mariana Mohamad cedera parah apabila dilanggar dari arah bertentangan oleh sebuah kereta Kancil yang dipandu laju oleh seorang wanita.

Nahas yang berlaku pukul 10.30 pagi itu mengakibatkan mangsa terpelanting dan patah tangan kiri, di samping mengalami luka di bahagian muka.

Rakan mangsa yang juga pelumba elit wanita kebangsaan, Masziyaton Mohd Radzi bersama dua lagi pelumba pelapis kebangsaan, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid cedera ringan di tangan dan jari.

ends