Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kecurian pakaian seragam polis Subang Jaya palsu

SHAH ALAM, 29 DIS: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan kebenaran berita kecurian 30 pakaian seragam anggota polis di sebuah kedai dobi, di Subang Jaya.

POLIS BIRU 2 4x4Khalid melalui laman Twitternya semalam, menafikan dakwaan kecurian berkenaan yang diviralkan di laman media sosial, sejak 27 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari, dalam laman Facebook Polis Daerah Subang Jaya pula berkata dakwaan kecurian itu adalah cerita viral lama.

“Viral ini adalah palsu…Tiada kes seperti ini dilaporkan di daerah Subang Jaya,” katanya lapor BERNAMA.

Mohammad Azlin turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita dan perlu memastikan kesahihan berita itu sebelum diviralkan.

Kes kecurian pakaian polis itu dilaporkan pada Februari 2015.

Seorang pemilik kedai dobi membuat laporan polis apabila menyedari 30 helai pakaian seragam polis dicuri dari kedai itu selepas dipecah masuk.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Palsu: Tiada gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 DIS: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menafikan maklumat palsu yang tersebar berhubung gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, mulai semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, SYABAS memaklumkan maklumat palsu menerusi laman sosial itu merujuk kepada gangguan air yang berlaku pada tarikh sama dua tahun lalu.

syabass“Tiada gangguan bekalan air seperti yang disebarkan, ia hanya tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab,” kata kenyataan itu.

Mengikut laporan palsu itu, gangguan air melibatkan 217,694 pengguna di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang dan Shah Alam.

SYABAS berharap pengguna tidak membuat sebarang spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik.

Bagi mendapatkan maklumat terkini, layari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tweet palsu, Guan Eng buat laporan polis

SHAH ALAM, 3 OKT: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan membuat satu laporan polis berhubung tweet palsu mengaitkan dirinya kononnya menggesa mereka yang tidak bersetuju dengan larangan pembesar suara di masjid untuk keluar dari negeri itu.

Sambil menafikan beliau ada menghantar tweet berkenaan, Guan Eng menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk segera menyiasat.

lim guan engKatanya, orang ramai juga tidak perlu percaya dakwaan yang cuba menggambarkan beliau sebagai mencampuri hal ehwal Islam Pulau Pinang.

“Perbuatan ini berniat jahat dan fitnah. Pulau Pinang tidak pernah meminggirkan mana-mana masyarakat walaupun mereka yang menyokong Umno atau parti komponen BN lain.

“Peruntukan negeri disalurkan kepada semua penduduk Pulau Pinang tanpa mengira fahaman politik,” katanya dalam satu sidang media yang turut dihadiri Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

masjid01Memetik Malaysia Kini, Mohamad turut mempertahankan Guan Eng dan tidak menolak tuduhan mengaitkan Ketua Menteri itu dibuat kerana beliau seorang Cina dan ahli DAP.

Terdahulu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dalam satu surat bertarikh 1 September 2015 menyatakan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan juga iqamah yang akan diwartakan menjelang tahun hadapan.

Larangan itu turut disokong Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata ia selaras dengan ajaran Islam kerana tiada keperluan untuk menguatkan bacaan Al-Quran kecuali azan, bahkan perkara itu dilarang sama sekali oleh Nabi Muhammad SAW.

Categories
SELANGOR

Maklumat palsu jejas jualan biskut raya IKS

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 JUN: Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera kecewa apabila jualan biskut raya keluaran syarikat masing-masing terjejas ekoran penyebaran maklumat palsu pihak tidak bertanggungjawab.

Pengurus E-In Cookies, Mohd Hasrul Rosli, berkata kemerosotan jualannya dipercayai ekoran dakwaan kononnya biskut raya yang dipasarkan di Pasaraya Giant diimport dari China sebelum ditukar kepada label syarikat tempatan.

“Biskut keluaran syarikat kami dihasilkan sendiri dan mendapat sijil pengesahan halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) tetapi difitnah pihak tak bertanggungjawab yang memangsakan IKS seperti kami.

biskut raya“Kesannya dapat dirasai apabila dimaklumkan oleh jurupromosi kami dan Giant bahawa jualan mula merosot.

“Setiap hari ada sahaja panggilan telefon bertanyakan status biskut kami. Selepas diyakinkan, baru mereka beli tetapi pada masa sama saya fikir berapa ramai yang percaya bulat-bulat, tidak selidik atau bertanya kepada kami sendiri,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Katanya, E-In yang beroperasi di Klang turut memasarkan produk mereka di Pasaraya Hero dan Grocer.

Lembaga Pengarah Noraini’s Cookies World Wide Sdn Bhd, Hezlee Ezha Norsham pula menggesa orang ramai tidak mudah terpedaya dengan maklumat palsu yang disebarkan secara meluas di aplikasi whatsapp.

noraini cookies“Fitnah ini memberi tekanan kepada kami dan rakan pengeluar lain yang memasarkan produk di Giant. Saya harap orang ramai kaji dahulu, jangan terus percaya khabar angin tak berasas ini.

“Selain di Giant, biskut raya keluaran syarikat kami turut dipasarkan di pasaraya besar Tesco dan Aeon Big. Tetapi isu ini timbul di Giant dan saya serahkan kepada pihak pengurusan pasaraya itu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Seperti E-In Cookies, Hezlee memberitahu, beliau turut menerima panggilan telefon daripada orang ramai yang meminta pengesahan status halal JAKIM yang tertera di bekas produk syarikatnya.

Sementara itu, Selangor Kini mendapati di facebook milik Izara Cookies terdapat beberapa maklumat menarik dikongsikan pengendali akaun syarikat terbabit.

izara cookiesAntaranya gambar lawatan pegawai Pusat Promosi dan Teknologi Mardi Serdang dan Kota Bharu di kilang itu yang beroperasi di Taman Sri Serdang.

“Alhamdulilah – Lawatan dari Pusat Promosi dan Teknologi Mardi Serdang – Hajah Wan Zainun, Encik Abu Bakar. Mardi Kota Bharu – Haji Fauzi. Terima Kasih di atas sokongan pihak Mardi ,” tulis pengendali akaun terbabit.

Pengendalinya turut memuat naik beberapa gambar produk terbabit di beberapa rak jualan di sebuah pasaraya dipercayai Giant.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Hentikan sebar berita palsu gangguan air 36 jam

SHAH ALAM 2 MAC: Dakwaan berlaku gangguan air selama 36 jam di seluruh Selangor seperti tersebar menerusi aplikasi media WhatsApp adalah palsu dan berniat jahat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib, berkata ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat itu dengan niat menimbulkan panik dalam kalangan pengguna.

wasap tak ada air palsu“Maklumat yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp itu sama sekali tidak benar.

“Kerajaan Negeri menyeru kepada semua pengguna agar tidak membuat spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam khususnya pengguna di Selangor,” kata Zaidy dalam kenyataan media.

Zaidy berkata Kerajaan Selangor kesal di atas insiden berlaku dan berharap pengguna Whatsapp meneliti dahulu maklumat diterima sebelum membuat sebaran umum.

Pengguna disaran melayari laman sesawang SYABAS iaitu http://www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini.

 

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pejabat MB nafi keluar notis tawaran bantuan kewangan pelajaran

Oleh: SHUHAIMI SHAFIEI

Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor semalam mendapat beberapa aduan berkenaan penyebaran notis pengumuman menawarkan Bantuan Kewangan Pelajaran Anak-Anak Selangor di beberapa Institusi Pendidikan Tinggi di negeri ini.

Saya ingin menafikan notis tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor dan menganggap penyebarannya sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kekecohan terhadap pentadbiran Dato’ Menteri Besar yang baru.

IMG-20141119-WA0035 notisWalaupun Kerajaan Negeri mengambil perhatian yang amat berat dalam isu pendidikan, namun sebarang pengumuman akan dibuat menerusi saluran betul dan dihebahkan menerusi saluran media massa dan jabatan yang terlibat.

Kerajaan Negeri turut bakal mengumumkan senarai bantuan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi dalam ucapan Belanjawan 2015 minggu hadapan.

Diharap semua rakyat di negeri Selangor dapat mengambil maklum perkara ini dan menunggu pembentangan belanjawan negeri pada 24 November depan.

Turut dilampirkan bersama kenyataan ini ialah gambar notis palsu yang disebarkan.

# Shuhaimi Shafiei adalah Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor