Categories
NASIONAL SELANGOR

Video keganasan FRU ditayang dalam Tribunal Rakyat -FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 19092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Tiga video yang memaparkan kekecohan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Parlimen Tapah 5 Mei lalu hari ini dipertonton dalam Tribunal Rakyat.

2. Semua 13 peserta demonstrasi dalam insiden rampasan kuasa di Perak pada 2009 menang dalam rayuan pelaksanaan hukuman denda RM5,000 dan dua tahun penjara mandatori.

3. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh bekas ketuanya Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau mengetahui tentang projek IC di Sabah, lapor Harakahdaily.net

Categories
NASIONAL

Ibu mangsa bunuh menangis teresak-esak di Tribunal Rakyat

ibu k murugan parlimenSUBANG JAYA 19 SEPT: “Saya hanya mahukan keadilan atas kematian anak saya. Itu sahaja,” kata ibu mendiang K Murugan sambil menitiskan air mata ketika disoal panel Tribunal Rakyat berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Rajamah Pachiapan teresak-esak ketika menceritakan insiden kehilangan Murugan, 36, yang dipercayai dibunuh berhampiran kolam Taman Perindustrian Bemban di Batu Gajah pada 1 Mei lalu.

Menceritakan detik kehilangan Murugan, saksi kesembilan itu, berkata, anaknya tidak pulang ke rumah selepas keluar membersihkan dewan ceramah kira-kira jam12 tengah malam.

“Memang tinggal serumah bersama saya sejak dulu. Dia beritahu saya untuk keluar membersihkan bilik mesyuarat tempat berlangsungnya ceramah malam itu.

“Tapi, dia tidak kembali sehingga mayatnya ditemui 5 Mei lalu,” katanya yang mengesahkan anaknya ada menerima panggilan ugutan supaya tidak menyokong calon PKR.

Beliau berkata, polis tidak mengambil sebarang tindakan sehingga hari ini meskipun beberapa siri laporan polis dibuat.

“Saya ada disoal siasat tetapi malangnya tiada tindakan dari polis. Saya hanya mahu keadilan,” katanya.

K Murugan ialah pengawal peribadi dan pekerja kempen kepada calon Parlimen Tapah, K Vasantha Kumar.

Mayatnya ditemui berhampiran kolam Taman Perindustrian Bemban di Batu Gajah pada 1 Mei dengan kesan kecederaan termasuk badan dikelar dan diikat menggunakan wayar.

Categories
SELANGOR

Tiga video keganasan FRU dipertonton dalam Tribunal Rakyat

videoSUBANG JAYA 19 SEPT : Tiga video yang memaparkan kekecohan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Parlimen Tapah 5 Mei lalu hari ini dipertonton dalam Tribunal Rakyat.

Video berdurasi antara tiga hingga lima minit itu dikemukakan calon PKR Parlimen itu, K Vasantha Kumar pada sesi hari ini.

Ia memapar kekerasan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) ketika menyuraikan penyokong Vasantha yang mempersoal kehadiran kotak undi eragukan.

Video itu juga memaparkan calon PKR Parlimen Tapah itu bersama penyokongnya diasak keluar dari pusat pengiraan undi.

“Saya minta masuk ke pusat pengiraan undi tetapi hanya masuk pada jam 1 pagi iaitu selepas proses pengiraan undi tamat,” katanya yang meminta polis menjelaskan larangan itu tetapi tidak dilayan.

Pada PRU 13, Vasantha tewas kepada calon BN, Datuk M Saravanan dengan majoriti 7,927 undi.

– FZL