Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Pemeriksaan kesihatan percuma DUN Bandar Utama Sabtu depan

SHAH ALAM, 12 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma khusus untuk penduduk Kampung Sungai Kayu Ara pada 19 Februari ini.

Wakil rakyatnya, Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif dengan kerjasama Hospital Assunta Petaling Jaya itu bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari di Balai Raya Kampung Sungai Kayu Ara.

“Program ini bertujuan meringankan beban penduduk tempatan di kawasan berkenaan yang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.

“Justeru, saya mempelawa penduduk setempat supaya memanfaatkan peluang ini untuk mengenal pasti status kesihatan masing-masing,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata orang ramai yang berminat perlu membuat pendaftaran secara dalam talian melalui pautan http://tiny.cc/KlinikKayuAra dengan menyertakan dokumen lengkap.

“Penduduk diminta menyertakan slip gaji atau bukti pendapatan bulanan manakala surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mereka yang ingin memohon kad Program Pesakit Luar Kebajikan Masyarakat (SWOP) Hospital Assunta,” katanya.

Sementara itu, untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 016-6849371.

 

Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

DUN Bandar Utama anjur pemeriksaan kesihatan percuma B40 Sabtu ini

SHAH ALAM, 10 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma pada 15 Januari ini.

Wakil rakyat Jamaliah Jamaluddin berkata program dengan kerjasama Hospital Assunta diadakan dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari di Balai Raya Kampung Sungai Kayu Ara.

“Program ini dianjur bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Penyertaan terhad kepada 40 orang golongan berpendapatan rendah (B40) dan keutamaan diberi kepada penduduk Kampung Sungai Kayu Ara,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, antara syarat untuk sertai program terbabit adalah warganegara, pendapatan RM2,500 ke bawah, perlu tampilkan slip gaji atau surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri melalui pautan http://tiny.cc/KlinikKayuAra bersama dokumen yang lengkap.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 016-6849371.

Categories
SELANGOR

Warga DUN Seri Andalas terima pemeriksaan kesihatan percuma

KLANG, 3 APR – Peluang baik buat warga DUN Seri Andalas apabila berpeluang menerima rawatan kesihatan secara percuma hari ini.

Program anjuran bersama Kelab Rotary Bukit Kiara Sunrise, Kelab Rotary Shah Alam dan JKP Zon N49A Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Simpang Lima.

XAVIERBermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang, orang ramai bukan sahaja menerima pelbagai pemeriksaan kesihatan, malah diberi pek cenderamata.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar yang juga merupakan doktor gigi turut tidak melepaskan peluang memberi khidmat pemeriksaan pergigian singkat sebagai pendekatan beramah mesra dengan warga di dun itu.

-nR-