Categories
AGENDA NASIONAL

Jangan anak tirikan media, MP gesa agihan vaksin secara adil

SHAH ALAM, 11 JUN: Ahli parlimen Lembah Pantai menggesa kerajaan tidak menganaktirikan pengamal media sebaliknya mempercepat agihan vaksin Covid-19 secara adil kepada golongan terbabit.

Fahmi Fadzil berkata mereka adalah sebahagian dari petugas barisan hadapan untuk laporan berita yang pasti menjadi risiko kepada diri, rakan sekerja dan keluarga sekiranya belum diberi vaksin.

“Saya sebenarnya amat terkesan apabila warga media terpaksa meluahkan perasaan dengan menggunakan tanda pagar #CucukMyPress untuk mendapat layanan segera dari kerajaan.

“Pengamal media tidak patut dianak tiri. Mereka yang berada di lapangan, merakam dan melaporkan segala berita setiap hari dalam usaha kita membendung penularan Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Fahmi, beliau menyambut baik usaha kerajaan memberi vaksin kepada golongan berkaitan pada 1 Jun lalu namun jumlah 100 individu disifatkan kecil berbanding 5,000 yang telah mendaftar.

Jurucakap KEADILAN bagi komunikasi, seni dan budaya itu menggesa Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 menjelaskan mengapa warga media tidak termasuk dalam senarai fasa satu pemberian vaksin.

“Menteri komunikasi dan multimedia juga mesti beri penjelasan bila tarikh tepat kesemua golongan yang mendaftar ini akan terima vaksin. Seharusnya beliau lebih tegas dan pantas dalam hal ini, namun beliau jelas telah gagal,” luahnya.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

JPM sedia khemah dan kerusi untuk pengamal media

SHAH ALAM, 27 FEB: Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam menyediakan tiga khemah serta kerusi untuk kegunaan kira-kira 60 pengamal media daripada pelbagai agensi yang berkampung di hadapan bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Inisiatif itu diambil selepas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan melakukan tinjauan dan beramah mesra dengan petugas media yang bertugas di situ, lapor Harian Metro.

Mohd Sallehhuddin bersama kakitangan JPM turut menghulurkan sumbangan nasi lemak dan minuman serta bersarapan bersama petugas media di lokasi berkenaan.

Dua daripada khemah didirikan di pintu masuk protokol, laluan yang digunakan Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memasuki pejabat serta tetamu khas Perdana Menteri, manakala satu lagi khemah dipasang di hadapan pintu masuk awam.

Selain JPM, beberapa pihak termasuk Pejabat Perdana Menteri dan beberapa syarikat serta orang persendirian turut menghulurkan sumbangan makanan kepada petugas media.

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Kesesakan internet cabaran utama pengamal media

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Kesesakan talian internet antara cabaran kepada pengamal media yang membuat liputan di kawasan himpunan Bersih 4.0 dan menyukarkan laporan berita dihantar tepat pada masa.

Keadaan terbabit menimbulkan spekulasi dalam kalangan pengamal media selain disebabkan terlalu ramai pengguna internet pada masa serentak dan wujudnya tindakan pihak tertentu untuk menyekat laporan media kepada masyarakat.

IMG_20150830_104319Ia turut dialami wartawan dan kru Selangor Kini serta TV Selangor yang membuat liputan penuh sepanjang perhimpunan berlangsung.

Bagi memastikan berita dapat dihantar lebih cepat, pengamal media perlu mencari kawasan kurang sesak yang agak jauh dari pentas utama di Dataran Merdeka, namun ia didapati lebih mudah berbanding semalam.

Selain isu keselamatan dan kesesakan talian internet, cuaca panas juga menjadi satu lagi cabaran kepada pengamal media dalam memastikan laporan yang cepat dan tepat kepada masyarakat.

-NFN-

JURNAL BERITA : Selangor cemerlang dua penggal memerintah

Sinopsis

1- Kerajaan Selangor pandang serius serbuan terhadap BSM

2- Selangor tidak perlu rujuk kerajaan pusat, kekal cemerlang dua penggal memerintah

3- Anwar: Kerajaan Pusat perlu teladani kepimpinan dan toleransi Khalifah Islam

4- Jingga 13 akan ambil tindakan ke atas Amar Singh

5- Anwar: Media Indonesia bebas kritik Presiden, media kita puji Najib PM terbaik dunia

6- Tiga DUN bergabung bantah kenaikan harga barang

7- Mantan MB Selangor: Umno berlagak mahu tonjol Islamik main isu kalimah Allah

8- Naik Tol, Kerajaan BN tidak prihatin bebanan rakyat

9- Pengamal media, anak Mahathir berarak dalam hujan & ‘patahkan pensel

10- Anwar : Sejarah buktikan Saddam, Soeharto juga selalu ‘menang’ pilihan raya

11-Akta Percetakan dan Penerbitan ‘senjata’ BN sekat media

12-Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan perlu kaji kedudukan Harussani

13-Kanak-kanak mati dalam kereta, Kerajaan Pusat perlu wujud kementerian khas