Categories
NASIONAL SELANGOR

Tony Pua : Tawaran RM9.65 Bilion Ambil Alih Air Munasabah

tony pua Forum Air 2

SEPANG , 1 MAC : Tawaran yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambilalihan empat syarikat konsesi air sebanyak RM9.65 bilion adalah tawaran yang munasabah dan bersesuaian.

Justeru, syarikat konsesi air itu diharap dapat menerima tawaran yang dikemukakan itu demi kepentingan rakyat dalam mendapatkan mutu perkhidmatan air yang terbaik pada tarif yang berpatutan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, mengikut perjanjian konsesi Kerajaan Selangor hanya perlu membayar sebanyak RM6 bilion bagi pengambilalihan pengurusan air tersebut.

“Tetapi Kerajaan Selangor menawarkan hampir RM10 bilion supaya mudah untuk pihak terbabit iaitu (Syarikat Bekalan Air Selangor)Syabas dan lain-lain melepaskan konsesi mereka kepada Kerajaan Negeri.

Forum Air

“Namun mereka masih tidak mahu menjualnya walaupun Kerajaan Negeri memberikan tawaran yang lebih mengapa mereka masih tidak mahu menjualnya,” kata Tony.

Beliau berkata demikian semasa ceramahnya dalam Forum Isu Air yang diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Putra Perdana yang diadakan di sini.

Kira-kira 150 penduduk sekitar hadir dalam sesi itu yang turut di hadiri Exco Selangor, Teresa Kok.

Terasa Kok Forum Air

Jelas, Tony walaupun syarikat Splash dan Abass dilihat bersetuju dengan tawaran itu namun pihak Syabas masih berdolak dalik bagi mendapatkan harga tawaran pengambilalihan yang lebih tinggi lagi.

Dakwanya, ia disebabkan Syabas memiliki kadar hutang yang tinggi di mana perlu diselesaikan.

“Oleh sebab itu kita membantah apabila utiliti seperti air ini diswastakan kepada seseorang sebab ia menyebabkan ia amat berkuasa melebihi kerajaan dan rakyat.

“Justeru penyelesaian terbaik ialah pada pilihan raya yang akan datang cara yang paling senang menyelesaikan isu air di Selangor ialah bukan sahaja Pakatan Rakyat kekal memerintah di Selangor tetapi kita berharap ada kerajaan baru di peringkat persekutuan.

“Air adalah mencukupi di Selangor dan jika kita berjaya mengurangkan kadar kehilangan air yang dirawat bagi lebih banyak lagi air yang boleh digunakan di Selangor,” kata Tony.