Categories
SUKANKINI

Piala AFF: Kemenangan ke atas Laos lonjak semangat Harimau Malaya

Categories
BERITA UTAMA SUKANKINI

Piala AFF B-19: Malaysia juara tumbangkan Myanmar 4-3

GLOBAL 15 JUL: Malaysia muncul juara kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bawah 19 tahun buat kali pertama selepas mengalahkan Myanmar 4-3 di perlawanan akhir.

ASTRO AWANI melaporkan Nik Akif Syahiran Nik Mat menjadi wira skuad Harimau Malaya selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir masa kecederaan babak kedua, menerusi sepakan percuma dari kiri padang.

Sebelum itu, Malaysia mendahului permainan 2-0 menerusi jaringan Awang Muhammad Faiz dan Nik Akif pada awal babak pertama, namun Myanmar bangkit dengan tiga gol untuk mendahului 3-2 tamat babak pertama.

Shivan Pillay kemudian menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-75 sebelum Nik Akif menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-93 perlawanan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turun menyaksikan perlawanan itu diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat kemenangan dan trofi kejuaraan kepada skuad bimbingan Bojan Hodak itu.

SUMBER: ASTRO AWANI

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL SUKANKINI

Piala AFF Suzuki: Malaysia dikalahkan Vietnam 1 – 0

OLEH HAFIZAN TAIB

YANGON, 24 NOV: Malaysia dikecewakan Vietnam apabila tewas 0 – 1 dalam perlawanan Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwanna, di sini, semalam.

Kekalahan itu membuatkan Harimau Malaysia menempuh laluan sukar melayakkan diri ke separuh akhir.

Sebaliknya, kemenangan kedua memberikan keselesaan kepada Vietnam dan sudah menempah tiket ke peringkat itu bersama juara bertahan, Thailand.

Gol Vietnam dijaringkan Nguyen Trong Hoang pada minit ke-79 di depan pintu gol melepasi halangan barisan pertahanan dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

malaysiaDalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan memulakan aksi penuh waspada dalam usaha mencari jaringan gol kemenangan.

Walau diasak hebat pasukan bimbingan Nguyen Huu Thang, namun Malaysia tetap memberi ancaman dan percubaan dilakukan Ahmad Hazwan Bakri (m42) membuatkan penjaga gol, Tran Nguyen Manh berusaha menyelamatkan keadaan.

Separuh masa pertama tanpa jaringan menguatkan azam pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi mencipta gol dalam babak kedua tetapi pertahanan Vietnam kental bertahan selain bertindak pantas membalas serangan.

Usaha berterusan Vietnam nyata berbaloi dengan gol jaringan Trong Hoang dan keputusan kekal hingga wisel penamat.

Kekalahan dalam aksi kedua itu menyebabkan Malaysia tiada pilihan dan perlu mengalahkan tuan rumah, Myanmar, dalam perlawanan Sabtu ini (26 November) bagi membuka laluan ke separuh akhir.

Harimau Malaysia menewaskan Kemboja 3 – 2 dalam perlawanan pertama, Ahad lalu (20 November).

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Piala AFF: Tarik diri lawan Myanmar, bantah pembunuhan beramai-ramai

SHAH ALAM 23 NOV: Orang ramai dan pengguna sosial media menyarankan pasukan bola sepak negara menarik diri dalam perlawanan menentang Myanmar dalam Piala AFF.

Antaranya adalah Mohd Yusri Ibrahim dalam facebooknya mencadangkan perkara itu sebagai bantahan terhadap terhadap kezaliman junta Tentera Myanmar dalam pembunuhan beramai-ramai masyarakat Islam Rohingya.

“Selepas perarakan masuk Harimau Malaysia ke padang bersama bendera fair play, selepas sesi bersalaman dengan pemain dan pengadil, selepas sesi bergambar, pasukan negara menarik diri daripada perlawanan tersebut sejurus wisel permulaan ditiupkan, tanda bantahan terhadap penyembelihan bangsa Rohingya oleh tentera Myanmar dan kuncu-kuncunya.

“Bantahan seperti ini sedikit sebanyak memberi kesan besar, khususnya  membuka mata dunia dalam aspek perdebatan. Inilah antara pilihan  kita ada sebagai tanda keperihatinan dan bantahan kita terhadap penyembelihan wanita dan kanak-kanak di Rakhine,” tulisnya.

Tulisnya walaupun berdepan dengan risiko seperti tindakan oleh FIFA atau AFC, negara mesti mempunyai keberanian bertindak dengan neraca sendiri.

aff“Saya percaya YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang hensem dan bijak itu mempunyai resepi terbaik untuk mengambil faedah daripada situasi itu.

“Kita bukan bercakap tentang sukan mencampuri urusan politik dalam negara lain, tetapi kita bercakap tentang sukan yang menentang dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan penyembelihan wanita dan kanak-kanak atas nama negara,” tulisnya.

Tulisnya lagi jika team Piala AFF 2016 negara sudi bertindak seperti ini, beliau akan mewasiatkan kepada anak cucu dan seluruh generasi keturunannya memuji dan bercakap baik-baik, serta mendoakan kebaikan kepada semua pemain dan angota pasukan ini selama-lamanya.

Sementara itu Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menulis menggesa pasukan bola sepak yang mewakili negara ini menarik diri dari menyertai Piala AFF di Myanmar.

“Ini sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang sangat dahsyat dilakukan kerajaan Myanmar terhadap penduduk Rohingya.

“Wanita, kanak-kanak dan orang awam dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup dan segala jenayah kemanusiaan yang lain yang dilakukan atas kuasa pemerintah Myanmar.

“Apalah ertinya sukan tanpa kemanusiaan. Lebih dari itu, ia merupakan kezaliman yang teramat ke atas satu etnik manusia dan mereka itu beragama Islam. Ketegasan kerajaan dalam hal ini amat diharapkan,” tulisnya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Piala AFF: Malaysia perolehi kemenangan pertama

MYANMAR 20 NOV: Pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Kemboja 3-2 dalam siangan pertama kumpulan B Piala Suzuki AFF, di Myanmar.

Dengan kemenangan itu pasukan Harimau Malaysia memperolehi tiga mata penuh yang diperlukan untuk cabaran seterusnya.

Penyerang veteran, Amri Yahyah tampil bertenaga memastikan kemenangan
melalui gol ketiga di minit ke-79, pemain 35 tahun itu menjaring gol kedua peribadinya pada kejohanan tersebut.

Amaran awal dilakukan Amri terhadap pasukan lawan pada minit ke-2 menanduk baik bola hantaran Rizal Ghazali, namun berjaya ditampang penjaga gol lawan.

Pasukan negara dua kali ketinggalan di belakang Kemboja sehingga berjaya menyamakan kedudukan 2-2.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Lawak Piala AFF: “Keeper awak kat mana..awak kat mane”

SHAH ALAM 30 NOV: Penjaga gol Singapura, Hassan Abdullah Sunny yang melakukan kesilapan hingga menjadi antara punca kemenangan Malaysia ketika menentang negaranya bagi menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 , malam tadi, menjadi bahan lawak pengguna media sosial

Penjaga gol Singapura ‘hilang’ daripada menjaga gawangnya ketika berusaha untuk membantu pasukannya menjaring gol penyamaan ketika masa perlawanan bakal berakhir.

keper9Padahnya, gawang Singapura dibolosi bola hasil tendangan Indra Putra sekaligus mencatat kemenangan Malaysia 3-1.

Sebaik tamat itu, banyak status dan gambar mempertikai tindakan penjaga gol Singapura itu.

Antara lawak adalah “Keeper awak kat mana..awak kat mane”.

kepertopAda juga pengguna media sosial memuat naik gambar suasana ketika itu dengan lakaran lawak penjaga gol Singapura.

Kemenangan 3-1 yang diraih Malaysia pada perlawanan itu membawa skuad negara ke peringkat separuh akhir berdepan juara kumpulan A, Vietnam, awal Disember ini.

Aksi separuh akhir akan dilangsungkan mengikut format kalah mati iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Disember diikuti separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Disember ini.

SAKSIKAN VIDEO INI

EZY

Categories
NASIONAL

Piala AFF: Kemenangan Harimau Malaya hasil semangat juang tinggi hingga saat akhir

SINGAPURA 30 NOV: Keputusan saat-saat akhir untuk merombak jentera serangan Pasukan Harimau Malaya sewaktu menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, malam ini.

Pengendali skuad, Dollah Salleh, berkata langkah itu mendatangkan hasil.

piala-aff-2014Dollah berkata penyerang kembar negara, Mohd Safee Mohd Sali dan Norshahrul Idlan Talaha cuba mencari gol kemenangan pada aksi terakhir kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 itu, namun gagal.

“Sebab itu saya mengambil keputusan untuk memasukkan Abdul Manaf (Mamat) dan Indra Putra (Mahayuddin) pada saat-saat akhir bagi menggantikan mereka berdua dan ia nyata berbaloi.

“Apa yang menarik mengenai Indra Putra adalah beliau mampu menjaringkan gol daripada sudut yang sukar dan beliau wajar dijadikan contoh oleh beberapa pemain muda kita,” kata Dollah.

Kemenangan 3-1 yang diraih Malaysia pada perlawanan malam ini membawa skuad negara ke peringkat separuh akhir berdepan juara kumpulan A, Vietnam, awal Disember ini.

Dollah turut memuji kesemua barisan pemain negara termasuk pemain sayap, Azamuddin Mohd Akil yang berusaha untuk mencipta peluang jaringan kepada jentera serangan ketika skuad negara terdesak untuk memenangi perlawanan tersebut untuk terus kekal bersaing.

“Saya amat berbangga kerana semua pemain tidak mudah berputus asa ketika kita terdesak untuk mencari gol kemenangan.

“Saya agak bimbang sewaktu kita terikat seri 1-1, namun para pemain tidak patah semangat dan bangkit meraih kejayaan,” jelas Dollah dipetik Astro Awani.

Berkongsi pandangan yang sama adalah Mohd Safee yang berpuashati dengan persembahan yang dipamerkan oleh rakan sepasukan walaupun berdepan tekanan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Singapura.

“Pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya harap kita dapat meneruskan rentak kemenangan ini apabila menentang Vietnam nanti,” jelas penyerang kelab Johor Darul Ta’zim itu.

Thailand yang muncul juara kumpulan B susulan kemenangan 3-1 ke atas Myanmar di Stadium Besar, malam ini bakal menentang naib juara kumpulan A, Filipina pada peringkat separuh akhir.

Aksi separuh akhir akan dilangsungkan mengikut format kalah mati iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Disember diikuti separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Disember ini.

EZY