Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Tubuh Jawatankuasa Khas Bantu Pertingkat Kualiti Pengangkutan Awam

MB Keselamatan Jlnraya 01

KLANG 2 OGOS : Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha ini perlu dilakukan bagi membendung kadar peningkatan kenderaan persendirian di jalan raya, seterusnya mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Menurut Abdul Khalid, jawatankuasa yang bakal ditubuhkan ini akan diketuai oleh beliau dan dianggotai oleh barisan Exco negeri dan Unit Perancang Bandar dan Desa Selangor.

“Kerajaan Negeri akan cuba menubuhkan satu jawatankuasa mengenalpasti bagaimana pengangkutan awam dapat dipertingkatkan.

MB Keselamatan Jlnraya 03

“Dengan cara itu kita dapat mengurangkan jumlah penggunaan pengangkutan persendirian dan pemilikan kereta dan motosikal persendirian yang akan menyebabkan begitu banyak kenderaan di jalan raya dan terdapat keadaan yang penuh sesak dan mengakibatkan kemalangan berlaku,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 Peringkat Negeri Selangor di Plaza Tol Sungai Rasau di sini hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Khalid mengedarkan 30 buah topi keledar kepada penunggang motosikal serta memberikan ‘Goodies Bag’ kepada pemandu kenderaan di sepanjang plaza tol berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau turut berpesan kepada semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati di sepanjang perjalanan pulang ke destinasi.

MB Keselamatan Jlnraya 02

Categories
NASIONAL

Tiga Lorong Plaza Tol Sungai Rasau-Klang Akan Ditutup Dari 3 – 5 Julai

toll-grafik

SHAH ALAM, 29 JUN : Kesemua tiga lorong sepanjang 250 meter di Kilometer 6.8 Lebuhraya Persekutuan iaitu selepas Plaza Tol Sungai Rasau menghala ke Klang akan ditutup selama tiga hari kepada semua kenderaan bermula 3 hingga 5 Julai ini.

Pengurus Seksyen Pengurusan Projek Wilayah Utara PKNS, Mohd Shariff Mok Som berkata, penutupan lorong berkenaan dari jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi adalah untuk kerja-kerja pemasangan rasuk konkrit (beam launching).

Sehubungan itu, pengguna dari arah Kuala Lumpur atau Shah Alam yang menghala ke Klang dinasihatkan menggunakan laluan sementara iaitu lorong sepanjang 200 meter dari arah ke Kuala Lumpur.

Penutupan itu juga untuk memudahkan kerja-kerja di tapak persimpangan bertingkat Lebuhraya Persekutuan ke kawasan pembangunan Seksyen 7 Shah Alam yang bermula dari jam 11.00 malam hingga 4.00 pagi.

“Pengguna lebuhraya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda dan pengawal trafik yang bertugas,” katanya.

Selain itu, Jalan Batu Tiga Lama yang menghala ke Klang dan jejantas yang menghubungkan pusat pelancongan i-City juga akan ditutup sementara bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan rasuk.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Demonstrasi Di Plaza Tol Batu Tiga dan Sg Rasau Pada Mei 13

SHAH ALAM, 8 MEI: Sayap pemuda Pakatan Rakyat akan meneruskan hasrat mereka untuk mengadakan demonstrasi di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau pada May 13 bagi mendesak pemansuhan kutipan tol tersebut.

Demonstrasi di depan kedua-dua plaza toll itu setelah Kerajaan Pusat tidak mengendahkan desakan daripada parti Pakatan sebelum ini, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Azmizam Zaman Huri.

Azmizam berkata demonstrasi itu ditetapkan pada pukul 2 petang dan para pengguna lebuhyraya dialukan untuk datang memberi sokongan kepada mereka.

?Penghapusan tol selari dengan ketetapan Pakatan di dalam Buku Jingga yang berjanji bahawa kami akan menghapuskan tol dalam masa 100 hari selepas kita menawan Putrajaya,? kata Azmizam ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, AMK Selangor dan Pemuda Pas Selangor telah mendesak kerajaan pusat agar menghapuskan Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau dengan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Ini kerana setelah hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol tersebut telah mencecah hampir dua kali ganda dari kadar kutipan asal apabila tol itu diperkenalkan pada 1993.

Kutipan tol permulaan bagi kenderaan Kelas 1 seperti kereta di Plaza Tol Batu Tiga sebanyak 60 sen dan 50 sen di Sungai Rasau pada 1993. Lori atau treler pula ialah RM1.20 di Batu Tiga dan RM1.00 di Sungai Rasau.

“Selepas hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol ini telah mencecah hampir dua kali ganda dari kadar kutipan asal iaitu sebanyak RM1.10 bagi kenderaan Kelas 1 di Plaza Tol Batu Tiga dan RM1.00 di Plaza Tol Sungai Rasau.

?Kutipan tol bagi lori/treler pula di Plaza Tol Batu Tiga adalah RM2.20 manakala RM2.00 di Plaza Tol Sungai Rasau,” menurut petikan kenyataan itu lagi.