Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

97 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Sebanyak 97 peratus atau 22,698,593 individu dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98.4 peratus atau 23,034,278 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.2 peratus atau 2,712,550 populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 89.8 peratus atau 2,824,704 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, 142,607 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 7,347 suntikan dos lengkap, 4,744 dos pertama dan 130,516 pula suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,671,277 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,590,730.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

96.9 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, 1 DIS: Sebanyak 96.9 peratus atau 22,689,471 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98.3 peratus atau 23,028,508 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu 89.7 peratus atau 2,822,370 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 86.1 peratus atau 2,709,263 individu remaja telah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 135,914 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 8,313 suntikan dos lengkap, 4,703 dos pertama dan 122,898 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,517,981 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,457,510.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 22 juta populasi dewasa lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Seramai 22,393,720 individu atau 95.7 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, sejumlah 22,885,170 individu atau 97.8 peratus pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 122,142 dos vaksin harian diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,306,343 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam seramai 2,171,270 individu atau 69 peratus telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 83.2 peratus atau 2,619,573 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept.

Dalam pada itu, sejumlah 56,493 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 407,607 dos.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

94.6 peratus penduduk dewasa negara ini lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (24 Okt) adalah sebanyak 94.6 peratus atau seramai 22,143,545 orang.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.5 peratus atau 22,813,885 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 124,530 dos suntikan turut diberikan semalam melibatkan 106,261 suntikan dos lengkap dan 9,831 suntikan dos pertama menjadikan kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini bertambah kepada 49,069,291 dos.

Setakat semalam juga, sebanyak 89,095 atau 51.6 peratus individu dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 81.1 peratus atau 2,552,468 individu remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sejumlah 8,438 dos penggalak vaksin Covid-19 telah diberi setakat semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 101,590 dos.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

90.6 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Malaysia kini mencatat 90.6 peratus populasi dewasa atau 21,220,121 individu lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9 peratus peratus populasi dewasa atau 22,215,504 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, sejumlah 209,534 dos vaksin diberikan semalam bagi golongan dewasa.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 46,044,734 dos bagi golongan dewasa.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 370,995 atau 11.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin.

Manakala 74.8 peratus remaja atau 2,352,464 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 September lepas.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

88.8 peratus penduduk dewasa negara ini divaksin sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Sebanyak 20,786,568 individu atau 88.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi kini tinggal 1.2 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi portal COVIDNOW, 94.6 peratus atau 22,135,242 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada 22 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.

Setakat semalam juga, sebanyak 129,152 atau 4.1 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Selain itu, sebanyak 209,907 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 113,441 dos pertama dan 96,466 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar pada 24 Feb lepas meningkat kepada 45,007,832 dos.

Sementara itu, dua kes kematian harian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan kedua-duanya membabitkan kematian di hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,981.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

85.1 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Seramai 19,912,566 individu atau 85.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 94 peratus atau 21,993,709 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Selain itu, seramai 33,050 atau 1.1 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 329,722 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 168,734 dos pertama dan 160,998 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 43,028,919 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, sebanyak 240 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan setakat pukul 11.59 malam tadi (28 Sept), menjadikan jumlah kumulatif kematian kini adalah 25,935.

Daripada jumlah itu, sebanyak 89 adalah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Bagaimanapun, angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Sebanyak 71 daripada jumlah kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

— BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

83.7 peratus populasi dewasa lengkap divaksin setakat semalam

KUALA LUMPUR, 27 SEPT: Seramai 19,604,699 individu atau 83.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 93.7 peratus atau 21,944,808 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Selain itu, seramai 28,982 atau 0.9 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 269,465 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 117,196 dos pertama dan 152,269 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 41,457,628 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, sebanyak 278 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan setakat pukul 11.59 malam tadi (26 Sept), menjadikan jumlah kumulatif kematian kini adalah 25,437.

Menurut portal GitHub KKM, jumlah itu merangkumi sembilan kematian sebenar Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam (26 Sept), manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Bagaimanapun, angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Berdasarkan graf purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari pula, sebanyak 90 kematian sebenar akibat Covid-19 dicatatkan.

Sebanyak 99 daripada jumlah kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

47.8 peratus populasi lengkap dua dos vaksin

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Sebanyak 47.8 peratus atau seramai 15,606,818 daripada keseluruhan populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik dalam laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan setakat semalam juga, seramai 20,261,734 individu atau 62 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 35,841,103 dos.

Berdasarkan perkongsian maklumat itu juga, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 66.7 peratus setakat semalam berbanding 65.9 peratus, pada Khamis.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 321,349 dos diberikan, iaitu 177,518 merupakan dos kedua dan baki 143,831 adalah dos pertama.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bertujuan melaksanakan program vaksinasi bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

61.9 peratus penduduk dewasa negara ini lengkap dua dos vaksin

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Sebanyak 61.9 peratus atau 14,487,972 individu daripada populasi dewasa negara ini sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian maklumat di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan seramai 19,241,946 individu atau 82.2 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,724,744 dos.

Menurut JKJAV, 58.9 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara mendapat dos pertama manakala 44.4 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula merekodkan sebanyak 336,642 dos dengan 190,010 daripadanya merupakan dos kedua dan baki 146,632 adalah dos pertama.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

-BERNAMA