Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Biar saya bayar premium penduduk

OLEH AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 18 NOV: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berbesar hati untuk membayar kadar premium nominal RM1,000 bagi tujuh keluarga yang tinggal sejak sekian lama di Kampung Batu 7 3/4 di Hulu Kelang.

Berita gembira itu nyata disambut dengan tepukan gemuruh penduduk setempat yang sudah dianggap Mohamed Azmin sebagai keluarganya sendiri walaupun beliau membesar di Kampung Klang Gates.

Menurutnya, beliau sendiri akan membuat pembayaran berjumlah RM7,000 menggunakan pendapatannya bulan ini.

“Saya dengan penuh rasa tawadduk, saya mengambil keputusan bahawa RM1,000 yang dikenakan kepada tujuh keluarga ini, biarlah saya tolong bayarkan.

“Bukan daripada Kerajaan Negeri tetapi Insya-Allah saya akan gunakan gaji saya bulan ini dan membayar bagi pihak keluarga kepada Pegawai Daerah Gombak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Hak Pemilikan Tanah Notis 5A di Kampung 7 3/4 Hulu Kelang.

Berdasarkan kadar semasa premium tanah kampung ini dianggarkan bernilai RM52,000.

Menurutnya, perjuangan penduduk kampung ini bermula sejak sekian lama bahkan tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri ketika ditadbir Barisan Nasional.

Ini termasuk pengalaman beliau bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib yang bermalam dengan penduduk kampung untuk menghalang aktiviti perobohan dilakukan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) satu ketika dahulu.

Menceritakan sejarah di Kampung Batu 7 3/4 beliau mengakui pernah menyorok di sini ketika namanya termasuk dalam senarai tangkapan ISA sekitar tahun 1998 hingga 2000.

“Saya pernah menyorok di sini sekitar tahun 1998-2000 apabila saya diburu polis selepas nama saya naik dalam senarai tangkapan ISA.

“Saya menyorok di kedai makan Tokpat Hamid dan Mak Tam.

“Saya duduk minum teh tarik sehingga lewat malam dan apabila keadaan tenang baru saya balik,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Selangor tawar premium RM1,000 perbaharui pajakan tanah kediaman

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 MAC: Kerajaan Selangor memperkenalkan program bagi meringankan bebanan pemegang pajakan untuk memperbaharui pajakan tanah rumah kediaman mereka.

Program itu menawarkan bayaran premium sebanyak RM1,000 berbanding berdasarkan nilai hartanah seperti dipraktikkan sebelum ini.

teng chang kim 1“Kerajaan negeri melaksanakan program baru dengan pemilik tanah kediaman yang mahu memperbaharui pajakan kepada 99 tahun boleh memohon premium RM1,000 sahaja.

“Misalnya kalau di Seri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya nilai hartanah sangat tinggi hingga mereka kena bayar RM40,000.

“Mereka boleh buat permohonan dan kena bayar premium RM1,000 sahaja,” kata Chang Khim dalam sidang media yang diadakan di Bangunan SUK di sini.

Bagaimanapun kata beliau lagi, pemilik hartanah kediaman terbabit dikenakan bayaran penuh sekiranya berhasrat menjualkan tanah itu kepada pihak ketiga.

“Sekiranya mereka mahu pindah milik kepada waris mereka anak atau cucu juga dapat keistimewaan dalam program ini.

“Jadi jelas ini satu dasar yang paling baik. Tidak ada satu negeri pun di bawah Barisan Nasional (BN) yang ada dasar seperti ini,” katanya lagi.

EZY