Categories
SELANGOR

SPR puas hati PRK Sungai Besar

OLEH HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 19 JUN: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berpuas hati dengan perjalanan proses pilihan raya yang lancar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, di sini, semalam.

Pegawai Pengurusnya, Mohd Khairuddin Md Som, berkata secara keseluruhan PRK itu berjalan seperti mana dirancang tanpa berlaku insiden tidak diingini.

SPR“Kita berpuas hati dengan rakyat keluar menjalankan tanggungjawab demokratik seperti mana termaktub dalam perlembagaan.

“Segalanya berjalan lancar dan tiada kekecohan berlaku,” katanya kepada media di sini, malam tadi.

Beliau berkata sepanjang tempoh berkempen hingga hari pembuangan undi, keadaan adalah terkawal dan memuaskan.

Katanya hanya berlaku sedikit salah faham antara parti bertanding berkenaan isu sepanduk pada pusingan awal kempen.

“Keadaan menjadi panas sedikit bila memasuki minggu kedua apabila kempen merayu undi dipertingkatkan.

“Kita mendapat kerjasama baik daripada pihak polis bagi mereda dan mengawal keadaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menambah, sasaran ditetapkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah iaitu 75 peratus pengundi keluar membuang undi hanya tersasar sedikit sahaja iaitu kurang 0.6 peratus.

PRK Sungai Besar dikuasai calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi dengan majoriti 9,191 mengatasi calon Pakatan Harapan (PAKATAN) dari AMANAH, Azhar Abdul Shukur dan Dr Abdul Rani Osman (PAS).

Budiman memperoleh 16,800 undi manakala Azhar (7,609) dan Dr Abdul Rani (6,902).

-AA-

Categories
SELANGOR

Pengundi dari Seremban, Selayang antara penutup tirai PRK Sungai Besar

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 18 JUN: Selepas berpenat memandu jauh dan mengharungi kesesakan lalu lintas, akhirnya dua pengundi adik beradik dari Selayang dan Seremban sempat membuang undi masing-masing kira-kira lima minit sebelum Pusat Pengundian di Balai Raya Taman Padu Permai ditutup jam 5.00 petang.

Norkhairiah Abas, 30 dari Selayang berkata, kepenatan memandu bersama suami akhirnya berbaloi apabila beliau sempat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

PRK“Sebelum ini saya tidak pernah mengundi, inilah kali pertama dan sebab itulah seboleh-boleh kali ini saya tidak mahu melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Kalau tidak sempat tadi memang agak kecewalah kerana datang dari jauh dengan jalan raya sesaknya lagi dan tambahan pula saya bergegas ke sini selepas habis kerja pada jam 2.00 petang tadi,” kata Nokhairiah kepada SelangorKini di Balai Raya Taman Padu Permai di sini, hari ini.

Sementara itu, adik beliau, Shafiq Abbas, 27, yang memandu dari Seremban juga merupakan antara tiga pengundi terakhir sebelum Pusat Pengundian Balai Raya Taman Padu Permai ditutup.

“Saya datang dari Seremban tiba di sini awal sedikit sebelum kakak saya tetapi saya tunggu dia untuk mengundi bersama-sama.

“Kalau tak sempat tadi memang kecewa sebab datang jauh untuk mengundi,” katanya yang mempunyai keluarga di Sungai Besar.

Shafiq turut menggesa para pengundi lain supaya tidak melepaskan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya yang akan diadakan pada masa akan datang.

Sementara itu, tinjauan SelangorKini di pusat pengundian Pusat Pengundian Balai Raya Taman Padu Permai dan Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Limau mendapati suasana yang agak lengang kecuali perayu undi parti bertanding.

Sehingga pengundian ditutup, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan sebanyak 74 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK Sungai Besar kali ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Keluar undi segera elak cuaca buruk

OLEH: HAFIZAN TAIB

SEKINCHAN, 18 JUN: Pengundi dinasihatkan keluar mengundi awal bagi mengelakkan ditimpa cuaca buruk diramalkan berlaku pada sebelah petang dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar, di sini.

PRK berlangsung dalam bulan Ramadan itu juga menjadikan keadaan lalu lintas sesak kerana pada sebelah petang kebanyakan orang keluar terutama umat Islam yang membeli juadah berbuka puasa selain menjamu selera di luar.

PRKBerikutan itu, petugas pondok panas AMANAH, Abdul Razak Ismail, berharap orang ramai akan keluar menunaikan tanggungjawab lebih awal bagi mengelak keadaan itu.

“Sebelah pagi ini sudah ramai datang ke tempat kita bagi memeriksa nama mereka bagi menentukan di saluran mana mereka berada.

“Kita menjangkakan jumlah meningkatkan lebih ramai menjelang tengah hari hingga ke petang,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan, di sini.

Ketika ditemui, katanya, kerjasama baik diberikan semua pihak membabitkan polis, pegawai Suruhajaya Pilihanraya (SPR), petugas dari parti lain serta pengundi yang hadir di sekolah berkenaan.

“Diharapkan keadaan ini kekal hingga pusat pembuangan undi ditutup kerana kejadian di luar jangkaan mendatang kesan buruk kepada kita semua.

“Persaingan secara sihat antara parti bertanding mesti digalakkan demi keharmonian bersama,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

PRK Sungai Besar: 74% keluar mengundi setakat jam 5 petang

SABAK BERNAM 18 JUN: Peratusan keluar mengundi sehingga jam 5.00 petang (tutup) sebanyak 74 peratus  dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar. Ini tidak termasuk undi awal dan undi pos demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, peratusan keluar mengundi  sebanyak 88 peratus.

SPR menyasarkan 75 peratus keluar mengundi mampu dicapai dalam PRK Sungai Besar kali ini membabitkan 42,365 pengundi.

Selasa lalu, seramai 265 pengundi atau 92.6% daripada 286 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mengundi di dua pusat mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam.

Pengiraan undi bermula sebaik pusat pengundian ditutup dan penjumlahan dilakukan di Dewan Seri Bernam.

CP2A6097-800x533PRK Sungai Besar menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Azhar bersama calon PAS, Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Budiman Mohd Zohdi (Barisan Nasional).

Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

EZY

Categories
SELANGOR

PRK Sungai Besar: Tak perlu sehingga 5,000 polis, cukup 2,000 sahaja

OLEH: HAFIZAN TAIB

SEKINCHAN, 18 JUN: Kehadiran anggota polis yang terlalu ramai bagi memantau dan mengawasi perjalanan Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar, hari ini dianggap tidak memadai dan mengundang pembaziran.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata keadaan itu tidak diperlukan kerana proses pembuangan undi di kalangan masyarakat tempatan di kawasan Parlimen itu berjalan lancar.

CP2A6263-800x533Beliau mendakwa jumlah sehingga 5,000 anggota polis menjalankan tugas dalam PRK seharusnya dikaji semula demi mengurangkan kos perbelanjaan.

“Proses pembuangan undi berjalan lancar dalam suasana tenang dan memang masyarakat di sini tenang yang mana ia situasi biasa di Sekinchan dan Sungai Besar.

“Walaupun kawasan ini menjadi tumpuan seluruh negara kerana PRK tetapi perpaduan kaum tetap utuh, aman dan padu.

“Saya nampak tidak perlu kehadiran ramai anggota polis di sini yang dilaporkan sehingga 5,000 orang,” katanya kepada media selepas membuang undi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan keadaan tenang itu seharusnya kehadiran anggota polis cukup dalam lingkungan lebih kurang 1,000 ke 2,000 anggota sahaja.

“Dengan jumlah sebegitu kita mampu mengurangkan kos dan pembabitan anggota polis dalam PRK kali ini,” katanya.

PRK Sungai Besar menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PAKATAN) dari AMANAH, Azhar Abdul Shukur, Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Budiman Mohd Zohdi (Barisan Nasional).

Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

EZY

Categories
SELANGOR

Warga emas berkerusi roda kecewa hilang peluang mengundi

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 18 JUN: Pengundi warga emas yang berkerusi roda, Jamingah Ibrahim, 84, hilang peluang untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar kali ini.

Anak kepada pengundi terbabit, Kamariah Rais berkata, hal ini disedari apabila beliau menyemak daftar pemilih bagi pihak ibunya pagi tadi.

“Saya datang dahulu untuk mengundi dan menyemak nama ibu saya sebelum saya mengambil ibu saya untuk dibawa ke pusat mengundi.

“Tetapi saya terkejut bila dapati nama kami tiada,” katanya ketika ditemui SelangorKini di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Utama di sini, hari ini.

Terdahulu, jentera pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah) memberitahu, hampir 2,000 nama pemilih di kawasan Parlimen Sungai Besar didapati hilang selepas dipindahkan ke Parlimen Sabak Bernam dan parlimen lain.

EZY

Categories
SELANGOR

Pengundi ambil peluang cuti mingguan buang undi awal

OLEH: HAFIZAN TAIB

SEKINCHAN, 18 JUN: Sebahagian pengundi mengambil peluang cuti hujung minggu dengan membuang undi awal pagi sebaik pusat mengundi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan, di sini, dibuka pada jam 8 pagi hari ini.

Pengundi muda terutama kumpulan kali pertama menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar ini sebagai pentas mengalami pengalaman berharga itu.

Proses pembuangan undi di sini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan berlaku setakat ini.

PRKPetugas dan peraih undi dari parti bertanding juga menjalankan tugas serta saling bekerjasama selain membantu pengundi menunaikan tanggungjawab dengan lancar.

Seorang pengundi muda, Chan Ah Mea, 26, melahirkan keterujaan kerana menunaikannya buat kali pertama dalam PRK kali ini.

“Saya bersedia pada awal pagi untuk datang ke pusat mengundi bagi merasai suasana ini.

“Memang satu pengalaman menarik kerana kira sebagai rakyat terbabit menentukan masa depan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, sebagai generasi baru beliau berharap calon terpilih akan mampu menggalas amanah dan kepercayaan diberikan.

“Saya yakin ramai pengundi lain juga menaruh harapan serupa demi kebaikan bersama,” katanya kepada SelangorKini.

PRK Sungai Besar menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PAKATAN) dari AMANAH, Azhar Abdul Shukur, Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Budiman Mohd Zohdi (Barisan Nasional).

Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

EZY

Categories
SELANGOR

PRK Sungai Besar: Baru jam 9.30 pagi, BN dah buat hal?

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 18 JUN: Kurang dua jam proses pengundian dijalankan, petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) didakwa sudah mula melanggar beberapa peraturan pilihan raya secara terang-terangan.

Kejadian itu berlaku ketika tinjauan wartawan SelangorKini di hadapan Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Utama kira-kira jam 9.30 pagi.

20160618_092559Ia apabila seorang petugas BN yang memakai ‘vest’ yang tertera nama dan logo BN memasuki hingga hampir 50 meter ke dalam kawasan pengundian terbabit sebelum dibantah oleh petugas PAS yang berada di luar kawasan itu.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berada di situ kemudiannya bertindak memanggil wanita terbabit supaya keluar dari kawasan berkenaan.

Mengikut peraturan pilihan raya, tidak dibenarkan sebarang logo atau apa-apa bentuk kempen dijalankan di dalam kawasan pembuangan undi.

Berselang kurang lima minit kemudiannya, seorang lagi petugas jentera pilihan raya BN didapati bertindak secara terang-terang memegang mykad salah seorang pengundi orang kelainan upaya.

Memegang mykad milik individu lain dianggap sebagai satu kesalahan apabila mykad terbabit boleh disalahgunakan untuk mengundi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Insiden berlaku itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan petugas jentera pilihan raya PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang berada di situ.

EZY

Categories
SELANGOR

PRK Sungai Besar: Nama hilang, kecewa tak dapat mengundi

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 18 JUN: Dianggarkan hampir 2,000 Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dinafikan hak mereka untuk mengundi apabila nama masing-masing didakwa hilang daripada daftar pengundi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Pahang, Syed Hamid Syed Mohamed berkata perkara itu disedari beberapa hari sebelum tiba hari pengundian.

“Mereka datang pagi-pagi nak mengundi tetapi mereka kecewa tidak boleh mengundi kerana nama dah dipindahkan ke parlimen lain. Mereka orang kampung, selama ini mengundi di sini.

“Mereka fikir tentulah mereka akan mengundi di sini tetapi rupa-rupanya ada tangan ghaib gunakan kaedah mana entah memindahkan nama pengundi kawasan parlimen sini ke kawasan lain.

“Nama yang hilang ini hari ini semakin bertambah apabila pengundi menyemak nama masing-masing di pondok panas kami pagi ini,” kata Syed Hamid.

Beliau berkata demikian yang membantu kempen Parti Amanah Negara (Amanah) ketika ditemui SelangorKini di pondok panas parti itu di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Utama di sini, hari ini.

Katanya lagi, menurut peraturan pilihan raya pemindahan Parlimen tidak sepatutnya berlaku seperti mana pemindahan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kalau pindah DUN sekali pun, cuma dalam kawasan parlimen sama sahaja bukan ditukar hingga ke parlimen lain seperti yang berlaku hari ini.

“SPR kena bertindak adil kepada pengundi, perlu mendapatkan persetujuan pengundi. Mungkin juga terdapat pihak menggunakan kad pengenalan mereka untuk menukar nama mereka ke parlimen lain.

“SPR buat kajian teliti pemindahan ini. Kebanyakkan mereka dipindah ke Parlimen Sabak Bernam,” kata beliau.

EZY

Categories
SELANGOR

Puasa, PRK, Euro Cup 2016 buatkan pemilik restoran dapat ‘bonus awal’

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 18 JUN: Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Euro Cup UEFA 2016 yang berlangsung ketika umat Islam mengerjakan ibadah puasa kali ini menyebabkan pemilik restoran di Sungai Besar mendapat ‘bonus raya’ masing-masing lebih awal.

Tinjauan SelangorKini pada malam akhir kempen, beberapa restoran mamak diserbu pelanggan yang bersahur sambil menonton perlawanan bola sepak walaupun jam sudah menunjukkan jam 3.15 pagi.

20160618_031204Antara perlawanan tumpuan awal pagi tadi membabitkan juara bertahan, Sepanyol menentang Turki yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Lebih menarik lagi, keadaan ini memberi peluang kepada petugas parti, anggota keselamatan, petugas media dan lain-lain meredakan tekanan selepas kepenatan menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Menurut pekerja sebuah restoran yang dikunjungi SelangorKini, keadaan ini berterusan sehinggalah masuk waktu imsak.

“Mereka tengok bola sambil makan sahur sampailah dekat subuh masih ada orang.

“Tauke memang suka tetapi saya kerja memang penat berdiri sepanjang malam layan pelanggan.

“Nasib baik ini malam akhir. Kalau satu bulan macam ini, matilah saya,” seloroh seorang pekerja sebuah restoran mamak kepada SelangorKini.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas helikopter baru-baru ini.

EZY

Categories
SELANGOR

PRK Sungai Besar: 28 pusat mengundi, 90 saluran dibuka

SUNGAI BESAR, 18 JUN: Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 90 saluran untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dibuka mulai jam 8 pagi ini bagi membolehkan 42,365 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Cuaca pagi ini mendung dan berdasar pemantauan di beberapa pusat daerah mengundi (PDM), orang ramai sudah mula membanjiri pusat mengundi (PDM) yang dibuka.

CP2A5737-800x533Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar merupakan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (Amanah), yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK Sungai Besar diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian penyandangnya Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK Sungai Besar dianggap lebih sengit berbanding di Kuala Kangsar berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 apabila Noriah menewaskan calon PAS Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hisham Abdullah berkata SPR menyasarkan 75 peratus pemilih yang layak menunaikan tanggungjawab mereka pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata keputusan dijangka diumumkan pada kira-kira 9 malam.

EZY

Categories
NASIONAL

Isu 1MDB, ketirisan tumpuan AMANAH raih sokongan PRK

OLEH : HAFIZAN TAIB dan DEWI ABDUL RAHMAN

SUNGAI BESAR, 5 JUN: AMANAH memberi tumpuan terhadap skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, berkata isu terbabit termasuk ketirisan berlaku dalam pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika ini menjadi kecaman rakyat berbanding isu lain.

PRKKatanya, ini termasuk pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah dicadangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak disentuh pimpinan parti itu dalam kempen mereka.

“Kita tumpukan pada isu 1MDB dan ketirisan berlaku dalam kerajaan.

“Pasal pindaan itu (Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah) pergi tanya PAS, lagipun ia belum dibahaskan di parlimen,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Pakatan Harapan (PAKATAN) diwaliki AMANAH menerusi calonnya, Azhar Abdul Shukur akan menghadapi dua calon lain iaitu Dr Abdul Rani Osman dari PAS dan Budiman Mohd Zohdi (BN).

Manakala di Kuala Kangsar, calon PAKATAN, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (AMANAH) akan ditentang tiga calon lain, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Datin Mastura Mohd Yazid (BN) dan Izzat Bukhari Ismail Bukhari (Bebas).

Mengulas perkara itu, beliau berkata, keyakinan AMANAH tinggi untuk meraih kemenangan dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu.

“Kita yakin dengan sokongan ditunjukkan rakyat kebelakangan ini dan kita akan bekerja keras untuk mencapai kemenangan,” katanya.

EZY