Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Tuisyen Rakyat percuma sasar 60,000 pelajar, tawar lebih 80 video pembelajaran

SHAH ALAM, 11 JAN: Seramai 60,000 pelajar tingkatan lima dan tahun enam di negeri ini disasar menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) pada tahun ini.

Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri memaklumkan 50,000 peserta membabitkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala 10,000 lagi pelajar tahun enam yang mengikuti kelas secara maya dan bersemuka selain mendapat modul pembelajaran secara percuma.

Jelasnya, 10,000 calon SPM dari keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan guru bimbingan menerima manfaat kelas tuisyen beserta modul pembelajaran manakala 20,000 pelajar kategori sama tetapi mampu belajar sendiri menerima modul pembelajaran.

“Seramai 20,000 lagi pelajar pula mengikuti pembelajaran secara dalam talian menerusi portal ePTRS.my yang mengandungi video pembelajaran dan buku modul pembelajaran dalam bentuk PDF.

“Bagi pelajar tahun enam pula, dianggarkan seramai 10,000 orang menerima manfaat buku modul pembelajaran bagi memantapkan penguasaan mata pelajaran di peringkat rendah,” katanya kepada Selangorkini baru-baru ini.

Jawatankuasa itu turut memaklumkan antara penambah baik dalam portal ePTRS.my pada tahun ini adalah dengan memuatkan video pembelajaran mata pelajaran sains tulen seperti matematik tambahan, fizik, biologi dan kimia selain pendidikan Islam serta moral.

Sebelum ini, portal berkenaan memuatkan 81 video pembelajaran merangkumi mata pelajaran teras iaitu mata bahasa Melayu, bahasa Inggeris, sejarah, sains dan matematik .

Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan 2022 negeri pada 26 November lalu mengumumkan peruntukan RM7 juta untuk meneruskan PTRS pada tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan itu antaranya bagi memantapkan pengisian portal ePTRS.my dan mengukuhkan kemahiran guru.

Categories
SELANGOR

TAHUKAH ANDA : Pusat Tuisyen Rakyat


Sinopsis:
Program Tuisyen Rakyat ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membaca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor.

Hubungi:
Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam
Selangor
TEL: 03-5544 7480/ 7481/ 7482/ 7543
FAKS: 03-5510 4095/ 5513 5564/ 5544 7391