Categories
SELANGOR

Perumahan Rakyat: Kerajaan PR Sudah Buat, Kerajaan BN Bila Lagi? – Laporan Khas


Sinopsis:

Menangani permasalahan perumahan rakyat menuntut kepada penyelesaian dasar, dan bukan sekadar melambakkan pasaran rumah-rumah murah.

Tanpa dasar yang lebih ampuh, tiada jaminan rumah-rumah mampu milik yang dibina akan siap dibina tepat pada masanya, seperti ratusan projek tergendala di Selangor ketika dibawah BN.

Isu ini perlu juga didekati dari sudut urusan pinjaman mesra marhaen hinggalah kepada kos bahan pembinaan.

PR cuba mengorak langkah, dan telah berjaya setakat kuasa terhad yang ada padanya. BN bila lagi?

10 Sebab Belanjawan Selangor 2013 Untuk Anda – Laporan Khas

Sinopsis: Kerajaan Selangor dengan konsisten berjaya membentangkan belanjawan berimbang selama lima tahun berturut-turut sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2008.

Bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan anda?

10 sebab mengapa ia bijak untuk menyokong belanjawan berimbang kerajaan Selangor.

Categories
NASIONAL

Audit Wayang Politik – Laporan Khas


 

Sinopsis:

Barangkali kes salahurus dan salahguna kuasa kerajaan BN jik dikumpulkan mampu wajar dibukukan sebagai rujukan bagaimana untuk tidak mengurus negara

Layari http://www.selangorkini.net

LAPORAN KHAS : Mana Didahulukan? Udang Atau Rakyat?


 

Sinopsis

Sejauh mana pembabitan ahli politik Barisan Nasional, Datuk Seri Noh Omar dalam projek ternakan udang?

Ketika rakyat berhimpun menyuarakan bantahan kepada projek yang mereka dakwa menjejaskan mata pencarian mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Swee Lim berkata beliau mempunyai bukti bahawa telah berlakunya percanggahan kepentingan melibatkan menteri itu dalam kes ternakan undang ini.

Layari http://www.selangorkini.net

LAPORAN KHAS : Bonus Selangorku

 

Sinopsis

Melabur dalam masa depan anak-anak memberikan permulaan yang lebih kukuh untuk anak Selangor melangkah ke alam dewasa. Menyedari pentingnya persediaan ini, Kerajaan Negeri melancarkan pelan tambahan Jom Shopping Bonus Selangorku dibawah program Skim Simpanan Pendidikan Anak-Anak TAWAS khusus untuk anak-anak Selangor berumur 4 tahun. Melalui pelan tambahan ini, ibu-bapa diberi lagi kupon RM100 untuk membeli barang keperluan anak-anak mereka.

Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS : 8 Tuntutan Bersih – Jika Baik Mengapa Berdolak-Dalik?


 

Sinopsis:

Tuntutan 8 perkara yang dikemukakan Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) menuntut reformasi sistem pilihanraya agar ia bersih, adil, dan berwibawa dalam menzahirkan suara rakyat.

Namun selepas 3 tahun, pemerintah masih terus mengasari dan memusuhi gabungan badan-badan bukan kerajaan ini.

Tiada pihak menafikan tuntutan 8 perkara itu baik dan wajar, tetapi pemerintah terus berdolak-dalik. Mengapa?

Categories
SELANGOR

TAHUKAH ANDA – Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Sikembar)


 

Sinopsis:
Program Sikembar memperuntukan RM100 bagi menghantar seorang anak ke Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Duit itu akan dibayar terus kepada Taska yang terbabit di dalam program itu di Selangor.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk bantuan itu bagi tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri menyasarkan seramai 2,500 anak-anak akan menerima manfaat itu untuk tahun pertama.

Untuk Keterangan Lanjut Layari: http://mes.selangor.gov.my

Categories
SELANGOR

TAHUKAH ANDA : Skim Mikrokredit Miskin Bandar

Sinopsis:
Bagi mereka yang dikategorikan sebagai ‘miskin bandar’ di Negeri Selangor, disediakan Program Mikrokredit. Program yang dilancarkan pada 3 Mac 2011 dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

MiMBAR diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka dengan membuka perniagaan, perusahaan kecil-kecilan. MiMBAR menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM5,000 dan pembayaran balik dalam masa satu tahun.

Hubungi:

Mimbar Selangor,
A23, Pusat Perniagaan Jubli 20, Jalan Singa J20/J,
Seksyen 20, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
40300

Tel: 03 5541 3616

LAPORAN KHAS : Buku Jingga


Sinopsis:

Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! Inilah kata-kata pertama yang bakal anda baca sekiranya buku jingga ditangan anda. Setelah 55 tahun merdeka negara kini berada dalam Krisis Ekonomi, Kerosakan Institusi Negara, Ketegangan Masyarakat Pelbagai Kaum dan banyak lagi.

Maka, Pakatan Rakyat mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai melalui program “100 Hari Pakatan Rakyat”.

Terdapat empat  kerangka yang telah dicetuskan oleh Pakatan Rakyat iaitu demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh serta hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

Categories
SELANGOR

TAHUKAH ANDA : Pusat Tuisyen Rakyat


Sinopsis:
Program Tuisyen Rakyat ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membaca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor.

Hubungi:
Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam
Selangor
TEL: 03-5544 7480/ 7481/ 7482/ 7543
FAKS: 03-5510 4095/ 5513 5564/ 5544 7391

Categories
SELANGOR

TAHUKAH ANDA : Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA)


Sinopsis:
Kerajaan Selangor memperkenalkan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (Wala) untuk membantu golongan ini menceburi perniagaan kecil yang sesuai dengan persekitaran komuniti dan memberi pulangan yang memuaskan.

Pegawai Operasi Wala, Nazreen Nizam berkata, Skim Wala akan bermula dengan 200 peserta akan diberi latihan sebelum dimasukkan ke dalam program yang sesuai. Wala diberikan peruntukkan RM5 juta di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan di bawah Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail.

Categories
SELANGOR

TAHUKAH ANDA : Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang

Sinopsis:
Tabung ini diwujudkan adalah bagi memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang bagi tujuan membiayai pendidikan mereka. Selain itu, tabung ini juga akan membiayai pembinaan dan penyelanggaraan asrama bagi anak-anak pekerja ladang di seluruh negeri Selangor. Kerajaan yang amat prihatin dengan pendidikan anak-anak pekerja ladang telah memperuntukan RM2 juta dalam merealisasikan program ini.