Categories
NASIONAL SELANGOR

Syabas sabotaj ekonomi Selangor – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 17102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Hasil kajian Pusat Kajian Sosio-Ekonomi (SERC) ke atas laporan media sekitar isu air Selangor menunjukkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menolak atau menangguhkan permohonan daripada lebih 1,000 pengusaha industri yang mahu mendirikan kilang di negeri ini.

2. Langkah mitigasi yang dilaksanakan Kerajaan Negeri dijangka memastikan pembekalan air terawat yang berterusan untuk sedekad lagi, iaitu sehingga 2022. Projek mitigasi itu dijangka siap tahun ini.

3. Selepas 45 tahun penubuhan Al-Arqam, syarikat serpihan ajaran itu, Global Ikhwan Sdn Bhd Holding (GISB) hari ini mengakui ajaran Aurad Muhamadiah yang diamalkan ahli kumpulan itu sebelum ini terpesong dari ajaran Islam sebenar.

Categories
SELANGOR

Bekalan air terawat berterusan hingga 2022

rumah pam syabasLangkah mitigasi yang dilaksanakan Kerajaan Negeri dijangka memastikan pembekalan air terawat yang berterusan untuk sedekad lagi, iaitu sehingga 2022. Projek mitigasi itu dijangka siap tahun ini.

Antara langkah mitigasi yang diambil adalah pemulihan loji rawatan air Bukit Jelutong yang telah ditutup. Ini dijangka menaikkan takat rizab air sehingga 851 juta liter sehari (jls). Penggunaan teknologi membran akan meningkatkan penghasilan air terawat sebanyak 100 jls lagi.

Pusat Kajian Sosio-Ekonomi (SERC) bagaimanapun menggesa Kerajaan Negeri supaya lebih tegas bertindak memastikan penyelenggaraan loji rawatan dan paip yang lebih ketat.

?Kajian yang dijalankan firma kaji selidik Enrico mendapati kesemua 29 loji rawatan air yang diurus Puncak Niaga tidak beroperasi di paras optima. Kira-kira 18 loji itu perlu dibaikpulih dan dinaik taraf,? saran SERC.

Badan tersebut menggesa Kerajaan Negeri supaya mengatasi pencemaran air di sungai-sungai utama di Selangor, terutamanya di Semenyih dan di Langat.

Pencemaran di sungai-sungai itu menyebabkan jumlah bekalan air mentah berkurangan.

?Sehingga April 2012, sekurang-kurangnya 13 kejadian henti tugas di loji-loji rawatan akibat paras pencemaran yang tinggi,? menurut laporan itu.

Punca pencemaran dikenal pasti daripada aktiviti perkilangan, ladang ayam dan itik, tumpahan minyak dan perlombongan pasir.

Kerajaan Negeri juga diminta menguatkuasakan undang-undang menghukum pencemar sungai, mengekang pencurian air dan penyelewengan, dan memindahkan kilang-kilang ke kawasan yang sesuai.

Categories
SELANGOR

Syabas sabotaj ekonomi Selangor?

Miter_air_SyabasHasil kajian Pusat Kajian Sosio-Ekonomi (SERC) ke atas laporan media sekitar isu air Selangor menunjukkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menolak atau menangguhkan permohonan daripada lebih 1,000 pengusaha industri yang mahu mendirikan kilang di negeri ini.

Perkara itu disebut Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan dalam satu kenyataan kepada agensi berita Bernama.

Menurut Sohaimi, syarikat konsesi itu berbuat demikian atas dakwaan Selangor menghadapi kekurangan air terawat yang serius.

Syabas sebelum itu mencadangkan catuan bagi menghadapi krisis seperti yang didakwa mereka.

Kerajaan Pusat bagai-manapun berkata catuan tidak diperlukan.

loji rawatan air selangor?Pengumuman Kerajaan Pusat bahawa catuan air tidak perlu dilaksanakan setakat ini, bermakna ada bekalan air terawat yang mencukupi untuk pelanggan Syabas, sama ada kediaman atau industri,? tegas laporan SERC itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Selangor tidak berada dalam krisis.

Beliau menolak langkah catuan, sebaliknya menggesa Syabas membekalkan air kepada kawasan-kawasan yang mengalami gangguan.

prasarana air selangor?Bagi kawasan yang menghadapi gangguan begini, Sya bas dikehendaki membekalkan bekalan air ke kawasan berkenaan. Bukanlah catuan. Kita minta Syabas tangani masalah itu supaya pengguna tidak menghadapi masalah,? tegas beliau.

Antara kes yang pernah dilaporkan, ialah permohonan bekalan air daripada pengusaha sarung tangan getah terbesar di dunia, Top Glove Corporation, yang ditolak Syabas. Para pemaju turut mengeluh kerana permohonan mereka juga ditolak.

Bahkan, syarikat pengusaha barangan, F&N, menanggung kerugian besar kerana Syabas tidak membekalkan air selama lima hari kepada kilang F&N di Pulau Indah.