Categories
NASIONAL SELANGOR

Syabas sabotaj ekonomi Selangor – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 17102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Hasil kajian Pusat Kajian Sosio-Ekonomi (SERC) ke atas laporan media sekitar isu air Selangor menunjukkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menolak atau menangguhkan permohonan daripada lebih 1,000 pengusaha industri yang mahu mendirikan kilang di negeri ini.

2. Langkah mitigasi yang dilaksanakan Kerajaan Negeri dijangka memastikan pembekalan air terawat yang berterusan untuk sedekad lagi, iaitu sehingga 2022. Projek mitigasi itu dijangka siap tahun ini.

3. Selepas 45 tahun penubuhan Al-Arqam, syarikat serpihan ajaran itu, Global Ikhwan Sdn Bhd Holding (GISB) hari ini mengakui ajaran Aurad Muhamadiah yang diamalkan ahli kumpulan itu sebelum ini terpesong dari ajaran Islam sebenar.

Global Ikhwan mohon maaf, isytihar patuhi Majlis Fatwa

fatwa

RAWANG, 16 OKT: Selepas 45 tahun penubuhan Al-Arqam, syarikat serpihan ajaran itu, Global Ikhwan Sdn Bhd Holding (GISB) hari ini mengakui ajaran Aurad Muhamadiah yang yang diamalkan ahli kumpulan itu sebelum ini terpesong dari ajaran Islam sebenar.

Menurut Pengerusi Eksekutif GISB, Hatijah Aam, beliau mula menyedari kesalahan itu selepas berdoa di hadapan Kaabah memohon agar diberi pentujuk dan mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Maka pada hari ini hari pertama Tasyrik di Raya Haji 1434 Hijrah bersamaan 16 Oktober 2013, saya Hatijah Binti Aam mengisytiharkan di depan Tuan Pengarah JAIS bahawa kami GISB menerima fatwa dengan sepenuh hati.

“Kami akan patuhi fatwa dan kembali kepada Kerajaan Malaysia khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), JAIS dan Majlis Fatwa,” kata isteri pengasas Al-Arqam di Malaysia, Ashaari Muhammad itu di Majlis Pelupusan Bahan Dilarang Fatwa di Bandar Country Homes pagi tadi.

Justeru itu pihak beliau memohon maaf kepada pihak berkuasa khususnya, JAIS, Majlis Fatwa, Jakim dan semua semua penganut agama Islam di negara ini.

Turut mengikuti pengakuan Hajijah itu, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin, Ketua Penolong Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dan kira-kira 200 kakitangan GISB yang majoritinya bekas pengikut Al-Arqam.

“Jika ada di kalangan GISB yang engkar dengan perkara ini, kami isytiharkan di sini bahawa mereka bukan lagi pekerja Syarikat GISB Holding ini, samada di Malaysia atau pun di luar negara,” kata Hajijah lagi.

Sementara itu, Marzuki ketika merasmikan majlis itu berkata, pengakuan Hajijah itu merupakan satu pengakuan jujur dan ikhlas.

“Biarpun dalam masa sama banyak pihak lain di luar sana yang menganggap ini sebagai lakonan, kami di JAIS amat yakin dengan kejujuran dan keikhlasan (pengakuan ini), saya diyakinkan oleh beberapa orang pegawai saya,” kata Marzuki.

Dalam majlis itu, Marzuki turut melakukan acara simbolik melupuskan lebih 20 tajuk bahan bercetak yang dilarang Fatwa dengan membakar buku-buku, majalah dan risalah terbitan Al-Arqam.

Antara buku tersebut, Buah Fikiran Ustaz Ashaari Muhammad siri 2, Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya, Surat-surat Kepada Perdana Menteri (jawapan kepada tuduhan-tuduhan), Aurad Muhamadiah – Pegangan Darul Arqam dan lain-lain.

Sebelum ini Hajijah yang sudah menetap di Jeddah selama tiga tahun ditahan 45 hari oleh pihak berkuasa Arab Saudi atas kesalahan melakukan perbuatan bidaah (mengamalkan Islam yang terpesong) dan menduduki negara itu melebihi tempoh.

Beliau yang dihantar pulang ke negara ini pada 13 Mei 2013 kemudiannya menjalani proses soal siasat pihak berkuasa JAIS.

Marzuki berkata dalam sidang media di majlis sama memberitahu, kertas siasatan yang disiapkan JAIS sudah dihantar ke Mahkamah Syariah untuk tindakan pendakwaan.