Categories
NASIONAL

QZ8501: Ekor pesawat berjaya diapung namun kotak hitam tidak ditemui

JAKARTA 11 JAN: Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa berjaya dibawa naik ke permukaan laut dengan menggunakan beg pelampung.

Pihak berkuasa Indonesia bagaimanapun berkata tiada kotak hitam ditemui didalamnya.

ekor1“Kami berjaya membawa naik ekor pesawat itu ke atas kapal. Ia berwarna merah dan putih dan sebahagian besar logo AirAsia jelas kelihatan,” kata seorang jurucakap Tentera Laut Indonesia, Manahan Simorangkir.

Pengarah Operasi Basarnas, Marsma SB Supriyadi, kotak hitam, yang merakamkan segala perbualan juruterbang di dalam kokpit mungkin tertanggal daripada ekor pesawat tersebut.

Isyarat ping yang dipercayai dihantar oleh kotak hitam pesawat tersebut pada Jumaat menguatkan lagi harapan ia akan ditemui bersama ekor pesawat tersebut.

Pesawat Airbus yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terhempas berikutan cuaca buruk ketika dalam perjalanan dari Surabaya menuju ke Singapura pada 28 Disember lalu.

Kesemua penumpang dilaporkan maut.

Bahagian ekor pesawat, lokasi penyimpanan kotak hitam pesawat itu ditemui dalam keadaan terbalik dan terbenam dalam dasar laut pada kedalaman 30 meter.

Ia berjaya dibawa naik ke permukaan laut menggunakan kaedah pengapungan dengan enam beg pelampung dan ditarik oleh kapal Crest Onyx.

Ekor pesawat itu adalah serpihan besar pesawat yang ditemui dan dipercayai boleh merungkai misteri kemalangan pesawat tersebut.

EZY

Categories
NASIONAL

Basarnas jumpa lokasi QZ8501

SHAH ALAM, 5 JAN (Bernama): Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia dilaporkan menemui lokasi pesawat AirAsia QZ8501, lapor Kompas.com.

Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Leftenan Kolonel Penerbangan Johnson Simatupang berkata, semua pesawat yang melakukan operasi udara dalam misi pencarian itu akan terbang di bawah 5,000 kaki.

“Kita sudah dapatkan perintah operasi dari Basarnas. Semua penerbangan akan berada di bawah 5,000 kaki,” katanya.

qzKatanya, lokasi pencarian akan dibahagi kepada empat sektor melibatkan pesawat Tentera Angkatan Udara Nasional Indonesia (TNI AU), Korea Selatan, RUsia dan Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Basarnas memastikan pesawat AirAsia QZ8501 jatuh di lokasi terakhir berhubung dengan Unit Kawalan Trafik Udara (ATC) dan pasukan SAR memfokuskan pencarian di titik koordinat itu.

“…meyakinkan bahawa AirAsia jatuh di lokasi perhubungan terakhir,” kata Pengarah Operasi Basarnas, SB Supriyadi, semalam.

Berdasarkan maklumat, perhubungan terakhir AirAsia QZ8501 di titik koordinat yang berada di sebelah utara Laut Jawa dekat dengan Selat Karimata.

Indonesian Navy ship KRI Yos Sudarso takes part in the search operation for missing AirAsia Flight QZ8501 south of Pangkalan BunKatanya, lokasi pencarian akan dilakukan sejauh 60 batu nauktika dari titik terakhir itu.

Sementara itu, Basarnas bersama pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) sudah mengerahkan 14 aset udara dan 26 aset laut ke lokasi pencarian pesawat malang itu, dengan 30 mayat mangsa ditemui, sehingga 4 Januari lalu.

Pada 28 Disember lalu, pesawat AirAsia Indonesia terputus hubungan radar ketika dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu terhempas di perairan dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah di Indonesia.

Categories
NASIONAL

Tiga lagi mayat QZ8051 ditemui pagi ini

SHAH ALAM, 31 DIS: Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) menjumpai tiga lagi mayat yang dipercayai penumpang dan kru pesawat AirAsia Indonedia QZ8501 yang terputus hubungan, pada 28 Disember lalu.

Memetik laporan kompas.com. salah satu mayat yang ditemui itu dalam keadaan berpakaian pramugari dan dengan penemuan itu menjadikan jumlah mayat yang ditemui adalah enam orang, sejak semalam.

qzKetua BASARNAS, F Henry Bambang Sulistyo, dalam sidang media berkata, tiga mayat itu dijumpai pada jam 6.06 pagi, 6.45 pagi dan 06.56 pagi waktu tempatan.

Namun, beliua tidak menyebutkan tanda atau ciri khusus pada dua mayat lain.

“Pagi ini, ditemukan tiga jenazah yakni dua lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan berpakaian pramugari.

“Kondisi sudah membengkak tapi bisa dikenali,” kata Sulistyo.

Categories
NASIONAL

QZ8501: Jasad ditemui dipindah ke pusat operasi sementara

SHAH ALAM, 30 DIS: Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia dikerah memindahkan jasad penumpang pesawat QZ8501 Air Asia Indonesia yang dikesan jatuh di Selat Karimata.

air asiaBeberapa jenazah dilaporkan ditemui di lokasi sekitar 190 kilometer arah barat daya Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Memetik BH Online, anggota penyelamat ketika ini mula memindahkan jasad yang ditemui untuk dibawa ke Pangkalan Bun yang dijadikan pusat operasi sementara.

Kapal Perang KRi Bung Tomo sudah berada di lokasi untuk mengambil mayat yang ditemui serta serpihan yang sebelum ini dikesan di lokasi berdekatan.

Categories
NASIONAL

Serpihan di Selat Karimata sah milik QZ8501

SHAH ALAM, 30 DIS: Serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 Air Asia Indonesia.

air asiaPerkara disahkan Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi.

“Buat masa ini, ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat Air Asia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi,” katanya yang dipetik Berita Harian Online

Categories
NASIONAL

QZ8501: KD Lekir tiba di zon carian, SAR perinci 13 zon

SHAH ALAM, 30 DIS: Air Asia belum sempat mengubah suai pesawat QZ8501 walaupun sedang menaiktaraf rangkaian pesawat jarak dekatnya bagi lebih memudahkan ia dikesan.

Laporan The Wall Street Journal menyatakan syarikat penerbangan murah itu adalah antara yang terawal menggunakan teknologi pengesan terbabit.

Memetik Bernama, kapal pemusnah AS, The USS Sampson, dijangka tiba hari ini ke lokasi nahas untuk membantu gerakan mencari pesawat yang hilan, sejak 28 Dismeber lalu.

Air Asia2Satu kenyataan yang dikeluarkan dari Yokosuka, Jepun, menyatakan Pusat Pemerintah AS mengarahkan Sampson ke kawasan carian umum ekoran permintaan dari kerajaan Indonesia.

“Angkatan Laut Amerika Syarikat sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Indonesia untuk menyediakan kemampuan tambahan carian di permukaan atau udara untuk membantu usaha pencarian mereka,” kata tentera AS.

Pada 29 Disember lalu, kerajaan Indonesia menghantar nota diplomatik kepada kedutaan AS di Jakarta untuk meminta bantuan, kata Jabatan Negara Amerika Syarikat.

The Sampson adalah sebahagian daripada Armada ketujuh AS, di bawah Pusat Pemerintah Pasifik AS dan sebahagian daripada kerahan bebas ke Pasifik Barat.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Datuk Abdul Aziz Jaafar, dalam tweet berkata, kawasan carian diperluas dan disemak semula, bahkan kapal Tentera Laut KD Lekir sudah memasuki zon carian.

Operasi carian dan menyelamat (SAR) kini diperincikan kepada 13 zon dan pihak berkuasa Indonesia berkata, semua kawasan sedang dipantau, termasuk di daratan, lapor detik.com.

Categories
NASIONAL

QZ8501: Usaha mencari dan menyelamat giat dilaksanakan

JAKARTA 28 DIS: Kementerian Pengangkutan Indonesia telah memulakan usaha mencari dan menyelamat pesawat AirAsia yang dilaporkan hilang sejak pagi Ahad.

Pegawainya, Hadi Mustofa memberitahu MetroTV Indonesia, pesawat yang membawa seramai 162 penumpang terputus hubungan dengan menara kawalan selepas berlepas selama 42 minit dari lapangan terbang Surabaya.

air asiaPesawat itu dilaporkan berlepas pada pukul 5.35 pagi (waktu Indonesia) iaitu 6.35 pagi waktu Malaysia.

Menurut Mustofa, nasib seramai 155 penumpang dan tujuh anak kapal masih belum diketahui sehingga ini.

Pesawat itu berlepas daripada Surabaya pada 5.20 pagi waktu tempatan pada Ahad dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 8.30 pagi.

Ia dilaporkan putus hubungan dengan menara kawalan ketika pesawat itu berada di antara Kalimantan dan Kepulauan Belitung.

Pesawat AirAsia, QZ8501 yang dilaporkan hilang telah diminta membelok beberapa darjah sebelum gagal dihubungi menara kawalan.

Agensi berita yang memetik pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, pesawat tersebut telah diminta membelok beberapa darjah dari laluan asal Surabaya ke Singapura sebelum hilang.

“Ia telah mengambil laluan yang sedikit berbeza. Juruterbang juga diminta untuk meningkatkan ketinggian dari 3,200 kepada 3,400 kaki,” katanya.

Bagaimanapun Hadi memberitahu, perubahan tersebut merupakan perkara biasa dan penerbangan berkenaan dipercayai masih di rantau Indonesia.

“Ia mungkin masih berada di Indonesia,” katanya sambil mendakwa situasi cuaca buruk dan faktor lain mungkin menjadi penyebab pesawat gagal dihubungi.

 

White House menyatakan ia sedang memantau situasi kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Jurucakap White House, Eric Schultz berkata Presiden Barack Obama sudah diberi taklimat mengenai perkara itu.

Pesawat dan kapal laut milik tentera Singapura bersiap sedia untuk membantu pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang di perairan Bangka Belitung, hari ini.

Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen dalam laman Facebooknya melaporkan bahawa pihaknya menyiapkan pesawat Hercules C130 dan kapal milik angkatan tentera laut untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya beliau juga sudah memaklumkan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu berkenaan perkara itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam laman Facebooknya juga memaklumkan persiapan untuk membantu pihak berkuasa Indonesia.

EZY