Categories
AGENDA NASIONAL

Pekerja kedai perabot parah premis dirempuh pemandu mabuk

SHAH ALAM, 21 NOV: Seorang pekerja kedai perabot parah selepas premis di Jalan Kampung Pasir di Ampang, dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata kejadian jam 6 petang itu turut mengakibatkan struktur kedai perabot terpakai berkenaan rosak akibat rempuhan.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 petang di mana kereta jenis Proton Preve dipandu lelaki berusia 36 tahun merempuh kedai berkenaan.

“Kejadian mengakibatkan mangsa berusia lingkungan 20-an parah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemandu kenderaan hanya mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut. Mangsa didapati tidak sedarkan diri,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Polis tahan pemandu cuba rempuh sekatan jalan raya

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Cubaan seorang pemandu di bawah pengaruh dadah melarikan diri daripada pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Desa Jaya gagal selepas keretanya merempuh tembok penghadang jalan sebelum ditahan oleh anggota polis, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, suspek lelaki tempatan berusia 45 tahun itu diarah oleh anggota bertugas di SJR supaya menghentikan kenderaan di tepi jalan bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata suspek sebaliknya memecut kenderaannya sebelum anggota polis bertindak mengejarnya sehingga ke kawasan perumahan Perdana Puri iaitu jarak kira-kira 300 meter dari lokasi SJR.

“Suspek, bagaimanapun, berpatah balik dan memecut laju ke arah khemah SJR dan hampir merempuh seorang anggota polis yang bertugas di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek kemudian memberhentikan keretanya secara mengejut sebelum mengundur dalam keadaan laju sehingga melanggar batu pembahagi jalan berhampiran khemah SJR.

Arifai berkata akibat pelanggaran itu, kenderaan suspek tidak boleh bergerak dan dia ditahan polis manakala semakan mendapati dia mempunyai 11 rekod jenayah berkaitan kes dadah dan satu rekod jenayah mencuri.

“Ujian saringan air kencing suspek juga didapati positif syabu dan suspek direman tujuh hari bermula hari ini,” katanya.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

9 keluarga berisiko dihentam kenderaan ‘terbang’ dapat penempatan baru

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PAYA JARAS, 14 MAC: Sembilan keluarga yang mendiami kawasan berhampiran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kampung Seri Indah B, di sini, akan diberi penempatan baru.

Penempatan baru diberi kepada penduduk terlibat disebabkan kawasan kediaman berhampiran lebuh raya itu tidak selamat lagi untuk didukuki.

20150313_170718Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, proses kelulusan penempatan baru yang juga terletak di kampung sama dijangka dapat diselesaikan, pada April ini.

“Rabu lalu (11 Mac), tayar Land Rover tentera terbang dan sebelum ini sebuah lori dengan muatan konkrit juga jatuh atas rumah orang, di sini.

“Kita bernasib baik sebab tiada kemalangan jiwa dalam dua kejadian berkenaan. Sebab itu, saya minta Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Menteri Besar supaya menyegerakan isu penempatan semula semua penduduk di lereng lebuh raya ini.

20150313_170020“Kita dah periksa tempatnya, permohonan dah masuk dan surat sokongan juga dah dikeluarkan. Kini, cuma tunggu borang 5A sahaja iaitu kelulusan geran,” kata Mohd Khairuddin ketika ditemui Selangor Kini. di Kampung Seri Indah B, di sini, semalam.

Mohd Khairuddin berkata, penduduk terlibat akan diberikan tapak kediaman yang terletak di kampung sama.

“Semuanya ada 15 rumah tetapi paling penting sekali untuk sembilan rumah dahulu,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

2 hari menggigil takut tayar lori ‘terbang’ lagi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PAYA JARAS, 14 MAC: Empat sekeluarga trauma tinggal di rumah sendiri selepas tayar sebuah trak tentera ‘terbang’ menghentam bumbung rumah mereka di Kampung Seri Indah B, pada 11 Mac lalu.

Tayar trak yang sedang ditunda itu terjatuh ketika kenderaan terbabit melalui lebuh raya milik Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang berkedudukan lebih tinggi terletak kira-kira 20 meter di belakang rumah berkenaan.

Penghuni terbabit, Sharifol Sharif, 53, ketika menceritakan semula kejadian berkata, tayar itu jatuh betul-betul di bahagian dapur ketika empat anaknya sedang makan tengah hari sebelum ke sekolah.

20150313_165940“Masa itu, saya sedang menghantar murid sekolah. Isteri saya kata tayar itu berdentum kuat, terpelanting betul-betul di tempat anak saya tengah makan di bawahnya.

“Nasib baik bumbung baru tukar. Kalau bumbung lama, tayar itu memang boleh bolos dan jatuh atas anak saya.

“Selepas kejadian itu, isteri dan anak saya trauma teruk. Mereka menggigil dua hari terutama setiap kali mendengar bunyi lori di lebuh raya sebelah,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sharifol berkata, peristiwa itu adalah kejadian kedua yang berpunca daripada kenderaan yang melalui lebuh raya berhampiran itu.

Katanya, kejadian pertama berlaku kira-kira dua tahun lalu melibatkan sebuah lori membawa konkrit MRT seberat 60 tan terbabas dan menjunam ke atas rumah jirannya yang terletak selang tiga buah.

20150313_165952“Masa saya bina rumah kira-kira 20 tahun lalu, lebuh raya ini tak ada. Selepas beberapa tahun barulah ia dibina,” katanya.

Sementara itu, Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, sehingga kini Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan PLUS belum mengambil sebarang tindakan walaupun pernah datang melawat tahun lalu.

“Seharusnya, LLM dan PLUS membina tembok perlindungan atau langkah keselamatan lain untuk melindungi sembilan kediaman yang terletak di kawasan lebih rendah berhampiran lebuh raya itu,” katanya.

-NFN-