Categories
SELANGOR

Pantauan berterusan, kes denggi menurun

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 10 OGOS: Statistik kes demam denggi di Selangor menunjukkan penurunan selepas musim perayaan yang pada awalnya membimbangkan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata jumlah kumulatif bagi minggu epid ke-31 iaitu 6 Ogos menunjukkan penurunan sebanyak 851 kes berbanding minggu epid ke-30 sebanyak 872 kes.

“Hasil pantauan berterusan dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menangani isu wabak denggi, ia menunjukkan penurunan.

“Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri terus komited dan memantau supaya ia terus menurun ke minggu akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Petaling menunjukkan kes demam denggi tertinggi sebanyak 338 kes dan kumulatif kematian seramai 19 orang, diikuti Hulu Langat sebanyak 230 kes juga mencatatkan kumulatif kematian seramai 19 orang.

DENGGI-GRAFIKDaerah lain juga mencatatkan penurunan antaranya Gombak (108 kes), Sepang (24 kes), Kuala Langat (9 kes) dan Kuala Selangor kekal tujuh kes.

Manakala dua buah daerah mencatatkan peningkatan iaitu Klang sebanyak 107 kes berbanding epid ke-30 sebanyak 70 kes.

Sementara itu, Hulu Selangor juga mencatatkan peningkatan sebanyak 28 kes berbanding epid ke-30 hanya 19 kes.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga 4.0300/0350 berbanding dolar

KUALA LUMPUR 9 OGOS: Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh permintaan komersial, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.0300/0350 berbanding dolar AS, lebih tinggi berbanding 4.0350/0400 yang dicatatkan pada penutup semalam.

“Ringgit dan beberapa mata wang pasaran baharu muncul lain mengukuh pada awal dagangan di Asia juga berikutan dolar jatuh sedikit kerana pengambilan untung teknikal jangka pendek.

“Bagaimanapun, dolar AS kekal disokong oleh keyakinan peserta pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah sebelum akhir tahun,” katanya dipetik BERNAMA.

Ringgit juga didagangkan kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9894/9938 berbanding 2.9935/9990 semalam dan lebih tinggi berbanding yen kepada 3.9352/9412 daripada 3.9397/9461.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound kepada 5.2390/2471 daripada 5.2649/2730 semalam dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.4660/4732 daripada 4.4756/4820.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit diunjur cecah paras 4.01 minggu depan berbanding dolar

KUALA LUMPUR 6 OGOS: Ringgit diunjur diniaga lebih tinggi minggu depan, mencecah paras 4.01, antara lain disebabkan pasaran dipacu kecairan serta peningkatan harga minyak, menurut Affin Hwang Investment Bank.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata kebanyakan mata wang sedang muncul Asia termasuk mata wang tempatan akan berada dalam trend menaik berikutan sentimen positif selepas keputusan Bank Pusat England (BoE) memotong kadar faedahnya.

“BoE memutuskan untuk memotong kadar pinjaman untuk pertama kali dalam tempoh tujuh tahun sebagai langkah menghalang kemelesetan pasca Brexit.

“Kadar itu dipotong kepada kadar terendah baru 0.25 peratus daripada 0.5 peratus dan ada kemungkinan satu lagi pemotongan dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Menurut Nazri, ia adalah langkah baik yang akan memanfaatkan mata wang tempatan.

Sementara itu, Bank Pusat Jepun telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya secara stabil, tetapi akan meningkatkan pembelian dana pertukaran diniagakan.

Ringgit dijangka diniaga lebih tinggi minggu depan berikutan harga minyak yang lebih tinggi. Khamis lalu, harga minyak naik disebabkan penurunan dalam inventori minyak mentah AS.

Dilaporkan pasaran hadapan minyak mentah West Texas Intermediate diniagakan pada US$41.11 setong, naik 0.7 peratus. Sementara itu, pasaran hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada AS$43.28 setong, naik 0.44 peratus.

Untuk minggu baru berakhir, ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh seminggu setengah berbanding dolar AS, apabila ekonomi AS mencatat pertumbuhan lebih lembap.

Ia ditutup pada 4.0200/0250 pada Jumaat berbanding dolar daripada 4.0670/0740 pada minggu sebelumnya.

Mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9993/9033 daripada 3.0108/0169 tetapi menyusut berbanding yen kepada 3.9806/9875 daripada 3.9257/9343. I

a naik berbanding pound Britain kepada 5.2911/2989 daripada 5.3583/3691 dan menambah berbanding euro kepada 4.4783/4855 daripada 4.5180/5274 Jumaat lepas. – BERNAMA

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 1 OGOS: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini di tengah minat belian sederhana, kata pedagang.

Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.0320/0380 berbanding dolar daripada 4.0670/0740 Jumaat.

Pedagang berkata, permintaan dipacu faktor luaran memberangsangkan disandarkan kepada jangkaan Rizab Persekutuan AS akan menaikkan lagi kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Ia menokok berbanding pound British kepada 5.3364/3459 daripada 5.3583/3691 Jumaat dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0087/0155 daripada 3.0108/0169.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.9387/9457 daripada 3.9257/9343 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.5058/5141 daripada 4.5180/5274. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Ringgit dijangka cecah paras 4.00 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 30 JULAI: Ringgit dijangka mencecah paras 4.00 berbanding dolar AS minggu depan, didorong oleh faktor luaran biarpun harga minyak mentah kembali stabil.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata unit tempatan itu dijangka terus mengukuh minggu depan seiring unjuran bahawa pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan kadar faedah.

“Kami menjangkakan ringgit akan mencecah paras 4.00 berbanding dolar AS pada minggu ini,” katanya dipetik BERNAMA.

Nazri Khan berkata, beliau turut mengharapkan harga minyak mentah kembali stabil selepas harganya susut ke paras AS$42 setong.

Bagi minggu baru berakhir ini, ringgit menghampiri paras tertingginya dalam masa tujuh bulan pada Rabu lepas berikutan permintaan dalam kalangan penggiat institusi asing, namun ternyata susut susulan aktiviti pengambilan untung.

Ia ditutup pada paras 4.0670/0740 berbanding dolar AS pada Jumaat daripada 4.0535/0595 di minggu sebelumnya.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0108/0169 daripada 2.9891/9937 pada Jumaat lepas dan susut berbanding yen kepada 3.9257/9343 daripada 3.8223/8290, sebelum ini.

Ia turut susut berbanding pound British kepada 5.3583/3691 daripada 5.3194/3281 sebelum ini dan turun berbanding euro kepada 4.5180/5274 daripada 4.4686/4768.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 30 MEI: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dipengaruhi dolar AS yang lebih kukuh dengan jangkaan kenaikan kadar faedah AS.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan itu disebut pada 4.0960/1010 berbanding dolar AS dari 4.0780/0840 pada jam 5 petang Jumaat lalu, lapor BERNAMA.

NILAI RINGGITPengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen, baru-baru ini mencadangkan berlaku kenaikan kadar faedah jika ekonomi AS meningkat dan pasaran buruh terus bertambah baik. Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9651/9692 dari penutup Jumaat 2.9647/9706, namun mengukuh berbanding yen kepada 3.6978/7026 dari 3.7171/7236.

Unit tempatan itu susut berbanding pound British kepada 5.9822/9899 dari 5.9743/9839, tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.5482/5542 dari 4.5588/5671.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit kukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 27 MEI: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini didorong keyakinan ke atas peningkatan harga minyak yang berterusan, kata peniaga.

Pada jam 9.29 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4,0740/0790 berbanding dolar AS daripada 4,0780/0850 pada jam 5 petang semalam.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2,9638/9678 daripada penutup semalam sebanyak 2,9600/9659 tetapi mengukuh berbanding yen kepada 3,7057/7119 daripada 3,7093/7167 semalam.

Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5,9778/9872 daripada 5,9890/9021 sebelum ini tetapi lemah berbanding euro kepada 4,5584/5644 daripada 4,5576/5670. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga 4.0930/0980 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 24 MEI: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dipengaruhi oleh nilai dolar yang lebih kukuh.

Pada jam 9.02 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0930/0980 berbanding dolar AS berbanding 4.0800/0860 pada 5 petang semalam.

NILAI RINGGITSeorang peniaga berkata, jangkaan kadar faedah AS lebih tinggi bulan depan mencetuskan permintaan bagi mata wang ekonomi terbesar dunia itu.

Mata wang tempatan juga diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9662/9719 daripada penutup semalam 2.9572/9619, lebih rendah berbanding yen kepada 3.7444/7500 berbanding 3.7223/7291 dan susut berbanding euro kepada 4.5878/5951 daripada 4.5729/5812 semalam.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9291/9384 daripada 5.9311/9423 pada Isnin. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga 4.00-4.05 dolar AS minggu depan

SHAH ALAM 15 MEI: Ringgit dijangka diniaga antara 4.00 hingga 4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan kecenderungan trend menurun minggu depan, kata peniaga.

Beliau berkata, mata wang tempatan itu mungkin menerima tekanan berbanding dolar dengan Rizab Persekutuan AS diramal menaikkan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan bulan depan.

NILAI RINGGIT“Pasaran mungkin menjadi gelisah menjelang kemungkinan kenaikan itu yang akan memberi tekanan ke atas mata wang tempatan.

Ia mungkin juga mencerminkan pergerakan minyak mentah Brent,” katanya dipetik BERNAMA.

Untuk minggu baru berakhir, ringgit diniaga pada 3.9940 hingga 4.0600. Unit tempatan itu ditutup pada 4.0210/0280 pada Jumaat berbanding dolar AS daripada 4.0000/0080 pada minggu sebelumnya.

Ia bagaimanapun ditutup bercampur-campur kepada lebih tinggi berbanding mata wang lain. Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9331/9391 daripada 2.9440/9501 Jumaat lepas dan meningkat berbanding yen kepada 3.6988/7063 daripada 3.7404/7489 sebelum ini.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.5642/5738 daripada 4.5684/5791 Jumaat lalu tetapi merosot berbanding pound Britain kepada 5.7963/8080 daripada 5.7948/7080 sebelum ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Pasaran wang dijangka stabil minggu depan

KUALA LUMPUR 30 APR: Pasaran wang Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) terus campur tangan untuk menguruskan lebihan mudah tunai.

Bank pusat dijangka melaksanakan tender harian untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.

Bagi minggu baru berakhir, BNM campur tangan setiap hari untuk menyerap lebihan dana dengan menjalankan beberapa tender — pasaran wang konvensional, Qard, repo, lelongan matang, lelongan matang Islam dan Program Murabahah Komoditi.

NILAI RINGGITPada Jumaat, tindakan bank pusat membantu mengurangkan lebihan mudah tunai pasaran dalam sistem konvensional kepada RM23.01 bilion daripada RM29.60 bilion sebelum ini.

Mudah tunai pasaran dalam sistem Islam jatuh kepada RM5.75 bilion daripada RM12.90 bilion sebelum ini.

Kadar semalaman kekal pada 3.21 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing pada 3.30 peratus, 3.35 peratus dan 3.39 peratus pada sepanjang minggu.

Sementara itu, penanda aras kadar antara bank tiga bulan kekal tidak berubah daripada 3.70 peratus pada Jumaat lepas. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Ringgit lemah 3.9120/9190 berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR 25 APR: Ringgit meneruskan kerugiannya berbanding dolar AS semalam apabila pelabur kekal berada di luar perdagangan bagi menunggu keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS pada 27 April.

NILAI RINGGITPada jam 9.04 pagi, mata wang tempatan itu didagang lemah kepada 3.9120/9190 berbanding Dolar AS berbanding prestasi Jumaat 3.8940/8000.

Ringgit turut turun berbanding dolar Singapura kepada 2.8860/8931 daripada 2.8838/8904 Jumaat lalu, namun mengukuh berbanding yen kepada 3.5158/5230 dari 3.5281/5342.

Ia menyusut berbanding euro kepada 4.3928/4018 dari 4.3893/3969 dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.6458/6575 daripada 5.5852/5957.- BERNAMA

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit dijangka berada antara 3.80 dan 3.90 berbanding USD

KUALA LUMPUR, 23 APR: Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati antara 3.80 dan 3.90 berbanding dolar US minggu depan menjelang dua mesyuarat dasar, kata peniaga.

Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengadakan mesyuarat dua hari mulai Selasa minggu depan manakala pembuat dasar Bank Jepun, yang dijangka menimbang langkah-langkah mengurangkan kadar faedah, akan bermesyuarat pada Rabu dan Khamis.

ringgitmalaysia“Peserta pasaran mungkin akan menilai petunjuk Fed mengenai kenaikan kadar faedah seterusnya. Jika itu berlaku pada mesyuarat ini, ia akan menjejaskan mata wang serantau, termasuk ringgit,” katanya.

Peniaga berkata, ringgit juga dijangka menjejaki pergerakan pasaran minyak minggu depan.

Mata wang tempatan itu diniagakan keseluruhannya lebih rendah minggu ini berikutan kekurangan petunjuk baharu.

Pada Jumaat, ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US pada 3.8940/8000 berbanding 3.9000/0100 minggu lepas.

Bagaimanapun, ringgit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.8838/8904 daripada 2.8683/8773 Jumaat lepas. Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.5281/5342 daripada 3.5656/5757 sebelum ini.

Ia jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5852/5957 daripada 5.5232/5381 Jumaat lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.3893/3969 daripada 4.3930/4046 sebelum ini.

BERNAMA