Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga rendah berbanding USD minggu depan

OLEH : BERNAMA

KUALA LUMPUR 13 FEB : Ringgit berkemungkinan diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan kelemahan ekonomi global yang berterusan serta kekurangan rangsangan hasil tindakan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) bagi menyokong pasaran, kata penganalisis.

“Ekonomi global berdepan tekanan akibat ketidaktentuan berterusan disebabkan harga minyak mentah serta risiko pendedahan sektor perbankan Eropah terhadap bon berkaitan minyak,” kata Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.

NILAI RINGGITBeliau berkata, walaupun Pengerusi Fed, Janet Yellen, mengakui bimbang mengenai pelaksanaan syarat kewangan lebih ketat serta risiko turun naik pasaran baru-baru ini, pasaran sebaliknya lebih tertumpu kepada kemelut negara maju yang mencatat pertumbuhan rendah.

Bagaimanapun, Nazri mengunjurkan ringgit berkemungkinan diniagakan sekitar paras 4.100 berbanding dolar AS minggu depan susulan jangkaan harga minyak mentah yang lebih tinggi serta peningkatan semula minat terhadap ringgit.

Pada minggu lepas, pasaran global menyaksikan harga minyak naik hampir lima peratus berikutan laporan bahawa pengeksport mungkin mengurangkan pengeluaran masing-masing.

“Jika harga minyak mentah global terus pulih, ia akan mendorong ringgit mencecah paras 3.95,” katanya.

Minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, diniagakan pada AS$31.43 setong, iaitu peningkat sebanyak AS$1.37 atau 4.56 peratus.

Pada minggu singkat akibat cuti umum ini, ringgit diniagakan rendah kepada 4.1650/1750 daripada 4.1520/1620 berbanding dolar AS pada Jumaat lepas yang sebahagian besarnya disebabkan ketidaktentuan ekonomi global serta pergerakan harga minyak mentah dunia.

Pasaran tukaran asing pula ditutup pada 8-9 Februari bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Unit tempatan itu rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9831/9918 daripada 2.9672/9754 pada Jumaat lepas dan susut berbanding yen kepada 3.6979/6081 daripada 3.5514/5612.

Ringgit juga rendah berbanding pound British kepada 6.0422/0583 daripada 6.0312/0478 dan merosot berbanding euro kepada 4.6973/6102 daripada 4.6469/6598, pada Jumaat lepas.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga RM4.3850/3920 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 12 JAN: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pada dagangan awal pagi ini disebabkan kekurangan minat daripada pelabur, kata peniaga.

Setakat jam 9 pagi hari ini, ringgit diniagakan pada 4.3850/3920 berbanding dolar AS daripada penutup 4.3700/3800 semalam.

NILAI RINGGITPenganalisis berkata, pelabur memantau perkembangan People’s Bank of China menanti harga pengaturan pertengahan mata bagi renminbi.

“Pelabur dalam keadaan sedia menanti satu lagi campur tangan agresif Beijing,” katanya dipetik BERNAMA.

Ringgit juga lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama pada sesi pembukaan hari ini.

Ia dibuka lebih rendah berbanding dolar pada 3.0526/0596 daripada 3.0423/0508 pada Isnin dan jatuh berbanding British pound kepada 6.3797/3921 daripada 6.3662/3817.

Ringgit juga jatuh berbanding yen kepada 3.7193/7268 daripada 3.7072/7166 dan jatuh berbanding euro kepada 4.7568/7662 daripada 4.7559/7681.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit ditutup tinggi RM4.29 berbanding dolar

KUALA LUMPUR 29 DIS: Ringgit kekal ditutup tinggi pada hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong belian dalam mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, unit tempatan itu berada pada 4.2900/2970 dari 4.2950/2020 semalam.

NILAI RINGGITPeniaga berkata, dolar diniagakan lebih rendah dalam tempoh satu minggu berbanding mata wang utama lain berikutan peniaga mengambil keuntungan menjelang akhir tahun.

“Kebanyakan mata wang Asia mengambil kesempatan daripada kelemahan data semasa dolar AS,” katanya dipetik BERNAMA.

Katanya, dalam tempoh jangka pendek, tidak akan berlaku sebarang spekulasi dalam situasi berkenaan.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain. Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0421/0488 daripada 3.0528/0582, semalam dan meningkat kepada 6.3844/3957 dari 6.4090/4207.

Bagaimanapun, berbanding yen, unit tempatan itu jatuh kepada 3.5631/5698 dari 3.5614/5675 dan lebih lemah kepada 4.7130/7211 dari 4.7112/7193 berbanding euro.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding Dollar RM4.33

KUALA LUMPUR 15 DIS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, lapor BERNAMA.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu disebut pada 4.3300/3380 berbanding dolar AS berbanding penutup semalam 4.3220/3290.

Peniaga berkata, walaupun dolar AS meningkat berbanding ringgit, ia masih tidak membantu pasaran kerana pasaran cemas menunggu petunjuk bila Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah.

NILAI RINGGIT“Fed dijangka menaikkan kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh hampir sedekad dengan mesyuarat Jawatankuasa pasaran Terbuka Fed selama dua hari akan berakhir pada Khamis,” katanya.

Unit tempatan itu didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain pagi ini.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0716/0794 daripada penutup Isnin 3.0648/0704 dan susut berbanding yen kepada 3.5732/5810 daripada 3.5660/5721 kelmarin.

Ringgit susut berbanding pound kepada 6.5587/5721 daripada 6.5483/5602 kelmarin dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.7621/7722 daripada 4.7339/7420 sebelum ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit jatuh, RM4.36 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 9 NOV: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen lemah seiring jangkaan AS akan menaikkan kadar faedah bulan depan.

Sepuluh minit selepas pembukaan, ringgit disebut harga pada 4.3630/3700 berbanding dolar AS daripada 4.3070/3160 pada penutupan Jumaat lalu, lapor BERNAMA.

NILAI RINGGITSeorang wakil peniaga berkata, minat belian terhadap mata wang tempatan juga terjejas berikutan kebimbangan rizab negara yang semakin menyusut.

Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia mengumumkan rizab antarabangsanya pada AS$94.0 bilion pada 30 Oktober lalu daripada AS$94.1 bilion pada 15 Oktober.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0684/0753 daripada 3.0579/0647 minggu lalu dan susut berbanding yen kepada 3.5377/5448 daripada 3.5326/5409.

Ringgit juga susut berbanding pound British kepada 6.5685/5817 daripada 6.5337/5482 dan jatuh berbanding euro kepada 4.6846/6934 daripada 4.6821/6924.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit catat kenaikan 4.10 seunit berbanding USD

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 15 OKT: Ringgit Malaysia kekal berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila unit tempatan itu berada pada 4.10 bagi setiap satu USD, setakat jam 10 pagi tadi.

Keadaan ringgit yang dilihat berlaku sedikit perubahan baik itu turut memberi kesan kepada keadaan ekonomi semasa dan rakyat.

ringgitmalaysiaBagaimanapun, catatan itu masih dianggap tinggi berbanding sebelumnya kerana didapati diniagakan pada paras lebih rendah.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan ringgit diniagakan lemah berbanding Euro apabila berada pada paras kira-kira 4.70 bagi setiap satu EUR.

Manakala, unit tempatan diniagakan pada paras 2.99 berbanding sebelumnya mencecah hingga ke 3.04 berbanding dolar Singapura,.

Kadar pertukaran mata wang Malaysia paling teruk merosot tahun ini susulan kontroversi syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tangguh kadar faedah Amerika, faktor ringgit catat kenaikan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 OKT: Nilai ringgit mencatat kenaikan pada kadar 4.14 bagi setiap satu dolar Amerika Syarikat hari ini berbanding sebelumnya yang didapati diniagakan pada paras lebih rendah.

Catatan itu dianggap tertinggi dengan peningkatan kira-kira lima peratus kerana prestasi buruk direkodkan mata wang negara sebelum tempoh itu.

Dr Fahmi NgahKetua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah, berkata terdapat beberapa faktor yang memungkinkan perubahan positif berkenaan.

“Antara faktor membantu ialah penangguhan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat dan juga pengukuhan matawang serantau yang berlaku ketika ini,” katanya.

Kenaikan terbabit juga dilaporkan berikutan pemulihan harga minyak mentah global serta sokongan daripada dagangan eksport negara yang lebih kukuh, sejak Ogos lalu.

ringgitmalaysiaSejak beberapa bulan lalu, ringgit diniagakan lemah berbanding Dolar Amerika apabila berada pada paras kira-kira 4.30 hingga 4.41 bagi setiap satu USD.

Keadaan demikian mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat yang merasakan ia bakal mendatangkan kesan kepada ekonomi semasa.

Kos sara hidup tinggi ditambah kenaikan harga barangan keperluan harian serta pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu memberi impak kepada kehidupan masyarakat.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Ringgit dijangka alami pemulihan

SHAH ALAM, 11 OKT : Ringgit Malaysia dijangka pulih berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dirangsang peningkatan selera risiko mata wang tempatan berikutan kejatuhan dolar.

Berdasarkan laporan Bernama, jika momentum belian berterusan minggu depan, paras halangan unit tempatan itu akan berada sekitar 3.90.

“Sentimen semasa untuk ringgit adalah positif. Dengan kemerosotan dolar US dan harga minyak mentah terus meningkat, ringgit boleh naik lagi,” kata peniaga.

ringgitmalaysiaUntuk minggu baru berakhir, ringgit diniaga lebih tinggi berikutan aliran masuk bersih asing yang positif, selepas Malaysia melaporkan lebihan dagangan terbesar dalam tempoh sembilan bulan.

Setakat ini, nilai ringgit berada pada tahap 4.13 berbading dolar AS, 6.33 berbanding pound sterling, 4.69 berbanding Euro dan 2.96 berbanding dolar Singapura.

Terdahulu, mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob menjangkakan pemulihan nilai ringgit hanya berlaku dalam tempoh setahun daripada sekarang.

Beliau berkata, segala usaha perlu dijalankan secara holistik dan efektif bagi mengembalikan ringgit ke paras lebih selesa.

Katanya, pemulihan itu juga banyak bergantung kepada pengukuhan ekonomi rakan dagang utama Malaysia seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan China.

EZY

Categories
NASIONAL

Setahun pulih ringgit, perlu pengukuhan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 OKT: Pemulihan nilai Ringgit Malaysia dijangka hanya berlaku dalam tempoh setahun daripada sekarang, kata mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.

Beliau berkata, segala usaha perlu dijalankan secara holistik dan efektif bagi mengembalikan ringgit ke paras lebih selesa.

Najib-RMKatanya, pemulihan itu juga banyak bergantung kepada pengukuhan ekonomi rakan dagang utama Malaysia seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan China.

“Kita harus memperbaiki pengurusan ekonomi dengan lebih cekap, mengurangkan import dan melebihkan eksport khasnya melalui sektor yang dapat meningkatkan pertukaran wang asing ke negara ini.

“Hanya dengan kombinasi semua ini, Ringgit Malaysia boleh kembali bernafas lega tetapi mengambil masa agak lama iaitu sepuluh hingga 12 bulan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau dihubungi bagi mengulas pandangan bahawa ringgit hanya kembali pulih dengan peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan.

Dr Rosli YaakopRosli berkata, penyelesaian politik masih tidak memadai walaupun isu politik menyumbang kepada kejatuhan ringgit.

“Jika dia meletak jawatan dan digantikan, penggantinya pun belum tentu lebih baik daripadanya.

“Jadi, langkah terbaik adalah memastikan semua faktor penyumbang diatasi dengan berhemah oleh kerajaan,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Rakyat tertekan nilai ringgit terus menyusut

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 OKT: Ringgit Malaysia terus diniagakan lemah berbanding Dollar Amerika apabila unit tempatan itu berada pada 4.42 bagi setiap satu USD, setakat jam 11 pagi tadi.

Keadaan ringgit yang terus menjunam itu turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat yang menyifakan ia sangat memberi kesan kepada keadaan ekonomi semasa.

photo 1Bagi kakitangan kerajaan, Alissala Thian, 29, berkata ringgit susut melepasi RM4 berbanding dolar Amerika yang sangat menjejaskan isi rumah akibat kenaikan harga makanan dan keperluan lain.

“Pelbagai kenaikan harga barang berlaku tanpa disedari orang ramai. Sudah tentu rakyat tertekan dengan perkara ini selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berharap penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mampu memperkenalkan sebahagian langkah kerajaan bagi mengatasi krisis ekonomi negara.

Sementara itu, Asyraf Fauzi, 22, berkata sudah tiba masa untuk kerajaan menyelesaikan beberapa isu dalaman yang didakwa menjadi punca kejatuhan nilai ringgit.

“Tidak pernah dalam sejarah negara masalah politik, ekonomi dan kejatuhan ringgit berlaku serentak, namun itu hakikat hari ini. Oleh itu, beberapa isu dalaman yang turut menjejaskan sentimen selain keyakinan perlu diselesaikan,” katanya.

photo 2Dia turut kesal kerana keadaan ringgit yang terus jatuh menyebabkan percutiannya ke Eropah hujung bulan ini terganggu.

“Setakat ini, tukaran mencapai RM5 bagi Euro. Pening juga bila memikirkan kerana semua sudah ditempah awal,” katanya.

Pada 2 Oktober lalu, Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata ringgit dijangka diniagakan pada kadar 4.40 hingga 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu depan berikutan prestasi dagangan yang positif sejajar harga komoditi lebih stabil.

Katanya, tekanan akibat kelemahan harga komoditi dijangka reda pada bulan akan datang seperti dipaparkan melalui kestabilan harga minyak mentah.

Unit tempatan itu turut mencecah paras 4.4770 berbanding dolar iaitu terendah sejak Januari 1998 ketika krisis kewangan Asia sebelum naik kepada 4.4540.

Namun, ia turut rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain berbanding pound sterling pada 6.6834/6977 daripada 6.6699/6868 minggu lalu dan susut berbanding euro kepada 4.9224/9323 daripada 4.8784/8900, pada 2 Oktober lalu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 23 SEP: Ringgit Malaysia terus gagal menyekat penurunan berterusan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, unit tempatan berada pada harga 4.31 berbanding dolar AS daripada penutup semalam iaitu 4.29.

Seorang peniaga berkata, dolar AS mengukuh berikutan ketidakseragaman dasar dalam kalangan bank pusat.

“Dolar mengukuh kerana Rizab Persekutuan AS (Fed) merancang mengukuhkan dasar kewangan, manakala Bank Pusat Eropah pula mahu melonggarkan lagi dasar kewangan,” lapor Bernama.

Najib-RMMata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit lebih rendah berbanding dolar Singapura pada 3.04 daripada penutup semalam iaitu 3.03 dan mengukuh berbanding Euro kepada 4.800 daripada 4.808 semalam.

Ringgit pernah diikat pada harga RM3.8 sedolar pada 1998 ketika krisis kewangan Asia.

Kadar pertukaran mata wang Malaysia paling teruk merosot tahun ini susulan kontroversi syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada pelbagai badan dikaitkan dengan 1MDB disalurkan ke akaun bank perdana menteri, pada 3 Julai lalu.

Categories
NASIONAL

Nilai ringgit terus menjunam

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 SEP: Nilai Ringgit Malaysia masih berada di kedudukan paling lemah dan berada di kedudukan 4.22 berbanding satu dolar Amerika, hari ini.

Ringgit pernah diikat pada harga 3.8 sedolar pada 1998 ketika krisis kewangan Asia.

Kadar pertukaran matawang Malaysia paling terks merosot tahun ini susulan kontroversi syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

rm1The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada pelbagai badan dikaitkan dengan 1MDB disalurkan ke akaun bank perdana menteri, pada 3 Julai lalu.

Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen sebelum ini berkata nilaian eksport negara tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang bermakna walaupun dengan penyusutan nilai ringgit.

“Untuk tempoh separuh pertama 2015, jumlah eksport negara hanya RM368 bilion iaitu RM 12 bilion lebih rendah daripada tempoh ya sama 2014 (RM380 bilion). Ini berlaku walaupun ringgit bernilai 11 peratus lebih rendah pada separuh pertama tahun ini berbanding separuh pertama 2014.

wong chenKatanya, penemuan itu amat membimbangkan kerana bertentangan dengan tahun sebelumnya.

“Ringgit yang enam peratus lebih rendah pada separuh pertama 2014, berbanding separuh pertama 2013 menghasilkan pertambahan nilai eksport RM42 bilion untuk separuh pertama 2014 berbanding separuh pertama 2013,” katanya.

-NFN-