Categories
SELANGOR

MB: Rizab Selangor perlu diguna secara berhemah

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 15 APRIL : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan semua bahawa dana atau rizab simpanan negeri perlu digunakan secara berhemah dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri.

Walaupun rizab dilihat tinggi, beliau berkata jumlah itu sebenarnya masih tidak mencukupi untuk melaksanakan semua program kebajikan.

Kutip Hasil Tanah Sumbang Peningkatan Rizab NegeriKatanya, Kerajaan Negeri perlu sentiasa berhati-hati, selektif dan penuh tanggungjawab menggunakan dana dalam melaksanakan dasar yang ada.

“Sebagai contoh Kerajaan Pusat beri BRIM (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) dengan perbelanjaan lebih RM5 bilion, tetapi kita tidak boleh ikut cara itu.

“Sebaliknya kita perlu buat dengan penuh tanggungjawab dan saya rasa itulah tujuan dasar-dasar Kerajaan Negeri,” katanya di Dewan Negeri pagi tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Adun Taman Medan, Haniza Talha berhubung langkah Kerajaan Negeri memenuhi keperluan mendesak pembangunan rumah mampu milik di Selangor.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid (PKR-Pelabuhan Klang) berkata sebanyak 15,000 unit rumah mampu milik dibangunkan anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), manakala 30,000 unit lagi dibangunkan pemaju swasta seperti Sime Darby Property.

Bagaimanapun, beliau mengakui jumlah unit berkenaan masih tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi.

“Kerajaan Negeri mensasarkan 80 peratus rakyat di negeri Selangor bakal memiliki kediaman sendiri, sementara 20 peratus lagi menyewa.

“Jadi Kerajaan Negeri perlu memikirkan beberapa cara untuk mencapai sasaran itu termasuk mengambil contoh dasar perumahan yang diamalkan di negara-negara maju seperti di United Kingdom (UK) dan Jerman.

“Tetapi, usaha itu memerlukan kumpulan dana besar untuk dilaksanakan,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Rizab Selangor RM3 bilion mampu tampung ekonomi meleset 3 tahun

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SUBANG 14 DIS: Rizab Kerajaan Selangor hampir RM3 bilion yang dimilikinya ketika ini mampu menampung perbelanjaan mengurus ekonomi dan perbelanjaan penting lain untuk jangka masa sehingga tiga tahun sekiranya berhadapan situasi kemelesetan ekonomi.

2 (3)Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata disebabkan itu Kerajaan Negeri komited menyediakan asas ekonomi kukuh sebagai persediaan menghadapi sesuatu keadaan yang tidak dijangka.

“Oleh sebab itulah tugas utama saya memastikan aset dan pendapatan Negeri Selangor dijaga dengan baik kerana ia bukan hak milik saya tetapi amanah rakyat.

“Sekarang Alhamdullilah dalam jangka masa tidak lebih enam tahun kita sudah capai satu tahap kita tidak takut dengan keadaan dua atau tiga tahun kita tidak mendapat hasil banyak kerana sudah menyediakan rizab hingga RM3 bilion.

“Sungguhpun begitu kalau kita ada duit banyak tetapi tidak dibelanjakan itu pun salah juga kerana duit ini bukan untuk beli beg yang cantik atau kereta mewah Exco tetapi bagi pembangunan rakyat di mana kita akan teruskan melabur untuk rakyat,” kata Abdul Khalid dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Yayasan Selangor.

Ketika menyentuh peranan yang dimainkan Yayasan Selangor, Abdul Khalid berkata, sehingga kini yayasan itu berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang hingga mampu melahirkan generasi muda yang berguna terhadap agama, bangsa dan negara.

“Tanggungjawab kita bertambah lebih besar lagi dari dua, tiga ratus pelajar kita naikkan ke 1,000 dan kita sudah capai 3,000 dan kini kita akan tingkatkan sasaran kepada 5,000 pelajar yang dikeluarkan Yayasan Selangor ini,” kata Abdul Khalid yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

1 (3)Sementara itu, Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki pula mengingatkan agar kakitangan yayasan itu meningkatkan kredibiliti dan integriti masing-masing dengan mengekalkan kecemerlangan dan menjauhkan diri dari unsur penyalahgunaan kuasa.

Dalam majlis yang diadakan di Hotel Holiday Villa Hotel & Suites , Abdul Khalid turut menyampaikan sembilan anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 serta hadiah perkhidmatan lama kepada kira-kira 35 kakitangan yayasan itu.

-EZY

Categories
SELANGOR

Rizab RM100 juta untuk pembangunan desa, belia & usahawan

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 5 DIS : Kerajaan Selangor akan membelanjakan RM100 juta wang rizab yang dimiliki bagi tujuan pembangunan desa, belia dan usahawan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada projek yang dianggap mempunyai pontesi memberi keuntungan kepada masyarakat desa di Selangor.

“RM100 juta ini adalah peruntukan pembangunan desa yang digunakan daripada duit rizab negeri seperti yang kita umumkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) iaitu RM50 juta untuk pembangunan desa, RM50 juta lagi untuk pembangunan belia dan usahawan.

Khalid Ibrahim“Bagi mencapai matlamat itu, kita berjumpa dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan mendengar cadangan mereka supaya kaedah penggunaan wang peruntukan itu dapat dicapai untuk pembangunan kampung dan usahawan belia.

“Peruntukan itu diberi mengikut cadangan yang dibuat JKKK sendiri dan kini mereka berlumba-lumba untuk mencadangkan projek. Setiap projek yang mempunyai potensi akan diluluskan,” katanya kepada Selangor Kini selepas bertemu Pengerusi JKKK bagi Hulu Selangor dan Sabak Bernam di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.

Sebelum itu, lebih 70 JKKK menghadiri Bengkel Kenali Kampungku peringkat Sabak Bernam dan Hulu Selangor bagi mengadakan perbincangan serta mendraf kertas kerja masing-masing sebelum dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk kelulusan projek.

Dalam bengkel sehari itu, Abdul Khalid juga sempat mendengar beberapa cadangan projek daripada JKKK beberapa kampung yang hadir dan meminta cadangan yang dikemukakan peserta harus berkemampuan memberi pulangan setimpal kepada masyarakat kampung masing-masing, yang mana perkembangan projek itu akan dibentangkan dalam sidang DNS akan datang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Walaupun suara serak, MB tetap jawab soalan Dewan

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 20 NOV: Sekalipun hampir hilang suara dan bernada serak, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BN termasuk dari BN-Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

pc khalid dun“Tidak boleh cakap panjang tetapi Insya Allah saya tetap akan jawab. Saya akan terangkan kelemahan sebelum ini ialah tidak meninjau kelemahan belanjawan secara total,” katanya menceriakan Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Memberi jawapan kepada soalan Sulaiman berkaitan rizab simpanan , beliau berkata, kerajaan negeri bercadang memberi latihan pengurusan kewangan kepada semua ADUN Selangor bagi meningkatkan keupayaan mereka mengawal kewangan.

Abdul Khalid yang juga ADUN (PKR-Pelabuhan Klang) berkata, latihan itu penting bagi memastikan dana rakyat dibelanja dengan betul dan lebih mudah untuk mengesan kesilapan dalam pengurusan kewangan.

Semalam, beliau mengambil masa hampir dua jam bagi membentang Belanjawan Selangor 2014 iaitu belanjawan keenam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Belanjawan yang dijadual selesai sebelum jam 1 tengah hari itu terpaksa dilanjutkan sehingga jam 1.30 tengah hari.

Abdul Khalid turut menjawab beberapa soalan berkenaan potfolionya dalam sesi soal jawab secara lisan, malah menjawabnya secara panjang lebar sekalipun mengalami sakit tekak.

NFN FZL