Categories
AGENDA NASIONAL

Dua daerah terjejas banjir di Pahang, 65 mangsa dipindahkan

KUANTAN, 3 JAN: Seramai 65 penduduk daripada 19 keluarga dari dua daerah di Pahang kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 9.30 pagi tadi, di daerah Maran, seramai 44 mangsa daripada 13 keluarga telah ditempatkan di PPS Balai Raya Jara, manakala 21 mangsa daripada enam keluarga dari daerah Rompin berlindung di PPS Balai Raya Bukit Lepas.

Portal berkenaan turut memaklumkan tiga sungai di Pahang melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Lepar @ Jambatan Gelugor, Sungai Lipis, Raub dan Sungai Lembing, di sini manakala Sungai Lipis di Lipis melepasi tahap waspada.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi laman Twitternya memaklumkan berlaku limpahan air di Kilometer 198 arah Timur dan Barat di laluan Gambang dan Sri Jaya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Seri Norol Azali Sulaiman ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan menyatakan limpahan air menyebabkan jalan berkenaan ditutup pada pukul 8.40 pagi ini.

Sementara itu, pemegang konsesi LPT1, ANIH Berhad menerusi kenyataannya menasihatkan pengguna lebuh raya dari Pantai Timur yang ingin pulang ke Kuala Lumpur selepas tamat cuti hujung tahun hari ini, untuk menangguhkan perjalanan mereka kerana laluan itu dinaiki air setinggi dua meter sepanjang satu kilometer.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dan buruk, dengan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Pahang iaitu melibatkan daerah Pekan dan Rompin.

Selain itu, MetMalaysia turut meramalkan cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan melibatkan daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.

– BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Jerebu: Kementerian pantau kawasan pelancongan

PUTRAJAYA, 18 MAC: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang mengikuti rapat keadaan cuaca semasa di kawasan tarikan pelancongan seperti di Banting, Selangor dan Rompin, Pahang yang masing-masing mencatatkan kualiti udara tidak sihat, kata Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

“Saya menyarankan orang ramai dan pelancong mendapatkan maklumat terkini berkenaan jerebu di laman sesawang indeks udara di http://apims.doe.gov.my. ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor BERNAMA.

Menurut Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 3 petang ini, Banting mencatatkan bacaan 104 manakala Rompin 176.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Mohamaddin menggesa operator pelancongan supaya memberi peringatan kepada pelancong berhubung situasi semasa dan menyalurkan bantuan topeng mulut jika perlu.

Profil calon PAS

Pengundian : 5 Mei 2015
Penamaan Calon : 22 April 2015

Categories
NASIONAL

PKR bantu calon PAS di Rompin

Oleh: HAFIZAN TAIB

KAJANG, 14 APR: PKR akan membantu calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Rompin, pada 5 Mei ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan  Ismail berkata, PAS dijangka meletak calonnya kerana parlimen berkenaan ditandingi parti itu pada pilihan raya lalu.

spr“Kita akan bantu terutamanya PKR di Pahang. Kita akan mengambil bahagian dalam memastikan sokongan padu dan kuat pada calon kita di Rompin,” katanya dalam sidang medi,  di sini, hari ini.

Parlimen Rompin diisytiharkan kosong oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) apabila penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, pada 4 April lalu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PRK Rompin 5 Mei, Permatang Pauh 7 Mei

SHAH ALAM, 10 APR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin akan diadakan pada 5 Mei ini susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam satu nahas helikopter yang terhempas, pada 4 April lalu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada satu sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau yang sebelum ini pernah mengatakan PRK berkenaan berkemungkinan akan diadakan serentak dengan PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini menegaskan tarikh itu tidak sesuai kerana ia cuti umum untuk Pahang.

spr on black 01“Ia tak menghalang SPR untuk mengadakannya lebih awal daripada Permatang Pauh, asalkan ikut syarat dalam Malaysia dan undang-undang lain.

“Pada asalnya, nak adakan serentak pada 7 Mei, tapi bagi Pahang ia Hari Hol iaitu cuti umum untuk negeri itu dan banyak program yang diatur dari tengah hari dan sebelah malam melibatkan pihak istana serta ketua jabatan.

“Kalau diadakan pada tarikh itu, ia tidak sesuai,” katanya yang memetik laporan Malaysia Insider.

Sementara itu, hari penamaan calon ditetapkan pada 24 April dan pengundian awal pada 30 April.